BEN ASHAARI

Saturday, March 2, 2013

SPAGHETTI OLIO ALA ORIENTAL

rsz_spaghetti_olio_oriental
Mood memasak tak berapa nak rajin sangat. Masak pun ala kadar saja. Jadi cm buat spaghetti olio, yang mana anda tau ia satu jenis resipi spaghetti yang begitu ringkas dan cepat dimasak. Boleh guna apa saja bahan yang anda suka. Rasanya asli dan untuk memberi sedikit nuansa oriental, cm masukkan 1 camca besar peri-peri sos Nando's bawang putih, sos cili dan sedikit chili flakes. Cm guna kurang lebih 150 gram spaghetti yang belum direbus. Cukup untuk 2 orang, bonda dia agak ok dengan spaghetti, boleh masuk. Rasa cm spaghetti olio sesuai dalam semua keadaan, pagi, tengah hari, petang waima malam pun boleh. Anda boleh masukkan daging ayam, udang dan lain2. Sepatutnya ada cincangan parsley tapi cm takde stok, maka untuk menambahkan lagi ke oriental annya, ku taburkan hirisan daun kucai...besss juga..Ok resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram spaghetti yang belum direbus
1/2 biji yellow capsicum, didadu
8 biji buah zaitun hitam
10 biji jeruk capers
2 ekor anchovies yang dijeruk dalam minyak, cincang halus
1 camca teh chili flakes
1 biji bawang holland, saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar pes tomato
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos peri-peri Nando's bawang putih (contoh di sini.)
5 biji tomato ceri, belah 2 setiap 1
2 batang sosej ayam, dihiris
Sedikit hirisan daun kucai
Minyak zaitun untuk menumis
Garam jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti hingga lembut atau ikut arahan pada paket. Tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Panaskan kuali (cm guna non-stick pan), tuang sedikit minyak zaitun, tumis bawang holland, bawang putih dan chili flakes hingga harum dan bawang layu. Kacau rata.
  2. Masukkan tomato pes, sos cili dan sos peri2. Kacau rata dan masukkan capsicum. Masak sekejap. Tambah buah zaitun, jeruk capers, anchovies dan sosej. Kacau rata dan biar sosej masak.
  3. Masukkan tomato dan spaghetti, gaul rata dan masak guna api sederhana. Rasa dan jika perlu baru tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, kemudian boleh matika api, Tabur hirisan daun kucai sebelum dihidangkan.


8 comments:

Rozuan Ismail said...

nampak lagi sedap dari pizza hut punya =D

faa.rosli said...

apa rasa dia ek..macam nak try je..hehe

FUZY said...

olio mat gebu....terliur cek!!

adda syuhada said...

xpernah masak spagheti olio nih..nampak senang jer..nanti nk cuba la..

gadisBunga™ said...

oh...sungguh enak!!!

HazeLinda said...

Woohooo! Dah try! Sungguh enak sekali..!😄😄😄

deno said...

emmmm... spagetti! kegemaran deno ! :)

musa nora said...

tq cm coz beri idea utk msk mlm ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.