BEN ASHAARI

Tuesday, June 4, 2013

SAMBAL SARDINE BELIMBING...

rsz_sambal_sardine_belimbing
Assalammualaikum, selamat bertemu kembali. Entri masakan pertama hari ini cm letak satu menu ringkas, sesuai dibuat tika mood tak berapa rajin melanda macam cm hadapi sekarang ini. Untuk orang bujang, resipi macam ini semestinya menjadi pilihan mereka, nak2 bila bulan puasa nanti. Amat ringkas dan memang niat cm nak taruk belimbing buluh. Sebabkan sardine agak kuat sedikit baunya (walaupun sedap), cm tambah serai yang dititik dan sekuntum bunga kantan. Untuk asam, cm ganti dengan jus limau nipis. Makan dengan nasi hangat dah cukup dengan sambal sardine ni, kalau tak habis, boleh cicah lempeng pekak pulak. Kalau tak habis juga, hancurikan ikan sardine tu, kasi buat sandwich...kalau tak habis juga...kita yang habis...Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sardine saiz sedang (cap ayam) atau sardine pilihan anda
1 senduk nasi cili kisar
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batang serai, dititik
12 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap 1, rendam
4 biji limau kasturi, perah jusnya
1 biji bawang besar, potong berangkai
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk lumat dan serai hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan sardine bersama sosnya. Kacau perlahan.
  2. Tambah bunga kantan, bawang besar dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya, masak sekejap. Masukkan belimbing (toskan). Kacau dan biar belimbing lembut sedikit. Akhir sekali tambah jus limau kasturi, kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

6 comments:

kakinakl.com said...

masakan cam ni pun sodap ek mat..simple..kalau makan dengan cencaluk..waduh..bertambah-tambah nasi di buatnya :)

adda syuhada said...

salam CM...
nanti nak cuba la resepi nih..

Masz Health Boutique said...

salam CM

nak cuba insyaAllah, nampak sedap sangat lawan dengan nasi panas..

rakan-rakan sudikanlah berkunjung ke blog saya untuk dapat tips kesihatan wanita :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dah banyak sangat makan nasi beriyani, kalau dapat lauk sardin rasa macam nak lompat bintang, hahaha

adzairdawati makdara said...

ni kalau dimakan dgn roti sandwich pun sodapppppp ni.. nak nak plk makan time panassss kannn :)

Lydia Miza said...

Salam cm, nampak sedap dgn belimbing tu. nyum3

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.