SIAPAKAH "JOKONDO" ITU?....

Malam semua, tak masak hari ni, jadi saja nak share satu cerita...errr, cerita ke, tapi dari fakta yang boleh diterima juga lah. Pernah dengar perkataan JOKONDO?..Cm pun baru tau baru2 ni dari bonda sedara cm 'Engku Chik". Mula2 dengar tu cm punya lah gelak, sebab nama jokondo tu kiut sangat dan klasik pun yea juga (macam nama Mawardi), dalam masa sama kelakar pun ada. Wak  Kechik (panggilan untuk bonda sedara cm), cakap, memang ada lahh jokondo tu, iyea aku tak main2...dan ceritanya pun bermula..

Masa cm singgah ke rumah Wak Kechik (WK) di Johor Baharu, berceritalah WK pada bonda cm yang cucu dia kena penyakit kayap, iaitu satu jangkitan pada kulit, dan cucu dia yang bersekolah Pondok, terpaksa dihantar pulang buat sementara waktu. Jadi WK syorkan jumpa JOKONDO untuk berubat....cm dengar terus gelak (mula2 ingatkan jokondo tu nama Dr..haha), WK kata betul, jokondo tu lelaki bujang kawin sama janda, dan dipercayai suami janda tu boleh mengubati penyakit kayap dengan kaedah menyembur sireh kapur yang telah beliau kunyah...erkk...wallahualam. Tapi apa2 pun kita ikhtiar, Allah juga yang menentukan samada baik atau sebaliknya...

Bila cm up kat wall FB semalam pasal Jokondo, macam2 reaksi cm terima termasuk mereka yang bertanya makna JOKONDO tu menda cm?...Maka sorang teman FB, Tuan Haji Musa tinggalkan komen, maksud JOKONDO ialah gabungan gelaran dalam bahasa Jawa antara JOKO = BUJANG dan RONDO = JANDA . Tuu dia, femes jugak mereka ni, sampai dapat satu nama yang unik. Terfikir juga cm, nanti2 lah kalau ada masa terluang, nak buat Kek Gulung Jokondo atau Jokondo Roll....amacam..ok tak?..kita tunggu dan lihat nanti...Ok tu jelah cm nak cerita. Terima kasih sudi baca....

Post a Comment

4 Comments

  1. aiseyman..husna pon x pernah dgr perkataan tuh..apa ke pelik sgt bunyik nyaa..=D

    ReplyDelete
  2. LOL funny-la cik Mat
    coincidentally, Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci is also known as La Joconde (La Gioconda)... no wonder senyuman Mona Lisa penuh dengan mystery... ada toy boy on the side ghopanya ;)
    xoxo

    ReplyDelete
  3. Kereta I, Naza Kia Rondo. Org Korea pun ada guna rondo gak. Tah apa lak maksudnya tu.

    ReplyDelete
  4. Kereta I, Naza Kia Rondo. Org Korea pun ada guna rondo gak. Tah apa lak maksudnya tu.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.