BEN ASHAARI

Saturday, January 5, 2013

KUPANG CILI HIJAU BELACAN...

rsz_kupang_cili_hijau
Salam Sabtu, apa perancangan ni hari?...Kalau yang tak kemana2 tu mesti sibuk dah masak2. Mat hari ni masak yang mudah2. Sebab ada kupang, ku gorengkan dengan cili hijau letak belacan lagi. Yang mat guna ni jenis kupang segar, beli, rebus dan ambil isinya, jangan lupa dibersihkan terutama kotoran dibahagian belakang kupang tu (yang warna hitam berbentuk gumpalan), serta janggutnya yang seakan2 berus cuci periuk. Masakkan macam ni makan dengan nasi panas atau bubur nasi sangat2 sedap. Kalau zaman dulu2, masakkan ini juga dibawa bekal ke kebun, tapi idok leer guna kupang, tapi guna ikan bilis atau ikan bilis tamban. Kalau suka pedas anda boleh tambah cili padi. Ok jomm kita lihat resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan isi kupang yang telah dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
5 biji cili hijau, hiris
1/2 inci belacan + 2 camca besar air, larutkan
1/2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah kupang. Goreng sekejap dengan bahan lain.
  2. Tambah belacan, pes asam jawa dan air, masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...


5 comments:

wadud@duad said...

macam best e... hihi

salam kenal:
http://moral4all.blogspot.com/

laskar pelangi said...

mesti pedas ni..tapi rasa terliurrrr je

Manan Qayyim said...

sedapnye.... terliur rasanye...

My recent post : Jom Serta : Projek Bloglist 2013 MQ-Network

fatin amalina husna said...

nmpak sedap..
x pnah mkn kupang..=)

kakinakl.com said...

baru teringat ada kupang kering dalam peti sejuk..bolehlah buat nanti..terima kasih mat

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.