AYAM KUNG POA UNTUK MAT GEBU.

rsz_ayam_kungpo_ciken
Assalammualaikum. Salam Khamis. Cuaca redup, mendung dan berangin di kampung cm, diselangi dengan hujan sekali sekala. Pagi tadi cm memang plan nak masak ayam kung poa sebab dah teragak sejak 2-3 hari lepas. Untuk yang lain cm masak pucuk turi simpul masak lemak putih, ada sambal tumis udang petai dan ikan selar kuning goreng. Ayam kung poa ini rasanya dari resipi orang2 cina tapi telah menjadi makanan kegemaran orang2 kita. Cara memasak agak mudah dan cm guna isi ayam bahagian dada yang diperap dengan bahan2 pemerap selama 30 minit. Untuk memudahkan anda, perap isi ayam tadi awal2 sebelum anda buat kerja lain, dan bila tiba untuk anda masak, boleh gunakan. Kalau perap lagi lama, lagi sedap. Satu lagi resipi ini menggunakan minyak bijan dan cm guna minyak bijan jenama NONA, anda boleh beli dipasaraya2. Kalau tak letak pun boleh, tapi rasa dia kurang asli. Kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram isi ayam, hiris memanjang atau didadu,cuci dan toskan*
1 camca besar kicap cair*
1/2 camca besar minyak bijan*
1 camca teh serbuk lada sulah*(*digaul rata dan perap 30 minit )
2 ulas bawang putih, cincang halus
5 tangkai cili kering, potong, cuci dan toskan
1 genggam kacang gajus, goreng hingga keemasan, angkat dan toskan
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
1 camca teh tepung jagung + 3 camca besar air, kacau rata
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Sedikit kicap cair jika perlu

BAHAN-BAHAN SOS :-)
1 camca besar kicap cair
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca teh cuka makan (cm guna cuka Jalen)
1 camca teh gula
1 camca teh minyak bijan
1 camca teh cili serbuk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 untuk sos, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 cawan), goreng isi ayam yang diperap tadi hingga masak, tapi tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Keluarkan lebihan minyak.
  2. Panaskan sedikit minyak anggaran 1 camca besar. Tumis cili kering (toskan) hingga harum, masukkan bawang putih dan kacau rata. Tuang bahan2 sos yang disatukan tadi dan kacau rata. Masak sekejap.
  3. Tambah trafficlight capsicum, gaul rata dan masak sekejap. Tambah bancuhan tepung jagung, kacau dan masukkan ayam dan gajus, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit kicap cair. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Post a Comment

4 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.