BEN ASHAARI

Wednesday, October 9, 2013

KUE TEOW ALA KANTONIS

rsz_kue_teow_ala_kantonis
Hai semua...ehh...tiba2 rasa macam tak betul aje che mat, bila sebut "hai".. Kan lagi elok kasi salam, kita ni kan orang ISLAM...errr, tak yea juga kan, sebelum ada ostad tegur, elok lah kita sedarkan diri. Assalammualaikum semua..ehemm...entri yang tak berapa nak bess sangat ni che mat share juga lah memandangkan ini baru pest time buat. Tapi kalu tengok rupa dia tidak lah lawa mana, cuma rasa sedap tu ada, yelah makan tengah lapar. Sebenarnya ini makanan tengah hari che mat. Entri sebelum ni yang bonda masak tu untuk Bak. Dan che mat masak yang lain. Mula2 plan nak masak maggi ketam, tapi kensel sebab takut menyepit pulak nanti, makanya che mat masak kue teow ala kantonis. Mudah aje, macam mi hailam pun ada juga sikit2. Tapi che mat tak berapa nak menjadi pulak buat kuah dia tu, maksudnya telur tu terlampau hancur, kalau ikut kejadian dia jadi ala2 bertali2. Tapi takpe lah, dah licin pun. Resipi asal ada hirisan daging, tapi che mat tak letak. Ia sedap dimakan panas2....ok che mat kongsi resipi mudah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kue teow
1/2 camca teh kicap cair
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 keping fishcake, hiris
2 pelepah sawi hijau, potong
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 cawan air
1/4 camca teh kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
1 kiub pati ayam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa (jika perlu)
2 camca besar air*
3/4 camca besar tepung jagung*(*disatukan)
1 biji telur, dipukul sedikit
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kuali, tuang 2 camca besar minyak masak. Biar minyak betul2 panas dan masukkan kue teow bersama kicap cair. Kacau rata dan masak hingga harum, angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan 1 1/2 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan udang dan fishcake. Kacau rata dan masukkan air, kicap pekat dan kiub ayam. Biar mendidih. Tambah sawi, masak sekejap.
  3. Perlahankan api, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata, bila kuah kelihatan pekat. Masukkan telur dan kacau perlahan selama 10 saat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas kue teow tadi, tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan segera selagi hangat...

2 comments:

Masz Health Boutique said...

Waalaikum salam Cik Mat... :)

Maszie Fatah said...

WAALAIKUMMU SALAM Cik Mat masak mana boleh tak sedap...dah terliur nie dan2 perut berbunyi....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.