BEN ASHAARI

Sunday, August 11, 2013

DAN AKHIRNYA INI YANG LEBIH SEDAP!!....

rsz_sardine_tomyam
Assalammualaikum, salam 4 Syawal. Masih tak terlewat cm nak ucapkan Selamat Hari Lebaran buat semua umat Islam. Minta maaf sejak beberapa hari sebelum akhir Ramadan hingga hari ini cm agak sibuk. Dan masa untuk berblog amat2 terbatas. Menu hari raya tak banyak beza. Sebabkan cm rasa jemu sangat dah dengan benda yang sama maka ku masak sardine, goreng telur dadar (tambah cencalok lagik!) dan debik sambal belacan....hmmm sedapppp!..Maka ini lah yang tersedap dari rendang dan sebagainya. Esok2 nak masak megi kari pulak. Anda masak apa hari ini?. Sardine ni cm masak lain sikit, cm tambah pes tomyam dalam dia, rasanya dah kerap kali buat dan masukkan entri dalam blog. Cm guna sardine cap ayam tin besar. Anda boleh guna apa2 jenama sardine yang anda suka tapi mungkin rasa dia agak berlainan sikit. Resipi amat2 mudah dan cepat dimasak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (cm guna cap ayam)
1 camca besar cili kisar
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
2 inci halia, hiris
2 keping nipis lengkuas, diketuk
8 biji cili padi siam, dibelah 2 setiap 1
1 biji bawang besar, hiris kasar
3 ulas bawang putih, diketuk
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
Sedikit sos ikan dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (dalam 2 1/2 camca besar), tumis serai, bawang putih, halia, lengkuas dan cili kisar hingga garing. Masukkan pes tomyam dan cili padi, kacau rata. Masak sekejap. Masuk sardine dan kacau perlahan.
  2. Tambah daun limau purut, jus limau kasturi dan bawang besar, kacau dan masak hingga bawang lembut, perasakan dengan sos ikan secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat......Penggsannn!!.

11 comments:

zana fahmi said...

Salam aidul fitri utk Mat sekeluarga.

makcikkantin said...

Selamat hari raya cmg dan keluarga

Lydia Miza said...

Salam lebaran cm.. Wahh sedapnye sardin

Amie said...

Selamat hari raya Che Mat... lepas sehari dua raya alangkah nikmatnya dapat makan begini... lebih2 lagi kalau ada sayur bening & telur dadar.

nea lopah said...

Salam Aidil Fitri c.Mat

ZURA said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, c. Mat....

AhkakGojes said...

selamat hari raya CMG..wah sardin tu...sy pun makan sadin beberapa hari ni..jemput singgah blog sy yer CMG
http://eryati.blogspot.com/2013/08/payment-pertama-dari-yoviaakhirnya.html

Nur-nba said...

Oh..sedapnya.. Selamat Hari Raya Cik Mat Gebu.. Sampaikan salam buat bonda dan ayah Cik Mat..

Ayu sukatiakula said...

sedapppnye.. menu yang x pernah mengecewakan. sedap makan ngn nasi panas2 ni. terus lapo nengok gambo ni

salwa ya said...

Pengsan juga

s a r a h said...

mat ni kalo modify resepi mmg meletops laa..tak terpk masak sardin nak tambah pes tomyam..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.