SPAGHETTI BEBOLA AYAM, IKUT APA YANG ADA...

rsz_spaghetti_bebola_daging_ayam
Petang semua, assalammualaikum..masih mood beraya, yang tu sudah pasti, syukur alhamdulillah kita masih diberi keamanan dan dalam diam tidak mustahil keamanan juga boleh terjejas dengan tindakan manusia yang tidak berhati perot dan punya agenda sendiri. Moga Allah memberi kekuatan pada umat2 Islam seluruh dunia. Hari ni cuaca mendung dan hujan, dan siang tadi cm menerima kunjungan teman blogger Sunah dan sahabat beliau Azila Aji, terima kasih sudi singgah jengok pcm dan bertanya khabar. Entri yang cm masukkan ini bukan lah cm masak hari ini, tapi cm masak semalam, dan sejak petang Jumaat lepas ada masalah dengan line streaymix di kawasan kampung cm, maka tidak lah dapat nak ber on-line, terbantut nak update blog. Hari ni alhamdulillah, line internet dah ok. Spaghetti bebola ayam ini cm buat ala kadar sahaja, ikut bahan2 yang ada di rumah. Cm guna daging ayam kisar jenama 'ramly' dan guna juga sos spaghetti prego tomato, selasih dan bawang putih....resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sos spaghetti 'prego' tomato, selasih dan bawang putih
1 biji bawang holland, dicincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
3/4 camca teh herba oregano
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1 kiub ayam
1 helai bay leaf
10 biji buah zaitun hitam
10 biji jeruk capers
Sedikit gula
1 cawan air
200 gram daging ayam kisar (cm guna jenama 'ramly)*
1/2 camca teh pes perapan halia (jenama LIFE)*
1/2 camca teh lada hitam kisar*
1 camca besar tepung jagung*
Spaghetti secukupnya, rebus ikut arahan pada bungkusan
Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BEBOLA DAGING :- Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 bertanda (*), kemudian gaul rata. Kemudian kacau pada satu arah selama 4 - 5 minit hingga adunan kelihatan anjal dan licin. Rehatkan sebenatar. Ambil 1/2 camca besar dan bulat2kan menjadi bebola, buat hingga siap dan ketepikan.
  2. UNTUK SOS BEBOLA DAGING :- Panaskan 3 camca besar minyak zaitun dalam frying pan (cm guna non-stick pan), tumis bawang holland, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu. Masukkan sos spaghetti 'pergo' kacau rata dan tambah air. Bila mendidih, kecilkan api dan masukkan bebola daging dan masak hingga bebola daging masak.
  3. Tambah kiub ayam (hancurkan), lada hitam kisar dan herba oregano, kacau perlahan. Tambah buah zaitun dan jeruk capers, kacau dan masukkan sedikit gula. Masak hingga pekat, boleh matikan api. Jangan lupa rasa garamnya.
  4. UNTUK SPAGHETTI BEBOLA AYAM :- Letak secukupnya spaghetti dalam pinggan sesuai. Sendukkan sos bersama beberapa biji bebola ayam dan buah zaitun. Hias dengan daun selasih @ basil, dan jika suka drizzle dengan sedikit minyak zaitun dan hidangkan segera...

Post a Comment

15 Comments

  1. Salam perkenalan CM...
    Selamat hari raya...persinggahan berhariraya
    di alam maya....
    Sedapnya Spaghetti Bebola Ayam nie..
    Nanti satu hari nak cuba buat le...

    ReplyDelete
  2. sedapp and resipe juga simple, i akan cuba buat hujung minggu yang akan datang daripada
    www.sunshinekelly.com

    ReplyDelete
  3. Isk isk isk seperti biasa menu Che mat mmg mengiurkan adehhh tergugat selera la haiissshhh hehehhe :)

    ReplyDelete
  4. Haritu belajar masak melalui resepi che mat la...memang sedap

    ReplyDelete
  5. Salam singgah...
    Masakan Che Mat sentiasa mengasyikkan.....

    ReplyDelete
  6. Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam..

    Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

    Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu
    musuh melawan mereka.

    Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong
    musuh melawan mereka.

    Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk
    menghadapi musuh-musuhMu.

    Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada
    setiap langkah mereka.

    Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah
    segala upaya mereka.

    Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

    Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.

    Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

    Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

    Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan
    kalimat mereka.

    Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

    Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

    Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

    Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah

    ReplyDelete
  7. Salam Che Mat,
    Maner nak carik buah zaitun ni?

    ReplyDelete
  8. cik mat.. aritu lalu sedenak nak ke kg rahmat... cadang macam nak pm kat fb nak singgah rasa kek lapis sedap.. tapi malu la pulak...

    ReplyDelete
  9. bebola tu nampak menyelerakan....

    ReplyDelete
  10. yummmm yummm...sedapnyer..nak cuba lah resepi ni..been following all recipes from here for the past few years till now...

    ReplyDelete
  11. dah lama nak buat spaghetti camni..mmg xreti .. nnt boleh la pakai resepi ni..

    Meal Shakes, Makanan tambahan terbaik untuk kanak-kanak

    ReplyDelete
  12. perghhhh terus lapor dibuatnya pd memalam begini.. Bilalah dapat beraya ke rumah Che Mat agaknya ye hehehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.