MOIST BANANA MUFFIN..

rsz_moist_banana_muffin

Petang semua, salam. Dah minum petang. Tadi cm merayau kat pokok pisang serendah depan rumah lama tu, dan ternampak ada beberapa biji pisang yang dah masak. Terus rasa nak buat muffin dan kebetulan Kak Ct Delima ada buat muffin pisang di blog beliau di sini, ngam betullah, tahniah kak Ct sebab muncul di Majalah RASA April 2013 (majalah RASA memang keluar awal). Bila melihat bahan2nya, tidak susah dan memang ada dalam simpanan cm. Sedikit penyesuaian cm lakukan, antaranya menukar gula kastor pada gula perang, dan cm cuma guna coklat cip sebagai ganti potongan coklat macam dalam resipi asal...

rsz_moist_banana_muffin1

Untuk resipi ini menghasilkan 12 biji muffin bersaiz sederhana, pendek kata makan sebiji kenyang dah, nak2 yang tak berapa boleh makan macam cm. Banyak mana anda dapat bergantung pada saiz muffin cup yang anda guna. Muffin ni selain lembap ia juga lembut. Anak buah cm pun suka, nak2 yang kecik sekali tu. Rasa cm lah kan, kalau anda nak buat dalam loaf tin pun boleh, tapi kalau buat dalam paper cup lagi comel dan mudah untuk dimakan. Tak perlu nak potong2 bagai. Sesuai untuk minum petang atau jamuan kecil. Kalau untuk kenduri kendara pun sesuai, sebabnya muffin macam ni tak guna mentega, dan kebanyakkan orang2 berusia ada tu tak makan mentega. Kos pun boleh dikatakan murah, dan jika takde minyak jagung, anda boleh guna minyak masak biasa, tapi rasa dia ada beza sikit lah...Ok resipi seperti berikut, jika ada masa terluang, anda boleh cuba...

BAHAN-BAHAN BASAH :-)
1 biji telur gred A
75 gram gula kastor (cm guna 6o gram gula perang)
1 camca besar madu
1 camca besar susu segar
1/4 camca teh esen pisang (kalau guna esen vanila = 1/2 camca teh)
90 ml minyak jagung (boleh ganti dengan minyak masak)
150 gram isi pisang, dilecek halus

BAHAN-BAHAN KERING :-)
125 gram tepung gandum*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (cm letak 1/4 camca teh)*(*gaul rata dan ayak)
3 camca besar badam cincang yang telah dipanggang (cm lebihkan untuk hiasan)

30 gram coklat masakan, didadu besar (cm ganti dengan coklat cip jee)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar telur dan gula perang hingga berkrim dengan kelajuan sederhana. Kemudian masukkan masukkan semua bahan2 basah dan putar pada kelajuan perlahan hingga semua rata dan sebati.
  3. Masukkan bahan kering yang terlah diayak, gaul dengan spatula hingga sebati. Tambah badam cincang dan gaul rata. Jangan terlebih gaul, memadai hingga semua sebati sahaja. Sudukan adunan tadi 1/2 bahagian dalam acuan muffin, letak sedikit coklat masakan dan sudukan sedikit lagi adunan, tabur badam cincang sebagai hiasan. Buat kaedah sama dengan baki bahan2.
  4. Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangan untuk minum petang atau pun sarapan.

Post a Comment

3 Comments

  1. OMG...sedapnye sye nak cube..best tul kalau dapat rase..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mat

    kak ct punya dah habis tapi pisang ada lagi tuuu.. hihi terima kasih ya Mat :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.