BEN ASHAARI

Monday, June 10, 2013

SWISSROLL CARCA MERBA....

rsz_swissroll1
Salam petang, errrkk...2 keping je ke?...Sebenarnya ini belen kek gulung atau swissroll yang cm buat untuk tetamu yang bertandang semalam, kawan blogger cm yang lama dah cm kenal, Shaizar dan isteri beliau Puan Nazuha Waharp. Niat mereka berkunjung ke Sedenak sudah lama, cuma masa tak mengizinkan. Alhamdulillah, akhirnya mereka sampai dengan selamat. Cm tak masak apa sangat, plan asal sarapan pagi tapi tertunda lewat sedikit, dan cm masak nasi lemak, sambal sotong, ayam goreng kunyit, mi hoon goreng dan juga kek gulung atau swissroll seperti dalam gambar di atas. Sebenarnya ini resipi sama yang selalu cm buat, cuma ikut kreativiti anda nak bagi perisa apa, atau mencorakkannya bagaimana. Cm blurr sebenarnya masa buat ni, jadi ku carca merbakan saja. Konon2 hasil seni abstrak, boleh?...Resipi memang mudah amat2 sanngat, tak perlu nak pening2 kepala...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram tepung optima @ tepung sponge mix
3 biji telur gred A
30 gram mentega, cair dan sejukkan
30 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna makanan hijau, violet dan merah
2/3 cawan 'non-dairy whipping cream', diputar kental
Strawberry filling secukupnya (kurang lebih 2 camca besar)
7 - 8 biji strawberry segar, dipotong kiub

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 12 inci x 12 inci x 1 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar berlebih sedikit pada bahagian kanan dan kiri tin, lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan..(tujuan kertas dilebihkan, untuk memudahkan anda mengeluarkan kek dari tin).
  2. Masukkan tepung optima, telur dan susu segar ke dalam mangkuk adunan, kacau rata dengan whisk, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat, kurang lebih 7 - 8 minit. Masukkan coklat emulca dan perisa mocha, putar sebati.
  3. Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula, gunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar selama 25 minit pada rak tengah oven anda. Bila kek masak, keluarkan dan terbalikkan atas jaringan. Tanggalkan kertas minyak perlahan2. Biar sejuk (dalam 10 minit)
  4. Sediakan sehelai lagi kertas minyak yang bersih. Letak atas kek tadi dan berhati2 terbalikkan kek.  Sapu whipping cream rata2, kemudian paipkan strawberry filling secara berjalur atas whipping cream tadi, tabur strawberry segar yang didadu. Gulung kek berhati2. Padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam (cm simpan semalaman). Boleh dipotong dan hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk meletak whipping cream, cm masukkan whipping cream yang telah diputar dalam piping beg yang dipasang nozel bermuncung rata bersaiz agak besar (kurang lebih 1 inci) dan paipkan memanjang atas permukaan kek hingga penuh. Diikuti strawberry filling, dan baru digulung kemas...

11 comments:

Fyna Ahmad said...

fyna kalau bab2 masak kek nih memang tak pandai. pandai makan je. ^_^

Norzila Zakaria said...

cantik je tu che mat..suka zila tgk kaler dan nampak gebus

icE said...

teringin nak buat!!

jemputla ke blog saya:

Mak in Progress

Umie Jazz said...

alahai..sedap ni cm..kaler pun lawo...

gadisBunga™ said...

che mat, nak pindah duduk sebelah umah che mat!

siti sabri said...

Yg pentng warna menyerlah

Rozuan Ismail said...

sos strawberi dia nampak sedap

Mawardi Yunus said...

yaampun sedapnya

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

caca merba ke?? nampak sedap sangat, Kak Sari suka swiss roll tapi tak pandai buat, huhu

Maszie Fatah said...

wahhh...sedapnya dah lama tak buat rasa2 last buat zaman2 baru nak belajar buat kek...sng2 nak cubalah resepi cm nie....

Carlos Santiago said...

waaaa... mcm best jer... nyam nyam nyam.

p/s: admin, mohon masuk bloglist tiffinbiru. already added tiffinbiru.

http://bankami.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.