DAGING LADA HITAM SOS TIRAM...

rsz_daging_sos_tiram1
Assalammualaikum....Salam Rabu, alhamdulillah masih beri nafas, kudrat dan nyawa oleh Allah swt. Hari ni sebagai entri permulaan setelah beberapa blog DTS tak berupdate, cm letak satu masakan yang menjadi kegemaran kanak2. Bukan kanak2 sahaja, tapi orang dewasa juga menyukainya. Sebab kat rumah cm ada anak buah 'lanang' sorang ni yang kena menghadiri aktiviti sekolah walaupun masa cuti. Bila ada budak, selera kenalah ikut mereka, yang berusia2 macam cm ni takpe dah, yang rebus2 pun ok. Cm memang ada simpan stok daging batang pinang dlam 500 gram. Daging batang pinang yang bagusnya tak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Cm campurkan sedikit sos lada hitam dalam 2 camca besar. Rasanya takde masalah kalau anak2 makan, lada hitam tidak lah pedas, cuma sedikit hangat dan berangin. Kalau anda suka nak campur dengan kentang dan sebagainya juga boleh. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*disatukan dan perap 1 jam)
2 1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos lada hitam (cm guna jenama Puteri)
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
1 cawan air atau secukupnya jika suka berkuah
Garam secukup rasa
1/4 camca teh minyak bijan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali, kacau rata dan masak hingga daging kecut. Tambah sos tiram dan sos lada hitam. Gaul rata dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Kecilkan api dan masak hingga pekat, tambah bawang besar, hirisan cili merah dan minyak bijan (jika guna), kacau rata. Masak sekejap dan rasa, jika perlu baru tambah garam secukupnya. Matikan api bila daging empuk. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Post a Comment

7 Comments

  1. Nasib baik x lama ko berehat Mat...rasa lapor sgt dah tgk daging tu... ^__^

    ReplyDelete
  2. salam..mmg sedap ni. saya ada buat puff mcm yg cm share resepi dulu. tapi sy cari balik dlm n3 cm ni dh tak jumpe. puff yang anyam2 tu. contoh puff 2 yang ni
    http://nabihahsejutarasa.blogspot.com/2013/03/karipap-amatur-diy.html

    cuma sy tukar inti. cm bt bluebery tak silap saya lah.

    ReplyDelete
  3. sedap nya...lamo dah x masak daging...

    ReplyDelete
  4. wow!!! sedapnya!!! tapi deno tak bleh mkn sos tiram, nanti mr SLE tu dtg balik... alahaii....

    ReplyDelete
  5. Saya ahli baru,sronok jumpa blog ni,tq kak ara yg bgtau psl blog ni,esok nk msak daging ni la nyum3,tq sbb kongsi ilmu ni,smga dpt bnyak mnfaat=)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.