APAM NASI @ APAM BERAS..

rsz_apam_nasi

Salam semua....panas cuaca kat kampung cm, suara pun macam dah mula jadi mono, dan batuk2 manja gatal pun ada gak ni, grrrr.. Sebab rasa macam tak de kerja lah sangat siang tadi dan ditambah dengan keadaan kusut masai tahap cipan huru hara, jadi cm rajin2kan diri buat apam, kalau tu hari buat apam kampung, kali ni buat apam nasi atau apam beras. Resipi mat ambik dari blog Kak Yatie Memories yang terkenal dengan kepakaran beliau membuat pelbagai jenis kuih talam. Serius kagum dengan kreativiti beliau. Anda pernah cuba buat apam nasi ni?...Kalau anda google, rasa cm merata blog masakan dan mencubanya (errr...tah2 aku pun pernah buat dulu.....erkkk...lupa, dan malas nak ingat..hehe)..

rsz_apam_nasi1

Apam nasi memang menggunakan nasi sejuk, yeast, tepung gandum, tepung beras, air dan gula. Bahan2 yang mudah dan ringkas. Makan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. Kalau nak makan macam tu pun boleh, tapi dah gaya orang kita makan apam dengan kelapa parut. Kalau ikut resipi asal, agak banyak dan cm buat 1/2 bahagian seperti yang cm akan tulis nanti. Lagi pun penduduk rumah tak ramai. Satu lagi, kalau anda buat jangan guna paper cup macam cm guna tu, elok anda guna acuan apam yang disapu dengan sedikit minyak. Sebab cm agak kesuntukan masa dan malas nak menyelongkar cari acuan apam, maka ku guna muffin cup aluminium dan alas dengan paper cup. Jadi tu memang jadi, cuma papercup tu melekat kat apam, rugi! Satu lagi anda boleh letak apa2 kaler yang anda suka, macam cm leta kaler hijau dan merah....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir (cm kurangkan 1 camca besar)
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
  2. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata (macam cm, guna 2 kaler). Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
  3. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama)..

Post a Comment

14 Comments

  1. boleh mencuba ni..dah lama x makan apam dengan nyoq...

    kat sni pun panas jugak

    ReplyDelete
  2. kuih kegemaran akak sekeluarga ni Che Mat, kalau buat tu bukan 1/2 adunan, makin 2 adunan adalah sbb mmng laku bebenor kat umah akak ni..mak akak lagilah, siap pesan...tiap balik kampung mesti suruh buatkan apam ni...mak kata lain dari yg lain sbb lembut sangat...ada kang malam2 ni akak wat apam nasi gara2 tngk apam Mat ni...kalau dah minat sanggup je kan..kan..kan..he3..

    ReplyDelete
  3. As salam. CMG sentiasa berkongsi resepi yagn membuatkan saya pasti teruja ingin mencuba.

    ReplyDelete
  4. insyaallah nk mencuba. tq cmg!

    ReplyDelete
  5. Salam CMG. Semua resepi kat sini best2..teruja nak try buat semua ni. Tq CMG.

    ReplyDelete
  6. Salam cmg...boleh tak tunjukkan cara cemana nak bungkus tudung kukusan tu dgn tuala gud moning...kalo buleh tolong snap gambarnya skali yer...ku ingin belajaq....tenkiu..

    ReplyDelete
  7. salam....cam ne lak nak buat apam tu terbelah mcm bunga...

    ReplyDelete
  8. salam....cam ne lak nak buat apam tu terbelah mcm bunga...

    ReplyDelete
  9. Salam che mat, da cuba td..alhamdulillah jd..yela camane nak buat apam tu terbelah

    ReplyDelete
  10. Salam..kalau perap xsampai 3 blh ke@semalaman jd x?
    Sbb sy teringin sgt nk mkn..kul 10 mlm bru buat..mata dh ngantuk dh ni..


    http://znzabadistore.blogspot.com/2013/09/kenapa-perlu-ambil-multivitamin-vitalea.html

    ReplyDelete
  11. Tqvm. Lama dh google resepi. Dh try. Mmng menjadi walaupun perap 2 jam saja. Adunan pun cukup2 1 tray. A keeper.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.