KEK LAPIS CHEESE COKLAT...

rsz_choco_cheese_layer_cake

Assalammualaikum, diam tak diam dah masuk minggu kedua bulan Ramadan, masa berlalu pantas. Anda apa khabar?..Sehat?..Dah ada perancangan untuk membuat kek dan biskut raya?.. Cm agak sibuk sikit. Dan beberapa hari lepas cm dah mula ON projek kek lapis, bukan untuk jualan, tapi untuk sendiri punya. Bil sebut kek lapis dah semestinya kita terbayangkan "Sarawak", negeri yang begitu terkenal dengan kek lapis mereka yang pelbagai ragam dan corak. Tak lupa Indonesia yang begitu terkenal dengan kek lapis tradisi rempah atau kek lapis legit. Kini trend kek lapis mula menular ke semenanjung. Cm dulu tak pernah buat kek lapis, tapi sejak berblog dan berkawan dengan mereka2 yang pakar kek lapis, keinginan melapis tu mula timbul. Tapi cm cuma pandai melapis kek lapis biasa sahaja, bukan kek lapis yang punya pelbagai corak. Melapis amat menyeronokkan, dan perlu kesabaran. untuk menyiapkannya. Pada cm saat paling mendebarkan bila kek dipotong untuk melihat lapisan yang dihasilkan....

rsz_choco_cheese_layer_cake1

Untuk entri pertama kek lapis ini, cm kongsi resipi yang asalnya cm ambik dari blog Rima dari Singapura, siapa tak kenal beliau, dikalangan blogger masakan, beliau seorang yang begitu teliti dalam menghasilkan kek lapis terbaik. Rima menjadi inspirasi cm untuk melapis kek dengan lebih cermat, lebih bersungguh2 untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Bukan saja dari segi rasa, tapi juga dari segi rupa, teksture dan kekemasan. Tidaklah susah membuat kek lapis, kalau cm boleh buat, anda pasti boleh buat juga, cuma cm pesan anda luangkan satu hari tanpa gangguan dan cuba melapis kek, rasai keseronokkan melapis selapis demi selapis dan membakar hingga ke lapisan terakhir....Pasti anda akan rasa bangga dengan hasil air tangan anda sendiri... Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHAN A :-)
200 gram mentega (cm guna mentega SCS)
150 gram cream cheese
130 gram gula kastor
14 biji kuning telur (cm guna telur gred A)
5 camca besar susu pekat manis

BAHAN-BAHAN B :-)
130 gram gula kastor
7 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar

BAHAN-BAHAN C :-)
180 gram tepung Hong Kong*
1 camca teh baking powder*(*diayak)

BAHAN-BAHAN D :-)
2 camca besar serbuk koko*
3 camca besar air panas*
1 camca teh coklat emulco*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Beberapa titik perwarna kuning makanan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C (api grill, bahagian atas sahaja), lenser tin 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, leser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, cream cheese dan gula kastor hingga kembang dan gebu, masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit, dan putar sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Dalam bekas yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk.
  4. Masukkan putih telur ke dalam adunnan kek lapis, gaul rata dengan spatula dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak
  5. Satu bahagian dimasukkan pes coklat, gaul rata dan dua bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning makanan. Kacau rata2.
  6. Masukkan tin ke dalam oven selama 3 minit. Keluarkan dan lapis dengan bancuhan warna kuning sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5-7 minit atau hingga perang. Keluarkan dan jika ada gelombong udara, cucuk dengan lidi sate dan kemudian tekan sedikit. 
  7. Lapis lagi dengan adunan warna kuning hingga siap. Kemudian dilapis dengn adunan coklat pula hingga siap dan dilapis sekali lagi dengan adunan kuning. Untuk lapisan terakhir, bakar hingga kekuningan, kemudian tutup permukaan tin kek dengan aluminium foil dan bakar dengan api atas bawah selama 10 - 12 minit. Sejukkan kek sekejap dan keluarkan dari tin. Biar sejuk sebelum dipotong.
CATATAN MAT GEBU :- Guna mentega berkualiti tinggi untuk mendapat kek lapis yang lembap. Anda boleh juga putar putih telur dulu, asingkan dan baru putar adunan untuk kek lapis. Tekan perlahan setiap lapisan kek dengan penekan kek lapis, jika ada gelembung udara, cucuk perlahan dengan lidi sate. Anggaran membakar setiap lapisan dalam 5 - 7 minit bergantung pada oven masing2...

Post a Comment

10 Comments

  1. FUhh ... nampak menarik ni MG ... nanti nak suruh wife tgk ... leh la dia try, tgh kemaruk buat kek guna pemanggang ajaib .. hehhehee

    ReplyDelete
  2. lawanya cik mat..tp rasanya x de kekuatan plak nk mencubanya...huhu

    ReplyDelete
  3. lama dah tak melapis,dekat 2 bulan dah..

    ReplyDelete
  4. wah yummy..dah bookmark page ni.boleh saya try dengan mak nanti tqvm ye ^^

    ReplyDelete
  5. ini versi bakar pulak ye? nak salin.. hehe.. sblm ni buat yang kukus tu.. super sedap... tq cik mat..

    ReplyDelete
  6. Membuat kek lapis memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, tahniah pada CM nampak sedap dan menarik kek lapis CM ni.

    ReplyDelete
  7. nak tanya coklat baking mana yg sedap?hershey ke van houten
    btw cm ada org kata cream of tartar xhalal sbb made from wine..ada yg halal x

    ReplyDelete
  8. Wallaaawwweeeyyyy cantiiknyaaaaa kek ituuuuu... Mat, nak seloyang...hehe

    ReplyDelete
  9. salam cm langkah ke 7 tu tutup tin dengan apa?

    ReplyDelete
  10. Susu pekat tu..bile nak masukkan?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.