BEN ASHAARI

Wednesday, June 5, 2013

GULAI KLASIK AYAM SAMA NANGKA MUDA..

rsz_gulai_nangka_sama_ayam
Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni untuk entri pertama cm kongsi menu yang cm masak 2 hari lepas. Sekarang ni tak sempat sangat dah nak mengadap blog. Tapi insha Allah kalau ada masa, mesti cm kemaskini. Menu yang menjadi kegemaran bonda dan pendek kata semua, walaupun nak memasaknya agak renyah dan perlukan lebih perhatian. Kata bonda, kalau nak masak gulai macam ini, kena pilih nangka muda yang bijinya masih kecil atau dipanggil "temabal", maksudnya nangka yang sedang2 muda, atau yang masih remaja. Cm guna ayam tapi kalau nak lagi sedap, guna daging. Cuma sekarang ni daging ke skip, sebab Bak kan gaot, kesian pulak, nanti nampak gulai ada daging dah tak boleh makan. Resipi mungkin nampak banyak dari segi bahan2, tapi tidakla h susah sangat nak menyediakannya.. Sebelum lihat resipi, meh singgah sini dulu....kot2 lah ada yang kenan nak bikin menantu....hehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ayam, potong 10 bahagian
1 kg nangka muda
1.8 liter santan cair
500 ml pati santan
2 camca besar kerisik
3 camca besar rempah kari daging (Baba's)
2 camca besar rempah rendang (Baba's)
2 camca besar penuh cili kisar
1 keping asam gelugor (kalau kecil, guna 2 keping)
1 camca besar gula melaka
1 kiub pati ayam (optional)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 batang serai
1/2 inci lengkuas
25 biji cili padi merah, jenis kampung

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan, nangka muda dikupas, potong kiub dan celur sekejap (jangan celur lama sangat 2-3 minit sudah memadai), toskan. Sementara itu satukan rempah kari, rempah rendang dan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga terbit minyak, masih gunakan api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tambah santa cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan nangka, asam gelugor dan kiub ayam (jika guna), masak sekejap dan bila nangka hampir empuk, tuang pati santan. Tambah kerisik. Kacau rata dan biar mendidih perlahan.
  4. Tambah gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng pekak..

6 comments:

Yan Ty said...

Ya Allah ... Dugaan tengah puasa sunat ni , sabaq je ar.

[n a j e e b] said...

apa ni.....malu titewwwww!!!! (>_<)"

Watanabee said...

gulai= kari ke? ingat kan gulai tu = masak lemak...hohoho...

rohaya zabidin said...

yummmmmy sedapnyer..

roza said...

sedap..terus jadi lapar.

Umie Jazz said...

sedapnya cm.....memang peberet saya ni....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.