Salam semua, selesai sudah 11 Ramadhan, macam mana anda, sehat?...Sekarang ni keadaan cuaca pun agak kurang memuaskan. Tahun ni bulan puasa ramai yang mengalami masalah kesihatan biasa, seperti batuk, selsema dan sakit tekak, ada tu berlarutan hingga demam..bila dah demam tekanan darah pun naik sama, macam mat tu hari. Ni pun tekak rasa tak selesa, batuk. Hari ni atas permintaan Bak, kami (mat dan bonda) berganding bahu buat kuih nagasari. Mat buat bancuhan tepung dan bonda tukang balut, dia tak kuasa nak buat comel2, dia kata ni kali biar besar, orang makan cepat kenyang...huhu yoo lahh sebab besar letak nama kuih nagabuana, dah tolong tu pun terima kasih sangat2. Kalau orang Jawa, mereka memang suka kuih2 macam ni, dari mana dapat nama "nagasari" tu pun mat tak pasti. Tapi yang mat tau, kuih nagasari paling sedap guna pisang raja. Ia seakan2 kuih lepat. Adunan tepung seakan2 bubur som2, disalut dengan 1/2 bahagian pisang raja yang dibelah 2, kemudian dibalut dengan daun pisang dan dikukus. Kalau tanya mat rasa dia ok ke, sedap ke.....seriusss sedap, kecuali kalau anda tak reti makan pisang. Bau dia harum dan rasa lemak2 salutan tepung yang lembut tadi bila bergabung dengan rasa pisang raja yang manis2 masam, amat2 kena. Ada pelbagai versi orang buat nagasari, ada tu kukus dalam bekas saja, tapi kurang authenticlah, sebab keaslian rasa dari aroma daun pisang takde...waa..terpanjang pulak intro..hehe..Ok semak resipi dia dan resipi asal mat dapat di sini....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung beras (mat guna tepung beras cap teratai)
5 cawan santan
2 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar rata gula
1/2 camca teh garam
Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2)
Daun pisang secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental. Kemudian matikan api. Biar suam.
- Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap
- Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa....Selamat mencuba!!.































