BEN ASHAARI

Wednesday, January 30, 2013

LAKSA ASAM PEDAS.....PERNAH CUBA?..

rsz_laksa_asam_pedas

Assalammualaikum, hari ni cm tak masak apa2 sangat. Tapi masak juga. Jadi cm letak satu je entri, kira ini entri tunggal. Apa yang anda nampak ni bukanlah satu yang susah nak buat. Tapi bukan menu re-cycle yea, cuma menjadikan satu2 masakan itu dwi-fungsi. Bukan apa, mungkin nanti ada yang kata, alahhh re-cycle pun nak buat entri. Pada mat tak kesah lah apa sekali pun, janji bukan songlap idea orang lain. Waimah kalau idea makan cekodok cicah air sirap sekali pun, itu idea anda dan hak anda. Tak salah, sebab anda yang makan, bukan paksa sapa2 makan. Kalau buat entri pun sekadar menunjukkan satu benda yang lain dari yang lain walaupun ada yang rasa ia tak masuk akal. Bonda cm sendiri kalau makan roti canai, cicah sama air kopi. Anda pernah?...

rsz_laksa_asam_pedas1

Macam laksa asam pedas ini, cm kehabisan mi laksa, jadi cm guna mi telur sebagai ganti. Nak guna spaghetti, habis pulak. Satu lagi asam pedas tu cm masak tengah hari tadi, asam pedas ikan kembong. Kalau asam pedas ikan lain, cm rasa tak berapa nak ok sebagai kuah laksa. Amat2 mudah membuatnya, letak ulam2man yang biasa untuk laksa seperti hirisan timun, taugeh, bawang besar, daun kesom, bunga kantan (yang tak letak sebab dah campur dalam asam pedas) dan cm tambah hirisan daun selom. Perah jus limau kasturi dan boleh santap. Kalau anda nak letak telur rebus pun boleh. Isi ikan kembong cm carik2 kasar dan tabur atasnya. Nikmati laksa asam pedas ini selagi hangat...Cm letak resipi asam pedas ikan kembong tu yea.. Berani mencuba?.

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong saiz besar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom
3/4 camca besar pes asam jawa
1 biji tomato, belah 6
2 senduk nasi cili kisar
1 kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
1 camca teh lada hitam biji

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya
Hirisan timun
Hirisan bawang besar
Hirisan daun kesom
Hirisan daun selom
Taugeh secukupnya
Limau kasturi, belah 2
Isi ikan kembong, dicarik (ikan dari asam pedas)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK ASAM PEDAS :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan bunga kantan, daun kesom dan kiub ikan bilis, tambah ikan. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masuk tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUL LAKSA ASAM PEDAS :- Letak mi laksa dalam pinggan sesuai, tuang kuah asam pedas. Kemudian letak hirisan timun, bawang, daun kesom, taugeh, daun selom, isi ikan kembong dan akhir sekali belahan limau kasturi. Hidangkan panas...

8 comments:

Sunah Sakura said...

nampak sedap!!!!!

aima said...

me telur? ....che mat nnti tunjuk rupa me telur sebelum masuk kuah laksa eh....mana bole dapat me telur ni?

Pak Oncu said...

hi salam tuan punya blog ,, moleleh air lior gua tengok asam podeh ni !!! sodapp ni !! nanti den nak suruh membosa den buek laa!!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhh! Ni lain kali kalu Kak Sari ada lebih kuah asam pedas blehlah buat ni.. guna mee telur rasanya memang kena benar tu, CM.

Bila tu nak masak ngeri ayam?? hehe

Ayu Lah said...

macam pelik jer.. tp boleh cuba jugak nih

aDisH.sHidA said...

awal2 tu bila tengok gambar ingatkan ayam dicarik2 kan letak atas nya...erm sedap jugak walau pun guna asam pedas yg dah siap..janji cukup rasa..kalau di kedah ada laksa ikan sekoq..letak ikan kembung seekor atas laksa tu

Carlos Santiago said...

mcm best jerrrr...

Airin said...

Nanti buat la laksa siam pulak. Sedap sangat kan...