BEN ASHAARI

Friday, February 15, 2013

SARDINE MASAK MASAM MANIS...

rsz_sardine_sweet_sour
Lauk paling ringkas, paling cepat dan pendek kata sebagai penyelamat keadaan jika berada dalam situasi darurat bila tetamu datang mendadak. Apa lagi kalau bukan sardine. Semalam cm singgah Tesco dan ternampak sardine jenama TESCO, harga pun agak munasabah, jadi ku rembat lah setin, saja nak rasa. Ingat nak kasi goreng pekak2 saja, tapi terfikir pulak, apa kata kasi derhaka ini sardine, biar lebih mengancam. Jadi cm masak sweet sour atau dalam bahasa Melayunya, masak masam manis. Satu je, sebab ikan sardine dia ada bau yang tersendiri, maka rasa tak boleh manis sangat, kasi rasa manis2 manja saja. Lepas tu halia cm kasi lebih. Untuk rasa masam kasi perah jus limau kasturi. Satu lagi terpulang pada anda samada nak letak traffic light capsicum atau tidak. Kalau nak rasa lebih pedas, boleh masukkan cili padi yang diketuk atau dibelah dua. Sedap dimakan bersama nasi atau pun roti...Dah bersedia...ok jomm...alaa releks laaahh, bukan apa pun hanya sardine saja....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (sebarang jenama) asingkan ikan dan sosnya
1 batang serai, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar hiris kasar
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 inci halia, hiris dan ketuk2 sedikit
3 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1 dan diketuk sedikit
2 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun kucai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan serai hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram, sos cili dan bawang besar. Kacau rata dan masukkan leek (toskan). Masak sekejap, guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  2. Masukkan 3 - 4 camca besar sos dari ikan sardine tadi. Kacau dan masukkan ikan sardine dan cili merah. Gaul perlahan. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kucai sebelum dihidangkan.


4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedapnya lagilah kalau letak bawang ngan lada banyak... nampak elok ya sardin tesco, lain kali boleh beli..

puspawangi said...

TAHNIAH CM.. sbb keluar majalah RASA bulan Mac..tp kenapa gambar mukanya kasi ala2 'blur' gitu..apa pun sy senang dgn resepi CM sebab sempoi n 'no fuss' dan boleh menjadi..moga terus berkary dan berjaya!!

rosmawati abdullah said...

Tie pun nak try la..ada stok dua tin makerel ayam brand dlm gerobok...dah sebulan dah beli tak buat apa2. Nasib baik che mat bagi idea..cayalah..

faa.rosli said...

Ya Allah..sedapnya...sardine mewah nii

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.