BEN ASHAARI

Monday, October 21, 2013

BILA CHE MAT RINDU ASAM PEDAS

rsz_asam_pedas_sama_belimbing
Assalammualaikum, salam Isnin...hari ni che mat masak asam pedas, menu yang begitu sinonim dengan blog ini. Entah kenapa sejak 3 hari lepas che mat rindu dengan masakan asam pedas. Dan hari ini che mat masak asam pedas ikan sagai. Dan sebab belimbing sedang galak berbuah, che mat masukkan sekali dalam asam pedas kurang lebih 20 biji. Belimbing yang che mat guna ini jenis belimbing buluh hijau. Seperti anda sedia maklum, belimbing buluh ada 2 jenis satu yang hijau dan satu yang kuning. Che mat lebih suka guna yang hijau. Belimbing buluh dibelah 2 tapi tak putus, dengan cara ini belimbing akan kurang rasa masamnya. Kalau takde belimbing boleh letak, terung, kacang bendi, tomato atau terung, ikut selera anda. Satu lagi kan che mat perhatikan asam pedas lebih enak jika kita guna cili yang baru dikisar berbanding cili yang dah kisar 1 atau 2 hari lebih awal. Ini antara satu masakan 'asas' yang anda perlu tau masak...tapi tidaklah paksa, cuma pendapat che mat saja. Ok, kita semak resipi pulak..dah bersedia?... Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping potongan ikan sagai (atau apa2 ikan pilihan anda)
20 biji belimbing buluh
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1/2 camca besar pes asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca teh ada hitam kisar
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih dan ditoskan. Belimbing buluh dicuci, kemudian belah 2 tapi tak putus untuk setiap 1. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 800ml). Kacau dan bila mendidih, masukkan kiub ikan bilis (jika guna), bunga kantan dan ikan. Kacau perlahan dan biar hingga ikan masak..(kalau kurang kuah, tambah sedikit lagi air).
  3. Masukkan belimbing buluh. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masukkan juga lada hitam kisar. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

6 comments:

nea lopah said...

Amboi che mat lately masak semua guna belimbing buluh. hehe

Mat Gebu said...

@neo lopah - tengah musim sekarang nih....

Chenta Ummi said...

wah terlioq dah.. dah la tgh pregnant ni.. isk isk.. nak kena try ni.

salam pertama kali datang menyinggah :)

ZaloraTeamMY said...

Salam daripada Zalora Malaysia,
Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

husna zahidi said...

lama tak makan belimbing buluh..buat masak lemak cili api sodapp nih..:D

syila rashid said...

smlm try buat asam pedas ikan merah yg che mat post few mnths ago.wow..mmg terangkat!saya bkn manusia yg masak setiap hari.sbb bz keje.sgt2 tak smpat.tp bila buka blog che mat,terus rasa nk buat hari tu jgk.hasilnya..yummehh!akan buat lg utk keluarga..(happy sbb brjaya memasak lauk yg sblm ni tak pnah brjaya.:)))))thanx che mat!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.