BEN ASHAARI

Monday, October 7, 2013

KARI SARDINE DI PETANG HARI ?...

rsz_kari_sardine
Salam semua, che mat tak masak siang tadi, atas sebab2 tertentu dan che mat plan nak masak petang, tapi bukan kari sardine, cuma goreng sayur biasa2 saja. Anda kan tau che mat baru saja ok dari demam, tapi masih rasa blurr...blurr sikit, maka selera pun meragam. Macam petang tadi tiba2 nak makan kari sardine cicah roti bai. Tengok jam dah 3.00 petang, ok takpe, kita buat dia yea tak, lagi pun cuma kari sardine kan. Nasib baik sardine ada, sardine cap ayam. Dan che mat letak juga sedikit santan, guna santan kotak aje...penyelamat ketika darurat. Kalau kari sardine memang che mat akan gandingkan dengan kentang. Memang sejak che mat kecil dan 'kenal' kari sardine, kentang menjadi teman setia kari sardine. Sedap dicicah roti atau apa saja yang anda fikir sesuai. Kalau anda suka pedas boleh tambah cili kisar atau nak lebih berani kisar sedikit cili padi. Ok che mat pun dah beransur sehat, jadi dengan rajinnya che mat tulis resipi kari sardine...dan nak pesan ni, kalau ada yang rasa 'alaa biasa sangat, kari sardine nihh'....elok dok diam2, yang ni che mat kasi idea kat mereka2 yang rasa perlu sahaja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine CAP AYAM, asingkan ikan dan sosnya
3 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap 1, rendam
1 biji tomato, belah 4
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis (optional)
2 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
100 ml santan pekat (che mat guna santan kotak)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah kecil, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
1/2 camca teh jintan manis*
1/3 camca teh biji sawi*
1/4 camca teh halba*(*atau anda boleh guna halba campur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dan rempah kari ikan, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan bancuhan pes rempah dan 1/2 bahagian sos dari ikan sardine, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml), kacau dan biar mendidih. Masak hingga kentang 3/4 empuk. Masukkan ikan sardine dan asam gelugor. Kacau perlahan. Jika kurang kuah boleh tambah sedikit air..
  3. Tuang santan, masukkan kiub ikan bilis (jika guna), perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan bila mendidih, masukkan cili merah dan hijau, diikuti tomato. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..


6 comments:

adzairdawati makdara said...

saya selalu buat sambal tumis sardin je kari sardine blom pernah coba lagi.. Ni yg nak kena coba ni..

Masz Health Boutique said...

Antara hidangan yang saya suka buat...hehe. Makan dengan roti atau nasi panas. Wallah...:)

cik muntel said...

sedap giler nampaknya...

effa farhana said...

Ssalam perkenalan...

slalu jadikan blog nie as my resipi book... tambah2 lepas kawin.. xpe kan sharing2 resipi cnie ^_^
jemut jengok and follow me back eh ^_^

http://wwweffafarhana.blogspot.com/

Jujue Ahmad said...

salam, sedap resepi tu boleh la Jue cuba lagipun selama ni Jue buat tumis biasa dan masak lemak kuning letak lengkuas atau pun masak lemak cili api.. Rasa terliur pulak. Nak cuba la nanti.. Terima kasih en mat gebu.. Ternyata blog DTS memang banyak beri idea masakan..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Sari sangat suka kari sardine, selalunya kalau masak memang asing sosnya, satu hari ada sorang member suh try, jgn asingkan sos, masa masuk sardin masuk sekali dengan sos tu, memang meletops!! CMG trylah nanti.. kuahnya buat pekat2 tau

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.