BEN ASHAARI

Tuesday, October 8, 2013

ASAM PEDAS KEPALA IKAN SAGAI...

rsz_asam_pedas_kepala_ikan_sagai
Salam Selasa semua....asam pedas kepala ikan sangai ni hari che mat masak. Lama juga tak masak asam pedas, tiba2 rasa nak makan asam pedas. Pagi tadi kami ke pasar borong di Benut dan che mat rembat seekor ikan Sagai. Balik tadi lepas settle semua kemas2 ikan. Maka che mat pun on masak asam pedas. Disebab ikan itu bersaiz agak besar maka che mat hanya masak bahagian kepala sahaja, itu pun che mat potong lagi pada beberapa bahagian. Masak apa sekali pun, kalau ikan segar, memang sedap. Kuah asam pedas agak kurang merah pulak, mungkin sebab cili kering yang che mat guna sudah lama dan kaler dia pun perang. Tapi rasa dia masih ok...teringat pulak pada geng blogger che mat, Datin Adish Shidah yang nun di Utara, cukup suka asam pedas dan hobi beliau menghirup kuah asam pedas..haha jimat sangat kan, macam tu kalau masak, kita tuangkan air satu baldi kasi banyak kuah...oloo, jangan merajuk, gurau2 aje...Ok resipi seperti berikut dan che mat letak sebatang serai dalamnya sebagai penambah rasa...Dan..jangan lupa singgah sini untuk melihat resipi che mat yang sesuai untuk anda....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping kepala ikan sagai saiz besar
2 biji terung ungu
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optional)
3/4 camca besar pes asam jawa
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
Garam dan gula secukup ras
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai, hiris
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dipotong kepada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan.Terung dibelah 2 setiap satu dan potong serong (che mat potong 3 untuk setiap belahan), rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan terus memasak hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan kepala ikan dan terung. Kacau perlahan dan jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan bunga kantan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga terung lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..




6 comments:

siti zuraida Rajab said...

ikan sagai tu mcmana che mat???tak pernah dengar pun

careno said...

Lan paling suka kalau kpala ikan buat kari... waaaarghhh... congkel bijik mata ikan tu... makan... woh hem gee....

Lynn Munir said...

Sedap resepi ni dan pengisar tepung yang comel kecik tu....memang dah lama tak nampak di pasaran.
Tengok gambar pun dah sedap, apa tah lagi bila memakannya kan ?

Along Najwa said...

Saya perasan baynyak gak resipi uncle guna nasi kisar. Apa fungsinyer yer uncle?

Mat Gebu said...

@ Along Najwa - oo tu bukan nasi kisar, maksud pcm, 'senduk nasi"..iaitu sukatan untuk cili kisar guna senduk nasi....

Shikin Ali said...

saya kalau mak masak asam pedas, mesti buat cicah roti. isk isk...kecur air liur ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.