BEN ASHAARI

Monday, August 26, 2013

PULUT KUNING SAMA SAMBAL UDANG...

rsz_pulut_raya
Assalammualaikum....Entri pertama hari ini Isnin ini cm letak pulut kuning sebagai pembukaan. Menjadi tradisi orang2 melayu, kalau ada majlis2 penting umpamanya hari lahir, majlis perkahwinan, khatam Quran dan sebagainya, maka akan dibuat pulut kuning sebagai 'tanda' kesyukuran, ini bukan wajib hanya tradisi. Kalau nak makan, tak perlu tunggu ada majlis2 tertentu pun anda boleh buat. Kebetulan semalam Ady datang dan  cm tau dia ni gemar makan kuih atau makanan yang berasaskan pulut. Maka cm buat pulut kuning versi cepat, tapi kalau dah nama pulut kuning kena lah rendam semalaman dengan serbuk kunyit, kalau tak idok leer kuning namanya. Sesuai dimakan sama rendang serunding dan sebagainya termasuklah sambal tumis udang macam cm tulis tu. Resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram beras pulut
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
1 cawan santan cair*
3/4 camca teh garam*(*disatukan dan kacau rata)
2 helai daun pandan
100 ml pati santan (santan pekat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci beras pulut, kemudian rendam dan masukkan serbuk kunyit dan asam gelugor. Biarkan semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian tos dan masukkan ke dalam loyang (cm guna loyang saiz 9 inci).
  2. Tuang santan cair, dan masukkan daun pandan. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Kareh atau gaulkan pulut tadi. Tuang pati santan, gaul lagi dan sambung kukus 15 minit atau hingga pulut masak. Keluarkan daun pandan dan boleh dihidangkan bersama sambal tumis, rendang, kari atau serunding..

11 comments:

Sukma Haron said...

nak buat pulut kuning ini,,,share resepi yea che Mat....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

akak pernah buat pulut kuning versi ekspress, guna rice cooker tapi tak seasli rasa yg dimasak secara tradisi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tak boleh masak pulut lg skrg ni.. en. husband tak boleh mkn pulut.. pantang orang patah rupa2nya tak dibenarkan makan pulut & minum air kelapa... jd kenalah akur.. hehe..

akmaL said...

ni resepi feveret nih..boleh try lepas ni kan :D

cart kartika said...

wow che mat!! sedapnye..

kinrara-bakery said...

Ayoooo Ah Mat.. Manyak sedap wooo.. Tapi wa tengah Diet.. Telan air liur saja loooo.. hehee

Sunah Sakura said...

hari tu tak sempat rasa pun...terlupa... :(

KakNi said...

Assalamualaikum. Salam ziarah. Terliur saya tengok pulut yang sangat lah kuning itu

nea lopah said...

sedap nyeee

Irfa said...

sy x penah tanak pulut
sbb sy takut tak masak :(

s a r a h said...

tak penah try lg pulut ngan udang...harus cuba!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.