ACAR IKAN TENGGIRI...

rsz_acar_ikan (1)

Assalammualaikum...Baru sempat nak masukkan entri....projek 50 masih berjalan dan insha Allah 3 - 4 hari lagi selesai lah jika tiada aral melintang. Sebab kan cm rasa agak penat sikit, maka cm tak larat nak masak yang mengancam sangat, sekadar yang terlarat dan termampu sahaja. Dan acar ikan ini ada ceritanya. Kebetulan ada timun yang hampir nak kecut tapi masih ok, dari terbuang, cm oter jadikan acar. Dalam masa yang sama cm plan nak masak ikan tenggiri masak cuka, tapi acar tu memadai rasaya dengan manis, masam dan sebagainya, ni nak bikin ikan tenggiri masak cuka pulak, dah rasa nanti seakan2 sama je. Ok, takpe kan kita buat dia, ikan goreng tadi cm letak dalam bekas sesuai dan letak acar timun atasnya, biarkan sekejap dan hidangkan sebagai pembuka selera masa berbuka atau bersahur....Jomm kita lihat resipi...

BAHAN-BAYANNYA :-)
3 keping ikan tenggiri, cuci dan toskan
2 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji bawang besar, belah 6
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia, mayang halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bijan, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap dan goreng hingga masak dan kekuningan, tak perlu sampai garing sangat, nanti keras. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Timun dikerat 3 atau 4 bahagian, buang empulur dan hiris jejari, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Lobak merah juga dihiris jejari. Cili marah dan hijau dikerat 3, buang biji dan hiris jejari. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tuang cuka makan dan masukkan gula (anggaran 1/4 cawan), kacau rata dan tambah bawang putih dan lobak merah, gaul rata dan masak sekejap.
  4. Tamba cili merah/cili hijau dan timun (toskan timun tadi) gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang acar tadi atas dan tabur sedikir bijan, hidangkan besama nasi...

Post a Comment

6 Comments

  1. Tiba2 rasa cam acar ikan ada ja kat tekak ni. Ikan kembung pun ikan kembunglah petang nanti.

    ReplyDelete
  2. makan ngan nasi panas masa sahur sedap nih ;)

    ReplyDelete
  3. Dah cuba buat berbuka semalam....sedaaap...tq MC

    ReplyDelete
  4. Dah cuba buat berbuka semalam....sedaaap...tq MC

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.