BEN ASHAARI

Monday, September 2, 2013

MASAK LEMAK PUCUK UBI.....YANG BEGITU KLASIK

rsz_gulai_pucuk_ubi_perawan
Salam semua. Apa khabar, cm pasti anda masih lagi menerima undangan rumah2 terbuka walaupun Syawal hampir ke penghujungnya. Selain menjamu selera, ia juga lebih pada mempereratkkan tali silaturahim antara kita. Ada yang tanya che mat tak buat ke rumah terbuka?...Bukan cm tak nak buat, memandangkan rumah cm memang kerap ada tetamu datang di musim2 perayaan (dan hari2 biasa), jadi konsep rumah terbuka tak berapa nak serasi dengan cm. Hari ini cm masak lemak pucuk ubi atas permintaan Bak, lagi pun sejak2 ni mood memasak cm macam kurang mari aje, kena kasi warm up dulu lah kan baru boleh masak yang lebih meletop nanti (konon2 lahh...hehe). Apa2 pun yang kita masak, pastikan ia sesuai dengan selera keluarga dan orang yang akan kita jamu nanti....Selamat hari raya!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
2 keping tempe, potong kiub
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kunyit, belah dua dan rendam (optional)
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris 
2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit, tumbuk kasar
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci, toskan dan celur hingga lembut, toskan, cuci dan perah, kemudian hiris sedikit. Masukkan ke dalam periuk bersama2 udang kering tumbuk, bawang besar, bawang putih dan serai, kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tempe dan masak lagi hingga pucuk ubi empuk. Tuang pati santan, jika agak kurang kuah, anda boleh tambah sedikit air. Kacau perlahan, bila mendidih, masukkan bunga kunyit (toskan) dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  3. Masukkan hirisan cili merah dan masak dengan api kecil, biar mendidih seketika, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, ikan masin atau ikan goreng dan sambal belacan...


8 comments:

husna zahidi said...

amboiii..kalau tgh lapaq ni boleh kempunan..untung baru lepas mkn jaa..:D

Phat said...

masak lomak memang sodap apo lae kalo omak den yang masak yum yum

Ahmad Zarif said...

mau soh mak den cuba la resipi yang nih

❤Kamsiah❤ said...

CM...mau makan bertambah2 kalau lauk mcm ni-:)

Hanny Abdullah said...

Dah lama tak buat masak lemak pucuk ubi.Teringat masakan mak..sekarang kena masak sendiri

Amie said...

Lemak pucuk ubi dengan tempe ni memang klasik... dah berpuluh tahun tak makan padahal sayur ginilah yang selalu mak buat masa kecik2 dulu... rindu!

aynora nur said...

Saya tak pernah masak pucuk ubi ngan tempe ni, nak try la. Tq cm

Lydia Miza said...

Bau bunga kunyit tu mesti buat kuah ni berbau wangi kan CM

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.