BEN ASHAARI

Tuesday, September 3, 2013

GULAI IKAN PUCUK BEBUAS...

rsz_gulai_ikan_pucuk_bebuas
Salam semua, kalau ikutkan takde entri hari ni sebab cm berada diluar kawasan (konon2nya lahh), tapi ada entri yang cm terlupa nak letak diblog. Dan apa yang anda lihat ini bukan cm baru masak, tapi cm masak masa bulan Ramadan lepas. Ada satu hari dibulan Ramadan, cm teringin sangat nak makan gulai ikan campur pucuk bebuas yang memang ada tanam di tanah rumah lama cm. Resipi ini cm guna ikan tenggiri, kalau anda nak guna ikan lain boleh juga, atau boleh guna ayam. Pucuk bebuas rasa dia sedikit kelat tapi lemak dan baunya beraroma. Kalau di Johor, pucuk bebuas antara bahan penting dalam penyediaan botok2 ikan selain pucuk betik, pucuk ubi dan lain2 lagi...alaaa, dah teringin nak makan botok2 pulak...ishh kacau lahh si mat gebu tu, pantangggg sebut, semua dia teringin....errr yang tu kita cerita lain kali lah kan, sekarang ni jomm lihat resipi gulai ikan pucuk bebuas...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan tenggiri
1 cekak pucuk bebuas, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
8 biji cili padi (optional)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan2 kisar ke dalam periuk bersama serai titik, lengkuas titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih, kacau selalu dan guna api kecil. Tambah ikn tenggiri, kacau dan biar hingga ikan masak atau berubah warna.
  2. Tambah asam keping dan juga pucuk bebuas, tuang pati santan dan kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api kecil dan kacau selalu. Masak hingga pucuk bebuas lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

11 comments:

Gee® said...

Tumpang makan sini boleh che mat...

Haliza Ghazalli said...

Sekali sekala bertukar selera makan ulam ulaman memang sedap!

ryailyanti said...

wow.. mabelessnye bess.. mesti cuba nie. tq che mat, coz sudi share resepi ni

Rozita said...

entry sedap... tapi susah nak carik pucuk tu... dan ramai yang tak tau kesedapannya..

aynora nur said...

cek mat gebu, apa itu daun bebuas?

Lydia Miza said...

Che mat.. Saya dtg bawak nasik nak tumpang mkn:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak tak kenal sgt ngan pucuk bebuas tu.. tp bila search tenet.. nampak mcm pucuk peria pantai yang pernah akak masak masa bln puasa dulu.. cuba mat tgk n3 akak aritu.. sama tak pucuk yg akak masak tu dgn pucuk bebuas. tp mak akak panggil peria pantai.. tp akak tgk daunya hampir sama je..
http://mamawandiha.blogspot.com/2013/07/iftar-day-12-13-lemak-putih-peria.html

Delima Zamrud said...

Ermm xpenah makan pucuk bebuas sedap ke Che Mat..

Noor Afifah Mohd Baharuddin said...

salam che mat, selalu jd silent reader je kt sini sbb sebelum ni x de blog and google acc nk komen2 bagai, hehe.. suka tgok resepi kat sini!

http://madamvitamin.blogspot.com/

Irfa said...

pertama kali dgr nama bebuas ni

Drus said...

Sesiapa hendak benih bebuas sila email kpd saya.

SAYA BERI PERCUMA.

idrus2020@yahoo.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.