CUCUR UDANG RANGUP YANG UMMPHH!!..

rsz_cucur_udang_rangup

Betul2 cobaaannn..sungguh ni, sebab tak boleh tahan dengan godaan dari sorang teman FB dan beliau juga seorang blogger masakkan, maka cm buat juga akhirnya petang tadi. Ganass sehhhh guaa ni hari, rajin lain macam, lepas je bekukan agar2 karamel, terus on projek cucur udang rangup pulak....Hadoi, habis lah kolestrol semua naik...grrr...tapi cm makan tak banyak tadi...kejap...errrr, 3 keping kot...eh..5 kot...erkk...manyaknyaaa!!!...haha. Apa2 pun cm ucapkan terima kasih pada Delima Zamrud yang sudi berkongsi resipi yang sedap dan mengancam ini, blog beliau di sini, cm punya cucur udang agak kurang udangnya, jadilah janji ada rasa udang dan cm tak sempat nak buat sos yang biasa dimakan bersama cucur udang, jadi makan lah dengan sos cili LIFE, pun sedap juga..ok lah kan dari takde....

rsz_cucur_udang_rangup1

Bila cm makan tadi, terus teringat cucur udang yang sama macam pernah cm makan kat rumah sedara cm di Kayu Ara Pasong di Pontian. Rasanya rangup dan bahagian dalamnya lembut tapi tidak berminyak sangat. Cuma pada cm cucur udang rangup ni paling bess dimakan masa panas, kalau dah sejuk pun bukan tak sedap, masih ok, masih rangup. Cucur udang ni anda kena goreng dalam keadaan leper untuk menjadikannya rangup. Cm guna sudip yang dipanaskan dalam minyak, kemudian sudukan atas sudip panas tadi, ratakan dan celop dalam minyak panas hingga sedikit mengeras dan tanggalkan dengan hujung pisau...Apa2 pun cara anda janji ia menjadi macam dalam gambar tu atau ikut style anda sendiri, jangan pening2..Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram udang kertas yang jenis kecil (buang kepala dan janggutnya)
2 biji bawang besar, hiris
1 genggam taugeh, cuci dan toskan
1 cekak kucai, potong pendek
1 putih telur
1 camca besar minyak masak
1 camca teh cuka makan
1 camca teh serbuk "pasti sedap knorr' (cm guna secukup rasa Maggi)
3 - 4 senduk tepung gandum (cm guna 4 senduk)
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya (cm guna kurang lebih 300 ml)
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, air dan minyak untuk menggoreng. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi satu adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Tambah garam secukup rasa, gaul rata2...rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, (yang ini anda boleh ikut style Che Mat atau Delima Zamrud seperti di sini ). Panaskan sudip leper dalam minyak, keluarkan sudip kemudian sudukan kurang lebih 1 1/2 camca besar bancuhan cucur udang atas sudip dan ratakan biar leper.
  3. Celop dalam minyak panas dan biar hingga mengeras sedikit, tanggalkan dengan hujung pisau perlahan2. Goreng dengan minyak sederhana panas hingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap (cm buat 5 keping untuk sekali goreng)....Hidangkan bersama sos cili.....Mmmm sedappp!!

Post a Comment

10 Comments

  1. Ermm dah kate dah mmg comey2 je rupe cucur udang CMG gambar xyah ckp mmg cantik sgt2, Terima kasih byk2 kerana sudi cuba resepi D5 :D..

    ReplyDelete
  2. tambah plak dengan sos dia.haih meleleh tgknya

    ReplyDelete
  3. Tengok pun tau rangup ni Mat. Dah jenguk juga ke rumah delima. Dua2 pun best... tak tahan nak buat gak tapi kena tunggu ujung minggu.... sabor je lah dulu.

    ReplyDelete
  4. tgk pon dh tau sedap..dh simpan resepi nti nk try juga..dh terasa kt tekak dh ni...hehe

    ReplyDelete
  5. Mat...sedap eks jemput2 ni....akak percaya, percayaaa...okeh, nak buat esok lusa tulat berturut2 hari...hehe

    ReplyDelete
  6. I love the pictures of the entry, the pinggan2 were awesome he he ( I nih kan peminat tegar white pinggan mangkuk ) and the food must be stunningly delicious coming from Che Mat's kitchen...btw, I feel like going South on of the weekend, boleh singgah Sedenak tak Che Mat?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.