BEN ASHAARI

Friday, September 6, 2013

GULAI TEMPOYAK IKAN SUNGAI SAMA PETAI...

rsz_gulai_ikan_sungai
Assalammualaikum, salam Jumaat. Hari ni cm masak ikan sungai atau ikan air tawar. Bukan semua orang makan ikan sungai, mungkin sebab tak biasa dan juga ikan sungai punya tulang yang agak banyak, berselirat kata orang2 tua. Tapi bonda suka ikan sungai dan cm juga suka tapi bukan semua jenis. Hari ini cm masak ikan terebol yang digoreng kemudian dimasak lemak cili padi tempoyak campur petai. Masakan mudah dan rasanya sedap (kalau anda yang tak makan ikan air tawar, oleh ganti dengan ikan laut samada ikan tenggiri, kembong dan sebagainya). Cm masak tak banyak, hanya 4 ekor sahaja. Ikan sungai perlu diperap dengan asam jawa sekejap sebelum disiang, kemudian cuci dan perap lagi dengan jus limau nipis dan sedikit garam selamat 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Dan untuk tempoyak tu cm guna durian musang king...ehemm, kira kerabat punya menu lah ni..kerabat musang king...haha..Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan terebol (sejenis ikan air tawar)
4 papan petai, ambik isinya
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
600 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung hijau (tak perlu buang tangkainya)
1 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar tempoyak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan terebol dilumur dengan asam jawa, perap sekejap kemudian disiang dan cuci bersih. Perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam rata2, perap sekejap dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan. 
  2. Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk bersama serai titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah petai dan asam gelugor, kacau rata dan tambah ikan terobol goreng tadi, kacau perlahan dan tambah pati santan. Biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu..
  3. Masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...


7 comments:

Ummi said...

Fuuuhhh, meleleh2 air liur aaaiii tengok, ikan sungai kita makan semua...tibai jerk...tp keli dgn belut x laaa.....haruan ok lgk, tu pun masa dlm pantang jer nak cepat baik segala luka... Petai sesekali masyuukk kan Mat...hehe *tiba2 teringat petai belalang (petai padi), sedap gak wat sambal tumis dgn ikan bilis or udang...hehe

careno said...

Lan x mkn petai tp skrg dah start blajar mkn sikit2 tp juz smbal udang petai jer... yg ni blum penah lg... hehehe...

careno said...

Lan x mkn petai tp skrg dah start blajar mkn sikit2 tp juz smbal udang petai jer... yg ni blum penah lg... hehehe...

Cik Ngah said...

pak cik mattttttt apa khabar? rindu la..heehee...adoihhhh terliur dah niiii feveret sue ni

Along Najwa said...

Sedapnyer...masak lemak n petai..i ilke..

Suhaila Su AnNajah said...

fuhh best!!

gulai masam tempoyak buh petai pun best kan?

salimah said...

kecur liur tgkkkk...tempoyak fav..petai pun fav..tp ikan terebol x pernah dgr..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.