BEN ASHAARI

Saturday, June 30, 2012

BUBUR NASI BERAS BARU...

rsz_dsc_4095
Salam semua, entri kali ni hanya bubur nasi, tapi agak istimewa. Mat guna beras baru dan bukan sebarang beras, tapi ini pemberian teman dan juga geng PML (Pinggang Mangkuk Lama) yang nun jauh di Sarawak. Beliau mengirim bersama pes laksa Sarawak, lada hitam Sarawak, the best black pepper in the world!. Terima kasih Kak Eskay. Dan hari ni baru mat cuba masak beras istimewa kiriman beliau. Menurut Kak Eskay, beras tu padi baru yang dituai dari sawah di kampung beliau. Beras nya berwarna perang  sedikit, namun begitu rasanya cukup lemak dan harum. Rasa seakan2 pulut pun yea juga. Untuk bubur ini mat makan dengan benda2 simple sahaja. Ada sawi putih goreng, terus hancur dan daging goreng kunyit. Lepas tu tabur dengan hirisan daun bawang, cili merah yang didadu, bawang goreng dan beberapa titik minyak bijan (optional). Boleh hidangkan...resipi takde apa sangat nak tulis, serba ringkas saja lah yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras pilihan anda (sebagusnya beras wangi atau beras siam)
Air secukupnya (1500 ml, kurang lebih)
1 helai daun pandan, disimpul
Sedikit garam
Daging batang pinang dihiris nipis (6 - 7 keping atau secukupnya)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 biji telur, dipukul sedikit
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio" secukupnya
Beberapa titik minyak bijan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BUBUR :- Cuci beras kemudian masak dengan 1 liter air, masukkan daun pandan dan sedikit garam. Masak dengan api besar dan bila mendidih, kecilkan api pada tahap minima. Tuang baki air dan terus memasak hingga menjadi bubur atau moi, kalau pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  2. UNTUK DAGING GORENG KUNYIT :- Lumur daging tadi dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekejap. Panaskan non-stick pan dan tuang sedikit minyak. Goreng daging tadi hingga masak, angkat dan toskan.
  3. UNTUK TELUR HANCUR :- Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dikacau tadi. Tabur serbuk lada hitam, dan bila telur mengental, kacau telur tadi hingga menjadi telur hancur. Angkat dan ketepikan
  4. CARA MENGHIDANG :- Ceduk bubur secukupnya dalam mangkuk sesuai. Letak hirisan daging, telur hancur dan sayur kegemaran anda. Tabur hirisan daun bawang, bawang goreng, cili merah yang didadu dan beberapa titil minyak bijan, jika suka. Hidangkan dan jika kurang masin, anda boleh letak sedikit kicap cair..


GULAI SIPUT PUCUK UBI SIMPUL..

rsz_dsc_3937
Assalammualaikum, salam semua. Dah makan?.Hari ni mat masak siput sedut. Seperti biasalah kalau tak masak lemak mana sah, atas permintaan mat pun masak, tapi yang bersihkan siput serta siang dah tentu lah bonda ku. Dalam pada tu stok batang keladi sayur pulak takde, hmmm, kalau masak siput selalunya kami akan campur batang keladi atau timun. Oleh sebab takde, maka bonda cadangkan letak pucuk ubi. Mula2 mat tak berapa nak sangat lah, lepas tu dia kata, pucuk ubi tu simpul dulu macam orang Negeri Sembilan masak. Bess juga kan, tu resipi warisan. Ok mat setuju dan terus pi petik pucuk ubi di tanah rendah, mat guna pucuk ubi hijau. Seperti biasa, kalau petik pucuk ubi, mat akan petik sampai pucuk yang no 3 dari atas, dan ada juga yang buang bahagian pucuk sekali, kata orang untuk mengelakkan pening kepala, wallahualam, selalunya mat tak buang pun, aku guna semua sekali..


Untuk menyimpul pucuk ubi kalau dapat gunakan daun yang muda, ini kerana kita tak celur pucuk ubi tadi. Satu pucuk ubi akan menghasilkan 2 - 3 simpulan, bergantung pada saiz pucuk ubi tadi. Tapi pastikan anda  gulung sedikit biar dia jadi memanjang dan tidak terburai bila disimpul kelak. Satu lagi, masukkan pucuk ubi simpul sebelum anda tuang pati santan, ini kerana kalau anda terlebih kacau pucuk ubi tadi dikhuatiri simpulannya akan terbukak, logik lah kan sebab sayur akan mengecut bila dimasak. Ini satu resipi warisan yang makin hilang di telan zaman, jadi tanggungjawab kita sebagai blogger masakan memperkenalkannya pada orang2 muda....Ok kita lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 cekak pucuk ubi muda
1 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan
1/2 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sehari sebelum anda memasak siput tadi, buka bungkusan siput sedut, letak dalam periuk atau baldi, tabur dengan hampas kelapa. Kemudian tutup permukaan baldi dengan tapis dan tindih tapis tadi dengan benda berat samada lesung batu atau batu bata. Keesokkan harinya, cuci bersih siput tadi, kemudian kerat hujungnya, anggaran pada 3 ruas dari bahagian atas. Buat hingga siap, cuci bersih dan cedok keluar siput tadi (guna tangan saja) dan toskan. 
  2. Sementara itu, pucuk ubi dicuci dan toskan. Ambil 1 pucuk ubi dan gunakan 1 atau 2 helai daun ubi yang lembut tadi, gulungkan memanjang dan simpul seperti dalam gambar di atas, buat hingga siap dan ketepikan.
  3. Masukkan siput tadi ke dalam periuk bersama2 serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah pucuk ubi simpul dan biar masak dengan api sederhana hingga pucuk ubi lembut. Tuang pati santan dan kacau perlahan (jangan ganas, nanti pucuk ubi terlerai simpulannya).
  4. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.

Friday, June 29, 2012

KANGKUNG GORENG BELACAN...

rsz_dsc_3915
Kangkung goreng belacan pun nak jadi kan entri blog?..Tu lah kan...huhu nak buat macam mana lagi, musim malas melanda mat gebu sudahh. Tapi kangkung antara sayur hijau kegemaran mat. Sebenarnya semua jenis sayur mat suka, samada sayur2 kampung atau sayur2 import. Tapi kangkung ni tak berapa nak digalakkan pada mereka yang ada lenguh2 sendi, kerana ia sayur berunsur sejuk. Kangkung paling enak dihidangkan sejurus lepas kita masak. Pelbagai resipi boleh dimasak menggunakan kangkung. Boleh digulai lemak dengan keledek, dicelur dan makan dengan kuah kacang, dimasukkan ke dalam nasi goreng kangkung, sebagai salah satu bahan dalam mi udang pulau pinang, sebagai sayur2an untuk rojak petis dan banyak lagi. Tapi yang paling kerap, kangkung digoreng belacan. Ok resipi seperti di bawah tapi sebelum tu, jomm kita kembalikan kenangan nostalgia dulu dalam entri ini....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak kangkung, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan
Sedikit ikan bilis, dibersihkan dan digoreng garing, ketepikan
1 biji bawangg besar, hiris halus
1/2 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Sedikit air

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
Sedikit ikan bilis, bersihkan dan rendam sekejap, toskan
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
6 - 7 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Tambah sos tiram dan sedikit sos ikan. Masukkan juga hirisan bawang besar. Kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan batang kangkung dan gaul rata, masukkan sedikit air (sedikit sahaja). Tambah daun kangkung dan gaul pantas. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Matikan api, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Alih sayur kangkung dalam bekas sesuai, tabur ikan bilis goreng atasnya dan hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain. Sedap dimakan panas.

NASI GORENG DAGING ALA THAI..

rsz_dsc_3890
Assalammualaikum, salam Jumaat....nasi goreng lagi..tu saja yang mat buat pagi ni, tapi ada juga keledek rebus. Nasi ni ada berbaki, semalam punya. Baik goreng saja, dan kebetulan semalam bonda ada beli daging batang pinang. Kata orang masakan biasa kalau nak nampak lebih menawan, memikat kena lah pandai menggayakannya. Itu semua rahsia untuk semua mereka2 yang berada dalam industri makanan, tak kesah lah anda blogger masakan ke, chef ke, jurufoto dan sebagainya. Tapi kena juga lah seiring dengan rasa. Untuk resipi mudah ini mat guna sedikit pes tomyam, hirisan daun limau purut, serai dan cili padi. Halia dan bawang putih juga mat gunakan. Sos ikan sebagai perisanya. Lepas tu nampak ala2 more presentable kata omputeh, mat bungkus nasi tu dalam telur dadar yang didadar nipis, terbalikkan dan buat keratan X, buka dan boleh lah hias...mudah bukan. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dileraikan
80 gram hirisan nipis daging batang pinang
1/2 inci halia, cincang halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
1 camca besar pes tomyam
1 camca teh sos cili thai
4 biji cili padi, cincang halus
1 helai daun limau purut, hiris halus
1 batang serai, hiris halus
2 - 3 biji telur, dibuat telur dadar nipis (buat 1 biji telur = 1 keping telur dadar)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan cili padi cincang, pes tomyam dan sos cili thai, kacau rata. Tambah daging dan gaul rata. Masak hingga daging empuk.
  2. Tambah trafficlight capsicum, hirisan daun limau purut dan hirisan serai, kacau rata dan masukkan nasi. Gaul dan masak sekejap. Tambah sos ikan secukup rasa (yang ni anda agak2 ok, kang masin pulak). Kacau lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan. Senduk nasi tadi secukupnya dalam telur dadar tadi, bungkus dan terbalikkan atas pinggan sesuai. Kelar X pada permukaan telur dadar tadi dan bukakan seperti kelopak bunga. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Boleh hidangkan...


Thursday, June 28, 2012

MASAK LEMAK UDANG DENGAN NENAS.

rsz_dsc_3867
Malas2 pun kena juga lah masak, nasib baik resipi mudah. Hajat asal nak masak dengan belimbing buluh, tapi kat pokok, belimbing semua masih kecik2, lepas nak masak dengan nenas, lupa pulak beli. Skodeng2 juga kat pokok depan rumah, ternampak sebiji nenas Sarawak kemetot je, boleh lah dari takde. Udang hanya ada lima ekor tapi saiz agak besar. Ini udang segar dari laut. Ada beza juga udang yang hidup bebas di lautan yang makan makanan semulajadi (plankton) berbanding udang yang kolam yang dibela dan diberi makanan buatan. Yang paling ketara, isi dia. Udang lautan lebih kenyal dan kalau didingin bekukan untuk beberapa hari, isinya masih kekal anjal. Kalau udang bela, simpan lama sikit, isinya masih elok tapi kurang kenyal dan rapuh, terutama jika kita masak tanpa membuang kulitnya dahulu. Tapi ada juga petua yang mat tau, kalau nak simpan udang, kita tabur sedikit gula. Jomm kita lihat resipi mudah ini, walaupun nampak sama, serius setiap kali mat masak, ia takkan sama. Ok, entri pilihan DTS kali ini di sini... Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor udang bersaiz besar (samada udang galah atau udang kaki merah)
1 biji nenas Sarawak saiz kecil
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
20 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
2 keping hirisan nenas
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikerat muncungnya, buang kotoran di hujung kepala udang, kerat sedikit kaki2nya. Cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar2, ketepikan.
  2. Masukkan udang, serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Masukkan santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah nenas dan masak sekejap.
  3. Tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...


AIS KRIM PULUT HITAM...

rsz_dsc_3823
Petang semua, panas2 ni makan ais krim sedap gak kan....erkk, mat tak boleh dah makan2 aiskrim ni semua, selain manis, kang kolestrol ai naik balik ok...takmo lahh, tapi rasa juga lah sikit. Yang ini buat dia mudah. Ingat tak bubur pulut hitam yang mat buat tempoh hari. Lepas tu, mat putar lebih kurang 1 cawan non-dairy whipping cream hingga kental. Non-dairy whipping cream ni kalau anda putar, dia akan kembang dan boleh dilepa atau disapu atas kek, berbeza dengan whipping cream, jika anda terlebih putar ia akan bertukar menjadi cecair kembali. Selain pulut hitam, anda boleh juga guna lebihan bubur kacang merah, atau bubur kacang hijau, nak lagi sedap bubur yang anda letak durian...perghh...meleleh beb, kena pulak cuaca panas. Ni kalau tengok masa bulan puasa, memang boleh pengsannn. Ok jom kita lihat cara nak buat dia....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan bubur pulut hitam yang dimasak hingga pekat (resipi di sini)
1 cawan non-dairy whipping cream, biar sejuk
Sedikit bubut pulut hitam untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar non-dairy whipping cream dengan kelajuan laju hingga kembang dan kental. Kemudian masukkan bubur pulut hitam tadi dan gaul rata dengan spatula hingga rata dan sebati.
  2. Tuang dalam bekas, ratakan. Tutup bekas tadi dan simpan dalam freezer semalaman. Bila beku, anda boleh cedok menggunakan scoop ais krim dan hias dengan sedikit bubur pulut hitam atasnya. Hidangkan segera......nak cerita pun malas......


SPAGHETTI DAGING CINCANG..

rsz_dsc_3763
Salam siang semua, selamat bertemu kembali. Malas nak masak lagi, haha, bess juga malas masak ni, tapi bukan lah tak masak langsung. Pagi tadi goreng spaghetti, jadi mungkin masak petang lah nanti untuk bonda berbuka. Spaghetti ni pun bukan ada resipi yang khusus, main masuk apa yang ada. Kebetulan daging cincang masih berbaki dalam 80 gram, jadi bolehlah dimasukkan sekali. Lepas tu letak lah apa yang ada, trafficlight capsicum. buah zaitun dan hirisan parsley. Bahan2 dia pun tak banyak. Kalau nak guna spaghetti angel hair pun boleh. Mat guna sedikit tomato paste dan sos cili dalamnya. Kalau nak pedas anda bole tambah cili kisar. Kita lihat resipi mudah ni...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti yang belum direbus
80 gram daging cincang (nak guna daging ayam pun boleh)
1 biji bawang holland, dadu kecik
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji traffic light capsicum, didadu
5 biji black olive
5 biji green olive
Cincangan daun parsley secukupnya
3/4 camca besar pes tomato
1 camca besar sos cili
Garam jika perlu
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti hingga lembut atau mengikut arahan pada bungkusan. Tambah juga garam dalam air rebusan tadi. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun, simpan 1/2 cawan air rebusan spaghetti tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan pes tomato dan sos cili. Masak sekejap, tambah daging cincang, kacau rata, biar daging kecut dan masukkan air rebusan spaghetti tadi. Masak hingga pekat.
  3. Tambah trafficlight capsicum dan black/green olive. Masuk spaghetti dan gaul rata2. Tambah garam jika perlu dan masukkan cincangan parsley. Gaul lagi dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera..


Wednesday, June 27, 2012

ASAM PEDAS IKAN PARI TUKA...

rsz_dsc_3741
Siapa penggemar asam pedas kat sini?..Erkk, mat gebu sorang je yang angkat kening. Ni saja yang mat masak, selain brussels sprout tadi tu. Tatau lah pesal sejak2 ni, napsu memasak macam tinggal hujung2 saja, masak ala kadar pun kadang2 rasa macam lemau. Tapi semangat tetap ada. Yang ni mat guna ikan pari kecil atau tuka. Saiz dia sebesar piring kueh bersaiz 8 inci. Mat masak dalam 4 ekor. Kali ni mat letak sawi jeruk...hadoi kalau sebut sawi jeruk, aku mesti ingat kat sorang blogger ni lah....memang pengsan kes sawi jeruk ni tak gitu Sis_Linn. Tapi itu pilihan anda, boleh ganti dengan bendi, terung atau tomato. Bunga kantan dan daun kesom sebagai penambah aroma. Untuk asam pedas ini mat guna serbuk kunyit. Ada yang tanya kat inbox, kalau tak letak belacan boleh tak sebab alergi dengan belacan. Boleh saja tapi rasa ada beza sikit, tapi anda boleh ganti dengan kiub pati ikan bilis. Resipi seperti di bawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ikan pari secukupnya (mat guna 4 ekor ikan pari tuka bersaiz 8 inci setiap satu)
Sawi jeruk secukupnya (boleh ganti dengan bendi, terung atau tomato)
3/4 cawan jus asam jawa (kalau guna pes asam jawa, kurang lebih 3/4 camca besar)
2 1/2 senduk nasi cili kisar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
3/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari tuka dikerat 4 setiap seekor, bersihkan, dan buang bahagian insangnya. Perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selamat 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dibasuh, potong dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masuk bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Tuang air secukupnya, kacau rata dan bila mendidih, masukkan sawi jeruk (tos dan perah), bunga kantan dan daun kesom. Boleh masukkan ikan dan tuang jus asam jawa. Kacau perlahan dan biar mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan tambah serbuk lada hitam (jika suka). Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


BRUSSELS SPROUT WIF HONEY CHICKEN..

rsz_dsc_3699
Salam petang semua, dah makan?...Mat hari ni lewat sikit makan, masa tulis entri ni masih belum santap sebab tadi sedara kami ada bagi mi sup, jadi dah makan dan masih penuh lagi. Tadi mat masak Brussels sprout, dan mat pernah masak sekali dulu. Brussels sprout ni rupa dia macam kobis bantut, kecil2 dan comel je. Harga agak mahal, kalau di Tesco 1 kotak seberat 250 gm kurang lebih RM 11+, tapi kan yang ni mat beli stok akhir, dakam RM 3 sekotak. Bila stok akhir tu bukan bermakna dah rosak tapi kemungkinan telah sampai tempoh yang sepatutnya, jadi Tesco jual dengan harga yang murah. Brussels sprout ni ada rasa sedikit pahit, maka seperti biasa mat akan celur sekejap dalam air mendidih bergaram selama seminit. Toskan dan boleh dimasak. Tapi sebelum tu anda kena buat hirisan bersilang pada pangkalnya seperti di sini. Mat tambah juga hirisan daging ayam. Ok kita lihat resipi mudah ini...Dan sebelum itu kita lihat entri pilihan DTS di sini....Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 kotak brussel sprout (1 kotak = 250 gram)
100 gram daging ayam, hiris memanjang
1 camca besar chili flakes
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland saiz sederhana, didadu
2 camca besar madu
1 camca besar cincangan daun parsley
1 camca besar mentega
1 camca besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit parsley untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bersihkan brussels sprout, buang kelopak2 daunnya yang kekuningan. Buat hirisan bersilang pada bahagian bawah brussels sprout. Cuci dan toskan. Kemudian celur selama 1 minit dalam air panas mendidih bergaram, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun, masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis bawang putih, bawang holland dan chili flakes hingga harum, masukkan ayam dan masak hingga ayam berubah warna, guna api sederhana. Tambah madu dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Bila pekat, masukkan brussles sprout tadi gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masukkan cincangan parsley dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan parsley sebelum dihidangkan.


Tuesday, June 26, 2012

BUBUR PULUT HITAM...JOMM WOWWW 1001 GIVEAWAY!..

rsz_dsc_3674
Salam, selamat malam. Hari ni takde yang happening di DTS, tapi ada yang hebat untuk anda sertai. Kita cerita kemudian yea. Untuk entri malam ni, mat letak bubur pulat hitam. Mesti dah biasa sangat kan buat bubur pulut hitam ni. Satu masalahnya pulut hitam ni makan masa yang agak lama juga untuk kembang bila direbus, kecuali anda rendam semalaman. Kalau nak mudah rebus guna periuk tekanan atau pressure cooker, dalam masa kurang 30 minit insya Allah pulut akan kembang. Mat perhatikan orang dulu2 kalau buat bubur pulut hitam, mereka pastikan pulut tadi kembang seakan2 pop corn. Kalau kami di Johor, bubur pulut hitam dihidangkan bersama pati santan. Pati santan tadi dicampur sedikit garam dan sedikit tepung jagung, kemudian dimasak dengan api kecil hingga pekat. Ia akan dituang atas bubur pulut hitam tadi sebelum dihidangkan. Bubur pulut hitam juga boleh divariasikan dengan menambah durian atau buah longan dalam tin. Sedap dimakan bersama roti, biskut atau dimakan begitu sahaja. Sebelum kita lihat resipi, mat nak war2kan satu benda yang menarik dari teman blog masak2, iaitu.......

Blog masakan Kak Ida 1001 resepi. Kak Ida melancarkan Giveaway (GA) sulung untuk blog beliau. Dan hadiahnya ada kelass. Tapi ada cara2nya, dan jika anda teringin nak tau apa syarat2nya dan teringin nak join sama, apa kata singgah dan baca syarat2nya di sini, tak rugi mencuba, lagi pun hadiah menarik...terutama blog2 masakan, sudi2kan lah...Blogger lain pun insya Allah boleh sertai juga, ia bermula hari ini sehingga 10 Julai 2012. Ok sekarang kita lihat resipi pulak...Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan beras pulut hitam, rendam semalaman
1 ketul gula melaka, potong kecil*
3/4 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 liter santan
Air secukupnya
Sehelai daun pandan, disimpul
3/4 cawan pati santan*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh garam*(*satukan, kacau rata dan masak hingga kelihatan pekat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras pulut hitam, kemudian rebus hingga betul2 kembang. Kemudian masukkan air gula, daun pandan dan santan. Kacau rata dan masak sekejap lagi, jika suka boleh juga letak secubit garam. Kalau agak pekat, boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. (Manis tu ikut rasa masing2 ok, nak manis atau kurang manis).
  2. Senduk bubur pulut hitam secukupnya ke dalam mangkuk. Kemudian sudukan santan pekat tadi atas bubur. Gaul rata2 sebelum dimakan. Sedap dimakan suam atau pun sejuk. Nak makan dengan roti pun sesuai....

AGAR-AGAR GUDEL.

rsz_dsc_3620
Petang semua, eh ada agar2 gudel lah...Tu orang jawa lah yang kata, kalau orang kita, agar2 santan, agar2 lumut dan macam2 lagi lah. Tapi dari segi rupa ia benda yang sama. Kalau yang hijau seperti ini, ada yang panggil agar2 seri kaya, tapi takde pun guna seri kaya dalam dia. Mula2 nak buat dalam loyang saja, tapi tukar plan dan mat buat dalam bekas2 comel. Resipi sama saja dan mat hanya guna putih telur. Kalau buat dalam bekas besar mungkin lebih ketara nampak 2 lapisan, tapi yang ini nampak juga. Teksture santan tu nampak menarik. Mat guna agar2 serbuk dalam paket cap burung layang2. Jenis apa yang anda nak guna itu terpulang. Kalau ikut arahan pada bungkusan, 10 gm = 1 liter air, tapi itu agak keras, jadi mat tambah lagi 250 ml cecair. Satu lagi tahap kemanisan tu terpulang pada anda. Kalau rasa kurang manis, sila tambah. Resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 gram serbuk agar2 cap burung layang2 (atau jenama pilihan anda)
100 gram gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*disatukan, masak hingga gula larut dan tapis)
3 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
200 ml pati santan
1 putih telur
Secubit garam
1/2 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
Beberapa titik perwarna coklat (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air, daun pandan dan air gula merah di dalam periuk. Kacau rata hingga agar2 larut. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan agar2 larut. Tambah pewarna coklat jika guna. Kacau rata dan kecilkan api. (rasa dan jika kurang manis, anda boleh tambah sedikit lagi gula).
  2. Sementara itu, satukan santan, dengan putih telur dan esen vanilla, kacau rata. Tuang ke dalam bancuhan agar2 tadi, kacau rata dan masak hingga mendidih. Padamkan api, keluarkan daun pandan dan tuang dalam loyang atau acuan agar2 kegemaran anda.
  3. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan sejuk sebagai pencuci mulut..

TAK MASAK, MAKAN YANG NI SAJA...

rsz_dsc_3568
Salam semua, waktu macam ni dah kita petang kan?..Aku ni fill betullah, sebab pada mat kalau dah lepas 12 pm, dah masuk petang, takleh dah nak kata selamat tengah hari. Tak kesah lah, anda dah santap tengah hari atau bahasa2 orang kota "lunch"?.Apa menu hari ni agaknya. Mat mungkin masak petang, kalau rajin lah. Cuma entri ni mat nak share sarapan pagi tadi. Kadang2 macam nak pitam asyik makan quaker oat hari2, jemu dah tapi sebab atas nasihat doktor, aku belasah je lah..selagi benda tu elok. Semalam kan mat pi beli barang2 dapur, jadi masa pi Mydin, ternampak ada jual Wraps seperti gambar dibawah tu. Rembat lah satu paket, nak test rasa macam mana. Sebelum ni tak perasan pulak ke memang takde eks. Benda ni kurang lebih macam tortila atau capati. Pagi tadi dengan lebihan ayam panggang yang ada kat rumah, pun beli juga, bukan mat buat, dan sayur2an maka kita kasi test ini wraps, sedap ke tidak. Sos pulak ikut kesukaan masing2, mat cuma guna sandwich spread dan sos seribu pulau. Kalau takde anda boleh guna mayonnaise dan campur lah dengan sos cili sikit nak kasi rasa lagi sedap, nak nampk oriental, kasi letak cincangan bawang putih dan sedikit madu, kacau rata2. Kalau anda nak tambah parutan keju pun boleh, tak jadi masalah...tapi kolestrol siap lah...huhu

Ni contoh Wraps yang mat beli di Mydin, rasanya di Giant pun ada, tapi Tesco belum ada lagi nampaknya. Ada 3 perasa, dan setiap paket diisi dengan 8 keping wraps. Bila dah buka ia akan tahan 3 hari bila disimpan dalam peti sejuk dan 3 bulan dalam freezer, tapi perlu dibungkus elok2. Ok tu saja...jomm resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping "warps" (seperti dalam gambar)
Sandwich spread secukupnya (atau pun mayonnaise)
Sos Thousand island secukupnya
Hirisan bawang besar
Hirisan timun, hiris memanjang
1/4 bahagian trafficlight capsicum, hiris memanjang
Daun salad secukupnya (mat guna butterhead salad)
1 keping dada ayam yang telah dipanggang atau digoreng, hiris serong memanjang
6 biji black olive
6 biji green olive

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping wraps tadi, sapu dengan sandwich spread rata2. Susun daun salad, hirisan timun,  hirisan bawang besar, trafficlight capsicum dan akhir sekali susun kepingan ayam yang telah dihiris. 
  2. Paipkan sos thousand island atasnya, tabur dengan black and green olive, gulung kemas2 dan cucuk dengan lidi sate bersih untuk mengekalkan bentuk nya. Buat kaedah sama untuk baki bahan2. Hidangkan segera...
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda letak inti seakan2 pizza, boleh juga dibakar sekejap dalam oven atau atas non-stick pan hingga perang. Bahan isian terpulang pada apa yang anda suka...Selamat mencuba!..

Monday, June 25, 2012

KEMUNCULAN KAK UMMI KUANTAN DI "SAJI"..

rsz_dsc_3431
Entri selingan malam ni, kita lihat sorang lagi blogger masakan menghiasi Majalah yang boleh dikatakan agak popular di Malaysia. Majalah Saji. Secara jujur lah kan, mat tawar hati dengan Saji ni, tapi demi geng2 masak, takpe lah mat beli sebagai tanda kenangan2. Terdahulu Puan Azlita dan terkini Kak Ummi Kuantan pulak diberi penghargaan menghiasi ruangan Blogger Saji. Pada Kak Ummi, tahniah dari pihak DTS-MAT GEBU, comey je akak dalam saji tu, abang pun nampak muda, ala2 teruna gitu...auuummmmmmm (bunyi rimauu ..)

Kak Ummi Kuantan yang bekerja waktu pejabat tapi tetap mencuri masa untuk memasak dan berblog, tu pasal beliau menjadi kesayangan keluarga dan rakan2. Kak Ummi pernah datang ke Sedenak dulu. Dan ibarat kata bidalan, indah khabar indah juga rupa, kalau macam mana anda baca coretan beliau diblog, di alam nyata pun begitu lah orangnya, ramah, ceria dan happening. Kalau anda nak tau apa cerita Kak Ummi, dapatkan Saji Julai 2012, di pasaran. Dan ada juga resipi istimewa, Ayam Panggang Ajwa Madu Bijan....hooo "MADU".....gulpp!!....hehe...


MAGGI KARI KETAM MASAM MANIS..

rsz_dsc_3477
Cakkk...assalammualaikum. Bak kata Sue Joshua, kalau malam je datang lah mengong si mat gebu tu, erkk..hehe, betul juga. Tapi ai tetap menten ok...menten gebu. Malam ni nak share entri maggi jee, boleh?. Sejak2 ni memang malas sangat nak masak, kalau masak pun yang biasa2 dan mudah2. Nak masukkan kat blog pun tak sampai hati, sebab simple sangat. Untuk maggi ni sebenarnya mat oter sikit, kebetulan ada 2 ekor ketam tersimpan dalam freezer, tapi ketam cute bukan jenis besar. Jadi mat masukkan sekali dalam maggi tu. Alah kan kita buat dia, yea dak, lagi pun kira ngam juga masukkan ketam, bertambah sedap, gatal pun bertambah juga, nasib baik makan ketam aku ok, tak gatal..kalau sotong memang sah tak sentuhnya, Mat masak ni dan makan berdua bersama big boss. Tengok dia makan ok je, walaupun ada hirisan cili padi dalam dia...Ok, mari kita lihat resipi pulak, serius senang sangat nak buat..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mi maggi perisa kari
2 ekor ketam saiz sederhana, dibersihkan
1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
2 biji cili padi merah thai, hiris
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 hirisan nipis halia, hiris halus
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
3 cawan air
1 biji telur
1- 2 biji tomato ceri dihiris untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Sedikit parsley untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan yang agak dalam). Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia, tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan perencah kari mi maggi (yang disertakan sekali dalam paket mi maggi). Kacau rata dan tuang air, biar mendidih.
  2. Kecilkan api dan pecahkan telur perlahan2, pastikan merahnya tidak pecah. Biar telur masak. Masukkan batang sawi, cili padi hiris dan ketam, masak hingga ketam berubah warna. Tambah mi maggi dan biar mi kembang.
  3. Masukkan daun sawi dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Kalau kurang kuah, anda boleh tambah sedikit lagi air. Hias dengan bawang goreng, hirisan tomato ceri dan parsley sebelum dihidangkan.


GULAI IKAN TONGKOL "REPUT"..

rsz_dsc_3394
Assalammualaikum, salam Isnin. Dah makan?. Hari ni mat masak ikan tongkol. Dan kalau nampak tajuk entri gulai ikan tongkol "reput"...kenapa reput. Sebab mat masak dalam periuk tekanan selama 1 jam lebih dan hasilnya tulang2 ikan tadi reput dan boleh dimakan seperti ikan sardine. Ini cuma gulai biasa dan sesuai juga dimakan bersama nasi dagang. Kalau anda takde periuk tekanan, masak guna periuk biasa pun boleh, tapi tak jadi reput lah. Untuk kali ni mat saja nak cuba rempah gulai nasi dagang jenama Puteri Ayu, rasa mat keluaran negeri belah pantai timur. Rasa dia lain sikit dari rempah kari. Tapi mat letak jugalah bahan lain sebagai pemangkin. Mat guna kurang lebih 800 gram ikan tongkol yang telah dibersihkan. Kalau takde rempah macam mat kata tu, guna saja rempah kari ikan yang biasa anda guna. Resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gm ikan tongkol yang telah disiang dan dicuci bersih, toskan
2 keping asam gelugor
4 camca besar penuh rempah gulai nasi dagang (kalau takde, guna rempah kari ikan)
2 biji cili merah, belah dua tapi tak putus
1 biji bawang besar, belah 4
1 liter santan
Air secukupnya
1 camca besar gula melaka
1 1/2 camca besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
2 batang serai, hiris halus
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, sementara itu bancuh bahan kisar halus dengan rempah gulai nasi dagang, kacau rata2. Tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau sentiasa.
  2. Tuang santan dan masukkan sedikit air. Kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan, asam gelugor, gula melaka, kerisik dan sedikit garam. Kacau perlahan dan pastikan ikan tadi tenggelam dalam kuah. 
  3. Tutup periuk tekanan dan pasal pemberatnya. Biar hingga bunyi berdesir dan masa ini pemberat akan terangkat sedikit dan wap akan keluar. Terus kecilkan api pada tahap minima (masa ini terus perhatikan jam). Masak selama 1 jam 10 minit. 
  4. Bila cukup masa, angkat periuk tekanan tadi dan letakkan di dalam sinki, alirkan air paip atasnya hingga hilang wap panas dan tiada bunyi desiran bila pemberatnya disentuh. Bukak periuk dan tuang ke dalam periuk biasa.
  5. Biar mendidih hingga kuah pekat, tambah belahan bawang besar dan cili merah, masak hingga kuah pekat sedikit. Jika perlu tambah garam secukup rasa. Boleh hidangkan bersama nasi dagang atau nasi biasa....

Sunday, June 24, 2012

AYAM MASAK MERAH

rsz_dsc_3330
Tadi nasi tomato dan kali ni mat tulis resipi ayam masak merah. Ramai yang pandai masak ayam masak merah dan resipi, mat pasti ada pelbagai. Tapi kalau sebut ayam masak merah, bahan utama selain ayam, dah tentu tomato puree. Ayam masak merah popular di serata Malaysia termasuk Singapura. Sedap dimakan dengan apa jua jenis nasi, dengan nasi ayam pun sedap. Ada juga mat nampak orang masak gunakan daging batang pinang. Untuk resipi ni mat guna 1/2 ekor ayam dan mat tambah sedikit sos cili dalam dia. Kismis juga mat kisar bersama bawang dan bahan2 lain. Akhir sekali gajus yang telah digoreng mat masukkan. Mudah saja dan rasa dia...hmmm kena lah cuba kalau nak tau, tak berani nak kata sedap sebab tekak manusia ni berbeza2 dan taknak lah kan akan timbul rasa menyampah pada orang lain bila kita puji masakan sendiri....betul tak, pada yang nak cuba, resipi seperti berikut, terima kasih pada yang sudi singgah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 genggam kacang gajus, goreng hingga perang, angkat dan toskan
3 camca besar pes tomato (tomato puree)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kacang pis untuk hiasan (tak letak)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 inci lengkuas
1/4 cawan kismis
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga masak, tapi tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato pure dan masak sekejap. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata.
  2. Tambah ayam tadi dan gaul rata2 dan tuang air. Masukkan gula melaka, kacau dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Rasa dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan gajus goreng, gaul rata dan angkat. Tabur hirisan daun bawang dan kacang pis. Boleh hidangkan...

NASI TOMATO YANG SERBA RINGKAS.

rsz_dsc_3326
Salam semua, hari ni malas masak, tapi kalau orang tengok entri mat..."itu kata malas masak?".. Hmm serius masak macam ni, pada mat lagi mudah. Sebab ia agak ringkas, cuma jangan lah dalam kuantiti yang agak banyak, tergolek dog lah aku kat dapur, setakat makan 5-6 orang tu orait lah, kira senang disediakan. Kenapa mat kata mudah?. Ok macam hari ni mat masak nasi tomato, sebab mat cuma ada bahan2 yang mat rasa sesuai untuk dimakan bersama nasi tomato, ada ayam dan sayur seperti timun dan sedikit lobak merah. Beras tu berbaki dalam 3 cawan, lebih mat masak masa Ben datang minggu lepas dan masak nasi tomato adalah pilihan terbaik hari ini. Masak dia mudah dan ringkas. Mat masak dalam rice cooker sahaja, tapi kalau taknak kerak boleh juga kukus nasi tadi selepas ia tanak. Kalau ikutkan agak kurang lengkap sebab kismis dan kacang pis takde. Kalau anda buat jangan lupa ok bahan2 tadi......Kita sambung cerita di bawah...

rsz_dsc_3341 (1)rsz_dsc_3330
Seperti kebiasaan, kalau masak nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani waima nasi apa2 sahaja yang menggunakan rempah ratus atau minyak sapi, wajib disertakan dengan rojak mentah atau pencuk nenas kata orang2 Johor. Ini bertindak sebagai pengimbang rasa. Jadi kurang sedikit rasa muak. Satu lagi mat gandingkan ayam masak merah bersama nasi tomato ni. Resipi ayam masak merah tu mudah sangat, nanti mat letak atau anda boleh masak ikut mana2 resipi ayam masak merah kegemaran anda. Kalau nak tambah dengan dalca pun ok gak, sedappp......

rsz_1dsc_3352
Dan yang last ni dah tentulah nasi tomato. Kalau ini takde, ayam masak merah atas tu boleh juga santap dengan nasi putih. Untuk nasi tomato ni mat guna apa bahan2 yang ada saja. Guna tomato paste (mat guna jenis dalam botol kaca jenama TESCO) dan juga tomato sos LIFE. Warna dia takdelah merah sangat, cuma lite2 orange, tapi lawa. Satu lagi takmo lah kan nasi tu macam melempeng saja. Mat juga guna susu rendah lemak atau susu segar, kebiasaan guna susu sejat. Tang susu tu terpulang pada anda, tapi dalam resipi nanti mat tulis sukatan susu rendah lemak...Kita lihat resipi nasi dulu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
  2. Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.

Saturday, June 23, 2012

GULAI PISANG LADA HITAM..

rsz_dsc_3296
Pagi tadi sebenarnya kami ke Kluang, jadi sebelum pergi tu mat sempat masak gulai pisang lada hitam. Masa ronda2 kat tepi rumah, nampak ada pisang emas yang mengkal tapi masih belum masak. Terus teringin nak gulai dengan lada hitam. Kebetulan ada tulang ikan masin kurau, jadi mat tambah lah dalam 2-3 ketul sebagai perencahnya. Kalau ada cendawan tekukur atau kulat sisir, lagii lah sedap, cuma kalau mat tak berapa suka masak dengan lada hitam, kalau ada cendawan. Kali ni mat letak serai agak lebih dalam 4 batang. Terpulang samada anda nak letak sikit pun ok. Kata bonda mat kerat pisang tu agak besar, tapi mat suka pisang tu a bit chunky dan kalau makan kena gigit2 dulu, takde lah main masuk seketul2 macam tu. Ada org suka tumbuk, tapi mat suka hiris saja. Untuk resipi ni mat tak rebus dulu pisang tu, tapi mat masak terus dengan rencah2 dan santan cair hingga pisang lembut. Satu lagi garam kena jaga ok, sebab guna tulang ikan masin kurau. Resipi mudah seperti dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang emas yang muda 
3 - 4 ketul keratan tulang ikan masin kurau yang masih berdaging, rendam
4 batang serai, dititik
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis, rendam
3/4 camca besar lada hitam biji
Secubit belacan
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas kulit luarnya, hiris sederhana tebal,(terpulang nak hiris serong atau pepat) dan rendam. Buat hingga siap. Toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Gaul rata dan masak atas api hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga pisang sedikit lembut. Masukkan tulang ikan masin tadi (toskan), biar mendidih perlahan, jika perlu tambah air. Bila pisang empuk, tuang pati santan, kacau perlahan dan tambah garam jika perlu. Masukkan juga sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar 3 - 4 jam untuk mendapat rasa yang lebih sedap..

CLASSIC DURIAN CHEESECAKE

rsz_dsc_3257
Assalammualaikum, salam Sabtu dan selamat petang. Baru sempat bersiaran. Semalam mat tak masak, ok lah bukan tak masak, tapi mat masak benda2 biasa sangat, dan rasa tak perlulah nak up sebagai entri di blog. Tapi semalam dalam ke bosanan nak memasak, jiran belakang bagi durian pulak, wahh ini sudah bagus, terus buat projek classic durian cheesecake yang sesungguhnya sedap, kaya, lemak dan berkrim....hmm, siap lah kolestrol semua naik (tapi mat makan juga lah sikit sebagai syarat aku yang buat). Mat buat 1/2 adunan memandangkan cream cheese ada seketul sahaja. Kan kita buat dia, jadi gunakan pengalaman dan skill yang kita tau. Tapikan buat kek keju durian ni mudah, tidak memeningkan dan semua orang boleh lakukannya, apa yang perlu ialah kesabaran dan fokus masa membuat, jangan buat sambil lewaaa...

rsz_dsc_3279

Kalau tanya rasa dia macam mana? Nak tau secara jujur?. Bagi penggemar durian dan kek keju, anda harus cuba. Rasa dia lemak, harum dan rasa keju tu sungguh seimbang dengan durian. Base dia mat guna biskut marie dan badam keping yang dibakar harum. Satu lagi untuk resipi ini mat buat dalam loyang bulat berukuran 6 inci dan bukan jenis loose bottom atau springform pan. Macam mana mat buat, yang tu nanti kita cerita yea. Kek ni perlu disejukkan dalam oven, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekurang2nya 4 - 5 jam.Kek yang mat buat ni siap malam, jadi mat simpan sampai esoknya dalam peti sejuk. Gunakan pisau yang dilayur atas api untuk melicinkan tepi2 kek keju tadi jika terdapat kecacatan. Ok jomm kita semak resipi classic durian cheesecake....

BAHAN DASAR KEK KEJU :-)
50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie)
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan

BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung

P1310250P1310254
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan.
  2. UNTUK DASAR KEK :- Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.
  3. UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.
  4. Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Mat bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan.
  5. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil tadi (seperti dalam gambar). Hias ikut suka dan hidangkan...

Thursday, June 21, 2012

APAM LABU....AKHIRNYA....

rsz_dsc_3191

Dah seminggu rasanya mat simpan angan2 nak buat apam labu, sampai labu habis ku buat benda lain. Kemudian beli lagi sebiji, dan mat simpan sedikit dalam peti sejuk sampai kecut, nasib baik molek lagi, cuma sebahagian kecil saja yang kecut. Hari ni mat buat, mula2 tadi memang malas nak buat, lagi pun mat belum ok sangat, walaupun dah dalam kategori pulih. Kat ulu hati tu masih ada sengal2 sedikit. Tapi tidak lah sakit macam semalam. Mat buat 1/2 dari adunan asal dan banyak mana anda dapat tu bergantung pada saiz acuan yang kita guna. Kalau besar, maka dapat sikit, kalau comey, dapat lebih, kalau pakai loyang dapat 1 saja tapi saiz king kong...

rsz_dsc_3212
Sedap ke apam labu ni?...Sedap...kalau makan dengan kelapa tu lagi sedap, makan macam tu saja pun sedap. Warna kuning tu asli bukan tambah apa2 pewarna. Apam ni lembut dan gebu. Resipi mat ambik dari blog Kak Ummi Kuantan di sini. Ini resipi olahan beliau dari resipi asal apam keledek. Dan hasilnya sungguh sedap. Selain tu, geng2 masak ramai dah mencuba dan tu tandanya ia memang sedap...Ok lah takde apa nak cerita lagi kita lihat resipi. Terima kasih pada Kak Ummi kerana sudi berkongsi resipi olahan beliau ini. 

BAHAN "A" :-)
3 camca besar tepung gandum
2 camca teh instant yeast
1 camca teh gula kastor
3 camca besar air suam

BAHAN "B" :-)
240 gram labu manis, kukus atau rebus dan lecek halus
150 gram gula kastor
1 biji telur
150 ml pati santan
1 camca teh esen vanilla (mat tambah)

BAHAN "C" :-)
200 gram tepung gandum
1 camca teh Double-Acting baking powder

Kelapa parut putih secukupnya dan sedikit garam, gaul rata dan kukus sekejap.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan A kacau rata dan biarkan 10 minit. Kemudian masukkan semua bahan B, kacau hingga sebati. Tambah bahan C, gaul hingga tidak berbintil2. Tutup mangkuk dengan plastik cling dan perap 1 jam (atau bungkus mangkuk tadi dengan plastik bersih).
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan yang anda suka, sapu sedikit minyak atau alas acuan tadi dengan paper cup. Sudukan 3/4 penuh acuan apam (kalau dulu bancuhan tadi). Buat hingga siap dan kukus atas air menggelegak selama 15 - 18 minit, jika guna acuan kecil2.
  3. Biar sejuk sekejap, keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa parut. Sesuai untuk minum petang atau sarapan. Makan tanpa kelapa juga sedap....Selamat mencuba!!..


GULAI KETAM LAGI....RESIPI YANG SAMA...

rsz_dsc_3175
Salam semua, selamat berpuasa bagi mereka yang berpuasa Rejab. Hari ni mat masak ketam lagi, tapi resipi yang sama. Hmmm, masak untuk mereka yang nak, mat macam tak nak pulak, nak makan benda lain. Ketam ni abang mat yang beli, dia ke Terengganu 2 hari lepas, dan semalam masa dalam perjalanan pulang dia singgah Endau dan beli ketam dan sotong. Ingatkan nak letak nenas, tapi nenas takde pulak yang masak, jadi ganti dengan belimbing buluh. Kata bonda, masak awak2 ketam, nanti senang. Dan ketam ni pun bonda yang siang dan bersihkan. Mat cuma siapkan bahan2 lain dan masak ikut apa yang mereka nak. Tapi kan masak lemak macam ni, bila letak belimbing, memang ngam, belimbing tu belah dua tapi tak putus dulu, ini akan menjadikan belimbing tadi kurang rasa masam. Resipi seperti yang lepas2 juga, mat tulis lagi ok, seperti dibawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam
15 biji belimbing buluh
2 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
6 - 7 biji cili padi (optional)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang hujung2 kaki kecilnya, ketuk sepit ketam tadi supaya mudah isinya keluar bila masak nanti. Cuci bersih dan toskan. Belimbing buluh, dicuci, belah dua tapi tak putus setiap biji belimbing buluh. Ketepikan.
  2. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Tuang santan pekat dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  3. Biar mendidih perlahan dan tambah daun kunyit. Akhir sekali masukkan belimbing buluh. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sekejap hingga belimbing masak dalam wap panas. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

SARAPAN APA YANG ADA....

rsz_dsc_3121
Assalammualaikum, selamat pagi Khamis. Syukur alhamdulillah. hari ni mat dah ok, bisa ulu hati tu hilang dah, cuma masih ada rasa sedikit kurang selesa, tu saja. Pagi ni sarapan apa yang ada, serba ringkas, cepat dan tak perlu kecah2 dapur bagai. Ada roti pita, jadi mat sapu dengan olive spread, tabur garlic powder (boleh beli di pasaraya) dan panggang dalam kuali hingga kuning keemasan. Hmm, cari2 dalam pantry ada mushroom soup instant jenama VONO (bukan jenama tilam yea), sesuai gak kan dengan garlic bread tu. Buat dia mudah, cuma bancuh dengan 200 ml air panas, kacau dan boleh lah nak tambah serbuk lada hitam ke atau hirisan daun bawang, terpulang. Bila semua ok, kita boleh lah sarapan. Apa lagi jommmm lahh....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping roti pita jenis lonjong, kerat 4 (atau roti biasa)
Olive spread secukupnya (boleh guna mentega atau majerin)
Serbuk bawang putih secukupnya (atau 1 ulas bawang putih, tumbuk halus)
1 paket instant mushroom soup VONO (sebarang perisa)
200 ml air panas
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Serbuk lada hitam, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sapu setiap keratan roti pita dengan olive spread, tabur serbuk bawang putih atau bawang putih tumbuk tadi. Panggang dalam non-stick pan hingga harum dan keperangan, gunakan api kecil, angkat dan ketepikan.
  2. Untuk mushroom soup tu anda bancuh 1 paket mushroom soup dengan 200 ml air panas. Kacau rata dan biar sekejap, nanti dia jadi pekat. Tabur dengan hirisan daun bawang dan tabur serbuk lada hitam. Hidangkan bersama roti pita bawang putih tadi, selamat bersarapan semua...


Wednesday, June 20, 2012

MENYESAL KALAU TENGOK!!....KATA DAHH...

rsz_dsc_2996
Ini menu sarapan pagi, tapi sebab tak sempat nak up ke blog DTS pagi tadi, mat letak lah masa malam. Cuma nasi goreng sardine. Menyesal tak masuk?...erkk, tu lah kata dah, tapi hari ni mat gebu tak berapa ok, jadi masak ala kadar sahaja. Nasi goreng sardine antara idea yang banyak dikongsi oleh ramai teman2 blogger masakan, ianya mudah dimasak namun berbeza mengikut pembuatnya. Ini untuk sarapan pagi tadi bagi mereka2 yang nak. Mat santap benda lain. Sebenarnya ia amat mudah dan bahan2 yang diperlukan juga amat minima. Mat guna 1 tin kecil sardine (sebarang jenama), nasi pulak guna yang baki semalam atau nasi sejuk. Sedikit sayur (yang ni boleh guna kacang panjang, kacang buncis, kacang botol atau mix vege macam mat guna tu), sambal belacan, atau sambal tumis, telur, bawang, sedikit halia muda dan garam secukup rasa (mat guna sos ikan). Tu saja..mudah bukan. Untuk hiasan tu gunalah apa saja yang anda rasa sesuai....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi semalam @ nasi sejuk, dileraikan
1 tin kecil sardine, ambil isi
1 camca besar sambal belacan @ sambal tumis
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis) @ sayur pilihan anda
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawanh putih, hiris
1/2 inci halia muda, hiris halus
2 biji telur, kacau sedikit
Sos ikan secukup rasa @ garam
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan sambal belacan dan masak sekejap. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras, kemudian hancurkan. Gaul rata.
  2. Masukkan ikan sardine dan hancurkan tapi jangan halus, biar kasar2. Gaul rata dan masukkan mix vege atau sayuran pilihan anda. Masak sekejap dan tambah nasi, gaul rata2. Perasakan dengan sos ikan secukup rasa. Gaul nasi dan biar hingga nasi kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan. 


LEPAT PISANG...BONDA YANG BIKIN..

rsz_dsc_3041
Lepat pisang sahaja, itu pun bonda yang buat. Mat cuma culik dan masukkan ke blog. Air tangan ibu kita sebenarnya paling sedap. Waima ikan goreng sekali pun kalau bonda yang masak, rasa dia amat lain. Bila ibu2 zaman sekarang, mereka sibuk bekerja dan urusan rumah tangga diberi pada pembantu rumah, dan air tangan pembantu rumah menjadi santapan anak2. Maka anak2 pun yang ada tu "sayang" kan main pada pembantu rumah. Tapi kadang2 benda macam ni tak boleh nak dielakkan, bercakap mudah, tapi mereka yang menghadapi situasi yang sebenarnya sahaja akan faham. Apa2 pun masaklah yang mudah untuk santapan keluarga anda, kerana dalam setiap masakan, kasih sayang dan keikhlasan itu lebih penting. Terima kasih mat pada bonda sebab izinkan kueh lepat pisang beliau mat guna sebagai entri di blog DTS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram pisang emas, buang kulitnya
70 gram gula melaka, hiris halus
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong pada saiz yang sesuai

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek pisang tadi bersama gula melaka, sedikit garam dan baking powder hingga halus. Masukkan kelapa dan gaul rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan kukusan. Ambil sehelai daun pisang yang telah disiapkan awal tadi. Letak 2 camca besar adunan di tengah2 daun pisang dan ratakan. Bungkus seperti biasa anda membentuk lepat pisang. Buat hingga siap dan kukus atas air menggelegak selama 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Menghasilkan 16 - 18 biji kuih bergantung pada saiz. 

FILLET IKAN RANGUP MASAM MANIS..

rsz_dsc_3020
Salam, dah makan ke?..Malas nak masak hari ni, tapi pagi tadi, mat up kat wall FB, mat kata malas nak masak, ada yang tak caya ok, yelah kan sapa lah caya kalau mat gebu cuti dari ke dapur..huhu, takpe. Tapi hari ni mat masak betul2 cincai, campak2 saja. Sebenarnya pagi tadi mat tiba2 mengalami sakit bisa ulu hati, rasa tak selesa dan macam nak pitam, terakhir kali mat kena sakit tu belas tahun dulu, dua hari tak bangun masa tu, tapi ada sorang makcik sedara ni dia ubatkan cara tradisional, alhamdulillah baik terus sampai lah hari ni mat kena balik...hmmm adakah aku terlanggar pantang larang?..Apa2 pun masa mat tulis ni, dah ok sikit, takdelah rasa macam mencucuk2 sangat. Sebab otak tak boleh nak fikir sangat, hari ni mat masak fillet ikan rangup masam manis. Cuma masakan biasa, guna plum sos, sos cili dan sedikit sos hoisin, mat tambah juga sedikit madu. Fillet ikan dipontong, kemudian digorang garing. Hidangan macam ni kena dihidangkan panas, untuk mengekalkan kerangupan ikan tersebut. 

Mat guna fillet ikan "Pacific West" seperti dalam gambar di atas. Mat guna 2 keping (1 kotak ada 6 keping, boleh didapati di MyDin, Tesco, Giant, C4 dan pasaraya2 besar) Ok kita lihat resipi mudah ini....Jommmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping fillet ikan, kerat pada saiz sederhana
1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, kuning, hijau) didadu besar
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1/2 biji timun, saiz sederhana, belah 4, buang empulur dan didadu besar
1/2 batang lobak merah, saiz sederhana, kupas belah 2 dan hiris serong
1/2 kiub ikan bilis
1 biji bawang holland, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, hiris
1/2 cawan air
1 camca besar plum sos (mat guna jenama LIFE)
2 camca besar sos cili thai (jenama LIFE)
1 camca teh sos hoisin (jenama LIFE)
1 camca besar madu
Garam (jika perlu)
Sedikit bijan, goreng tanpa minyak hingga harum, untuk hiasan
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Fillet ikan tadi digoreng terendam hingga garing dan kuning keemasan, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Tuang air dan masukkan sos hoisin, sos plum dan sos cili thai, kacau rata.
  2. Tambah kiub ikan bilis, kacau dan masak hingga pekat. Tambah lobak merah dan timun gaul rata dan masukkan trafficlight capsicum dan leek (toskan). Masak sekejap hingga sayur2 lembut.  Masukkan madu dan tambah garam jika perlu, kacau rata.
  3. Akhir sekali masukkan fillet ikan, gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur bijan dan juga hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera bersama nasi hangat...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.