BEN ASHAARI

Monday, July 8, 2013

ASAM TUMIS KELADI SARAWAK

rsz_keladi_sarawak_masak_asam

Makan semua, assalammualaikum...cm baru dapat nak duduk dan ngadap tenet dan baru berkesempatan nak tengok blog sendiri dan baru saja sempat masukkan satu entri...errrr...memang satu entri je pun. Hari ni lepas subuh dan mengadap dapur, untuk projek 50, lepas tu masak untuk santapan tengah hari, lepas zohor on balik projek 50...grrrrr....rupa tak yah kata, berserabai bersepai, huru hara...takpe lah yang pentang konsisten yea tak..insha Allah, mudah2an dipermudahkan hingga selesai. Ok entri yang ringkas hari ni dan menjadi kegemaran cm dan bonda. Dan rasanya kerap kali juga dah letak diblog. Rasa2 cm, bulan puasa nanti nak makan masakan yang ringan2 macam ni lah. Nampak je macam pedas, tapi hanya guna 3 biji cili merah. Perihal keladi Sarawak tu tak semestinya kena guna keladi tu, anda boleh guna keladi biasa. Cm guna isi ikan kurau masin yang cm rendam awal (kurang lebih 1 jam awal).  Sebelum kita lihat resipi, bagi anda yang ingin menempah kek terutama sekitar Johor Baharu, boleh ke sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Keladi Sarawak secukupnya (atau ada yang panggil keladi pongkes)
4-5 ketul isi ikan masin kurau, cuci dan rendam 1 jam
2 helai daun kunyit, disiat
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Keladi Sarawak dikupas, potong berbaji dan rebus hingga empuk, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan serbuk kunyit hingga harum. Kacau selalu dan guna api kecil. Tuang air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis, tambah isi kan kurau (toskan), dan masak sekejap. Tambah keladi rebus dan daun kunyit, masak sekejap. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain...

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.