Salam 10 Syawal, punya lah cepat. Ok hari ni nak share entri yang dah beberapa hari, dan mat pasti anda pun dah boring, tengok gambar je dah tau. Lagi pun dah kerap juga mat masukkan dalam blog. Ini antara menu yang mat hidang masa Kak Ummi dan Puan Azlita datang tempoh hari. Soto satu hidangan boleh dikatakan popular di negeri Johor, ia berupa sup berempah yang direbus bersama rangka2 ayam untuk beberapa jam hingga mendapat kuah yang pekat. Dimakan bersama nasi impit atau ketupat bersama bahan2 sampingan seperti begedel, soon goreng, kacang tanah goreng, daging ayam yang dicarik, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan paling penting, sambal kicap. Kalau soto takde sambal kicap, memang tak kick langsung. Selain nasi impit, anda boleh juga hidangkan bersama mi kuning atau mi hoon. Dan tak lupa nak selitkan sikit tetamu mat tempoh hari, dari geng kolek PML (Pinggan Mangkuk Lama)...
Kak Azzah salah sorang kolektor tegar PML, lama juga mat kenal kak azzah menerusi blog beliau di sini dan juga FB. Tapi ini baru pertama kali bersua muka. Orangnya peramah dan penuh sifat keibuan dan seorang ibu yang begitu berjaya. Bukan calang2 woo ini olang, manyak pandai punya..anak2 dia pun menjadi semua...aminnn.. Kebetulan kak azzah datang pada hari yang sama kak nani (mak hanis zalikha) datang. Tapi tu lah mat cuma hidangkan cekodok udang dan biskut2 raya saja. Jutaan terima kasih pada kak azzah, bonda kak azzah, ipar beliau, suami dan anak2 yang sudi singgah ke pondok mat gebu....Apa yang kurang saya mohon ampon dan maaf yea....(*_____^).. Ok resipi pulak, walaupun dah berkali2 letak...tak kesahhh, nak letak juga.
BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
- UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..
CATATAN MAT GEBU :- Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, biar sejuk dan carik halus. Untuk sambal kicap tu, anda tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang puith, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan.


































