BEN ASHAARI

Friday, November 30, 2012

SAMBAL GORENG CAMPUR KUPANG...

rsz_sambal_goreng_tempe
Salam semua, bz sikit hari ni, tapi nak juga update entri yang mudah2. Hari ni mat masak sambal goreng tapi letak kupang, atas permintaan Bak. Tapi sambal goreng biasa2 saja, jenis tak ikut law. Bahan2 pun setakat apa yang ada, tak kesah lah janji ada rasa sambal goreng. Kebiasaannya orang guna udang hidup, cuma kali ni atas permintaan, mat letak kupang. Guna kupang segar yang direbus dan diambil isinya. Rasa dia ada beza sikit dari letak udang. Kalau sebut sambal goreng mesti berkait rapat dengan mereka2 yang berketurunan jawa...err, macam che mat lah, tapi dia hybrid banyak, jawa + melayu+ peranakan all together, dah jadi rojak gitu, tok sedara kami pun ada gak yang keturunan bugis, muka merah2 dan kalau naik hangin, sungguh mengerikan, pendek kata kecut lah segala benda...erkk..hehe.. Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tempe, dadu dan goreng, toskan
1 biji kentang, kupas, didadu dan goreng, toskan
1 cawan isi kupang segar, dibersihkan
30 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam
10 tangkai kacang buncis, hiris serong
3/4 camca teh pes asam jawa
1/2 inci belacan, dibancuh dengan 1 camca besar air
4 biji cili hijau, hiris
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili hijau hingga harum. Masukkan kupang dan goreng sebentar. Tambah belacan dan kacau rata dan masukkan tempe, fucuk (toskan) dan kentang. Tuang sedikit air dan biar mendidih, masak hingga fucuk lembut.
  2. Masukkan kacang buncis, gaul rata dan masak sekejap. Tuang jus asam jawa, kacau dan masukkan soo hoon (toskan), gaul rata dan masak hingga kering sedikit. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

'BEN ASHAARI' - 36 TAHUN HARI INI..

Setiap 30hb November semenjak 4 tahun lepas telah mengingatkan ku pada tarikh lahir seorang sahabat yang aku kenal tanpa dirancang dan diduga, alhamdulillah bertahan hingga ke hari ini,  moga ke akhir hayat hendaknya, Insha Allah. Ben Ashaari, nama yang tak perlu diwar2kan lagi. Blogger yang punya tapak kukuh dalam dunia blog. Rezeki beliau makin murah dengan kehadiran Qhaliff Iman yang comel. Tak de apa sangat nak aku tulis, cuma pada aku lah kan, Ben, dia tak sombong walaupun nampak serius. Siapa yang tak kenal Ben, mesti ingat dia ni mamat berlagak sangat..erkk...sori! (nak2 kalau dia tak pakai spec mata..faham2 jee lah). Entri ini aku buat sebagai tanda ingatan untuk seorang teman yang begitu memandang hormat pada hubungan persahabatan. Terima kasih, kerana menjadi seorang sahabat yang sudi memberi bantuan, pendapat, teguran dan nasihat. Che Mat doakan Ben, Zila dan baby Qhaliff dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan dan dipelihara dari segala kesulitan....Selamat hari lahir Ben....

PETIK SEROJA DI TASIK CHINI,
DAHANNYA LEMBUT TAPI BERDURI,
MENJANGKAU 36 USIA MU KINI,
IBARAT POHON TEGUH BERDIRI

TUTUR BICARA IBARAT SAKTI,
BUDI PEKERTI JADI PENYERI,
JIKA DUGAAN MELANDA MU NANTI,
TABAHKAN HATI KUATKAN DIRI

Thursday, November 29, 2012

SANTAN DURIAN MENGGAMIT KENANGAN..

rsz_santan_durian
Petang semua, assalammualaikum. Gangguan bekalan elektrik berlaku di kawasan kampung kami pagi tadi sampai ke petang. Jadi mat tak masak, makan apa yang ada. Tapi bonda dan abang sulung berpuasa, jadi petang tadi setelah bekalan elektrik kembali pulih, sempat juga lah masak yang sempoi2. Untuk bonda mat buatkan santan durian yang begitu menggamit kenangan. Selain tu mat hanya goreng ikan cekik leher dan tumis lokio bersama udang dan cili hijau, amat2 senang. Bercerita pasal santan durian, ia satu makanan tradisi orang2 dulu, terutama di Negeri Sembilan (mungkin negeri2 lain juga). Kata bonda dulu di Rembau, masa zaman dia kecik dan arwah nenek masih ada, kalau musim durian, ini antara makanan yang begitu praktikal disediakan, hanya perlu durian, dan santan kelapa segar dan sedikit garam. Satukan dan biar sekejap. Kemudian boleh dimakan bersama nasi. Cuma pada yang tak biasa (macam mat), ianya agak janggal. Tapi kalau dimakan begitu, rasanya sedap. Santan kelapa diperah dari kelapa parut dan gunakan air masak. Walaupun ini satu benda biasa, tapi tidak orang2 lama. Makanan menggamit nostalgia hidup dan mengeratkan kasih sayang.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji durian saiz sederhana (terpulang pada anda nak guna durian jenis apa)
1/2 biji kelapa, diparut
1 cawan air masak
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Satukan air masak dengan kelapa parut, ramas hingga kelapa mengeluarkan santan. Kemudian perah untuk mendapatkan santan. Tapi santan tadi guna tapisan yang halus. Masukkan sedikit garam dan kacau rata. Masukkan isi durian, dan simpan dalam peti sejuk 30 minit. Hidangkan bersama nasi atau boleh dimakan begitu sahaja....Berani mencuba?..

Wednesday, November 28, 2012

TERUNG SAMBAL vs TERUNG KICAP..

rsz_terung_berlado
Entri kali ini mat akan sekalikan 2 resipi terung. Jiran mat bagi terung2 ni, ada 2 jenis, satu jenis terung biru yang panjang tu. Satu lagi jenis terung kari. Terfikir juga nak masak apa dengan terung2 ni. Mula2 mat nak sekali jalankan saja dua jenis terung tu, tapi macam banyak sangat pulak. Nak dimasak kari, rasa macam tak boleh jalan kat tekak. Takpe kita jadikan dia satu menu yang boleh jalan. Maka dengan itu terung kari mat jadikan terung sambal. Ia resipi yang amat mudah, dan tak jauh beza dari yang pernah mat buat dulu. Kalau gantikan terung dengan bendi yan dicelur juga sesuai, atau kacang panjang....

rsz_terung_kicap
Terung biru pula mat masak kicap, ini pun amat2 senang dan cepat dibuat. Ada macam2 gaya masak kicap. Yang ni amat mudah, terung tu mat goreng dengan sedikit minyak zaitun, lepas tu, masak sos dia, dan tuang atas terung tadi, tabur ikan bilis goreng dan bahan2 hiasan. Sebelum digoreng, rendam sekejap terung tadi dalam air bergaram. Saiz terung ni agak besar, jadi mat guna sebiji jee, tu pun sudah banyak. Sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut. Gandingkan dengan ikan goreng dan sambal belacan...hmmm, nak cerita pun malas...Resipi seperti berikut..

TERUNG SAMBAL....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji terung kari saiz sederhana
2 biji limau kasturi, perah jusnya
5 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 kiub pati ikan bilis*
2 biji buah keras, hiris*(*ditumbuk hingga lumat)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun kucai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buang sedikit kulit terung, kerat dua setiap sebiji kemudian belah 4 setiap keratan, rendam dalam air bergaram selama 10 minit. Kemudian toskan dan lap kering dengan kitchen paper towel. Panaskan sedikit minyak dan goreng hingga layu, angkat dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum dan garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah jus limau kasturi dan terung. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kucai sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat..

TERUNG KICAP....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru saiz besar (kalau kecil guna 2 biji)
1 camca besar ikan bilis jenis halus, dibersihkan dan goreng garing
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Sedikit cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1/2 kiub pati ikan bilis*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar kicap manis
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dihiris sederhana tebal dan rendam dalam air bergaram selama 10 minit, kemudian toskan dan lap dengan kitchen paper towel. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), goreng terung tadi hingga lembut, angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah sedikit sos ikan atau secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Susun terung tadi dalam bekas sesuai. Curah sosnya (no. 2) atas terung dan ratakan. Tabur ikan bilis goreng, hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu. Hidangkan segera bersama nasi hangat...

JEMPUT MAKAN SEMUA...

rsz_gulai_ketam
Salam semua, dah santap?. Hari ni che mat masak ketam, masak lemak dengan timun dan tempe. Tapi dalam masa yang sama, mat ada juga masak bening betik dan terung masak kicap. Ketam masak lemak kegemaran Bak dan mat pasti orang2 Johor khususnya turut menggemari menu seperti ini. Mat guna ketam bunga yang bersepit biru. Selain timun, anda boleh juga guna belimbing buluh sebagai sampingan dalam masakan ini. Menjadi kebiasaan kami akan mencampurkan sayur2an ke dalam masak lemak seperti ini. Ikut petua orang2 tua, kalau nak beli ketam tunggu bulan gelap, dan isi ketam agak padat. Mungkin waktu itu, ketam agak kurang aktif dan lebih banyak menghabiskan masa bersembunyi, wallahhualam....dan sebelum mat tulis resipi nak ucap tahniah pada blogger ini...sudi2 lah singgah...Jomm resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga (sepit biru) @ ketam pilihan anda
1 biji timun
2 keping tempe, didadu besar
2 batang serai
2 kuntum bunga kunyit, belah 2 setiap 1 dan rendam (atau 2 helai daun kunyit, disiat)
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam disiang, buang kulit kerasnya, potong hujung2 kaki ketam yang kecil, ketuk sedikit sepit ketam tadi untuk memudahkan isinya keluar. Cuci dan toskan. Timun dikupas, kerat 3 dan belah 4 untuk setiap keratan, buang sedikit empulurnya. Ketepikan.
  2. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair dan biar mendidih. Masukkan asam gelugor, bunga kunyit (atau daun kunyit) dan tempe. Masak sekejap.
  3. Tuang santan pekat dan masukkan timun, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan lauk2 lain.

Tuesday, November 27, 2012

ROTI TEPUNG GANDUM....

rsz_roti_taj
Lama tak buat roti, The Bibik Melayu  (BM = Bread Maker) pun dah masuk dalam bilik istirehat buat sementara waktu ni. Tapi tiba2 nak makan roti pulak, tapi bukan roti yang canggih, cuma roti biasa2 dan mudah dibuat. Masa ni nak keluarkan BM rasa malas dah, selalunya memang ada kat dapur. Takpe kita yang buat dia, mixer KA kan ada...kalau takde boleh guna kudrat tangan, uli je sendiri. Untuk roti ini amat2 mudah, mat cuma oter dari resipi base untuk pizza gebu yang kerap mat buat. Resipi agak biasa dan boleh diperlbagaikan. Sedap dimakan bersama kari, sambal tumis, seri kaya atau dicicah air kopi. Tapi untuk kali ni mat makan dengan.......

rsz_roti_taj1
Ayam Kalio yang cukup rasa rempah ratus dan rasanya. Bukan mat masak, tapi ini salah satu produk MyChef dalam siri Signature Series oleh Dato' Chef Ismail. Hanya perlu dipanaskan dalam microwave. Jadi mat saja2 nak test, degan roti tepung gandum ni dan amat sesuai. Untuk sarapan pun ok, tak pun hidang masa minum petang. Kalau anda inginkan kelainan, boleh tambah sedikit hirisan kucai dalam adunan roti ini untuk mendapat aroma yang lebih harum. Mat share resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung gandum
6 gram instant yeast (mauripan)
15 gram gula halus
1 1/2 camca besar madu
1 camca teh bread improver
3/4 camca teh garam
170 ml susu segar suam (lebih sedikit jika perlu)
20 gram mentega
Sedikit tepung untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung, gula halus, garam, bread improver dan instant yeast dalam mixing bowl. Gaul rata. Gunakan kelajuan perlahan, tuang susu suam sedikit demi sedikit dari tepi mangkuk adunan hingga bancuhan menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus mengadun dengan kelajuan perlahan hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh tadi, tutup mangkuk adunan dengan plastik cling atau bungkus mangkuk tadi dengan plastik bersih. Perap 45 minit.
  3. Tumbuh doh dan bagi kepada 12 bahagian sama besar. Bulat2kan dan canai sederhana tebal dan susun dalam loyang, jarakkan sedikit (mat guna 2 biji loyang). Tekan2 sedikit dengan hujung jari untuk membentuk lekukkan.
  4. Perap 20 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20 minit atau hingga permukaan roti perang. Angkat dan sejukkan, boleh dimakan bersama ayam kalio tadi...

AYAM KALIO 'MYCHEF' DARI DATO'CHEF ISMAIL..

rsz_kalio_ayam_mychef
Ramai yang sibuk sekarang ni, nak2 bagi mereka yang bekerja. Suri rumah pun ada yang sibuk. Pening nak masak apa dan suami anda pulak jenis yang agak cerewet dari segi makan, nak yang macam mak dia masak. Lepas tu kalau kasi makan masakan instant, terus komplen, kata tak sedap, rempah kurang, kurang ini dan kurang itu. TAPI, meh sini che mat nak kongsi satu produk yang menepati tekak2 mereka yang suka makanan tradisi. Ayam Kalio Dato' Chef Ismail oleh MyChef dalam siri Signature Series mungkin menepati citarasa mereka2 yang gemar rasa authentic masakan tradisi orang2 kita. Siapa tak kenal Dato' Chef Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Mail, pengusaha Restoran Rebung di Bangsar dan Melati Resturant, di London, yang menghidangkan makanan tradisi Malaysia. Dengar cerita Chef Ismail pun banyak koleksi pinggan mangkuk bunga kangkung. 

Mesti ada yang tanya mat, Che Mat ni kan sikit2 MyChef, pesal eks. Bukan apa, ini produk Malaysia, dan diyakini halal dan satu lagi, kalau bukan kita menyokong, siapa lagi. Selain tu ia memudahkan hidup anda. Macam mat yang kerap masak ni pun ada masa very the malas, jadi ku gunakan je lah produk MyChef ni, hanya perlu dipanaskan dalam microwave. Rasa aslinya tetap terpelihara. Anda boleh lihat senarai produk2 MyChef oleh Chef2 terkenal di sini. Che Mat!, kat mana eks, boleh beli produk MyChef ni?, ok untuk memudahkan anda2 , di sini ada senarai pasaraya2 yang menjual produk ini..

Komen mat pasal Ayam Kalio ini, rasa sedap, pedas sedikit bagi mereka yang tak tahan pedas, tapi mat gebu ok je. Rasa bahan2 rencah seimbang, bau haruman limau purut dan serai juga terasa, cuma pada pendapat mat lah, bagi mereka yang suka masin, anda kena tambah sedikit lagi garam. Satu lagi selain makan dengan nasi, ayam kalio juga sedap dicicah dengan roti...macam entri akan datang ni, mat guna ayam kalio MyChef sebagai pencicah....nak tau roti apa?...Kena lah tunggu...

NASI LEMAK!!!.....NASI LEMAK!!!.....NASI LEMAK!!!...

rsz_nasi_lemak2
Assalammualaikum, pagi semua...Jam 10 pagi dah ada entri, cepatnya si mat masak. Sebenarnya ini entri semalam, mat masak petang untuk bonda berbuka puasa. Cuma nasi lemak biasa2 yang selalu mat masak. Kalau tak letak entri pun boleh, tapi kata Yuna, setiap gambar ada cerita, macam juga gambar nasi lemak ni, walaupun banyak kali ulang tayang, gambar yang diambil tetap berbeza dan punya ceritanya sendiri. Yang ni mat ambik petang semalam, dekat2 jam 6, cuaca pulak mendung, kena buat cepat sebelum gelap. Taukah anda, kami ambil masa yang lama untuk ambik gambar2 masakan (rasanya kerap juga bagi tau). Kalau macam Puan Azlita, yang tu lagi lahh makan masa lama, sebab prop dia pun sungguh kreatif, tu pasal bila berlaku kecurian gambar2 masakan, kami rasa kecewa dan marah. Apa nak, orang bukan semuanya baik walaupun kita perlu bersangka baik sentiasa, tak pelah Allah swt ada..

rsz_nasi_lemak (1)
Seperti biasa, kalau masak nasi lemak, pilihan beras dah tentu beras basmathi. Setakat ni mat guna 2 jenia beras, satu Basmath Moghul dan satu lagi Basmathi King Jasmine. Kedua2nya ada sedikit perbezaan dalam sukatan beras dan air. Kalau basmathi moghul ratio nya 1 : 1.5 atau 1 bahagian beras : 1.5 bahagian cecair. Basmathi King Jasmine pulak 1 : 1.3 atau 1 bahagian beras : 1.3 bahagian cecair. Dari segi teksture agak sama, tapi basmathi king Jasmine, ada setikit kelainan dari segi aroma, lagi sedap baunya. Untuk kali ini mat guna sotong kembang sebagai sambalnya. Dan bahan2 sampingan hanya yang asas2 saja. Kalau anda nak tambah ayam goreng berempah juga boleh...Resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras Basmathi Moghul, rendam 30 minit dan toskan
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
1 1/2 inci halia, diketuk
20 biji halba
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun
Telur, direbus keras, belah 2
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng (tak letak)
Ikan /ayam goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tambah bawang, serai, bawang putih, daun pandan, halba, halia dan tuang santan. Tambah garam secukup rasa dan kacau rata (kasi rasa lemak2 sudah memadai). Masak seperti biasa hingga nasi kering.
  2. Bila nasi betul2 masak, gemburkan dengan chopstick, jangan gemburkan lama sangat, cukup setakat meleraikan butiran nasi sahaja untuk mengelakkan nasi patah2. Hidangkan bersama bahan2 sampingan. Sesuai untuk semua waktu..

Monday, November 26, 2012

MI HAILAM DARI YANG BUKAN 'HAILAM'...

rsz_mi_hailam1

Assalammualaikum, malam semua, baru dapat bersiaran. Dari pagi tadi kawasan kampung mat tiada talian telefon dan jika tiada talian, maknanya internet pun kong juga. huhu, jadi dengan rasa terbosannya buat lah apa2 yang patut, dan benda2 tak patut pun ku buat juga. Hari ni mat masak mi hailam, dan bukan yang dari Hailam, maksudnya, che mat, bukan dari keturunan cina hailam. Pada mat mi hailam antara mi paling senang nak buat dan sedap dimakan panas. Boleh diletak ayam, daging, sotong atau udang. Nak sedap kuah dia guna air rebusan udang atau tulang. Mat guna sedikit kiub ayam. Bahan utama seperti anda tau, mestilah sos tiram. Resipi mat letak ni untuk makan 2 - 3 orang...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping dada ayam, hiris memanjang*
1/2 camca besar lada hitam kisar*(*disatukan dan perap)
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 traffic light capsicum (merah, hujau, kuning)
1/2 batang lobak merah, hiris nipis
Sebesar penumbuk, bunga kobis, potong sekuntum2
3 pelepah sawi putih, potong berasingan
1/2 kiub pati ayam
4 camca besar sos tiram
1/2 camca besar sos lada hitam
1/2 camca teh kicap pekat
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Beberapa titik minyak bijan
1 camca besar tepung jagung + 1/3 cawan air - kacau rata
Air secukupnya (anggaran 4 cawan)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
350 gram mi kuning, cuci dan siram dengan air panas, toskan
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali Tumis bawang putih hingga harum, masukkan isi ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak hingga daging ayam berubah warna. Tambah sos tiram dan sos lada hitam, kacau dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan bunga kobis, lobak merah, batang sawi dan kiub pati ayam. Biar mendidih perlahan. Masuk traffic light capsicum dan kicap pekat. Kacau rata dan tuang bancuhan tepung jagung, masak dengan api kecil hingga kuah kelihatan pekat.
  3. Akhir sekali masukkan mi, minyak bijan dan juga daun sawi. Kacau rata dan tambah serbuk lada sulah. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas....

Sunday, November 25, 2012

IKAN PARANG MASAK KICAP...

rsz_ikan_parang_masak_kicap
Ikan parang, nama cukup mengerikan, tapi memang yea. Ikan yang berisi halus namun tulangnya berselirat.Tak sesuai untuk kanak2 atau warga emas yang kurang awas tahap penglihatannya (kecuali kalau pakai cermin mata). Kalau nak makan pun pasti berada di bawah cahaya terang, makan dengan sopan tanpa perlu banyak bicara yang boleh menjadikan anda terleka yang boleh mengakibatkan anda tercekik...errr, teringat Kak Ummi Kuantan pernah alami kes tercekik dulu...tapi tak pasti ikan apa. Orang Johor antara penggemar ikan parang dan salah sorangnya ialah ayahanda ku. Selain dimasak asam pedas atau singgang, Bak suka masak kicap, tapi jangan pedas, dia memang tak boleh makan pedas, jadi masakan semua ala2 kekanak rabena, yelah dah mak dia dulu tak masak pedas, tak boleh nak salahkan juga kalau anak juga tak biasa makan pedas. Mat gebu lain lah, dia dah banyak hybrid, pedas pun dia ok...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 kepingan ikan parang (mat belah 2 setiap satu), cuci bersih dan toskan*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan gaul rata)
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
2 biji bawang besar saiz sederhana, potong bulat dan leraikan
1 biji cili hijau, hiris serong kasar2
1 biji cili merah, hiris serong kasar2
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, potong 3 dan diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/4 cawan kicap manis (mat guna kicap JALEN)
4 -5 camca besar kicap lemak (mat guna kicap JALEN)
Sedikit air jika anda ingin kuah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan parang tadi hingga masak, tak perlu sampai garing sangat. Angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lenih 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, leek (toskan) dan halia hingga harum.
  2. Tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan tambah kicap manis dan kicap lemak. Kacau dan bila mendidih, masukkan ikan dan gaul rata. Tambah hirisan cili merah, cili hijau dan bawang besar. Masak hingga bawang lembut. Jika anda nak kuah tambah sedikit air lagi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

URAP PEGAGA IKAN KEMBONG..

rsz_urap_pegaga
Salam Ahad, assalammualaikum, anda dah makan?. Hari ni mat masak yang....errr, kalau mat kata mudah, tapi ada yang kata tak berapa nak mudah.huhu. Resipi urap pegaga dah biasa juga mat buat dan letak diblog. Pegaga sejenis tumbuhan herba yang banyak khasiatnya, terutama untuk awet muda..Amboi laju jee akak tu baca, bila dengar awet muda. Tapi memang itu lah kebenarannya. Kebiasaan orang2 kita selain dibuat ulam, jus dan masak lemak dengan keledek, pegaga juga sedap dibuat urap. Ada orang tanya, urap dengan kerabu tu tak sama ke? Pada mat mereka bersaudara, kalau kita lihat urap mengandungi kelapa parut putih mentah yang digaul dengan bahan2 rencah. Kalau kerabu ada yang tidak menggunakan kelapa, dan ada yang menggunakan kelapa tapi kelapa digoreng dan ditumbuk halus. Apa2 sekali pun ia tetap hidangan tradisi yang biasa dihidangkan dirumah2 orang melayu dan peranakan. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pegaga, dibersihkan, cuci, tos dan potong kecil
2 ekor ikan kembong, dibakar dan ambil isinya, leraikan
3/4 cawan kelapa parut putih
1/4 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
2 biji cili merah
10 biji cili padi hijau kampung
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci ubi cekur
1 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul kelapa parut putih, pes asam jawa dan bahan2 tumbuk halus hingga rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan pegaga yang telah dipotong, gaul hingga mesra.
  2. Panaskan kuali, masukkan no.1 tadi dan sangai sekejap (digoreng tanpa minyak). Tambah isi ikan kembong dan gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidanglan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Saturday, November 24, 2012

KENAPA AKU SUKA 'BATU PAHAT'....SEBAB DIA....

rsz_daun_selom

....bukan saja bess, tapi che mat suka pasar dia dan suasana rasa lain sangat. Nak cari ulam2 melayu semua senang, bawah satu bumbung, lepas tu anda akan rasa aura 1 Malaysia, baik peniaga cina, melayu dan india (err...yang india mat terlepas pandang pulak) semua berniaga secara harmoni, pelanggan pun sama, pelbagai bangsa dan ugama, orang cina dia pun cakap melayu..perghh ber'air'. Ulam atas tu nama dia daun selom, nampak segar sangat, sedap dimakan macam tu, dibuat urap atau dimakan bersama laksa asam...

rsz_lokio

Lokio pun ada, alah yang selalu mat masak tu, yang kat sini....Kalau masa belum masak macam ni lah rupanya. Harga agak tinggi dalam RM 12 sekilo, tapi kalau anda beli sekilo, alamatnya jira kiri kanan pun merasa lah, sebab banyak, kecuali kalau keluarga anda ramai penduduk nya, yang tu tak boleh nak kata apa lah kan. Hmm. mat suka lokio nih, manis, sedap digoreng sama cencalok (kat sini pun ada jual cencalok, budu, sebut je apa..mak dengan bapak je yang takde!!)...

rsz_tenggek_burung

Satu lagi yang mat rasa anda juga kurang tau, ulam atas ni nama dia daun tenggek burung, comel je rupa dia, rasa dia...err, tak pernah rasa, cuma tau je ini daun tenggek burung. Mak Usu mat yang duduk di Pontian suka makan pucuk tenggek burung sebagai ulam, cicah sambal air asam atau sambal belacan..

rsz_lotong

Ada juga lontong, kalau nak tau ini lah lontong ori, yang dimakan bersama masak lodeh. Lontong ialah beras yang diisi dalam kelongsong daun pisang berbentuk silinder, kemudian diikat atas dan bawah dan direbus untuk beberapa jam. Rasa dia sedap dan ia tahan agak lama. Cicah dengan serunding, rendang atau kari juga sedap....lepas tu ada lagi.

rsz_kudapan

Siapa yang suka cemilan2 atau jajan orang2 kita, kat sini pun ada. Macam2, ada kueh boulu, rempeyek, kueh karas, kek, dodol, wajik sebut jelah kuih tradisi orang2 Johor, semua ada sampai pening lah pala nak pilih yang mana. Harga berpatutan, tak mahal. Ishh rempeyek dalam gambar atas tu bikin kecur air liur guaaa siaa, tadi boleh lupa mo beli...dann yang paling mat suka...

rsz_ikan_comel
Kat sini ada gak jual ikan2 perhiasan. Oloooo comel2 lah, ikan2 tu semua, dulu mat penggemar ikan2 hiasan, dan antara nama2 komersial ikan perhiasan yang mat masih ingat, swordtail, molly fish, rainbow australian fish, tiger barb, rasbora, angle fish, gold fish, neon tetra fish dan banyak lagi. Sebab tulah mat suka Batu Pahat, ini je yang sempat mat ambik gambar, susah lah orang ramai shopping masa ni, yelah waktu pagi sekitar jam 10, nak ambik gambar lagi, nak belanja lagi, lepas tu tempat parking susah, kena parking jauh. Jenuh jalan, dengan beban belanja kat tangan, termasuk ikan, kerang, sayur dan macam2..sebiji macam troli bergerak sudah si mat gebu....Tu jelah entri hari ni...sampai jumpa, assalammualaikum.....

Friday, November 23, 2012

DEMAM?.....CUBA MAKAN YANG INI....

rsz_sup_hangat_badan
Musim demam datang lagi seiring dengan datangnya musim buah2an seperti durian dan rambutan. Macam jiran mat gebu, Ben Ashaari, dengar kabar demam sampai nak pengsan, huhu...moga cepat sembuh, dan jangan lupa makan ubat. Jadi kalau demam, tekak tentulah payau, dan makan pun ala2 je. Benda yang sedap dimakan semestinya sup2 atau benda2 yang hangat. Atas permintaan bonda yang berpuasa hari ini, mat masak sup telur yang kerap kali mat masak. Sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi, bersama ikan goreng dan sambal belacan. Kalau nak lagi cepat berpeluh, tambah sambal kicap cili padi, makan masa hangat, boleh merah cuping telinga waa cakap..Tapi kan ini resipi sempoi je, dan tak perlu yang pakar untuk memasaknya, anda yang baru2 nak berjinak di dapur juga boleh buat...tak caya..ok esok try buat...tengok jadi ke tak..amacam..boleh?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji kentang, kupas belah 8 setiap 1 dan rendam
1 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong berbaji
4 batang putih jagung, kerat pendek
6 kuntum cendawa black fungus segar, potong
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek
4 biji telur gred B
40 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 kiun pati ayam
Lada hitam serbuk secukupnya (mat guna aji-shio)
1 inci halia, potong 2 dan dititik
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Serbuk lada hitam untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan lobak merah dan kentang (toskan). gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (hingga kentang tenggelam). Biar mendidih.
  2. Masukkan kiub pati ayam, fucuk, jagung dan cendawan black fungus. Masak hingga kentang empuk sedikit, jika kurang kuah, tambah sedikit lagi air.
  3. Perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam periuk, pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain (mat pecahkan dalam mangkuk lain sebelum masukkan dalam sup). Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. 
  4. Masukkan soo hoon, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau perlahan2 (mat kacau guna sudu atau sudip kecil). Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan sedikit lagi serbuk lada hitam sebelum dihidangkan....

SOTONG TIN TUMIS HALIA..

rsz_sotong_tin
Pernah makan sotong tin?..Errr..bukan sotong yang diperbuat dari tin, tapi sotong dalam tin. Bak suka makan sotong dalam tin ni, yang biasa tu, tin kaler oren jenama REX. Lama juga mat tak beli, sekali tengok harga dia, kussmangat..dah jadi mahal, kat Tesco lagi mahal, 1 tin besar nak dekat RM 11!!..Tapi pasaraya berdekatan tempat mat ni (Pasaraya Eng Han) setin besar baru RM 8.80...dulu ingat mahal, jadi tak mo beli, sekali bila pi Tesco, lagi mahal rupanya. Baik beli kat pasaraya Eng Han tu jee. Mula2 mat takut nak makan yelah kang gatal sapa susah, tapi test gak lah sekeping dua, nampak macam ok je, tak gatal. Tapi masih ragu2 nak teruskan. Ianya seakan2 sotong masak kicap. Sedap dicampur dengan kacang panjang, kacang buncis atau bunga kobis macam mat buat tu. Resipi amat2 mudah, budak sekolah rendah pun boleh buat..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sotong dalam tin (mat guna jenama REX)
1 inci halia, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris kasar
3 biji bawang putih, diketuk
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan sotong dari sosnya, kemudian potong kasar. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan sotong dan kacau. Tambah bunga kobis, cili merah dan cili hijau. Gaul rata.
  2. Tuang sosnya dan masak hingga bunga kobis lembut. Tak perlu tambah garam, sebab sotong ni sudah terasa garamnya. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan....

ACAR TELUR PUYUH JEE HARI NI...

rsz_acar_telur_puyuh
Assalammualaikum, salam Jumaat. Rasa2 nak makan apa hari ni atau nak masak apa lah kan. Mat pagi tadi memang dah plan nak masak acar timun, tapi disebabkan ada telur puyuh, jadi ku campurkan sekali dalam itu acar. Terus tukar nama jadi acar telur puyuh. Acar kali ini agak berlainan sikit dari acar darat yang selalu mat buat. Acar macam ni amat2 kena kalau dimakan bersama nasi minyak, nasi beriani atau apa2 nasi berperisa. Dengan nasi putih juga sedap. Patutnya ada biji sawi, tapi habis pulak. Kalau anda buat jangan lupa letak biji sawi. Tak banyak sangat nak cerita pasal entri acar telur puyuh ni, jadi mat tulis resipi dia...Dah bersedia?..Ok jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
25 biji telur puyuh, direbus kupas, cuci dan toskan
1 batang timun, kerat 4, buang empulur dan potong jejari
1 batang lobak merah saiz sederhana, potong jejari
1 biji cili merah, kerat 3, belah, buang biji dan potong jejari
1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan potong jejari
10 biji bawang merah, belah 2 setiap 1
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 inci halia, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 camca teh biji sawi
3/4 camca teh serbuk kunyit
1/4 cawan cuka makan
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan halia hingga harum, masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
  2. Tambah bawang merah dan bawang putih belah. Masak sekejap dan masukkan cuka makan. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula (gula dalam anggaran 2 1/2 camca besar). Kacau rata dan masukkan lobak merak. Masak hingga pekat.
  3. Masukkan cili merah, cili hijau dan telur puyuh. Kacau rata2 dan tambah timun. Gaul lagi dan masak hingga pekat sedikit. Biar timun lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi kegemaran anda..

Thursday, November 22, 2012

'MYCHEF' BEEF KEEMA MASALA PUFF..

rsz_puff
Tiba2 rindu nak makan puff pastry, kadang2 mat akan buat bila rasa teragak, dan puff pastry memang tersimpan dalam freezer sebagai stok yang wajib ada. Rasa mat kerap juga buat puff pastry dalam pelbagai jenis inti, samada yang manis atau savory. Anda tau apa itu puff pastry?..Puff pastry ialah sejenis pastry yang bila dibakar akan menghasilkan lapisan berlapis yang rangup dan ringan. Teknik membuatnya agak leceh namun sekarang banyak ada dijual di pasaraya2 besar. Paling popular jenama KAWAN yang macam mat guna. Kalau anda rajin dan ada masa boleh juga buat sendiri, search di Google atau di YouTube. Mat pernah buat sekali di sini dan menjadi dengan elok dan cunn (*___^)

rsz_puff1
Dan yang lebih menariknya kali ini, mat guna satu lagi produk MyChef dalam siri Signature Series oleh Chef Liza Zainol iaitu 'Beef Keema Masala" yang mat jadikan inti pasty puff kali ini. Ia mudah senang dan ringkas. Kalau anda tiada masa untuk buat inti dan inginkan inti savory, apa kata cuba produk MyChef yang mat sebut tadi. Tapi mat lakukan sedikit perubahan. Lepas mat panaskan dalam microwave selama 5 minit, mat alihkan keema tadi kedalam non-stick pan dan mat masak sekejap kasi dia kering. Lepas tu mat tabur sedikit hirisan daun ketumbar dan juga serbuk lada hitam. Dari segi rasa, keema tu sudah cukup garamnya. Tapi kalau anda rasa perlu, boleh tambah sedikit garam. Jadi kalau anda kreatif dan bijak, boleh pelbagaikan mengikut idea anda..untuk lebih lanjut anda boleh singgah ke laman web rasmi MyChef di sini... Ok jomm kita semak resipi mudah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kotak BEEF KEEMA MASALA 'MYCHEF'
1 camca besar hirisan daun ketumbar
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam jika perlu (mat tak letak)
1 paket (10 keping) puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 x 4 inci
Hirisan nipis keju mozarella secukupnya
Sedikit hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Kuning telur, dipukul sedikit untuk menglis
Bijan secukupnya, untuk hiasan

rsz_puff2rsz_puff3rsz_puff4
rsz_puff5rsz_puff6rsz_puff7
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan Beef Keema Masala dalam microwave selama 5 minit HIGH. Kemudian buka balutannya dan alihkan ke dalam kuali (mat guna non-stick pan), masak dengan api kecil hingga pekat. Masukkan hirisan daun ketumbar, lada hitam sebuk dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan ketepikan. Biar sejuk.
  2. UNTUK BEEF KEEMA MASALA PUFF :- Ambil sekeping puff pastry. Kerat dua seperti gambar di atas. Satu bahagian digelek dengan penggelak khas seperti gambar atas, tabur sedikit tepung sebelum anda gelek dengan alat pemotong tadi. Isi 2 camca teh inti pada bahagian satu lagi. Tabur sedikit hirisan daun ketumbar dan susuh keju mozarell seperti dalam gambar.
  3. Tutup dengan pastry bercorak tadi, kemaskan dan tekan tepi2nya dengan garfu. Alih dalam dulang pembakar. Buat kaedah sama dengan baki bahan2 tadi. Sapu kuning telur dan tabur sedikit bijan. Bakar pada suhu 200C selama 25 minit. Sejukkan puff atas jaringan sebelum dihidangkan..

SAMBAL KERING TEMPE IKAN BILIS...

rsz_tempe

Salam semua, errr..macam mengantuk teramat sangat pulak...huhu, dah makan? Mat hari ni masak yang biasa2 dan mudah2 saja. Serba ringkas kata orang. Kebetulan ada 6 keping tempe berbungkus daun, pemberian sedara mat semalam. Jadi setelah ku telek dalam batil tembaga dan turut bertanya pada cermin hikmat, apa menu sesuai nak ku tukarkan itu tempe. Dan beberapa ketika maka terjawab lah, jadi mat buat sambal kering tempe ikan bilis, ala2 masak berlado gitu lah senang cerita. Memang senang buat dan rasa dia pun sheeedapp lahh, errr, takkan nak kata tidak, yea tak. Tapi anda jangan salah faham. Selera kira berbeza, sedap pada kita, mungkin biasa2 pada orang kedua dan tidak sedap pada orang ketiga. Jadi kira normal lah kalau ada yang suka dan ada yang idok suka. Yang penting janji kita dan orang2 kat rumah suka, tak payah nak pening2 kepala..

rsz_ikan_bilis

Untuk resipi ini mat guna ikan bilis jenis kecil atau ikan bilis nasi. Tak perlu buang kepala semua, sebab ia halus. Sedap dan cepat garing bila digoreng, tapi agak masin, jadi kena lah rendam dulu kemudian tos dan perah, baru goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Sambal kering ini sedap dimakan bersama nasi atau begitu sahaja. Ok meh sini mat share resipi dia pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 7 keping tempe berbungkus daun
1 genggam ikan bilis nasi (seperti gambar di atas) rendam
2 camca besar bawang goreng
6 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
2 biji limau kasturi, perah jusnya (kalau limau kecil, guna 3)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Hiris tempe nipis, kemudian goreng terendam hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Toskan ikan bilis, perah dan goreng hingga garing, guna api sederhana. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar halus hingga harum dan garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan garam secukup rasa dan gula (dalam 2 camca besar gula atau ikut suka anda). Kacau rata dan bila pekat, masukkan jus limau kasturi. Kacau rata.
  3. Tambah tempe, ikan bilis dan bawang goreng, gaul rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dan boleh dimakan bersama nasi atau begitu sahaja..

NASI GORENG PUN OK...'ON' SAJA....

rsz_nasi_goreng_cikcakbor
Morning!! and assalammualaikum....ok tu je bahasa Inggeris yang aku tau...hehe. Pagi sangat entri che mat ni hari. Yelah semalam macam ke pukau ok, sebelum jam 10 malam, mat dah tergolek dog, terus lena takde dibuai apa2 mimpi, terus je sedar2 dah jam 5.30 pagi. Kebetulan semalam hujan, cuaca pun dingin....errrr, ke sebab aku bukak econ?..hmmm.. Tak kesah lah. Pagi ni sebab bonda berpuasa, mat kasi goreng nasi untuk sarapan, senang keje. Campak2, tabur dan gaul rata, kasi sesuai rasa, lepas tu siap dimasak. Makan panas, cuaca pulak mendung pagi ni, tu yang konon2 pasang lilin, tengah2 tangkap gambar, cuaca jadi terang balik pulak. Menu nasi goreng antara yang popular di Malaysia, dan rasanya antara yang kerap mat letak kat DTS. Resipi biasa2 saja....tak susah punya...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk (semalam punya), dileraikan
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
Sebesar ibu jari isi ikan masin tenggiri (kalau takde guna jelah apa2 ikan masin pun asal berdaging)
2 camca besar ikan bilis nasi (ikan bilis jenis halus), rendam sekejap dan toskan
1 camca besar sambal tumis
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji telur, dipukul sedikit
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis nasi hingga garing, tolak ke tepi kuali dan asingkan sedikit untuk hiasan. Kemudian tumis hirisan bawan besar, bawang putih dan ikan masin tenggiri (potong kecil). Masak hingga bawang layu.
  2. Masukkan sambal tumis, mix vege dan gaul rata termasuk ikan bilis tadi, tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras dan hancurkan. Masuk nasi dan gaul rata, guna api sederhana besar.
  3. Rasa dan tambah sedikit sos ikan atau secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur ikan bilis goreng yang diasingkan tadi, bersama hirisan daun sup. Hidangkan untuk sarapan atau bila2 sahaja..

Wednesday, November 21, 2012

GULAI PUCUK UBI DENGAN KERANG DAN TEMPE.

rsz_pucuk_ubi
Yang sama lagi, tapi berbeza. Yelah tu hari mat masak tarikh berbeza dan kali ni mat masih guna kerang  cuma ditambah dengan tempe. Ini satu masakan atas permintaan. Tak mudah nak sediakan. Bahan2 mentah pun senang untuk didapati. Seperti biasa mat guna pucuk ubi hijau tapi bukan petik kat rumah, yang ni petik di rumah sedara kami. Selain pucuk ubi biasa, anda boleh juga guna pucuk ubi pulut, yang daunnya lebih halus. Dalam masakan tradisi macam ni, bahan2 segar memberi peranan utama, contohnya santan. Kalau dapat gunakan yang segar atau mana yang duduk kampung, boleh parut kelapa dan perah untuk pati santan dan santan cair. Resipi seperti berikut, kalau anda ada masa sudi2kan lah mencuba, kata orang ini masakan orang2 Johor (^___^).

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 cawan isi kerang yang telah direbus
1 keping asam gelugor
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUSS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan
1/2 inci belacan
2 biji cili merah
15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci dan celur hingga lembut, tos dan cuci bawah air paip. Kemudian perah dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, bahan kisar halus, tempe dan asam gelugor. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kerang dan bunga kantan. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Kemudian tuang santan pekat dan perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng...

PUCUK PAKU MERAH....YANG "ANGKER"..

rsz_pucuk_paku
Salam Rabu semua, anda dah santap?..Menu apa ni hari...Che Mat masak yang mudah2 dan paling utama bahan2 mentah yang tak perlukan modal. Pucuk paku merah, anda pernah dengar dan pernah rasa?. Pucuk paku merah kebiasaannya tumbuh banya di kawasan2 tanah gambut. Tu hari kami ke Kampung Kayu Ara Pasong, Pontian. Dalam perjalanan sempat juga berhenti dan kutip pucuk paku yang tumbuh melata di kiri kanan jalan. Ianya sedap dimasak air atau tumis macam mat buat kat atas tu. Rasanya sedap dan unik. Masak lemak pun boleh. Err...mesti ada yang tertanya, pesal ada perkataan 'angker' tu, apa maksudnya. Angker tu perkataan Indonesia yang bermaksud berpuaka atau 'keras'. Yelah paku kan keras tapi idok leer berpuaka, jadi pucuk paku tu 'angker' lah kan. 

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah, disiang, cuci dan toskan
1 camca teh sos tiram
1 biji bawang besar, hiris*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
10 biji cili padi kampung hijau*
1 biji cili merah*(*ditumbuk lumat)
1 camca teh sos ikan
Sedikit garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan masak sekejap. Masukkan sos ikan dan air, kacau rata dan biar mendidih,
  2. Masukkan pucuk paku, gaul rata dan masak sekejap, guna api besar. Jangan masak lama sangat, kasi balik2kan hingga nampak pucuk paku layu sedikit sudah memadai. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Matikan api, hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng..

100 % HALAL...DAH TENTU 'MY SELERA'...

Assalammualaikum...cakk!! (errr...Che Mat ok, masih waras..hehe). Apa khabar anda semua, masak apa hari ni?..Hoo nak makan luar, serius nak makan luar?...Dah ada tempat makan yang anda rasa sesuai?..Dan paling utama ianya HALAL? Yelah sekarang ni kita sering dipergunakan dalam diam. Sebagai contoh, restoran atau tempat makan asal nampak bersih, lawa dan ada tulis Halal yang setakat tulisan saja, kita tanpa was2 terus masuk dan makan. Walhal dari segi penyediaan makanan dan bahan-bahan, mungkin mereka campur dengan benda yang meragukan dan tidak Halal untuk umat Islam. Dan atas sebab itu, mat nak kenalkan pada anda laman web 'MY SELERA' di sini, yang boleh membantu dalam pencarian tempat2 makan yang menarik dan semestinya 100% HALAL. Ada yang lebih menarik untuk anda..nak tau apa, meh sini mat cerita...errr, kita sambung kat bawah...

Di samping ia memperkenalkan tempat2 makan yang bess, halal dan sedap. Anda juga berpeluang membuat duit!..Yea, tak cakap tipu punya! Erkk tak percaya juga, tu gambar atas ada nampak tak..."ANDA MAKAN KAMI BAYAR"...haaa teruja?..Jangan kata anda. Che Mat Gebu pun teruja jugak!!. Sahlah lepas ni mereka2 yang kerap makan luar akan rasa lebih seronok. Tapi macam mana pulak...ANDA MAKAN KAMI BAYAR?"...nak tau juga apa maknanya tu?..Jawapannya  di sini.. Baca dengan teliti dan fahami dulu, apa yang pihak MYSELERA terangkan...

Jadi pada anda semua, kalau menghadapi masalah untuk mencari tempat2 makan yang HALAL, jangan lupa, singgah ke MYSELERA, dan lihat tempat2 makan yang terpilih yang telah di review oleh mereka2 yang pernah menikmati hidangannya atau mereka2 yang kaki makan. Alamat dan lokasi setiap tempat makan juga turut disediakan. Jadikan lah MYSELERA sebagai laman wajib singgah untuk anda dan keluarga anda. Apa yang penting ianya 100% MAKANAN HALAL.....pstt jangan lupa klik 'LIKE' untuk sertai mereka di Facebook....

Tuesday, November 20, 2012

CHICKEN MAKHANI 'MYCHEF'....SATU KELAINAN.

rsz_mychefa
Bila mat lihat deretan produk2 MyChef dalam freezer, tiba2 rasa seronok, nampak lawa dan anda harus bangga kerana ia produk Malaysia, yang dijamin Halal, bersih dan semestinya berkhasiat. Selain pembungkusan yang menarik dan kemas. Produk MyChef juga mengambil kira diet seimbang untuk setiap hidangan mereka. Bahan2 yang digunakan juga bermutu dan terpilih. TIADA msg digunakan. Insya Allah itu yang mat tau lah. Satu lagi ia memudahkan pengguna2 diluar sana untuk menikmati hidangan tradisional dari resipi mereka2 yang pakar dan berpengalaman dalam dunia masakan. Dengan adanya 'Signature Series' dari chef2 ternama seperti Chef Florence, Chef Ismail. Chef Zam dan Chef Liza. Terbaru Chef Dr Ezani akan turut terlibat dalam produk MyChef siri 'Signature Series' ini. 

rsz_mychefb
Hari ini mat cuba 'Chicken Makhani" dari Chef Liza. Mula2 mat tak berapa nak pasti apa rasanya. Bila baca bahan2 yang digunakan, mungkin rasanya agak berbeza. Teruja sangat dah. Lepas mat panaskan dalam ketuhar gelombang mikro (yeaa...produk MyChef ialah makanan dingin beku dan hanya perlu dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro sahaja) mengikut arahan pada kotak. Hmmm, bau dia mengancam lah. Warna juga menarik, dan rasa dia ada kelainan, sos atau kuahnya seakan2 rasa buah peach sedikit. Rasa tomato yang manis dan seimbang. Tidak pedas dan sedap dicicah dengan roti. Kalau disajikan dengan nasi beriani juga sedap. Style menghidang ikutlah kreativiti anda, walaupun ia hanya makanan dingin beku siap hidang, tak semestinya tak boleh nampak menarik....betul tak?. Jadi kalau anda ingin rasa keistimewaan produk2 MyChef ini, boleh dapatkan di pasaraya2 besar berhampiran anda, atau anda boleh rujuk di sini...Nikmatinya tanpa rasa ragu dan was-was....salam sayang dari DTS-MAT GEBU...

BEBOLA GETUK UBI GORENG

rsz_ubi

Petang semua. Masa untuk update blog masakan agak panjang, dan jika dalam waktu itu ada hal lain yang perlu diuruskan maka tertangguhlah entri yang kita tulis. Macam hari ni, mat siap2 settle kerja semua dalam jam 12.30 tengah hari, lepas tu mulakan sesi ambik gambar hingga jam 1 lebih, lepas Zohor plan nak update entri, tapi ada hal lain pulak. Kenalah tangguhkan...jam 5 lebih petang barulah ada masa untuk sambung balik..huhu..penat dan ada masa malassssss dah, lagi2 bila kita bersusah payah masak, ambik gambar dan buat entri, tiba2 ada unta bongok lagi bangang curi bulat2 resipi dan gambar dan mengaku dia punya. Bosan sungguh kes2 macam ni. Tapi apa nak buat, mereka ni ibarat parasit. Jom lah kita cerita pasal entri ni pulak...

rsz_ubi1
Pernah makan getuk ubi yang dibentuk bebola, dicelop bancuhan tepung, kemudian digoreng hingga kuning keemasan. Makan pulak dengan sambal kicap. Getuk ubi ialah ubi yang direbus hingga empuk, tapi bukan sampai empuk yang terlampau sangat. Kemudian dicampur dengan kelapa parut muda, sedikit garam (jika perlu) dan sedikit gula. Tumbuk ubi tadi dengan anak lesung batu hingga lumat dan mesra dengan semua bahan2 tadi. Selain dimakan dengan sambal kicap, sambal tumis juga sesuai sebagai pencicih. Kala di kampung2 ia dihidangkan pada waktu sarapan tapi atau minum petang Ok, kita lihat resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya (anggaran 1 kg)
Kelapa parut putih, secukupnya (kurang lebih 1 cawan)
Sedikit garam dan gula
1 1/2 cawan tepung beras (mat guna cap teratai)
Sedikit garam
1 biji telur, dipukul sedikit)
Sedikit pewarna makanan kuning telur
Sambal kicap untuk mencicah atau sos kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas ubi, potong kecil, cuci dan rebus hingga empuk, tapi jangan sampai terlampau empuk hingga lebik. Toskan ubi, masukkan kembali dalam periuk dan masak sekejap untuk mengeringkan air ubi. 
  2. Alih ubi ke dalam bekas, masukkan kelapa parut putih, sedikit gula (anggaran 1 camca besar) dan sedikit garam (yang ni kalau masa rebus tadi dah letak garam, tak perlu letak garam lagi, atau letak jika perlu). Tumbuk dengan anak lesung batu hingga semua sebati.Ambil 1 camca besar penuh, kepal2kan dan bentukkan bebola. Buat hingga siap. Ketepikan.
  3. Bancuh tepung beras bersama telur, sedikit garam hingga sebati. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah pewarna kuning makanan, kacau rata.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terenda. Ambil beberapa biji bebola getuk ubi, masukkan dalam bancuhan tepung, kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sambal kicap..

Monday, November 19, 2012

TEMPE GORENG BEREMPAH.

rsz_tempe_goreng_tepung1
Malam semua, lama juga tak makan tempe goreng berempah yang rangup. Kebetulan semalam masa kami menghadiri majlis kenduri rumah saudara di Benut, bonda ada beli tempe dalam RM 3, balik rumah bila kira, ada 15 keping! Banyak tuu, jadi pagi tadi mat goreng berempah dalam 6 keping dan cicah sambal kicap yang pedas berapi giler2 punya..panas cuping telinga! Kali ini mat celup tempe yang dihiris layang dalam tepung beras yang telah dibancuh bersama sedikit rempah ratus. Sedap dihidangkan untuk sarapan atau minum petang. Kalau tak nak cicah sambal kicap, anda boleh saja cicah dengan sos cili atau apa2 sos yang anda gemari. Psttt Blogger Yuyu Zulaikha kalau dengar tempe, sah2 dia kena sawan punya..maklumlah yang che mat tau sejak dulu, dia ni memang Tempe Queen...perghh!.. Resipi seperti dibawah...
Contoh tempe yang dihiris layang, AWAS!!, berhati2 dengan jari anda!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 keping tempe (jenis berbunkus daun)
11/2 cawan tepung beras (mat guna cap teratai)
1 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca teh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
2 ulas bawang putih, hiris*(*ditumbuk hingga lumat
Sambal kicap untuk mencicah atau sos kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dihiris layang seperti dalam gambar di atas. Ketepikan. Satukan tepung beras, bersama bahan yang ditumbuk lumat *), masukkan telur dan tuang air sedikit dahulu (anggaran 1/2 cawan), kacau rata dan jika agak pekat tuang sedikit lagi. Tambah serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup tempe yang dihiris tadu dalam bancuhan tepung, masukkan dalam kuali dan buat kaedah sama untuk baki tempe. Goreng 5 - 6 hirisan sekali goreng (bergantung pada saiz kuali anda). Guna api sederhana, dan balik2kan hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Hidang bersama sambal kicap atau sos kegemaran anda....sedap dimakan panas2...

SIPUT SEDUT MASAK ASAM..

rsz_siput_sedut_masak_asam
Assalammualaikum, mula2 mat malas nak update blog, rasa kecewa pun yea juga, sebab isu semalam tu, tapi fikir2 balik, nanti kesian pada mereka yang singgah ke DTS. Mat faham walaupun entri blog ini hanya biasa2 dan bukan bagus sangat, tapi setiap apa yang mat jadikan entri waima resipi ulang tayang sekali pun, ia tetap ada makna. Hmm, biar jelah, fikir banyak2 buat naik darah je. Selalu kalau siput sedut mesti mat buat gulai, tapi hari ni kita oter sikit buat masak asam pedas. Cuma kelainan di sini mat gantikan bunga kantan dan daun kesom dengan bunga kunyit dan daun kunyit. Namun begitu, terpulang pada anda, nak letak daun kesom atau bunga kantan. Ia tetap sedap. Jadi kalau teringin nak mencuba siput sedut masak asam, mat tuliskan resipi di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram siput sedut
1 biji terung biru
2/3 camca besar pes asam jawa
1 3/4 senduk nasi cili kisar
1 helai daun kunyit, disiat
1 kuntum bunga kunyit, belah 2 dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput sedut, dicuci hingga bersih, kemudian kerat hujung siput tadi, kira 3 ruas dari atas. Buat hingga siap, cuci kembali dan toskan. Terung dikupas sedikit kulitnya, belah 4 dan kerat 2 setaip belahan. Rendam.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Masukkan pes asam jawa, kacau rata, tambah siput dan kacau, masak sekejap. 
  3. Tuang air secukupnya (hingga siput tenggelam), biar mendidih. Masukkan daun kunyit, bunga kunyit (toskan) dan terung (toskan). Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..