BEN ASHAARI

Monday, September 16, 2013

SAYUR BATANG KELADI....

rsz_asam_batang_keladi_daun_selasih
Lama tak makan sayur batang keladi, tu kata bonda, jadi semalam cm masak....errrr dan bonda yang siapkan proses menyiang batang keladi, cm masakkan ajee...hehe. Batang keladi tu ambik kat belakang rumah. Sekarang ni senang nak cari batang keladi yang siap bersiang, ada jual dipasar2 tani, pasar malam atau pasar basah. Cuma satu aje lah, kalau nasib tak baik batang keladi tadi gatal, walaupun dah celur sama asam keping atau petua2 lain. Ada yang kata masa celur tu jangan guna senduk besi, pantang...tapi piuk yang kita guna tu dari sumber besi juga....ke kena pakai piuk kaca tahan panas atau piuk tanah baru batang keladi tu ok agaknya kan. Untuk resipi ini cm guna daun selasih pulak, boring pulak guna daun kunyit. Dan seperti biasa cm akan guna ikan masin kurau sebagai rencah. Resipi tak susah sangat dan dah banyak kali juga cm kongsi dalam blog ni.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 pelepah keladi sayur
1 biji keladi saiz kecil, kupas dan potong kiub, rendam
5 - 6 ketul ikan masin kurau, cuci dan rendam
1 genggam daun selasih
2 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
1 genggam ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang keladi dibuang kulit luarnya, kerat pendek dan rendam. Keladi dikupas, potong kiub besar2 dan cuci. Rebus keladi hingga 1/2 empuk, angkat dan toskan. Dalam air yang sama, masukkan asam gelugor dan celur batang keladi sekejap (anggaran 2 minit), tos dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan masukkan kiub ikan bilis jika guna. Bila mendidih, masukkan keladi dan asam gelugor. Masak hingga keladi empuk, tambah ikan masin (toskan) dan batang keladi. Kacau dan biar mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...


3 comments:

ogyep yummy mellow said...

Lama tul x mengomen kat dapur CMG ni.. singgah tu, selalu jugak.. batang keladi ni.. nama lainnya KEMUMU kan CMG..? atau kemumu tu is another type of keladi.. ogyep suka kemumu.. selalu buat asam rebus mcm CMG buat tu.. baru buat somewhere last week.. gambar dah snapped.. posting aje blm buat..

Gee® said...

Waaa... sy suka meratah jer sayur keladi ni...sedaaaap!

Lydia Miza said...

Kalau dapat ratah mmg puas hati. Saya suka sgt sayur batang keladi msk camni cm

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.