BEN ASHAARI

Thursday, July 4, 2013

LEMPENG KELAPA DAN SECAWAN NESCAFE.

rsz_lempeng_kelapa (2)
Selamat malam semua, assalamualaikum. Hari ni hari sibuk cm, pagi cm dah masak, lepas tu bergegas mencari bahan2 kek untuk projek 'sesuatu'. Dan waktu macam ni baru dapat bersiaran. Entri yang anda lihat ni, sebenarnya sarapan pagi. Cm memang tak sempat dah nak masukkan entri kerap sangat, faham2 sajalah blog masak2 ni, tiada makna jika tiada gambar. Bila sebut gambar, cm perhatikan sejak2 ni ramai orang bijak pandai mula membahas perihal isu gambar masakan yang ditayangkan di media2 sosial. Pada pendapat cm, semuanya bergantung pada niat kita dan cerdik atau bodoh orang yang melihatnya. Kenapa cm kata macam tu, sebab, niat baik kita berkongsi, mungkin disalah anggap dan dikatakan menunjuk, riak dan hendak bermegah2.. Astagfirullah, tolonglah berfikiran positif. Bila ada hasutan syitan di hati yang punya sifat hasat dengki, maka akan ada rasa ketidakpuasan. Dan rasa tadi dipanjangkan ke ustaz2 dan orang2 alim dalam bentuk soalan, maka jawapan2 yang sahih akan diberikan, walaupun kami akur, tapi tak sedikit banyak 'mencuit' perasaan juga (sebab niat kita dipandang serong)...hmmm, takpe lah Allah swt maha mengetahui segala niat dan tujuan, pasrah saja lah.. Apa2 pun kita makan lempeng kelapa, cicah sambal tumis semalam dan secawan nescafe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih (guna kelapa yang muda sedikit)
1 camca teh baking powder
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Sambal tumis atau sos pilihan anda sebagai pencicah..

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan kelapa, tepung, baking powder dan air, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati dan tidak berbintil2. Masukkan garam secukup rasa dan kacau lagi hingga rata. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1 senduk penuh bancuhan lempeng kelapa, ratakan dan masak dengan api sederhana hingga keperangan (cm titikskan sedikit minyak pada tepi lempeng tadi, untuk pendapatkan tepinya yang garing).
  3. Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga kekuningan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan, lenser sedikit minyak setiap kali membuat lempeng yang baru. Hidangkan bersama sambal tumis atau sos kegemaran anda dan secawan nescafe panas..


6 comments:

HaniShaklee said...

saya suke lempeng!!


http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/07/promotion-july-gla-complex-ape-tuuu.html

Muna Mahdzar-Fadaaq said...

Salam cikMat,
Cheq miss the good old days... before facebook (I'm not saying facebook is bad, sat lagi ada yang marah pulak)...
blogging was sooo simple back then and bloggers were all happy people and everyone became such good friends.
Hopefully, we will keep up the good old ways! :)
xoxo

Mas Michiko said...

Ya Allah... sedapnya lempeng kelapa! my fav ni... terliuq dah ni... huhuhuuu

Angah said...

sedapnyaaa,...lempeng aka peknga(tempek atas belanga haha)
sgt cantik cara persembahannya che mat...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

entry kita tak sama tapi maksud serupa... kalau tunjuk gambar lempeng pun dikatakan riak dan bermegah-megah, haiiiii... tak tahu apo nak dikatoooo... kita buka blog politik nakkkkk??

Kaki Sembang said...

Tukar lempeng dan air kopi o..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.