MAGGIE KETAM, SEMANGKUK MAKAN BERTIGA....

rsz_mk1
Malam semua, petang tadi cm masak megi aje, malas beno nak masak benda2 lain. Sebab seawal pagi tadi kami keluar dan petang baru balik. Entri yang anda lihat sebelum ni cm auto-post. Siang tadi masa di Endau, Mersing, cm beli ketam, masih segar dan agak berat. Saiznya tidak lah besar sangat, sederhana saja. Maka petang tadi cm ambik sekor (yang ni ikut anda lah nak letak 2 ekor pun boleh) dan ku masukkan ke dalam maggi kari. Gara2 dia ni lah, buat cm teruja walaupun dah banyak kali buat, tapi tetap teruja juga. Bila dah masak, rasa mcm tak habis pulak makan, jadi bonda dan abang cm yang duduk sekali di meja, cm ajak makan sama, sorang sedikit. Tu pasal semangkuk makan bertiga. Tak payah resipi sangat, sebab mudah beno, tapi jangan tak caya ada gak yang kurang pasti macam mana nak masak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket maggie perisan kari, asingkan perencahnya
1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
5 helai daun kari
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 ekor ketam bunga (sepit biru) bersaiz sederhan, dibersihkan
1 biji telur
Air secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
Sedikit hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga harum dan perang. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau rata dan bila mendidih, masukkan perencah kari dan batang sawi, kacau rata.
  2. Kecilkan api, pecahkan telur dan biar hingga telur mengeras. Kacau perlahan, tambah ketam dan masak hingga ketam berubah warna. Masukkan mi maggie dan daun sawi, kacau perlahan. Masak hingga mi  lembut. (jika suka kuah lebih, sila tambah sedikit lagi air).
  3. Alih dalam bekas, tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Hidangkan segera, sedap dimakan panas..

Post a Comment

8 Comments

  1. aduh megi pon , nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  2. wah...mewah,siap dgn ketam lg :)
    biasa buat pkai perencah maggi tue aje...malas nak tambah mende lain..hehe

    ReplyDelete
  3. waaaaaah.. terliur tengok maggi tu..

    ReplyDelete
  4. hehe, kat sebelah rumah kakisembang ade kedai meggi ketam, 12 hinggit semangkuk..Tapi CM punya lagi best..hehe

    ReplyDelete
  5. Sedap ke maggi yang di modified kan camni? hmmm

    ReplyDelete
  6. kenapa buat entry ni. Kan bestfriend saya dah meroyan suruh masakkan maggi ketam. Mana nk cari ketam petang-petang ni T.T

    ReplyDelete
  7. ramai sangat dok ajak pergi makan megi ketam kt kedai nun disana....masalahnyer mahal sangat...

    masak snediri la guna resepi CM.... ;-)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.