DAGING KICAP HALIA..KEGEMARAN KANAK-KANAK

rsz_daging_kicap_halia
Assalammualaikum, salam Jumaat. Hari ni hampir senja baru dapat bersiaran. Cm masak yang betul2 senang untuk anak buah cm siang tadi. Yang bapak buah makan je lah apa yang ada. Bak pun makin ok, cuma makan kena jaga dan Bak sendiri selera makan agak kurang. Gout dah baik, tapi tekanan darah pulak rendah, semalam abang cm check, tekanan darah Bak, 90/60, agak rendah patut lah pening pala dan mudah nak pitam..huhu, risau juga sebenarnya. Nak kasi makan daging dan sebagainya, tak boleh pulak takut gout kembali menyerang. Pening juga kepala ni. Untuk daging kicap halia ni cm guna daging batang pinang dalam 450 gram. Sama saja macam masak kicap biasa, tapi lebih pekat dan halia cm letak lebih sikit. Seperti anda sedia maklum, halia bagus untuk membuang angin dalam badan dan masakan ini sesuai juga dimakan bersama bubur nasi. Resipi seperti berikut...seriuss senang sangat..Dan entri pilihan DTS di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk halus*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul dan perap 1/2 jam)
3 camca besar kicap lemak Jalen
2 camca besar kicap manis ABC (jenis pekat)
1 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1 inci halia, mayang halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris memanjang
1 biji cili hijau, hiris memanjang
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan daging yang diperap dan gaul rata. Goreng hingga daging berubah warna. Masukkan kicap lemak, kicap manis, kicap pekat dan lada hitam. Kacau rata dan tambah sedikit air. 
  2. Bila hampir pekat, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau serta minyak bijan. Kacau rata dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi kicap lemak. Masak sekejap. Matikan api dan tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

Post a Comment

8 Comments

  1. sedappp tu, boleh cuba weekends ni :D terbaekkkkkk ^______^

    ReplyDelete
  2. wah sm mcm atok sy msk..kalau mkn lauk ni mmg x toleh dh lauk lain ats meja.blh sy cuba esok...tq ye ^^

    ReplyDelete
  3. mak aiiiii sodapnyer.. esok nak beli lah daging nak try resepi ni

    ReplyDelete
  4. Aduh sedapnyer. Tapi rumah ni dah lama tak berasap, sejak semua orang tak nak makan nasi

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! Terima kasih cm.esok saya try.

    ReplyDelete
  6. Sedappp. Dan untuk memudahkan dan cepat, saya guna serbuk halia beli kat https://sites.google.com/site/naturalhomeherbs.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.