BEN ASHAARI

Wednesday, August 21, 2013

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS SAMA PETAI....

rsz_sambal_tumis_petai_ikan_bilis
Assalammualaikum, salam 14 Syawal. Cm tak berapa sempat nak kemaskini blog, bahan ada tapi tu lah, bila duduk mengadap blog, ada je hal2 lain yang perlu diuruskan, maka terus terbantut nak masukkan entri. Contohnya sambal tumis ikan bilis sama petai ni, dah buat 2 hari lepas, tapi hari ni baru dapat masukkan ke blog. Dah lama juga ngidam sambal tumis petai. Bila dah buat, maka selesailah sudah hajat tekak. Kalau anda nak guna udang pun boleh, lagi sedap. Untuk sambal petai cm guna kurang lebih 4 papan petai. Selain dimakan bersama nasi, sedap juga dicicah lempeng pekak, roti canai atau roti biasa (macam dalam gambar atas tu...errr, yang tu bukan roti biasa, tapi roti sekam) dan cm ulamkan dengan timun serta daun salad (dan cm lagi suka salad jenis butterhead, rasa dia sedap dan lemak)....ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 1/2 senduk nasi cili kisar
4 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
3/4 camca besar pes asam jawa
Secubit camca teh serbuk perasa (optional)
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (guna lebih sikit dan anda boleh keluarkan lebihan minyak bila sambal siap nanti). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dam kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah petai dan bawang besar hiris. Gaul, masukkan sedikit air dan masak sekejap. Masuk ikan bilis (toskan dan perah), kacau rata. Tambah serbuk perasa (jika guna), garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, lempeng, roti canai atau roti biasa..


10 comments:

aima said...

pergh...nak kena cari petai ni...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

duluuuuuuuuuu.. masa zaman Kak Sari masih study kat kolej selalu beli masak sambal bilis petai macam ni kat Komtar, rindunyaaaa...

Kjee said...

Petai tengah murah skrg. semalam gi chokit tak sempat nak beli. hari ni mesti nk gi lagi.

roza said...

baru lepas makan sambal petai....lazat umh!

zana fahmi said...

Salam lebaran CMG. Favourite hubby tu tp di Sabah ni sukar nk dpt petai.

Jumria Alimuddin said...

Salam...
tgk pic sampal ni terigt sambal petai mak mertua :)

laskar pelangi said...

mengancam! ada petaiii je mestiiii rasa lapar =D Heeee~

s a r a h said...

makan ngan nasi lemak pon sedap nih...bekeriuk perutku..

Siti Muzailin said...

sodap

Siti Muzailin said...

sodap

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.