BEN ASHAARI

Sunday, October 6, 2013

BILA DEMAM...MI SUP AJE YANG MAMPU....

rsz_1mi_sup_demam
Salam Ahad semua, anda sehat?...Mungkin sekarang ni musim orang demam agaknya. Che mat sendiri dalam keadaan kurang selesa dan tak stabil. Macam nak tidur aje, tapi apa2 pun kena masak dulu, tanggungjawab lah katakan. Sebab rasa macam nak terlungkup aje, maka che mat awal2 kasi tau ni hari masak yang simple dan mudah. Pertama che mat masak sup ayam yang entrinya dah berpuluh2 kali dalam DTS, lepas tu che mat masak bubur nasi dan akhir sekali masak lemak pucuk manis. Tapi che mat selera makan sup ayam sama mi kuning macam dalam gambar tu, ku lambakkan cili kicap, terus berpeluh2 kepedasan. Kalau ada begedil lagi sedap, tapi yang ini pun dah ok banget...syukur alhamdulillah... Selain makan dengan mi, anda boleh sajikan dengan nasi impit atau ketupat. Makan dengan roti pun sedap. Kalau nak lag ringan, makan macam tu saja....Pada che mat bila kurang sihat atau demam, sup adalah pilihan terbaik, hangat dan menyelerakan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen, potong kecil atau ikut suka
6 biji kentang saiz kecil, kupas, kerat 2 setiap 1 dan rendam
1 sup bunjut sup tulang
1 kiub pati ayam (optional)
1 pokok daun sup, kerat kasar
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 bawang merah
3 ulas bawang putih
1/3 inci kunyit hidup
2 inci halia
3/4 camca besar lada hitam biji

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya (atau mi hoon, nasi impit dan sebagainya)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Taugeh, dibersihkan cuci dan toskan
Tauhu, goreng dan hiris
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), masukkan rempah tumis (*) dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan terus memasak hingga harum. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), masukkan pati kiub ayam, daun sup yang dipotong kasar dan sup bunjut. Kacau rata dan masak hingga ayam 3/4 empuk (kalau kuahnya kering, tambah dengan air panas). Masukkan kentang dan masak hingga kentang dan ayam empuk. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi rasa dan jika ok boleh matikan api..
  3. UNTUK MI SUP :- Masukkan mi kuning (celur sekejap dalam air panas dan toskan) secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang sup ayam bersama isi2nya. Tabur hirisan daun bawang/daun sup, tauhu goreng, taugeh, bawang goreng dan sajikan dengan sambal kicap...Sedap dimakan panas.
CATATAN MAT GEBU :- Che mat masak sup ini dalam periuk tekanan atau pressure cooker. Masak seperti biasa guna periuk tekanan tapi tak usah masukkan kentang dulu. Kacau dan tutup periuk. Masak selama 20 - 25 minit, kemudian alih ke dalam periuk lain dan masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk, perasakan dengan garam secukupnya dan boleh hidangkan.....


9 comments:

Pn Sheila said...

mie sup tu sedap... yummy... dh telan air liur ni... :)

Sheila Eiman said...

sheila pun kurang sihat. tekak rasa lain je. nampak pic sup kat atas buat terliur pulak. nak mntak tlg ibu masakkan laaa. hehehee

CXopportunities said...

yummy. the simple one :)

misz aisya said...

masak utk bape org ni? bnyk nye bwg merah.
huhu. :)

Hasliana Md Saad said...

meleleh ayaqlioq che mat oiii

Miss Her-Her said...

Semoga cepat sembuh ye , mungkin musim demam sekarang ni .

Kalau sudi , follow la saya di
http://missherher.blogspot.com. Terima kasih :)

Lavender said...

Best nye resipi ni.nak cube la.tq cm.lepas ni share la pulak mcm mana nak buat mee udang

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum..dapur tnp sempadan,

sedapnya makan2an kat sini..

mselim3

Mummy Aida said...

CM,
Take care ye, mummy doakan CM cepat sembuh,
Walau pun tak sihat... Hidangan CM meletop seh... Sedap Nya ... Macam nak minta semangkok..... Hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.