BEN ASHAARI

Sunday, September 30, 2012

JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM @ JJJK...

rsz_dsc_0329
Entri jemput2 jee kee?..Yelah, tu saja yang mampu, tapi taukah anda, walaupun ia hanya jemput2, yang mudah, ringkas dan nampak "biasa2 jeee" ia tetap menjadi kegemaran dari kanak2 hingga warga emas. Ini merupakan cemilan orang2 melayu kita sejak dulu kala lagi. Jadi ia boleh dikategorikan sebagai makana warisan. Penyediaannya amat mudah dan hanya memerlukan bahan2 asas, seperti tepung, garam, dan air. Tapi untuk menambah rasa, boleh dipelbagaikan, paling selalu dan biasa, kelapa, udang segar atau ikan bilis dimasukkan. Lepas tu boleh tambah hirisan bawang besar, hirisan cili, daun sup/daun bawang dan sebagainya. Maka akan terhasillah pelbagai versi jemput2. Dan bila peredaran masa menokokkan usianya, jemput2 juga mengalami evolusi, ditambah telur, serbuk penaik dan sebagainya dan teknik membuatnya juga berbeza untuk setiap individu...Pstt jangan lupa klik "LIKE" di sini yea.. (*____^)

rsz_dsc_0386
Dan hari ni mat juga mengevolusikan satu lagi resipi jemput2 mengikut bahan2 terkini, tapi masih kekal sebagai jemput2 atau cekodok. Bila dengar bahan2 terkini, ada yang berkerut kening, heran dan penuh tanda tanya..haha, bertenang, tarik nafas dulu dan hembus perlahan2 yea. Benda terkini tu cuma jejari ketam atau crab stick kata omputeh dan mat tambah juga 1 paket mushroom soup VONO (jenis serbuk tu). Tu saja, tak pelik mana pun. Jemput2 yang mat buat ni lembut tapi idok leer melengas minyaknya yeop..just nice, cuma masa goreng tu api jangan besar sangat, kang hangus di luar dan dalam tak masak. Atau api selow sangat, nanti melengas dek minyak. Api kena sederhana dan satu lagi jangan "jemputkan" adunan terlampau banyak dalam kuali. Ok resipi pulak...asyik bebel je kan...mentang2 resipi ciken...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 batang jejari ketam, potong kecil
1 kelopak kobis bulat, hiris halus
1 biji bawang besar, dadu
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, buang biji dan didadu
1 paket serbuk mushroom soup VONO, contoh di sini..
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
Secubit @ 1/8 camca teh baking powder
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali garam dan air, dalam satu bekas. Tuang air dan gaul rata. Tambah garam dan gaul lagi hingga sebati. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kemudian basahkan sedikit jari anda. Jemputkan adunan tadi dan berhati2 masukkan dalam minyak panas. Buat 12 - 14 biji jemput2 sekali goreng, ini bergantung pada saiz kuali anda ok.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian jemput2. Kalau suka garing masak lama sikit, tapi jangan lah sampai rentong. Angkat dan toskan. Letak atas kitchen paper towel. Hidangkan bersama sos cili, sambal tumis atau apa2 sos kegemaran anda...

AYAM PEKALONGAN RESIPI INDONESIA..

rsz_dsc_0484
Salam Ahad, sehat semua. Hari ni Sedenak hujan, jadi cuaca agak dingin dan mendung, dan bantal pulak macam melambai2 jeee...Tapi rasa2 macam nak baca ILUS lahh..karya Melur Jelita tu. Ok entri pertama mat ni hari, nak share dengan anda semua satu resipi dari Indonesia, yang mat ambik dari blog Datin Seri Shahriah di sini. Resipi dia agak mudah, bahan2 tak banyak dan rasa not bad...sedap dan sesuai makan dengan nasi putih panas, atau roti juga. Cuma mat masak kering sikit, kalau kat blog datin, masakan dia nampak berkuah. Cara memasak dia agak unik sedikit kerana ayam direbus hingga masak. Dan kalau anda nak masak nasi ayam, dah boleh guna air rebusan tadi. Untuk kali ni mat tak buang kulit ayam tu, saja lah kan nak bagi nampak lain sikit. Kalau anda tanya mat, rasa dia macam mana, hmmm rasa dia agak ringan dan lemak2 sebab ada guna santan. Tidak pedas dan sesuai dengan kanak2. Cili padi dalam gambar tu sebagai hiasan dan tambahan saja, kalau anda tak nak, boleh abaikan. Ok sebelum kita lIhat resipi, jomm singgah blog pilihan DTS di sini...Terima kasih atas masa anda..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 14 - 15 bahagian, cuci bersih dan toskan
2 biji bawang besar, didadu
4 ulas bawang puith, cincang halus
2 cm lengkuas, ditumbuk
3 biji cili merah. ditumbuk
1 cm belacan, dihancurkan
4 camca besar jus asam jawa
250 ml pati santan
Gula dan garam secukup rasa
10 - 15 biji cili padi merah thai, dititik
1 - 2 biji tomato, dipotong kiub besar2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam tadi direbus dalam air bergaram hingga masak, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lengkuas, cili merah dan jus asam jawa, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan ayam dan santan, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan cili padi dan tomato. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih hangat dan lauk2 lain..
CATATAN MAT GEBU :- Mat masak 1/2 ekor ayam sahaja dan mat guna 2 biji cili merah. Satu lagi mat tak tumbuk bahan diatas termasuk belacan, tapi mat kisar kasi hancur, bukan sampai halus.

Saturday, September 29, 2012

KETAM MASAK LEMAK, ATAS PERMINTAAN..

rsz_dsc_0246
Ketam lagi, dan masak menu yang sama lagi..haishh, apa nak buat, masak sajalah apa jua yang diminta. Mat sebenarnya kalau ikutkan nak masak chili crab, tapi takpe lah. Bak kata masak lemak dengan timun lagi macam mat masak tu hari. Bila entri benda yang sama, takde benda dah nak cerita, cuma bebel2 biasa tu boleh lah. Blog masak2, nak cerita benda yang tak bersangkut paut, rasa macam nak kena pulak.  Oh yea saja nak tulis sikit. Ada yang tanya mat dulu, CM, orang Johor biasa eks masak gulai2 macam ni mereka letak timun lah, nenas lah, belimbing buluh lah....Dan jawapan mat, yepp..sebab tu yang kami nampak dan tau. Tapi kemungkinan negeri2 lain juga buat yang sama. Macam orang Negeri Sembilan, mereka suka kalau gulai2 ikan atau udang, campur dengan pucuk ubi, nak seksi lagi pucuk ubi tu kita kasi sanggul dulu macam mat pernah buat sekali dulu di sini. Itu kalau anda rajin, kalau tak, nko lebur kan saja lah macam tu, takde sapa kesah pun, cuma kalau yang anak2 gadis tu, buat kerja elok2, tertib dan sebagainya, saham anda depan bakal mak mertua pun ada sikit tinggi lah disulami pulak dengan akhlak yang mulia gitu.. pengsann >____< dan sebelum tu anda dah LIKE yang INI, kalau belum sudi2kan lah yea, terima kasih... Sebab ini resipi ulang, mat kopipes jee dari entri lepas...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga (yang sepit biru), atau apa2 jenis ketam pilihan anda
2 biji timun, buang kulitnya, kerat 3 dan belah 4 setiap keratan.
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
8 biji cili padi (optional)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulitnya, potong kaki2 kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti. Jika saiz ketam besar, kerat dua untuk setiap satu. Cuci bersih, tos dan masukkan ke dalam periuk. 
  2. Masukkan bahan2 kisar, serai titik dan asam gelugor ke dalam periuk berisi ketam tadi. Gaul rata dan masak atas api hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair dan kacau perlahan. Biar mendidih.
  3. Masukkan timun dan daun kunyit. Kemudian tuang pati santan. Kacau perlahan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu, masak hingga timun lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

MENU CINCAI JEE....NAK MINTAK TOLONG JUGA!!..

rsz_dsc_0192
Assalammualaikum, cuaca mendung, dan bila macam tu mulalah rasa lemau dan masuk angin. Nak memasak pun bukan main seloww, kalah siput! Hari ni mat masak satu masakan ulang tayang untuk Bak, dan mat masak cincai2 seperti anda nampak kat atas tu. Ntah lah, mood kadang2kan main hebat, tapi idea KO...Jadi ku campakkan segala benda yang ada dalam kuali, curah benda2 yang sepatutnya dan jadi lah menu masam manis ikan bersayur, ikan tu pulak mat guna fillent ikan pacific west yang selalu mat guna tu. Guna 2 keping fillet ikan tempura dia, potong kiub besar2 dan goreng hingga keemasan, lepas tu masak dengan sayur2. Curahkan sos yang akan mat tulis nanti, masak hingga semua ok, dahh siap, hidangkan panas2 bersama nasi, wowwwww!!! sedap u, ke sebab aku lapo?..errr, tak kesah lah, sendiri masak, tak salah puji, sebagai motivasi untuk lebih rajin memasak..yea tak.. Dan sebelum tu nak mintak tolong sikitlah.....bolehh?...

....tak susah, cuma anda masuk page ini dan klik "LIKE" dulu, kemudian anda klik "LIKE" kat sini pulak (keluar page macam gambar atas tu), tu saja selesai sudah. Sekadar membantu anak buah ku yang comel sorang ni. Ini semua atas keikhlasan anda ok...Terima kasih dari DTS-MAT GEBU....Ok recipe time...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping fillet sandwich ikan tempura Pacific West (contoh di sini)
1/4 bahagian trafficlight capsicum (merah, hijau, kuning) potong kiub
1 batang leek, kerat  pendak2 dan rendam
1/2 batang lobak merah, dadu
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 keping hirisan nipis halia, mayang halus
1/2 camca besar cili kisar
1/3 cawan sos cili
2 camca besar sos plum
1 camca besar penuh pati minuman oren Sunquick
Garam secukup rasa
Gula jika perlu
1 cawan air
Daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Fillet ikan tempura dipotong kiub besar2, kemudian goreng terendam hingga kuning keemasan, guna api sederhana, angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos cili, sos plum dan pati minuman oren sunquick, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan lobak merah, dan tuang air. Masak hingga lobak merah empuk.
  3. Tambah bawang besar, leek (toskan), trafficlight capsicum dan gaul rata. Bila pekat masukkan fillet ikan yang telah digoreng tadi, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan gula jika perlu. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur daun sup dan hidangkan segera, enak dimakan panas2..

Friday, September 28, 2012

KUE TEOW SUP TULANG...

rsz_dsc_0105 (1)
Makan sup tulang lagi, tapi tak juga keding. Sebenarnya ini mat masak semalam, nak habiskan stok tulang serangka. Masak pun atas permintaan, dan mat rebus juga ketupat nona untuk dimakan bersama sup. Cuma mat makan dengan kue teow, yang ketupat tu makan dengan kuah kacang, macam entri yang lepas tu. Tu hari ada yang tanya, CM periuk tekanan atau pressure cooker tu apa?. Periuk tekanan tu ialah periuk yang direka khas untuk mempercepatkan proses memasak, contohnya nak rebus sup tulang, kekacang atau apa saja. Banyak lagi kegunaannya. Menjimatkan masa dan gas pun yea juga. Cuma pesan mat, kalau anda nak guna, pastikan baca arahan dia betul2, ikut dan jangan pandai2 buat sendiri tanpa membaca dulu, takut berlaku pekara yang tidak diingini. Tapi kalau takde, boleh saja guna periuk biasa, atau boleh guna rice cooker. Sebab ini entri biasa2, jadi mat tak sertakan resipi sup, cuma mat letak link dimana anda boleh rujuk resipi sup tulang tu, cuma yang ini mat tambah kentang saja...Ok resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Sup tulang secukupnya (resipi di sini)
Tauhu goreng, hiris nipis
Kue teow secukupnya
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawan goreng
Sambal kicap (cili padi = 20 biji + bawang putih = 2 ulas + Gula = 2 camca besar, ditumbuk halus + kicap lemak Jalen = 1/2 cawan, kacau rata)

CARA MENGHIDANGNYA :-)
  1. Kue teow dicuci sedikit, masukkan secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup tulang bersama2 isinya sekali. Letak beberapa hirisan tauhu, tabur taugeh, hirisan daun sup/daun bawang dan sambal kicap..Hidangkan segera..kalau suka boleh juga letak sedikit sos cili. Selamat menjamu selera..

Thursday, September 27, 2012

PENGAT KELADI HARTA KARUN.

rsz_dsc_0071
Entri seterusnya mat letak pengat keladi pulak, heran ke bila tengok tajuk tu..biasalah mat gebu dia memang macam tu, kalau ada benda2 yang difikirkan logik untuk digabungkan, dia akan buat, Dalam pengat keladi tu selain keladi, mat tambahkan juga kidney beans   (yang ni dari dalam tin punya), bubur cha-cha dan juga biji sago. Dah siap masak baru perasan ada ubi keledek, kalau tak, mat campurkan juga. Mat guna gula melaka untuk memberi warna pada kuah pengat tadi. Kebetulan bonda berpuasa ni hari, jadi sebagai santapan pemanis, elok sangat lah makan pengat. Di Johor, pengat adalah satu hidangan pemanis mulut yang popular terutama bulan2 puasa. Resipi mudah saja, tak banyak karenah, tapi mat sarankan satu jelah, untuk mendapat rasa pengat yang sedap, daun pandan wajib ada, santan perlu yang segar dan sedikit garam sebagai melemakkan rasa pengat tadi. Tahap kemanisan tu terpulang pada anda, tapi biarlah berpada2 ok....Jomm lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ketul keladi (kurang lebih 500 gram)
100 gram bubur cha-cha
2 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 tin kidney beans, toskan
1 helai daun pandan, disimpul
100 gram gula melaka, potong kecil*
2/3 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut, tapis)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Sedikit garam
Gula pasir (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas kulit keladi, potong kiub, cuci dan toskan. Kemudian rebus hingga 1/2 empuk dan toskan. Rebus juga bubur cha-cha hingga lembut, tos dan ketepikan. Dalam periuk, masukkan santan cair, daun pandan dan masak hingga mendidih, masukkan biji sago dan kidney beans, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan keladi tadi dan masak hingga keladi empuk. Tuang air gula dan jika kurang kuah, tambah sedikit lagi air. Masuk pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih. Rasa dan jika kurang manis, tambah gula secukup rasa. Perasakan dengan sedikit garam, kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan sama ada panas atau sejuk...

KUAH KACANG SELEPAS HARI RAYA....

rsz_dsc_9929
Selamat hari raya.....haha, mula dah si mat, datang mengong dia. Masa hari raya lepas, mat tak sempat nak masukkan apa2 entri mengenai masak2 di hari raya. Masa dan keadaan tak mengizinkan, bz leer, maklumlah aku tuan rumah, aku juga tukang masak, tukang cuci, tukang sapu, tukang layan tetamu dan tukang bebel, punya banyak lah tukang. Tu hari Bak ada jugak sebut2, nak makan kuah kacang dengan nasi impit, tapi yang ni ketupat nona saja mat rebus. Pagi tadi projek buat kuah kacang pun bermula, nasib baik kacang kisar baki raya tu hari masih ada. Mat simpan dalam freezer, jadi bila nak guna senang. Mat buat dalam 1 1/2 cawan kacang kisar. Kata bonda, buat lebih nanti boleh simpan. Jadi nanti bila Bak nak makan, dahh senang, takyah nak buat2 lagi. Untuk entri ni mat letak resipi kuah kacang. Dan perlu juga diterangkan, mat bukan guna satu2 resipi saja, setiap kali mat masak, mat akan guna kaedah berlainan...Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA:-)
1 1/2 cawan kacang tanah yang telah dikisar
2 batang serai, dititik
2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa (mat guna pes asam jawa Adabi)
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris
2 camca besar udang kering, rendam dan toskan
1 camca besar penuh ketumbar biji
3/4 camca teh jintan manis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai titik dan cili kisar hingga garing. Masukkan bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan tuang air. Kacau dan biar mendidh.
  2. Masukkan kacang tanah, kacau rata dan kecilkan api, masak hingga pekat sedikit dan terbit minyak. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya. Kebiasaan kuah kacang sedikit manis, yang ini ikut pada citarasa masing2...Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat, sate dan sebagainya.
CATATAN MAT GEBU :- Kuah kacang tak perlu dimasak sampai terlalu pekat, ini kerana ia akan pekat secara semulajadi bila kuah kacang tadi sejuk. Anda boleh tambah air panas jika ia terlalu pekat. Kacau rata dan hidangkan seperti biasa. Untuk kacang tu anda boleh goreng tanpa minyak kacang tanah, kemudian buang kulitnya dan kisar, tapi janganlah sampai halus sangat...

Wednesday, September 26, 2012

SHHH....DIAM-DIAM, INI RESIPI RAHSIA...

Sedaplah kuih ni, boleh lah minta resipi?.....errr, ala resipi biasa2 saja, campak2 lebih kurang, kacau rata lepas tu bakar, jadi lahh. Mungkin dikalangan blogger masak2 pekara macam tu pernah mereka hadapi. Mat sendiri pun pernah juga kena, bila tanya resipi, mereka kasi tapi lepas tu, tak kasi kita share dengan orang lain, hmm, apa nak kata, cuma boleh cakap "baekk lahh". Tapi kalau dah gitu, memang mat tak masukkan entri di blog (kena hormati juga kan pendirian orang lain), sebab bila kita letak satu2 resipi di blog, kenalah bagi resipi dengan jujur, dengan ikhlas dan sama seperti yang kita masak untuk entri yang kita letak. 

Satu lagi kena percaya 'air tangan' masing2. Resipi yang sama dimasak oleh 3-4 orang yang berbeza, ada kemungkinan rasa tak sama Contoh paling mudah ibu kita sendiri, kalau goreng telo mata kerbau sekali pun, lepas tu kita makan dengan nasi dan kicap, ya Allah, sedap kan main. Rahsia dalam masakan ni pada mat, keikhlasan selain benda2 yang wajib, seperti bahan2 mentah yang segar dan sebagainya. Ibarat kata mak tua orang2 peranakan. 'cooking with your heart and soul', masak dengan penuh rasa kasih sayang dan insya Allah orang yang makan akan ingat kat kita...eeerrr......ini bukan ubat guna2 yeaa....

Jadi dalam dunia ni tiada apa yang kekal, resipi sedap, resipi rahsia, itu semua pinjaman dari Allah swt, kalau kita sedia berkongsi dengan ikhlas, pasti ganjarannya juga kita dapat dengan ikhlas. Walaupun begitu, sebagai manusia biasa, menghormati pendirian orang lain itu lebih bagus, jika mereka kata "tidak" baik lah kita diam....mungkin mereka ada sebab2 tertentu. Yang penting, memasaklah dengan rasa gembira dan berlapang dada, penat lelah kita pasti akan hilang bila melihat mereka yang menjamu selera berasa gembira dan rasa dihargai....sekian wassalam...

PASTA FUSILI GORENG LADA HITAM...

rsz_dsc_9785
Salam, ada masa pening kepala juga, nak masak apa pun tatau, tapi kalau dapur kita cantik, macam ini dan barang2 seperti piuk belanga, kuali dan gadget2 semua yang kita suka, mat boleh jamin, anda jadi rajin ke dapur. Ada masa boring gak nak makan nasi, rasa nak makan benda2 ringkas dan cepat dimasak. Tu hari mat ada lah blogwalking ke blog teman masak2 dan sekali ternampak resipi pasta fusili yang mudah dimasak dan nampak mengiurkan, jadi mat salin dan buat. Cuma mat ubah suai sikit, ikut apa bahan2 yang ada kat rumah. Apa2 pun terima kasih pada Kak Nannie, di sini, sebab memberi mat idea. Pada mat kita blogger masak2 ni takde sapa yang hebat atau siapa yang bagus, masing2 ada kelebihan yang Allah swt bagi, dari kita rasa macam terbaik lah sangat, lebih elok kita berkongsi ilmu dan bertukar2 buah fikiran, jiwa pun tak kacau, hati pun gumbira, lepas tu muka lambat kedut, tak payah nak seterika2 bagai kasi tegang, cuma macam mat ni, tu lah...gigi je kurang...errkk...alaammakk terpecah lobang sudah...hahhaa...Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram pasta fusili atau apa jenis pasta kesukaan anda
100 gram daging cincang
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar sos tiram
3/4 camca teh lada hitam biji tumbuk halus
1/2 kiub daging
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang sebagai hiasan (mat guna kucai)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta fusili dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan sos tiram dan lada hitam tumbuk. Kacau dan tambah daging kisar, masak hingga daging berubah warna dan airnya kering, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah kiub daging dan mix vege, gaul rata dan masukkan pasta. Kacau hingga mesra, tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan boleh tabur sedikit lagi lada hitam tumbuk jika suka pedas. Hidangkan...

KIMA DAGING, MAKANAN TRADISI..

rsz_dsc_9847

Assalammualaikum, salam untuk semua. Cuaca hari ini mendung, seawal pagi hujan sudah membasahi tanah Sedenak yang penuh misteri ini. Projek hari ni mat masak "kima"....erkk apa kebenda pulak kima tu, macam nama kerang laut jee...Bukan kima ialah sejenis masakan timur tengah yang telah sebati dengan masyarakat Johor terutama mereka2 yang berketurunan arab. Kima ialah sejenis masakan seakan2 kacang phool dan amat2 sesuai sebagai pencicih capati, roti canai, roti paun dan sebagainya. Menggunakan daging cincang sebagai bahan utama. Ini bergantung pada pilihan anda samada nak guna daging lembu cincang atau daging kambing cincang. Pstt yang kambing pun boleh dikatakan sedap, sebabnya tu hari mat termakan sudah itu kima kambing masa makan capati dikedai mamak kat JB...tapi sebab dapat rasa yang itu kambing, terus cicah sikit2 saja...

rsz_dsc_9852

Untuk kima daging yang ini mat campur dengan kidney bean atau kacang buah pinggang dan bila makan ada rasa lemak2 kekacang dalam dia. Mat tambah juga sedikit lagi ketumbar serbuk. Tahap kepedasan bergantung pada anda. Boleh tambah lada hitam jika nak rasa lebih hangat. Resipi ini tak menggunakan asam, samada asam gelugor atau pun asam jawa, ini kerana penggunaan tomato puree dan tomato cincang dalam resipi sudah memadai. Satu lagi, kalau anda nak buat roti john, boleh guna kima ni sebagai bahan inti. Bancuh dengan sebiji telur, lepas tu tambah hirisan daun bawang dan dadarkan atas kuali, bila nampak kental sedikit, letak roti atasnya dan tekan2 sedikit...dahh jadi satu lagi resipi derhaka...Resipi kima untuk kali ini seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram daging lembu cincang (anda nak guna daging kambing pun ok)
2 biji tomato masak ranum, cincang
1 1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar rempah kari daging
3/4 camca besar serbuk ketumbar
1 biji lada merah, potong kasar2
1 biji cili hijau, potong kasar2
1/2 cawan kidney beans, rendam semalaman dan rebus hingga empuk, toskan
3/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili hijau
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan tomato puree dan tumis hingga garing, tambah bahan kisar halus + serbuk kari daging + serbuk ketumbar, kacau rata dan masak hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan tomato cincang dan daging kisar, kacau dan masak hingga air daging kering.
  2. Tambah kidney beans dan tuang air. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah cili merah, cili hijau, mix vege dan bawang besar yang dicincang tadi. Gaul rata, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Jika suka lebih hangat, boleh tambah sedikit lagi lada hitam kisar. Hidangkan bersama roti, capati, roti canai atau roti paun...

Tuesday, September 25, 2012

GULAI SIPUT SEDUT BERAROMA..

rsz_dsc_9618
Ini satu lagi menu mat masak siang tadi, tapi bukan mat buat sorang2. Proses membersihkan siput, mengerat muncungnya semua bonda yang lakukan, terima kasih, sayanggg mak ketat2...hehe, biasalah aku kan anak emak...erkk, ngeri ke?..Ngeri pun ngeri lah, bukan aku nyusahkan orang lain punggg kalau aku ni anak emak...yea dak. Ok berbalik cerita pasal siput sedut ni, mat beli semalam, sekilo RM 7, kira ok lah sebab siput pun nampak segar dan siput ni pulak bukan dia dah bungkus awal2, tapi dilambakkan dalam takong, bila nak, dia ambil kasi timbang. Lepas tu murah hati pulak, dah siap2 timbang sekilo, dicekutya dalam segenggam macam tu, masukkan dalam plastik siput...waa, kamsiah lahh moga rezeki luu lagi murahh lepas ni. Bila ada siput kena pulak cari batang keladi. Bila semua bahan2 mentah dah cukup, baru lah boleh memasak tanpa gangguan. Kali ni mat letak serai, daun kunyit dan bunga kantan. Bukan apa, saja nak melicinkan stok yang ada...baru boleh topup yang baru..kannnnn....Ok resipi biasa2 seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 paket batang keladi yang telah siap disiang (boleh beli dipasar tani)
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 keping asam gelugor
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
7 - 8 biji cili padi (optional)
2 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput sedut dicuci bersih, kemudian kerat hujungnya. Kerat pada ruas ke-3 dari atas, nak senang guna player atau ragum. Cuci sekali lagi dan toskan. Batang keladi dicelur dalam air mendidih yang dicampur dengan asam gelugor dan sedikit garam. Tos dan ketepikan.
  2. Masukkan siput tadi ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus dan serai titik, gaul rata dan masak atas api hingga mendidih. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Kacau dan biar mendidih sekejap. Masukkan batang keladi, daun kunyit dan bunga kantan. Kacau.
  3. Tuang pati santan, kacau perlahan, biar mendidih dengan api sederhana dan kacau sekali sekala. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....
CATATAN MAT GEBU :- Kebiasaannya kami akan men"suci"kan dulu siput sedut tadi. Tabur hampas kelapa pada siput sedut sehari sebelum anda memasaknya, proses ini akan membersihkan isi dalaman siput tadi. Kemudian cuci bersih dan boleh lakukan proses seterusnya. Tapi pastikan tutup permukaan bekas berisi siput dengan tapis dan hempapkan benda berat atasnya, kalau tak, siput anda  semua akan lari!!....Selamat mencuba...


IKAN GORENG GARING BERSAMBAL ALA THAI.

rsz_dsc_9572
Assalammualaikum, selamat petang....hari ni masa mat agak padat, pagi tadi ada kerja2 yang harus dibereskan dan mat kena pulak masak satu masakan yang agak leceh penyediaannya. Nasib baik ada bonda yang telah menyelesaikan penyediaan bahan2 mentah. Jam 11.45 am baru mat mula masak. Dan semalam makcik mat ada beri 2 ekor ikan yang iras2 ikan talapia tapi berbeza, mungkin ikan berhabitat terumbu karang. Jadi mat goreng kunyit dan kasi goreng garing2 sebab ikan ini agak berisi, lepas tu nampak biasa sangat, hmmm, apa kata kita buat sambal ala2 thai dan lambakkan atas ikan goreng tadi, dan dengan bahan2 yang sedia ada mat buat. Alhamdulillah, banyak ngam lah itu sambal dengan ikan. Kalau anda guna ikan siakap pun sedap, tapi kalau dah takde, belasah lah apa ikan sekali pun, jangan ikan bilis sudah lahh yea.. Blog pilihan DTS di sini...Terima kasih atas masa anda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan pilihan anda (samada ikan bawal atau apa2 ikan berdaging)
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sos ikan secukup rasa
Gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit air

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
3 biji cili merah
6-7 biji cili padi
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2, kemudian lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam rata2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Alih ke dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis serai titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk lumat dan tumis hingga harum. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah daun limau purut, dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa, sedikit gula dan hirisan bunga kantan. Kacau dan masukkan jus limau kasturi, gaul rata2 dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas ikan goreng tadi, ratakan dan hidangkan segera bersama nasi panas.....juling kejappp @____@

Monday, September 24, 2012

SUP TULANG.....BUAT KU HANGAT!!...

rsz_dsc_9423

Salam Isnin, cuaca mendung je hari ni, anda semua ok...sehat?. Dah makan tengah hari?..Apa menu ni hari. Mat cuti masak hari ni, errr....tak berapa nak cuti masak sangat sebenarnya. Apa lah "makna" kalau cuti masak tapi masih ke hulu ke hilir di dapur makmal ku itu. Lepas raya ni masa agak ketat. Maklumlah, tetamu masih datang. Hari ni mat masak sup tulang, ianya telah ku rancang sejak 2-3 hari lepas lagi. Atas sebab batasan masa, asyik tertangguh saja. Kali ini mat guna tulang serangka lembu yang kami beli masa aidil fitri lepas. Mat masak dalam 1.2 kg, nampak banyak, tapi anda pun fahamkan,  kalau tulang banyak mana lah sangat isinya. Mat masak guna periuk tekanan dan ambil masa dalam 30 minit saja. Tapi anda boleh juga rebus seperti biasa dan mungkin ambil masa 1 jam hingga 1 1/2 jam untuk daging empuk. Tapi itu semua bergantung pada keadaan bahan mentah anda gunakan (serangka lembu, sama ada lembu tua atau lembu tak berapa tua)..

rsz_dsc_9446

Satu yang mat suka sup2 macam ni, ia lebih versatile, nak makan dengan nasi impit, ketupat, mi hoon, mi kuning, roti atau apa saja yang anda rasa "ngam" dengannya. Selain ianya lebih ringan dan mudah dibuat, ia juga tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Macam hari ni mat gandingkan dengan ketupat nasi, kira ala2 soto lah kan, cuma takdelah selengkap soto. Tapi sambal kicap wajib ada, kalau takde, macam takde makna. Walaupun sup itu agak hangat dengan penggunaan lada hitam, tapi kepedasan cili padi yang berapi memberi satu rasa sensasi bila bergabung dengan hangat lada hitam. Sup biasanya memang hangat, ini kerana campuran halia, bawang putih dan rempah ratus. Ok tu saja untuk kali ini dan blog pilihan DTS di sini.....Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA (A) :-)
1.2 kg tulang lembu yang masih berdaging (mat guna tulang serangka)
1 bungkus sup bunjut Adabi (beli yang untuk sup tulang)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 pokok daun sup, potong kasar
1 camca besar bawang goreng
1 inci lengkuas, dititik
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
3/4 camca besar lada hitam biji
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, ketupat, mi kuning atau mi hoon (atas pilihan anda)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Sedikit kacang tanah goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tulang lembu yang telah dipotong pendek, dicuci, perap dengan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih dan toskan. Dalam periuk, masukkan tulang tadi bersama bahan kisar halus dan semua bahan2 (A), kecuali garam. Tuang air secukupnya, biar lebih. Kacau rata dan masak dengan api besar
  2. Bila mendidih, sederhanakan api, terus masak hingga daging empuk dan boleh ditanggalkan dari tulang. Tambah garam jika perlu, dan jika kurang rasa lada hitam, anda boleh tambah sedikit lagi. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Letak secukupnya nasi impit atau ketupat dalam mangkuk sesuai, cedok sup tulang tadi bersama2 isinya. Hias dengan taugeh, bawang goreng, hirisan daun sup/daun bawang, kacang tanah goreng dan sambal kicap. Hidangkan..

Sunday, September 23, 2012

KEK PISANG LEMBAP BERKEJU.

rsz_dsc_9331

Bila anda terlibat dalam dunia masak2, terutama membakar kek, ia akan jadi satu "ketagihan" kalau anda lama tak baking. Satu lagi baking ni walaupun kita ikut resipi yang ummphh, tapi kalau anda kurang pengalaman atau skill, ia agak sukar, namun begitu ia semua tidak mustahil, kan kita yang buat dia. Apa yang penting anda kena fahami dulu resipi dan fahami juga oven anda. Oven sering menjadi satu persoalan. Mat pun tak boleh nak kata macam mana, tapi makin lama anda guna oven anda, maka kita secara tak langsung akan fahami gerak gayanya, maksud di sini, kalau resipi kata bakar suhu 180C dan anda bakar guna suhu yang disarankan, hasilnya agak tak memuaskan, bolehlah turunkan suhu. Satu lagi persoalan, nak guna api atas atau api bawah?..Mat kalau bakar kek guna api atas dan bawah, kecuali ada disebut dalam resipi. Kalau kek lapis ia sedikit berbeza. Mula2 saja anda guna api atas dan bawah, lapisan seterusnya guna api atas saja, atau fungsi api grill. Dan kedudukan tin kek biasanya berada di tingkat ke-2 dari bawah, ia juga bergantung pada jenis kek...

rsz_dsc_9389
Terpanjang pulak cerita. Berbalik pada entri ini, kebetulan kat rumah mat ada pisang embun yang sedap harum dan gebu. Jadi mat ambik sedikit untuk dibuat kek. Kek ini sebenarnya pernah mat buat dulu, tapi kali ni mat tambah sedikit parutan cheese cheddar dalam 1/4 cawan dan pisang yang didadu. Mat susun juga beberapa kepingan pisang yang dihiris atas kek sebagai hiasan. Kek ini lembap, sedap dan tidak muak, lembut saja bila dimakan. Kalau dibiarkan sehari, kek akan jadi lagi lunak. Ok, dah puas bercerita, sekarang mat tulis resipinya pulak.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 ml minyak jagung (kalau nak rasa lemak boleh guna mentega cair)
3 biji telur gred A
115 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
60 gram gula perang @ soft brown sugar
1/4 camca teh garam halus
1 camca teh ovallate
Beberapa titik esen pisang
1/4 cawan parutan keju cheddar
125 gram pisang embun, dihancurkan
2 biji pisang embun, satu dipotong kiub besar2 dan satu dihiris bulat2 untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang, garam dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang lecek dan esen pisang. Putar sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang minyak jagung, gaul rata. Masukkan parutan keju dan pisang yang dipotong kiub. Gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin tadi dan hias permukaannya dengan hirisan pisang.
  4. Bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan boleh keluarkan dari tin kek. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong. Selamat mencuba!!.

SAMBAL HIJAU KUPANG DENGAN PETAI

rsz_dsc_9314
Assalammualaikum, salam Ahad. Hujung2 minggu macam ni selalunya masa bersama keluarga dan ada yang masak istimewa untuk orang2 tersayang. Walau apa pun aktiviti anda biarlah ia sesuatu yang boleh mengeratkan hubungan sesama keluarga atau teman2. Entri pertama hari ni mat nak kongsi satu resipi mudah dan cepat dimasak. Nampak pedas tapi memang pedas, cuma anda boleh kurangkan bilangan cili padi. Selain cili padi, mat guna juga cili hijau. Nampak macam ada kupang, eh memang kupang...hehe, selain kupang anda boleh saja guna udang atau ikan bilis. Nak cuba dengan sotong pun ok rasanya. Petai tu optional, tak letak pun takpe. Untuk sambal hijau ini, mat tak guna asam jawa tapi gantikan dengan asam keping atau asam gelugor. Kalau nak nampak authentic, anda boleh tumbuk dengan lesung batu bahan2 rencah, kalau taknak, kasi kisar dalam blender pun ok....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram isi kupang segar yang telah dibersihkan
2 papan petai, ambil isinya
2 keping asam gelugor (kalau besar guna 1 saja)
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap, tos dan tumbuk hancur
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili hijau
1/3 cawan cili padi hijau
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar halus dan ikan bilis tumbuk, tumis hingga pecah minyak. Masukkan asam gelugor dan sedikit air. Kacau rata dan tambah petai, masak sekejap hingga pekat, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah kupang dan gaul rata. Masak hingga sedikit kering. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Jika suka anda boleh juga tambah sedikit serbuk perasa dan kalau dah letak serbuk perasa, itu gula tak payah pun takpe. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Saturday, September 22, 2012

PUCUK PAKU MERAH YANG KLASIK.

rsz_dsc_9101
Salam semua, entri kali ini, mat nak berkongsi satu menu yang memang ringkas dan paling penting ianya 'percuma'..erkk macam mana pulak tu, ceritanya begini, sayur pucuk paku merah ini tumbuh meliar ditepi2 jalan terutama berhampiran kawasan bertanah gambut. Dan buat masa sekarang ni, ia tengah galak mengeluarkan pucuk yang lembut, tu yang boleh dipetik secara percuma. Pucuk paku merah sedap digoreng belacan dan kasi pedas sikit, baru terangkat. Kalau masak lemak putih pun sedap tapi nanti tidak lah putih jadinya, ia akan bertukar kemerahan. Pada mat bila memasak pucuk paku merah, ia satu hidangan klasik dan penuh kenangan. Teringat zaman arwah tok masa hidup dulu, dia pun suka pucuk paku merah. Tapi ada juga yang berpantang makan atas sebab2 kesihatan. Bagi anda yang mendiami bandar, boleh dapatkan dipasar2 basah atau pasar tani yang menjual sayur2 kampung. Ok resipi mudah seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah
1/2 camca besar sos tiram
1 biji bawang besar hiris halus
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan
1/2 genggam ikan bilis, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk paku merah diasingkan daun dari tangkainya. Cuci dan toskan. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang sedikit air dan biar mendidih.
  2. Masukkan bawang besar hiris dan pucuk paku merah. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dengan api besar, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain....

KETAM MASAK LEMAK DENGAN TIMUN..

rsz_dsc_9195
Atas permintaan Bak, mat masak ketam masak lemak campur timun. Menjadi kebiasaan kami orang2 Johor, menggandingkan satu2 masakan itu dengan sayur2ran. Contohnya masak lemak ketam ini, selain timun, nenas dan belimbing juga sedap digandingkan bersama. Seperti mat tulis dalam entri2 lepas, masak macam ni bahan mentah itu palingg utama, makanan laut yang segar, bahan2 mentah yang elok dan santan juga kalau dapat yang baru diperah. Teknik memasak juga diambil kira, terutama bila peringkat santan pekat telah kita tuang dalam kuah, kena didihkan dengan api perlahan sambil dikacau selalu untuk mengelakkan santan 'pecah'. Satu lagi style orang melayu (dan juga orang2 peranakan), bila siap satu bahan2 rencah ditumbuk dan dikeluarkan dari lesung, mereka akan letak sedikit air bersih dalam lesung tadi dan "cuci", kemudian air lesung itu dicampurkan dalam gulai. Jika guna alat pengisar boleh juga kita lakukan kaedah yang sama. Ia sudah menjadi kebiasaan kami memasak sejak zaman dulu lagi, petua orang2 tua, yang mana elok dan releven apa salah kita gunakan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga (yang sepit biru), atau apa2 jenis ketam pilihan anda
2 biji timun, buang kulitnya, kerat 3 dan belah 4 setiap keratan.
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
8 biji cili padi (optional)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulitnya, potong kaki2 kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti. Jika saiz ketam besar, kerat dua untuk setiap satu. Cuci bersih, tos dan masukkan ke dalam periuk. 
  2. Masukkan bahan2 kisar, serai titik dan asam gelugor ke dalam periuk berisi ketam tadi. Gaul rata dan masak atas api hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair dan kacau perlahan. Biar mendidih.
  3. Masukkan timun dan daun kunyit. Kemudian tuang pati santan. Kacau perlahan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu, masak hingga timun lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Friday, September 21, 2012

TEMPOYAK UDANG BERPETAI LAGI....

rsz_dsc_8982
Tempoyak udang berpetai ibarat resipi wajib kalau cukup bahan2. Bila masak ni, teringat masa ke datangan Kak Ida 1001 Resipi dulu. Kebetulan ada stok petai dirumah, dan udang juga ada dalam 15 ekor macam tu. Jadi mat masak dengan tempoyak. Ia kurang lebih macam masak lemak, tapi penggunaan santan amat2 minima, hanya 2 camca besar sahaja, cuma nak ambik rasa. Apa2 masakan sekali pun keseimbangan rasa amat penting, macam resipi yang ini, rasa pedas adalah satu elemen yang amat perlu bagi membangkitkan rasa "hangat", tapi bukan lah pedas sampai telinga semua merah. Daun kunyit dan serai memainkan peranan amat besar dalam apa jua resipi2 tradisi. Kalau ikutkan dah beberapa kali mat letak entri di DTS, tapi bagi memudahkan pengunjung, mat tulis sekali lagi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang bersaiz besar
2 papan petai, ambil isinya
1 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugoR
1 camca besar tempoyak
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji cili padi merah thai
 5 biji bawang merah
2 ulas bawang puith
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulitnya, tinggalkan bahagian ekor, belah belakang udang dan buang uratnya. Cuci bersih dan toskan. Daun kunyit disiat dan sehelai lagi dimayang halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tempoyak, kacau hingga rata. Tuang sedikit air dan masukkan petai, kacau rata dan masak sekejap. 
  3. Tambah udang, daun kunyit yang disiat dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dengan api perlahan dan kacau selalu. Akhir sekali masukkan hirisan halus daun kunyit, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas...

TAPAI UBI BERSANTAN......

rsz_dsc_9056
Semalam kita dah tengok entri jemput2 tapai ubi yang nampak begitu klasik dan authentic katanya. Dan hari ni mat kongsi satu lagi hidangan authentic orang2 kita, terutama orang melayu. Tapai ubi boleh juga dijadikan manisan pembasah tekak. Selain boleh dimakan dengan aiskrim, tapai ubi juga sedap dimakan bersama kuah santan. Hidangkan sebagai pencuci mulut dan enak dimakan sejuk. Tiada resipi yang khusus, cuma ikut kesesuaian rasa tekak anda saja. Tapi paling penting, santan harus yang segar, barulah anda dapat menikmati keasliannya. Sirap gula perlu dimasak dengan daun panda untuk mendapat rasa dan bau yang beridentitikan orang melayu. Sebenarnya dalam dunia masakan ni, sedikit keaslian akan memberi impak yang besar dari segi rasa dan kualiti satu2 makanan itu....erkk, yea tak yea je si mat menulis, hmmm, tapi dalam hal ini anda sendiri boleh fikir, betul tak?....Resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Tapai ubi secukupnya
Santan segar secukupnya (tak perlu pekat sangat)
Secubit garam
Sirap gula secukupnya
Ais kiub

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan santan kelapa dengan garam, kacau rata. Masukkan secukupnya tapai ubi dalam gelas sesuai atau mangkuk. Tuang santan tadi dan tambah sirap gula secukup rasa.
  2. Masukkan ais kiub dan biar seketika, kacau rata dan boleh hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut. Sirap gula tu anda masak gula + air dan daun pandan hingga pekat, tapis dan sejukkan.

Thursday, September 20, 2012

JEMPUT-JEMPUT TAPAI UBI...

rsz_dsc_9131

Assalammualaikum, selamat petang. Semalam, seharian talian internet dan telefon tidak berfungsi atas sebab2 penyelenggaraan dari pihak Telekom Malaysia, maka tak dapat lah nak update blog. Dan, bila malam, talian telefon ok, tapi internet masih meragam..sabar..yelah mereka bekerja siang dan malam. Jadi berlalulah sehari tanpa internet. Pagi tadi masih juga meragam, dan lepas mat belanja barang dapur di Tesco dan MyDin, Kulai..balik ke rumah, ia masih tetap KO lagi, grrrr..dah nak marah ni, terus call wakil TM untuk kawasan kejiranan kami, dia kata akan hantar orang untuk mengatasi masalah internet dan dalam jam 3 petang tadi, alhamdulillah ia berfungsi seperti biasa, cuma tak boleh nak agak bertahan sampai bila.....hmmm, mood nak berblog pun hanyut ibarat dibawa arus deras...huhu...Takpelah kita mulakan entri dengan jemput2 tapai ubi yang mat buat semalam....

rsz_dsc_9176 (1)

Tapai ubi bukan mat buat, tapi abang mat bawak balik. Sebab banyak, apa kata kita buat jemput2 atau bahasa kampungnya cekodok. Selain cekodok, mat pernah juga cuba buat kek di sini, dan rasa dia agak unik dan sedap tapi yang pasti tidak lah sampai anda mabuk bila menikmatinya. Selain tu tapai ubi juga sedap dimakan bersama santan dan dihidangkan sejuk, yang tu nanti2 mat masukkan entri. Resipi mudah ini cukup menarik, anda boleh makan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal tumis. Adunan tidak boleh cair sangat, ini akan menyusahkan kita untuk men"jemput" adunan tadi. Resipi mudah seperti berikut. Ia agak mudah dan tidak memerlukan bahan2 yang banyak......

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tapai ubi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 1/4 cawan air
Sambal tumis untuk mencicih atau sos kegemaran anda (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tapai ubi dilecek halus, buang urat2nya jika ada. Masukkan ke dalam bekas. Sementara itu ayak bersama tepung gandum dan baking powder. Masukkan ke dalam bekas yang berisi tapai ubi tadi. Kacau hingga rata. 
  2. Masukkan gula dan garam, tuang air sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau hingga mendapat adunan yang tidak terlelu pekat atau cair. Biarkan sekejap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemputkan adunan tadi dan berhati2 jatuhkan dalam minyak panas (basahkan sedikit hujung jari anda). Atau anda boleh gunakan sudu untuk menjemput adunan tadi.
  4. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian, gunakan api sederhana kuat semasa menggoreng. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis atau sos kegemaran anda.

Tuesday, September 18, 2012

SAMBAL GORENG PETAI.....

rsz_dsc_7906
Assalammualaikum, baru dapat bersiaran, pagi tadi pun cuma sekali lalu je on9, lepas tu off dan mulakan kerja2 rumah. Petang tadi ingat nak update blog, sekali tengok line internet "period", geramm juga, mood berkobar2 terus rasa sejuk. Maghrib tadi baru ok, ni pun tatau lah sampai bila. Mungkin pihak TM melakukan penyelenggaraan agaknya. Ntah lah, malas nak call tanya, sebab jawapan yang sama akan diberi "orang lain di kawasan encik pun hadapi masalah yang sama, kami akan baiki secepat mungkin"...hmmm, nak kata apa lagi, Ok jee lahh. Entri kali ni mat letak resipi sambal goreng petai dan ini bukan mat masak hari ni, tapi beberapa hari yang lepas, cuma boleh terlupa nak up di blog DTS. Jadi hari ni mat letak. Ada pelbagai versi sambal goreng, ada yang merah, yang berkicap dan yang putih biasa macam mat buat ni. Tapi mungkin teknik agak berbeza dari setiap orang, yang ni mat guna style mat sendiri masak sambal goreng. Ia juga salah satu pelengkap untuk nasi ambeng...Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan isi udang
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1/4 bahagian kobis, bulat, hiris halus
2 keping tempe, dadu dan goreng, toskan
2 keping tauhu, dadu dan goreng, toskan
1 keping fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
3 papan petai, ambil isinya
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1/2 inci belacan, larutkan dalam 2 camca besar air
3 camca besar pati santan (optional)
1 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 keping hirisan lengkuas, dititik
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili merah dan hijau hingga layu. Masukkan isi udang dan kacau rata. Masak hingga isi udang berubah warna. Masukkan belacan, kacau rata.
  2. Masukkan tauhu dan tempe goreng tadi, kacau dan tambah fucuk (toskan), tuang pati santan dan kacau rata. Masuk petai dan sedikit air. Masak sekejap hingga fucuk dan petai lembut.
  3. Tambah kacang panjang dan kobis, gaul dan masukkan soo hoon (toskan), kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (nak letak serbuk perasa pun ok). Masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat...

Monday, September 17, 2012

BUTTER CHERRY LEMON CAKE

rsz_dsc_8708
Assalammualaikum, salam semua...Sebelum mat mulakan entri, nak ucap terima kasih pada mereka yang sudi bertandang siang tadi, Sunah, Azila, Kiroro, Uzir dan sorang lagi housemate sunah, sapa pulak nama dia...hmm alahh dia tu lahh...minta maaf yea, lupa nama pulak. Ok berbalik pada entri hari ni, mat nak letak petang tadi, tapi internet meragam pulak. Sat2 ni baru ok, grrr...geram pun yea juga. Resipi kek yang mudah ini mat buat semalam, sebenarnya ia hanya kek mentega biasa tapi mat olah serba sedikit. Biasalah mat gebu kan suka derhaka resipi, tapi bukan merosakkan resipi, cuma mempelbagaikan atau memvariasikannya, tak salah, kalau resipi hanya basic atau asas dan anda oter serba sedikit dalam ertikata lain, letak perisa, atau anda marble kan, letak hirisan epal hijau ke atau apa saja lah. Kena kreatif jadi takde lah boring....

rsz_dsc_8810
Oh yea, mat buat kek ni juga sebab nak test paper casing sepesel untuk kek yang mat terima dari Sis Linn, tempoh hari....sayang nak guna sebenarnya, tapi kalau tak cuba tatau, dan serius memang cun, kalau nak buat buah tangan bawa ke rumah teman2 atau nak bawak ke rumah mak mertua ke, pulak2 jenis mak mertua "ada kelas", perghh, memang nampak comey sangat lah, sesuaii. Untuk resipi ini boleh dapat 3 biji kek bersaiz 4 1/2 inci x 2 inci x 2 inci. Tapi mat buat 2 saja dan kek jadi agak tinggi dan tembam. Selain tu anda boleh buat dalam tin bulat berukuran  8 inci. Resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1 biji lemon, parut kulitnya (hanya yang bahagian kuning)
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
1/2 cawan susu segar
7 biji ceri merah, belah 2 setiap satu
7 biji ceri hijau, belah 2 setiap satu
Badam cincang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Mat guna acuan mini loaf pan berukuran 4 1/2 inci x 2 inci x 2 inci dan mat alas dengan paper casing yang sesuai. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanilla. putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar sebati.
  3. Masukkan belahan ceri merah dan hijau (tinggalkan sedikit untuk hiasan), dan gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Hias dengan ceri dan tabur badam cincang. Bakar 35 - 40 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Biar sejuk sekejap dan keluarkan kek, sejukkan sepenuhnya atas jaringan..

Sunday, September 16, 2012

SATU PETANG DI HUJUNG KAMPUNG....

rsz_dsc_8854
Assalammualaikum, eh ni hari Ahad kan, tengok tu, hari pun dah tak berapa nak ingat, konpius, bahaya ni. Jadi hari ni nak mulakan entri dengan satu cerita orang kampung. Di kala cuaca mendung berangin dan kadang kala hujan renyai2. Maka seorang pakcik dengan gigihnya berjalan ke hujung kampung (xceli hujung lot tanah rumah dia saja....), dan ternampak lah beberapa batang pokok ubi terbuai2 ditiup angin, dengan kudrat yang ada, dia mencabut pokok ubi tadi, dan ubinya dibawa pulang ke rumah. Bila sampai waktu minun petang (apa ingat orang kampung takde minum petang...takde "teh tinggi"?.. tolong sikit yea..) dan berbekalkan sambal tumis semalam punya, makan terhidanglah ubi rebus cicah sambal tumis sotong semalam punya....itu saja cerita yang tak berapa nak semengah sangat. Dan untuk entri yang ini mat rasa tak perlulah resipi. Ubi rebus tu bukan susah sangat, cuma perlu ubi kayu dipotong kecil buang kulit dan cuci bersih, masukkan dalam periuk, tuang air hingga ubi tenggelam, letak garam secukup rasa dan rebus hingga ubi empuk, toskan dan jerang atas api sekejap kasi air rebusan ubi kering, lepas tu boleh hidangkan..punya lah senang, yea tak?...jadi tu saja lah yea..sekian terima kasih..

Saturday, September 15, 2012

"I LOVE YOU STUPID"...TERBARU DARI "MELUR JELITA"...

Nak selitkan satu entri selingan. I LOVE YOU STUPID (ILUS)... karya terbaru dari Penulis novel "Melur Jelita"....ini tulisan beliau yang terbaru selepas Novel "AWAK SUKA SAYA TAK (ASST)"...meletop di pasaran dan telah 9 kali diulang cetak. Serius novel ASST tu bess, mat sendiri yang kurang minat membaca novel (mengaku nih..hehe), telah membacanya secara serius sebanyak 3 kali!!..haaaa, tak tipu punya. Novel ILUS akan berada dipasaran pada penghujung September ini, dan akan dijual di MPH, Popular dan kedai2 buku lain... Tapi buat sementara ini anda boleh baca serba sedikit ILUS di blog Melur Jelita di sini....pstt segan nak bagi tau...ada nama CM juga kat dalam novel tu nanti....part mana tu, sendiri baca lah yeaa, penggsannn lahh guaaaaa!!!!.....Jangan lupa dapatkan novel tu nanti ok.. (*____^)

LEMPENG KELAPA DENGAN KARI SEMALAM..

rsz_dsc_8513
Nak menaip entri pun lemau semacam, bahaya nih, adakah itu tanda2 bersara...erkk..hehe. Oklah dari takde entri, meh sini mat letak entri lempeng kelapa. Sebenarnya ini sarapan pagi tadi, cuma tak dann nak letak masa pagi, jadi letak masa sekarang ni. Kalau sebut lempeng kelapa, ia amat sinonim dengan masyarakt melayu kita, terutama di kampung2. Sesuai dimakan sebagai sarapan atau minum petang. Bak antara penggemar lempeng kelapa, sedap dimakan bersama kuah kari, sambal tumis atau pun bagi kanak2, cukup dicicah dengan gula pasir. Selalunya mat buat dalam non-stick pan comel bersaiz 4 inci, tapi kali ni mat buat lebar dan nipis, adunan juga mat cairkan sedikit. Tambah juga sedikit baking powder untuk mengekalkan kelembutan lempeng....Resipi mudah seperti dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kelapa parut putih
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
2 3/4 cawan air (kalau nak pekat, guna 2 cawan air)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan diatas kecuali garam. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sekejap
  2. Panaskan kuali atau mat guna non-stick pan saiz 7 inci, dengan sedikit minyak. Tuang 1 senduk atau ikut kesesuaian kuali anda. Ratakan adunan hingga rata. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng namak pucat. Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang. Angkat.
  3. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Pastikan anda lenser sedikit minyak pada kuali sebelum anda letak adunan lempeng tadi. Hidangkan bersama kuah kari, sambal tumis atau sos kegemaran anda...

SAMBAL SOTONG LIMAU PURUT..

rsz_dsc_8561
Assalammualaikum, dah santap tengah hari?. Untuk entri pertama hari ni mat letak sambal sotong. Pagi tadi mat buat sarapan orang2 kita, dan bercadang nak letak kat DTS, tapi masa tak mengizinkan, insya Allah petang nanti mat letak. Resipi sambal sotong biasa2 saja. Mat buat guna baki sotong yang mat masak tu hari, adalah dalam kurang lebih 400 gram. Untuk kelainan mat tambah daun limau purut dalam dia, bukan banyak mana, hanya sehelai, untuk ada rasa lite2 kat sambal tadi. Sotong mat potong seperti dalam gambar, kalau anda nak potong bulat juga boleh. Sambal sotong agak versatile, dimakan dengan nasi samada nasi putih atau nasi lemak, dimakan dengan ketupat, lempeng, ubi rebus dan juga sebagai pelengkap hidangan lontong bagi orang2 Johor. Walaupun cuma resipi biasa, tapi mat tulis juga serba ringkas seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong, dibersihkan, potong ikut suka, cuci dan toskan
1 helai daun limau purut, dicarik
1/2 camca besar pes asam jawa (mat guna Adabi)
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan halus daun limau purut untuk hiasan

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong yang telah ditoskan tadi, dicelur dalam air mendidih, tapi jangan lama sangat celur dalam 30 saat sudah memadai, angkat dan tosk, ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan pes asam jawa, daun limau purut dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan sotong yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun limau purut sebelu dihidangkan bersama nasi atau sebagainya. 

Friday, September 14, 2012

SPAGHETTI ALA MAMAK...

rsz_dsc_8079
Jomm fusion pulak. Sekali imbas macam mi kuning, tapi ini sebenarnya spaghetti. Saja nak kasi sedikit kelainan. Bila sebut "fusion cuisine", mat rasa ada yang masih keliru, berdasarkan wikipedia "Fusion cuisine is cuisine that combines elements of different culinary traditions" - sebelebihnya anda boleh baca di sini. Bukan apa, mat tak nak lah dicop sebagai perosak resipi, macam komen yang mat pernah dapat dulu. Cuma pada pandangan mat lah, walaupun anda orang berlatar belakang pendidikan kulinari, profesional, tapi jangan lah ingat kami blogger masakan ni tak buat "research" dulu sebelum menulis dan memasak, kami tau sebab kami ni bukan tukang masak yang bertauliah. Berbalik pada resipi hari ni, mat fusionkan spaghetti menjadi ala2 mi goreng mamak, cuma bukan the real mi goreng mamak, tapi ala2...Simple, tapi masih tetap "asian"...

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut dan toskan
6 - 7 ekor udang saiz sederhana, 
3 batang crab stick
1/3 cawan hirisan daging ayam
1 camca besar sambal tumis
1/2 camca teh rempah kari
1 camca teh sos tomato
Kicap cair secukup rasa
1/2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ayam
Sedikit air
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulitnya, buang urat belakang, cuci dan tos. Jejari ketam dikerat2 pendek dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan jenis mungkum). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan sambal tumis dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap. Tambah rempah kari, kacau rata dan masak hingga harum, gunakan api kecil. Tuang sedikit air, kacau dan masukkan udang, hirisan daging ayam dan kiub pati ayam. Kacau dan biar mendidih dan pekat.
  3. Masukkan crab stick, sedikit gula. Kacau rata dan tambah spaghetti, gaul hingga mesra. Rasa sedikit, jika perlu tambah kicap cair. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias ikut kreativiti anda dan hidangkan..