TAUGEH TUMIS MINYAK BIJAN...

rsz_taugeh_tumis_minyak_bijan
Hidangan paling ringkas dan paling cepat nak masak, lepas tu kena makan segera, masa panas2. Sebab kesuntukkan masa, cuma yang ni mat dapat masak siang tadi dan makan dengan asam pedas (erkkk...asam pedas lagi!!) yang mat masak semalam. Tapi yang tak makan taugeh macam kekanda ku Kak CT Delima, minta maaf yea kak...akak makan tauhu je yea..hehe. Mat campur udang kecil2 sebagai rencah. Kalau anda nak letak hirisan halus ikan masin juga boleh, guna isi ikan kurau atau ikan talang. Kalau takde boleh guna ikan bilis. Kucai mat tambah untuk bagi dia rasa manis. Mudah je kan?...biasalah menu dalam blog DTS ni jenis biasa2, yang mudah orang ikut, apa2 pun tepuk dada tanya selera, yang mana berkenan boleh lah cuba, yang mana tak berkenan, tak perlu cuba, tak mengapa. Kita berhak menentukan apa yang kita suka dan tidak... (^____^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
1 cekak kucai, dikerat pendek
2 keping tauhu, dipotong kiub
1 genggam isi udang, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris memanjang
1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris memanjang
1/4 camca teh minyak bijan
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata. Tambah isi udang dan sedikit air, kacau dan masak hingga isi udang berubah warna.
  2. Tambah tauhu, kacau rata dan masak sekejap. Tambah cili merah dan cili hijau, masukkan taugeh dan kacau rata2. Masukkan kucai, tambah garam secukup rasa, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

Post a Comment

3 Comments

  1. assalam,
    encik mat, selama ni saya adalah "silent reader" merangkap pencuba resepi2 encik mat. hari ini saya harus berterima kasih kerana dari blog encik mat, banyak resepi baru telah dihidang dan menjadi kegemaran di rumah saya. keep up the good work.. saya amat2 suka dengan gambar2 yang menarik dan olahan penyampaian resepi yg ringkas dan mudah difahami. yg penting, ia menjadi dan sedap .. yum yum... all the best buat encik mat dan keep on cooking... terima kasih

    sue

    ReplyDelete
  2. resepi yg sangat bagussss.. kalau nak cepat cepat paling sesuai masak guna resepi ini ;)

    ReplyDelete
  3. nasib baik dapur umah ni kat kedai makan...hahaha

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.