BEN ASHAARI

Monday, February 11, 2013

ASAM PEDAS LADA HITAM DENGAN TIMUN

rsz_asam_pedas_lada_hitam (1)
Assalamualaikum, salam Isnin, mendung kat sini, lepas tu hujan sekejap. Tempat anda macam mana?. Hari ni sebab kan hujan dan cuaca agak dingin, maka cm masak satu resipi biasa2 tapi lebih hangat dari biasa, mesti peluh punya lah lepas makan. Silap2 terbuang angin juga..hehe. Resipi asam pedas saja, bukan apa sangat dan cm tambah lada hitam. Memandangkan tiada apa2 sayuran sampingan untuk asam pedas, ku campakkan timun ke dalam nya. Sesuai ke asam pedas letak timun?.. Kita yang buat dia, pada pandangan orang lain tak sesuai, tapi pada kita ok, apa lagi "ON" jelah...lagi pun yang nak makan siapa?..Sila jawab sendiri...Jadi tak perlu rasa serba tak kena bila letak benda2 yang orang lain nampak aneh....kena konfiden beb...konfiden!!...Lagi pun tiada paksaan suruh orang lain ikut, cuma kasi idea...setuju tak apa che mat tulis ni?......Anda dah dapatkan Majalah RASA Mac 2013?....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ikan mayong, dikerat 2 setiap satu (kalau saiznya besar), atau ikan pilihan anda
1 biji timun
1 biji tomato
2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
1 genggam daun kesom
1 batang serai, diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
1 camca besar lada hitam
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan mayong diperap dengan jus limau nipis selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Timun dibuang kulit, kerat 3 dan belah 4 setiap keratan, buang bahagian tengahnya. Tomato dibelah 4, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, dan kacau rata.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan daun kesom, kacau rata. Masak sekejap dan tambah timun. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4. Masak hingga timun lembut tapi tidak lembik. Masuk tomatao, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

No comments: