BEN ASHAARI

Saturday, February 16, 2013

SINGGANG SERANI YANG ADA UMMPPHH!!..

rsz_singgang_serani
Assalammualaikum, salam petang semua. Hari ni cm sibuk, sejak lepas subuh sampai jam 2 petang tadi, baru siap semua kerja. Kerja apa pulak tu?.. cm kan tak kerja, dok rumah jee...hamboii mulut, ada yang nak kena stepler ke?...Apa, ingat duduk rumah goyang kaki, makan tidur saja ke?..Melambak kerja2 nak kena buat..Jadi jangan ingat orang duduk rumah ni senang. Nak2 yang bekerja dari rumah. Entri pertama hari ni cm letak menu kegemaran cm, terutama masa demam atau kurang sehat. Singgang serani menjadi pilihan, selain berperisa, pedas dan hangat, rasa masamnya cukup menyelerakan. Untuk singgang serani kali ini cm guna ikan 'japanese mackerel'...tapi anda boleh guna ikan tongkol, tenggiri, kembong atau ikan merah. Mana yang tak tahan pedas tak perlulah letak banyak cili padi, dan yang tak suka masam, boleh kurangkan asam gelugor. Resipi amat mudah, pasti anda boleh buat...dah bersedia?..Jomm kita lihat resipinya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan Japanese Mackerel, kerat ikut suka (cm kerat 5 sebab saiz ikan agak besar)
1 batang serai
2 keping asam gelugor (kalau tak suka masam, letak sekeping)
1 kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit hirisan daun sup, untuk hiasan

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
20 biji cili padi (boleh kurangkan)
1 camca teh lada hitam biji
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih dan toskan. Serai diketuk sedikit. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan tumbuk hancur dan masak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), dan biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis, asam gelugor dan ikan. Kacau perlahan dan biar hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas2 bersama nasi, atau dihirup begitu saja...


No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.