KEK LAPIS ASAM MANIS.

rsz_kek_lapis_asam_manis

Assalammualaikum, salam 16 Ramadan, phewww, cepatnya tau2 dah tinggal 2 minggu je lagi nak raya, insha Allah. Semalam cm nak masukkan entri kek lapis asam manis, tapi line internet bengong pulak, grrrr...tu pasal cm update pepagi sebelum kerja2 rutin menunggu. Kek lapis asam manis boleh dikatakan agar popular, dan ada pelbagai versi, ada yang kukus (yang ni cm tak pernah mencuba lagi....) dan yang bakar (macam cm buat..) dan satu lagi ada pelbagai resipi. Pada asasnya anda boleh guna resipi basic untuk membuat kek lapis dan digandingkan dengan asam manis. Di pasaran ada beberapa jenis asam manis, yang biasa cm guna jenis bulat2 macam anda lihat tu. Pernah sekali cm guna yang 4 segi, cuma tak berapa bess, sebab saiz dia besar, kek pun rasa manis sangat.....

rsz_kek_lapis_asam_manis1

Untuk resipi kek ini, cm masih guna resipi asal sejak mula2 cm buat kek lapis asam manis, yea itu dari blog Rozzan dari Singapura yang juga begitu terkenal dengan kepakaran membuat kek lapis. Dalam resipi berikut, tiada tepung digunakan dan diganti dengan kisaran biskut marie. Cm guna biskut marie jenama Munchy's. Cara menyusun asam manis tu terpulang pada cara masing2. Cm susun selepas 2 kali melapis dan sebanyak 25 keping asam manis untuk satu lapisan. Warna terpulang pada anda, cm guna warna traffic light (kuning, hijau dan merah). Ok dah rasa boleh melapis?..Jomm kita lihat resipi tapi sebelum tu sama2 kita sedekahkan al-fatihah pada Allahyarhamah Seniwati Hajjah Umi Khaltum dan Allahyarham Rosley Idris...siapa dia?..Anda boleh lihat di sini.... Al-fatihah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram mentega (cm guna SCS)
150 gram gula halus (cm letak 130 gram)
10 biji telur gred A
300 gram biskut marie (cm guna jenama Munchy's), dikisar halus dan diayak
300 gram susu pekat manis (cm letak 200 gram)
85 gram seri kaya (cm guna jenama Yeo's)
1 camca teh esen vanilla
2 paket asam manis (1 paket ada 10 bungkus)
Pewarna makanan secukupnya (merah, hijau, kuning)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan guna halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang dan gebu, masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar sebati (masa ni adunan akan berbiji2 sedikit).
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan susu pekat manis dan kisaran biskut marie sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak, setiap satu diberi warna kegemaran anda, kacau rata (cm guna merah, kuning dan hijau). Ok sekarang kita mula melapis..
  4. Masukkan tin ke dalam oven, panaskan 1-2 minit (tukar api oven pada atas sahaja, fungsi grill). Keluarkan tin dan sudukan 4 camca besar warna kuning, ratakan dan bakar 6 - 7 minit atau hingga permukaannya perang. Tekan sedikit permukaan kek dengan penekan kek lapis dan lapiskan sekali lagi warna yang sama, ratakan dan susun asam manis, bakar hingga perang. Keluarkan dari oven dan tekan perlahan.
  5. Lapiskan pula dengan warna lain, dan setiap warna dilapis 2 kali. Susun asam manis selepas lapisan pertama. Dan tekan perlahan setiap lapisan. Buat hingga siap dan lapisan terakhir bakar dengan api atas dan bawah selama 10 - 15 minit, tutup permukaan tin kek dengan aluminiun foil jika cepat gelap. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan..

Post a Comment

14 Comments

  1. sedapnya...bila la ada kerajinan nak melapis..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya. Kita rajin makan je. Petang ni nak masak gulai lemak+terung sambal padang resepi mat gebu. nyum3.

    ReplyDelete
  3. duluuuuuuuuuuuuuuu... (maknanya dah lama sangatlah tu...) Kak Sari belajar buat kek ni dgn mak mertua kawan Kak Sari, kami guna biskut mayat, keknya versi kukus, last sekali baru bakar.. sayang, ntah ke mana resepinya hilang, huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Salam CM,nak tanya penekan kek lapis tu camner rupanya.

    Tqvm

    ReplyDelete
  5. Kesukaan ku.. Rapi je CM melapis.. :-)

    ReplyDelete
  6. Kesukaan ku.. Rapi je CM melapis.. :-)

    ReplyDelete
  7. Lawa cm punya kek. Kemas je. Minta izin copy resepi ye cm. nak cuba buat

    ReplyDelete
  8. Sedap nyer Che Mat, D5 mmg suker kuih nie isk isk isk meh sepotong leh tak :)

    ReplyDelete
  9. Sedapnye....bole order ke untuk raya ni?

    ReplyDelete
  10. Sedapnye....bole order ke untuk raya ni?

    ReplyDelete
  11. cm dapur saya tak bleh nk set atas sahaja klau nk bakar kna pnaskan 1 oven..klau yg tu mcm mna bleh ke

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah akhirnya berjaya gak buat kek ni. Terima kasih cik mat. Lps ni nak try yg lain lak.

    ReplyDelete
  13. selain bakar boleh kukus tak? :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.