DAGING MASAK RAWON...MENU INDONESIA..

rsz_rawon
Salam Khamis, alhamdulillah, jerebu beransur pulih, tiada lagi bau hangit. Hari ini cm laksanakan satu resipi yang memang menjadi keinginan cm nak mencuba sejak dulu lagi. Sebenarnya masakan yang anda lihat ini satu menu dari Indonesia yang berasal dari Surabaya (wikipedia). Kalau anda lihat rupa masakan rawon saling tak tumpah macam masak kicap, tapi tiada kicap digunakan dalamnya...Jadi apakah rahsia yang menjadikan masakan rawon kehitaman?..Yang tu nanti kita cerita. Bagi orang Singapura, mereka sudah biasa dengan masakan ini termasuk sebahagian orang2 Johor yang menetap di Johor Baharu dan mereka2 yang berketurunan Jawa. Cm sendiri sudah lama tau kewujudan masakan rawon tapi pada masa itu agak kekurangan sumber rujukan (sekitar tahun 90-an). Dan ada bahan2 yang agak sukar didapati terutamanya.....

rsz_rawon2rsz_rawon1
...buah keluak, seperti gambar atas ini. Mungkin kurang permintaan, maka agak kurang penjual yang menjualnya. Tapi sekarang ada jual di pasar Kipt Mart, Tampoi di Johor Baharu. Petua memilih buah keluak yang cm baca dari buku Chef Florence, pilih buah keluar yang agak berat (walaupun sebenarnya ia ringan) dan goncang, jika berbunyi, tanda buah keluak kurang bagus. Cm pilih buah keluak yang bulat2 sedikit, kalau leper agak kurang isinya. Harga di tempat cm beli, sekitar RM 25 sekilo. Masakan rawon dihidangkan bersama sambal terasi atau sambal belacan dan bahan2 sampingan seperti tauhu goreng dan tempe goreng. Ada juga yang dihidangkan bersama keropok dan telur asin. Serius cm jatuh cinta dengan masakan rawon, sedap dan amat2 'sesuatu', walaupun rupanya hitam tapi rasanya, penuh dengan kenikmatan......Berani cuba?....ok cm tulis resipinya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging (guna yang sedikit berlemak)
2 batang serai, dititik
4 biji bawang merah, hiris
2 helai daun salam (cm ganti dengan 'bay leaf')
5 helai daun limau purut
1/3 cawan santan (opional)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
1 camca teh lada hitam biji
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
1 camca teh pes asam jawa
Isi dari 5 biji buah keluak (rendam dengan 1/2 cawan air panas)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan daging, gaul rata dan masak hingga daging kecut.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Tambah daun limau purut dan daun salam. Kacau dan renihkan hingga daging empuk, tambah air panas jika perlu. Bila daging empuk, masukkan santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Ada pelbagai cara memasaknya, ada yang rebus dulu daging hingga lembut, kemudian baru dimasak rawon, cm masak guna periuk tekanan dan mengambil masak kurang lebih 25 minit. Kuah rawon memang hitam, hasil dari isi buah keluak yang dikisar bersama bahan2 rempah ratus.  Buah keluak cm cuci dan rendam semalaman. Kemudian ketuk dan korek keluar isinya....Selamat mencuba!!..

Post a Comment

14 Comments

  1. Salam
    CM rajin masak rawon skrg ni, mudah ye nak dpt buah kluwak di sana. Kalau kat sini memang susah sangat. Err pokok ni ada tanam kat semenanjung ke CM?

    Saya pernah nampak ada orang buat nasi goreng guna kluwak. Menarik warnanya.

    ReplyDelete
  2. Aduh... kakak dah tua pun tak tahu buah keluak. Tadi kakak ingat buah berangan tapi kenapa lain.

    ReplyDelete
  3. rasanya dalam masakan baba nyonya yang guna buah keluak ni..pernah tengok chef florence guna buah keluak ni utk masak..

    ReplyDelete
  4. persiapannya kena buat awal ya, CM.. Ialah, kalau tengok macam daging masak kicap pun ada, rasanya pasti berbeza.. jap gi Kak Sari dtg bawa pinggan.. hehe

    ReplyDelete
  5. Saya pernah makan nasi rawon. Sup daging rawon dengan nasi. Lebih kurang nasi sup tapi nasinya butir2 tak lembik. Mmg best tapi dah lama x makan .

    ReplyDelete
  6. aduhhh terliur tengok nasi rawon, pernah makan sekali je

    ReplyDelete
  7. saya suka menu ni!! nenek sy slalu masak! turun temurun nie >.<

    ReplyDelete
  8. mmmm... sedapnye, tapi saya kurang xpert masak. xpe akan cuba.

    ReplyDelete
  9. akak jenuh mencari buah keluak kat sini.. tp tak pernah berjumpa.. tanya kat kedai2 runcit org acheh pun takde jugak.. may be kena pegi ke KL dekat2 Chow Kit ada kot..

    ReplyDelete
  10. pertamma kali tengok buah keluak..oo..macam tu rupanya yer..ingatkan cendawan tadi..huhu

    ReplyDelete
  11. first time tengok masakan rawon ni

    ReplyDelete
  12. Klu kat kl ni, kt chow kit ada. org indon guna dlm masakan.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. salam, memang betul buah keluak hanye org2 indonesia yg guna, kita tk guna buah ni..rawon memang enak..biasa la kalu duk d tmpt org2 dia..hehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.