BEN ASHAARI

Wednesday, October 30, 2013

KARI IKAN TENGGIRI SOS TOMATO

rsz_kari_ikan_tenggiri (1)
Assalammualaikum, salam Rabu...baru sempat nak update entri blog. Blog masakan ni ambil masa tau kalau nak update, kena buat pemilihan gambar, edit mana yang patut, lepas tu kena cerita sikit dan baru boleh mula tulis entri. Kadang2 tu nak cerita pun pening..tatau dah macam mana nak mula. Hari ni che mat masak kari ikan tenggiri tapi saja lah che mat tumiskan dengan sos tomato. Bila dah guna sos tomato, anda boleh kurangkan penggunaan asam jawa (atau ada yang guna asam gelugor) dalam kuah kari tadi. Dan che mat cuma letak tomato, kalau ada terung atau bendi..hmm lagi bess. Untuk resipi ini che mat guna 1 cawan santan. Selain ikan tenggiri, anda boleh guna ikan merah, ikan bawal, ikan kembong, ikan senangin atau pun ikan tongkol..semua boleh tapi setiap jenis ikan akan memberi rasa lain pada hidangan kari anda..Ok resipi seperti berikut...ishh terbayang pulak lempeng pekak cicah sama kuah kari ni....errrrr...ni yang malas nih....huh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tenggiri papan, saiz sederhana
3 biji tomato saiz sederhana
1 camca teh pes asam jawa
2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos tomato (che mat guna sos JALEN)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 camca besar rempah kari ikan (che mat guna Baba's)
1 cawan santan
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/4 camca teh biji sawi
1/4 camca teh halba
1/3 camca teh jintan kasar
1/3 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat pada saiz sederhana, buang kotoran dan insang ikan, cuci bersih2 dan toskan. Tomato dibelah 2 setiap 1, cili merah dan cili hijau dibelah 2 tapi tak putus setiap 1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah hari dan kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos tomato dan pes asam jawa. Kacau rata dan masak sekejap. 
  3. Masukkan pes rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing dan terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml) dan kacau. Masukkan ikan, kacau perlahan dan biar mendidih. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan bila mendidih, tambah tomato dan cili merah/hijau. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api..Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Sari kalau makan lauk kari harus ada sambal belacannya.. letak sos tomato??? Ada kelainan tu, kreatiflah!!

Kjee said...

hehehe prop limau cengkih tu tak bleh tahan.

Mat Gebu said...

@serikandi - mmg betul kak...xceli nak letak sambal belacan tapi risau lalat serang...

@Kjee - selain utk halau lalat, cantik pulak utk prop masak2...thanks kak jee untuk idea tu.. (*__^)

JunAina said...

Biasa serbuk kari Aina campur cili giling je.

husna zahidi said...

sedap tengok.. belum cuba lagi nih..

Ummi Abida said...

kari kambing dan kari sardin je pernah letak tomato sauce/tomato puree. nak letak tomato puree agak-agak sedap tak ye?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.