LEMAK CILI PADI IKAN MAYONG DENGAN KELADI.

rsz_lemak_cili_padi_ikan_dengan_keladi
Assalammualaikum, salam Isnin. Entri hari ni mat letak masakan tradisional. Tapi yang ni bukan cm baru masak, tapi dah beberapa hari punya menu. Tak sempat nak masukkan. Jadi untuk entri pertama cm share dengan anda resipi lemak cili padi ikan mayong dengn keladi....fuhh, panjangnya nama. Dah selalu sangat masak asam pedas, jadi tanya bonda, nak tak kasi tukar menu asam pedas pada masak lemak cili padi, dan atas persetujuan bonda, cm pun masak, nak nampak lagi hardcore underground cm kasi taruk keladi yang telah direbus terlebih dahulu. Keladi tu terpulang pada anda nak guna apa jenis keladi, tapi kalau dapat yang berkanji pun sedap. Macam cm guna ni jenis keladi mawar (orang yang jual tu kasi tau nama) dan tidak berkanji sangat. Kalau takde keladi, boleh juga campur dengan belimbing tapi asam kasi kurangkan....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ikan mayong (cm kerat 2 setiap 1 sebab saiz agak besar)
1 ketul keladi saiz sederhana
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
3 - 4 biji limua kasturi, perah jusnya
700 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Keladi dikupas, potong kiub dan rebus hingga 1/2 empuk, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar halus dan serai titik ke dalam periuk. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan, biar mendidih dan tambah keladi, masak dengan api sederhaha hingga keladi empuk. Jika perlu tambah sedikit air.
  3. Tuang pati santan. Masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan biar mendidih perlahan dengan api sederhana. Kacau selalu. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi secukupnya. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.