BEN ASHAARI

Monday, September 2, 2013

KEMAMAN, KAMPUNG SUNGAI SOI & MAJALAH IN TREND.....

rsz_aisha_fitri

Salam semua, Jumaat lepas che mat dan abang long cm ke Kemaman untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak buah perempuan cm. Sebenarnya majlis beliau telah berlangsung minggu sebelumnya iaitu 24hb Ogos 2013, dan yang ini (31hb Ogos 2013) majlis di pihak lelaki. Sebelum tu di majlis perempuan telah dihadiri bonda dan ayahanda cm serta waris2 kami dari kedua2 belah pihak. Untuk majlis di pihak lelaki, giliran cm pulak untuk hadir, yelah ini kan anak buah pertama yang berkahwin, jadi wajib lah pergi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, cuaca pun elok dan senang cerita semuanya berada dalam keadaan tenang, nyaman dan santai....Syukur Alhamdulillah...Moga mereka berdua ( Aisha Nabila dan Ahmad Fitri Sajali) dapat menempuh alam rumahtangga dengan tabah dan sentiasa diberkati Allah swt....aminnn....

DATANG BERSEMBAH ORANG SEMENDA,
JAMU DENGAN HIDANGAN SERAWA.
JIKA DUGAAN DATANG MELANDA,
TENANGKAN HATI, SUCIKAN JIWA...

DULANG PERAK KAKINYA SUASA,
PENUH DIISI WANGI-WANGIAN,
SUJUD SYUKUR PADA YANG ESA,
MAJLIS SELESAI DENGAN KEBERKATAN.....

kak ummi zaihadi

Dan esoknya, pada hari Ahad dalam perjalanan pulang dari Kemaman (sebenarnya memang cm dah plan awal dan dah kasi tau Kak Ummi), cm ambik kesempatan singgah menziarah Kak Ummi Kuantan, alaaaa, blogger masak2 tuuu, yang cm kenal lama dah, dan sesungguhnya Kak Ummi serta keluarga bukan saja baik, tapi cukup mesra. Walaupun awal perkenalan kami hanya di ruang siber, namun kami cukup serasi, nak2 bila bercerita pasal masak2. Kak Ummi sudah 2 kali mencemar duli ke pondok cm (terharu okehh). Dan kali ini cm serang pulak rumah beliau yang terletak di Country Home Kampung Sungai Soi (senang sangat nak ke rumah Kak Ummi.....dan saya suka rumah akak, comel, gebu dan cute sangat....errrrr ada ke rumah "gebu"?....lantak lah kan...haha). Hidangan yang mabeles okeh (seperti gambar di atas...gambar  makanan tu cm curi dari wall FB Kak Ummi, minta halal yea). Dah lah tu dengan muka tak malu, selamba badak berendam, cm siap tapaw hangkut balik...terima kasih sangat2...Nanti kalau nak pi Kemaman, kami singgah lagi, kali ni nak request masakan lain pulak....ehemmm..... Terima kasih sekali lagi Kak Ummi sekeluarga......

ben in trend

Dann....kebetulan masa cm di Kemaman, cm singgah kat satu kedai jual majalah, ternampak pulak Majalah In Trend September 2013. Serius cakap, cm bukan suka sangat baca majalah2 macam ni, tapi oleh sebab ada Ben Ashaari dalam tu, maka cm beli lah, sebagai tanda sokongan pada beliau. Ada juga blogger2 lain yang turut dipaparkan, semuanya dalam kategori femes dan meletop termasuk lah yang dalam gambar tu...ehemmmmmmmmm... Tahniah untuk Ben, lama juga cm dah berjiran dengan dia (masuk 5 tahun), walaupun ada masa kami tak sependapat, bertelingkah dalam beberapa pekara, tapi itu semua benda kecil yang tidak merenggangkan hubungan persahabatan kami...insha Allah, moga Ben lebih berjaya dan dimurahkan rezeki.....

Itu saja untuk coretan selingan kali ini....Moga anda dapat menjalankan kehidupan dengan penuh bermakna dan diberkati Allah swt.......Salam sayang dari Che Mat Gebu....

6 comments:

rinduan citarasa said...

tahniah ats ketiga2 pkara utama.

Ayu tumpang gembira

Ummi said...

Waaahh dah entry, akak x tau la bila boleh update blog...haha..ko paham kaaann.. Untuk itu, ucapan tahniah kerana ko dah bermenantu la Mat, x lama lagik dpt cucu...nnt nak suh Nabila kasi cucu ramai2, biar pecah teko rumah atok Mat sekali depa datang...hehe, *kejiss ke ayat?

Untuk citer di Country Home tu, terima kasih kerana Mat sudi mencemar duli singgah dah berlabuh bagai nak rak, nasib baik x hanyut banjir hasil borak sakan..terubat rindu nak usik-usik ko..hehe. Hampir 4 jam kita borak x sedar eks..lenkali bawak bantal bucuk ko ke rumah akak laa. Terima kasih juga atas buahtangan dan buahkebun abg Mat tuh...tinggal saki baki jer..dengan cili2 padi akak telan dah...hahaha

Apapun, akak doakan semoga ukhwah ini berpanjangan antara Mat sekeluarga dan juga akak sekeluarga, semoga dirahmati dan diberkati Allah jua hendaknya...Ameen. Apa yangbaik kita sama2 manfaatkan dan yang sebaliknya kita tolak jauh jadi benteng untuk kukuhkan ukhwah, insyaAllah.

Rajin-rajinlah singgah ya kalau dah lalu tu, kalau rajin bawak makanan sekali...hahaha. Nanti boleh akak panggil geng Ktn yg nak sangat jumpa Mat tuh, kita potluck okeehh! Hehee...

Buat adik Ben Ashaari yang semakin meletops tu, tahniaaahh seribu dari akak, semoga peluang yang terbuka membawa seribu kebaikan dan rahmat buat Ben sekeluarga dan membahagiakan kehidupan kalian. *tlg sign otograp akak eh!* ^___^

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tiga kisah & berita yang sangat menyeronokkan..
-tahniah dpt 'menantu'
-bestnyer dpt singgah umah kak ummi... tak aci! hehe..
-tahniah juga buat ben..

Rozita said...

ooo..rumah kak ummi di Sg soi.. Berjiran la kita rupanya..

tahniah cik mat..

Nashita said...

Tahniah dapat menantu. Selamat Pengantin Baru buat Aishah dan suami..Tak sangka dulu jumpa kecil lagi..

nea lopah said...

Amboi c.mat, lalu depan umah saya tu... next time singgah yer. sy pun duduk area sg soi tu jugak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.