BEN ASHAARI

Thursday, March 7, 2013

TUMIS KACANG PANJANG DAGING AYAM

rsz_kacang_panjang_tumis_daging_ayam
Malam semua, satu entri untuk malam ini. Cuma sayur kacang panjang yang cm goreng atau tumis dengan daging ayam. Sebenarnya udang ada, tapi sebab cm macam fobia pulak bila tengok Bak yang masih belum sehat sebab penyakit gaotnya. Dan makanan laut, kekacang serta ada ikan2 tertentu yang Bak tak boleh makan. Hmmm, jadi cm gantikan dengan daging ayam, dan terlupa pulak kacang panjang Bak tak boleh makan juga....huhu. Takpelah, kira ni satu resipi fusion, sesuai untuk mereka yang tak makan seafood. Kalau guna kacang buncis lagi sedap, ada rasa manis2. Resipi memang mudah, campak2 saja, kacau goreng, bagi perasa secukupnya dan boleh diangkat. Sedap dimakan panas bersama nasi. Ok, resipi seperti berikut, memang senang sangat, sesiapa boleh buat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang panjang, hiris serong, cuci dan toskan
1 cawan isi ayam yang dihiris*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan perap 10 minit)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah ayam. Kacau dan tuang sedikit air. Biar ayam masak.
  2. Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili hijau. Kacau rata dan masak sekejap. Masukkan soo hoon (toskan) dan gaul rata. Tambah minyak bijan dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga sedikit kering dan kacang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi.


7 comments:

||Sis aLeaSaRa|| said...

slm...owh sy suka msk simple mcm ni kalau klm kbt blk dr ofce huhu.kdg2 campak isi ayam atau udg kecil2 tu hah.goreng ikan n tumbuk sambal belacan lak,perghhh meletop makan malam he3...

Cida de' Nuanza said...

simple mcm ni pun leh nampak sedap kalo cik mat yg masak... adoyaiiii

Pika pongpong said...

Terima Kasih CMG!

aziejaya said...

As salam CMG,

Walaupun simple tapi nampak sedap. Bila memasak dg ikhlas, semua terhasil dg sempurna

noor liyana said...

sedap sayur nie..thanks..salin resepi..:-)

hajar said...

bestnya semua resepi...

mommynana said...

Dah try! Yeay..!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.