BEN ASHAARI

Friday, January 25, 2013

ASAM PEDAS AYAM BERNENAS..

rsz_asam_pedas_ayam_nenas
Asam pedas lagi...erkk, tulah kan, orang Johor, hari2 asam pedas pun ok, jalannn jeee. Tapi kali ni guna ayam pulak. Asam pedas ayam ini cm masak semalam untuk menjamu tetamu dari Lukut, Kota Tinggi Johor, mereka tu waris2 kami. Macam cm pernah cerita dulu, keturunan beliau merupakan salah sorang yang membuka Kampung Lukut di Kota Tinggi Johor. Jadi untuk menjamu mereka datang, cm masakkan asam pedas ayam dan juga masak2an yang lain. Sebab dalam masa yang sama cm turut menerima tetamu lain. Asam pedas ayam ini kalau nak sedap lagi, guna ayam kampung atau ayam tua. Tapi sebab nak cepat, guna ayam daging saja lah kan. Kasi campur sama nenas. Nak sedap guna nenas yang manis, macam nenas madu atau nenas Sarawak.Nenas moris juga boleh, tapi kalau yang masam, rasa agak kurang bess sikit lah. Cm letak bunga kantan tapi tidak daun kesom. Terpulang pada anda nak letak yang mana satu atau kedua2nya sekali. Resipi seperti berikut.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1ekor ayam daging, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 biji nenas madu saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 camca besar penuh pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Air secukupnya
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 camca besar lada hitam biji
4 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan kisar halus, serai titik dan lengkuas, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tambah ayam. Gaul dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan nenas dan bunga kantan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  3. Biar mendidih hingga nenas lembut dan ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Asam pedas ayam lebih sedap setelah beberapa jam..


7 comments:

gadisBunga™ said...

kalau pakai ayam kampung ni lagi la lama nak kene masak kan che mat??

Mat Gebu said...

@ GB - Tgk juga, kalau ayam kampung 'virgin', tak berapa nak lama sangat, kalau jenis vateran ambik masa lama sikit....

marr said...

Salam CMG, hmm kita baru sempat tengok resepi,,perut pun tengah lapar..nampak sgt lah sedapnya, walau simple.. ari nie. kita tak masak.. jadik nurse terjun.. je.

MamaFaMi said...

Gosok botol, keluar jin
Bolehlah mintak memacam sampai puas
Habislah ayam kampung virgin
Si Mat gulaikan buat asam pedas

Uzaimi Mutalib said...
This comment has been removed by the author.
Laman Resepi said...

Ikut kata sorang pengurus bank yg pernah buka restoran tapi tutup lepas tiga bulan, asam pedas utara rasa lain, asam pedas melaka & NS rasa lain, asam pedas selatan rasa lain.

Tu yg di kantoi tu, cuba nak jual asam pedas melaka kat penang...

Jom kongsi2kan resepi kita

aDisH.sHidA said...

nasib baik dah kenyang laksa johor kalau memang merasa jugak la asam pedas ayam nie..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.