TOMYAM UDANG DAN BEBOLA IKAN.

rsz_tomyam
Salam  semua, anda suka makan tomyam?..Kalau mat, suka sangat, nak2 bila badan tak rasa tak berapa ok, macam demam atau tekak meragam. Ada orang memang tak suka tomyam, sebab rasa masam2 dan bau aroma daun ketumbar, serai dan daun limau purut (....tak faham kenapa mereka tak suka...tapi tu hak masing2, yea tak?). Kali ni mat cuba guna pes tomyam Tesco dan boleh tahan, sedappp..Tapi tak lah guna pes tu buta2, ada lah topup sikit lagi bahan2 lain. Dalam freezer cuma ada 3 ekor udang kaki merah dan 1 paket bebola ikan pelbagai bentuk. Jadi tu je lah bahan2 yang mat letak dalamnya. Ada sedikit sayur lobak merah dan cendawan shitake, mat campurkan juga. Terpulang pada anda nak letak apa saja, ayam, daging, ikan, sotong waimah ketam sekali pun boleh, takde hal sebab akhirnya anda juga yang makan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket pes tomyam jenama Tesco (yang ni boleh guna apa2 jenama pilihan anda)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun ketumbar
8 biji cili padi thai, diketuk
Jus limau nipis secukupnya
1 biji bawang besar, belah 4
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Udang kaki merah secukupnya (ikut budget lah yea, mat guna 3 ekor saiz besar)
Bebola ikan pelbagai bentuk (yang ni pun ikut banyak mana anda nak letak)
Lobak merah, potong bentuk bunga
10 kuntum cendawan shitake, rendam dan diperah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan perencah tomyam ke dalam periuk bersama air (anggaran 4 cawan), serai, lengkuas dan daun limau purut. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan cili padi, lobak merah dan cendawan. Masak sekejap.
  2. Masukkan udang, bebola ikan dan daun ketumbar. Tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap, tambah jus limau nipis secukup rasa. Kemudian boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, tapi mat lagi suka makan macam tu..

Post a Comment

7 Comments

  1. my favorite la ni, tambah pulak ngan udang besar camtuh, mak mertua lalu tak tegurlah jawabnya

    ReplyDelete
  2. Tumpang tanya , camne nak buat tomyam tu kaler puteh ye ? ( berkuah puteh ) TQ .

    ReplyDelete
  3. Jus limau banyak mana? Berapa biji.pes itu satu paket letaknya ke?

    ReplyDelete
  4. kagum betul ngn CM..rajin betul turun ke dapur..

    ReplyDelete
  5. sungguh hebat persembahan resipi ini..datang tyengok Pesona, blog masakan melekat di atas.Blog nilah...tahniah ya

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum cik mat...selamat hari lahir buat cik mat semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia yer...:)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum cik mat...mama datang nak bawa n3 buat cik mat yer...:)

    http://maszull.blogspot.com/2013/01/selamat-hari-lahir-cik-mat-gebu.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.