BEN ASHAARI

Monday, April 30, 2012

MAMAFAMI BUAT ROTI....AKU PUN BUAT ROTI!

rsz_dsc_5976

Lama dah mat tak meroti, last buat bila ntah, tak berapa nak ingat. Jadi hari ni buat lah roti, tapi bukan lah yang lawa2, cuma roti cikai je, bun kosong lepas tu tabur bijan atas dia. Satu lagi sebab mat buat ni ialah ternampak....ter ok, bukan sengaja nak menengok. MamaFami buat roti yang gebu kan main di blog dia kat sini.. Tak madan tau akak tu, sibuk2 sempat lagi meroti. Apa2 pun terima kasih lah Mama, sebab memberi ku idea walaupun ku berada dalam tahap kemalasan melampau hari ni...huhu. Kalau ikut resipi dari blog Mama di sini, roti ni ada inti kelapa, tapi mat buat bun biasa saja. Cicah dengan sambal tumis atau air kopi. Memasak ni kan ada masa amat2 menyeronokkan, ada masa pulak, sungguh membosankan. Tapi kalau tak masak rasa macam kitaran hidup kurang lengkap pulak. Hmmm, susah kan..

rsz_dsc_6063
Untuk resipi ni, mat buat 9 biji bun kosong. Kalau anda nak buat mini burger pun sesuai juga bun ini, atau sandwich pun ok. Satu lagi pasal inti tu, boleh buat apa2 saja inti yang anda suka, inti sardine, ikan bilis, inti daging/ayam atau inti kentang semua ok. Seperti biasa mat gunakan khidmat Bibik Melayu (BM) untuk menguli adunan dan memerap sehingga waktu yang secukupnya. Mat susun dalam loyang 8 inci x 8 inci x 1 inci. Kalau anda nak letak dalam paper cup pun boleh, tapi pastikan ia bersaiz agak besar, sekurang2nya 3 inci lebih. Resipi seperti dibawah, mat buat 1/2 dari resipi dibawah dan sebelum tu bagi yang belum undi kalau ada kerajinan boleh lah berbuat demikian  di sini.... Terima kasih.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung roti
200 gram tepung gandum
2 camca teh instant yeast
2 camca besar mentega/majerin
1 biji telur*
2 camca besar susu tepung*
240 ml air dari peti sejuk*(*disatukan dan kacau rata jadi kurang lebih 300ml)
1/2 camca teh bread softener 
Bijan untuk hiasan
Inti pilihan anda (mat tak letak, cuma buat bun kosong sahaja)
Sedikit telur*
1/4 camca teh esen vanilla*
1 camca besar susu segar*(*disatukan, kacau rata untuk menglis roti)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bancuhan air + susu tepung + telur ke dalam bread maker, tambah bahan2 lain kecuali bijan, bahan untuk menglis dan inti (jika guna). Pilih setting untuk DOH dan tekan ON. Tunggu hingga siap. Keluarkan dan uli sekejap, tabur sedikit tepung pada meja kerja.
  2. Bulat2kan adunan biar pada saiz yang sama (kalau mat buat 1/2 dapat 9 biji, untuk resipi ini dalam 18 biji bun). Susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biar 45 minit atau hingga naik berganda.
  3. Sapu bancuhan untuk menglis, tabur bijan rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan bersama air kopi atau dimakan bersama jem, seri kaya atau sambal tumis....

LAKSA JOHOR RESIPI WARISAN...

rsz_dsc_5940
Assalammualaikum, entri kali ni mat nak share Laksa Johor. Selain negeri2 lain yang mempunyai "Laksa" mereka sendiri, kami di Johor juga punya Laksa Johor yang agak berbeza sedikit dari negeri2 lain di Malaysia. Laksa Johor lazimnya dimakan bersama spaghetti dan menggunakan tangan (jangan tak caya!!), tapi tu dulu lah, sekarang dah guna sudu dan garfu. Mengikut cerita yang mat tau, laksa Johor ialah resipi fusion atau resipi gabungan antara tempatan dengan barat. Masa zaman pemerintahan Sultan Johor yang terdahulu yang mana baginda beristerikan wanita Inggeris. Jadi tu pasal laksa johor berkuah lemak dan pekat (sebab makan guna tangan) dan ber mi kan spaghetti. Kalau anda nak tau, ni pertama kali mat masak laksa Johor. Malu okeh, orang Johor tapi pertama kali buat laksa negeri kelahiran sendirik. Tapi sekarang Laksa Johor mudah didapati. Mengikut kata seorang kenalan mat. Kak Zura yang memang orang Johor tulen, di zaman dulu kala, kalau nak buat laksa Johor memakan masa 2 hari, ini kerana mereka mengguakan ikan parang sebagai salah satu ramuannya, selain udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin. Ikan parang dipanggang kemudian diasingkan isi dari tulangnya. Kena berhati2 sebab tulang ikan parang bukan sikit, tapi kus smangat, banyak!!!...Tapi untuk laksa ini mat guna ikan Japanese Mackeral, pun sedap. Resipi hasil dari gabungan beberapa resipi..

Satu lagi yang mat agak gagal dalam membuat laksa Johor ini ialah spaghetti tu, sepatutnya di "chap" atau digulung seperti sanggul. Tapi mat takde pengalaman nak "chap" spaghetti, tu yang jadi ala2 sanggul bidan terjun. Serius tak puas hati, tapi takpe lah lain kali akan dicuba lagi. Sorang teman bagi tau di FB, kalau nak chap spaghetti tu, masa ia masih panas. Dan ada juga yang sarankan mat guna garfu. Terima kasih pada mereka, nanti2 mat cuba ok. Selain tu ulam2 segar juga harus ada, dan yang utama hirisan daun keson, hirisan daun selasih dan kacang panjang (tapi mat guna kacang buncis). Selain tu hirisan halus timun, bawang besar dan taugeh. Limau kasturi juga wajib ada.

Satu lagi kemestian untuk laksa Johor, ialah sambal belacan. Yang ni mat pernah juga nampak ada yang buat sambal tapi tanpa belacan, hanya cili merah dan sedikit garam sahaja. Tapi mat buat seperti sambal belacan biasa, dan mat tambah cili padi merah. Membuat laksa Johor ni takde lah susah mana, cuma ia ada sedikit rumit, tapi tidak membebankan. Apa2 kerja sekali pun kita perlu organize agak ia lebih teratur dan tidak jadi kelam kabut (kononnn lah kan si mat tu, dia sendiri pun kelam kabut..hehe). Ok tu saja cerita pasal Laksa Johor, penat kan baca, takpe lepas ni kita lihat resipi pulak. Apa2 pun kalau sudi boleh lah VOTE di sini. Hanya sekali sehari sahaja untuk setiap pengundi.. Terima kasih atas jasa2 anda, mat hanya membantu setakat yang mampu, tu saja....

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA JOHOR :-)
800 gram ikan Japanese Mackeral @ ikan kembong
250 gram isi udang
Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam
4 camca besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 camca besar kerisik
1/2 inci lengkuas, dititik
3 keping asam gelugor
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
2 camca besar ketumbar serbuk
1 camca besar jintan manis serbuk
1 1/2 liter santan kelapa
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Sedikit daun selasih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAMAN :-)
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Kacang panjang, dihiris halus
Daun kesom, hiris halus
Daun selasih, hiris halus
Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya, hiris halus
Bawang besar, hiris halus

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal belacan
Spaghetti, direbus hingga lembut dan toskan, kemudian  di "chap" (dibuat sanggul)
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA JOHOR :- Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus, udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil, kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata. Masukkan isi ikan kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.
  3. Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih. Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  4. UNTUK LAKSA JOHOR :- Ambil secukupnya spaghetti yang telah di chap tadi ke dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa secukupnya, kemudian hias dengan bahan2 ulaman, letak sambal belacan dan juga belahan limau kasturi, hidangkan segera.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk sambal belacan tu, anda tumbuk 4 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi... Selamat mencuba!!...

Sunday, April 29, 2012

SAMBAL IKAN PARI DAUN KUNYIT..

rsz_dsc_5804
Ok, entri mudah kali ni, hanya sambal tumis ikan pari, tapi mat letak hirisan daun kunyit. Serius rasa dia sedap. Walaupun ia hanya sambal tumis, bila anda buat sedikit penambahan, ia akan bertukar rasa dan aromanya lebih mengasyikkan. Selain ikan pari, anda boleh ganti dengan ikan kembong atau ikan selar kuning. Teringat dulu, masa kita orang kecik2, bonda kerap masak sambal ikan tapi guna ikan air tawar, selalunya guna ikan seluang, sebab ikan tu tulang dia tak banyak, hanya di bahagian tengah sahaja. Selain tu ikan keli dan ikan haruan pun sedap juga. Mat guna dalam 4 ketul ikan pari, dan saiz dia agak besar, mat kerat dua setiap satu ketul. Kemudian kita goreng dulu, lepas tu baru masak sambal. Ok sebelum kita lihat resipi, nak ajak anda vote geng masak2 pulak, yang ni mat sendiri bagi sokongan moral pada beliau di sini...sudi2kan lah yea...naik kan martabat blog masak2 agak jangan dipandang rendah...Kalau orang tanya blog DTS macam mana pulak. Cukup lah apa yang anda lihat sekaran ini, mat malas nak stress, berblog lah dengan gembira. Terima kasih yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 -7 ketul ikan pari, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 
1 helai daun kunyit, dimayang halus
4 biji limau kasturi, perah jusnya
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci belacan*
Sedikit hirisan lengkuas*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari digoreng tapi jangan sampai garing, kasi dia embal2 sahaja. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau dan masukkan ikan pari goreng, gaul rata dan masukkan jus limau kasturi. Masak sekejap, tambah hirisan daun kunyit, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng pekak. Pasti tak menyesal punya lahh!..

LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA.

rsz_dsc_5795
Menu apa santap tengah hari tadi?...Mat ni hari masa yang biasa2 saja. Dan resipi yang mat letak ni bukan lah mat masak ni hari, tapi semalam. Anda pernah makan umbut kelapa?..Pada mat umbut kelapa lebih sedap dari rebung. Manis dan rangup, selain masak lemak, boleh juga dibuat acar. Yang ini Bak beli masa dia pi pasar tani Jumaat lepas. Lepas di dihiris dapat lah kurang lebih 800 gram, dan seperti biasa atas permintaan, mat masak lemak putih. Umbut ni bila anda hiris atau sagat, segera direndam dalam air, kalau tak ia bertukar jadi lebam. Mat tak celur pun umbut ni, tapi mat masak dulu dengan santan kemancar (santan cair) hingga agak lembut. Kalau celur habis dah kemanisan umbut kelapa tu. Bila mat letak resipi2 mudah, ia lebih menyenangkan untuk anda. Tujuan berkongsi masakan2 yang lebih cenderung pada masakan tradisi ialah untuk mengekalkan resipi warisan orang2 kita. Kalau bukan kita, siapa lagi.  Jangan kata ia tak penting, bila tiba masanya anda akan tau kegunaannya... Jomm undi di sini, sekali sehari saja, kalau dah undi terima kasih. Resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram umbut kelapa yang telah dihiris, rendam
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cili merah untuk hiasan
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan umbut kelapa (toskan) ke dalam periuk bersama serai titik, hirisan bawang besar, bawang putih dan santan cair. Masak hingga mendidih sambil dikacau sekali sekala. Masak hingga umbut lembut sedikit.
  2. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata dan biar mendidih perlahan dengan api kecil. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan cili merah hiris, masak sekejap , rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin..

APAM BAKAR TOK CHIK...

rsz_dsc_5771
Salam Ahad semua, sebelum tu minta maaf sebab semalam mat tak dapat nak update blog, bukan takde bahan, tapi masa amat ketat. Dan mat menerima kehadiran tetamu pun yea juga pada petang tu (terima kasih sis-linn, retna dan mereka2). Entri yang mat letak ni bukan lah baru, tapi semalam punya. Jadi elok mat letak. Sebelum tu semalam dah up juga pasal apam bakar ni di dinding FB. Ia satu resipi yang simple dan mudah. Asalnya makcik mat yang buat. Kalau kami ke rumah beliau, apam bakar sering dihidangkan bersama kuah asam pedas. Untuk resipi ini mat buat sikit saja, dalam 1 cawan tepung. Kalau tak de kuah kari tu, sah2 tak buat. Selain dimakan bersama kuah kari, asam pedas atau sambal tums, dicicah kelapa parut yang diletak sedikit garam dan gula merah juga sesuai. Mat guna non-stick pan saiz 4 inci dam dapat dalam 4 keping apam bakar yang bergitu tembam. Apa yang penting, anda kena perap adunan apam ni sejam atau lebih. Jomm lihat resipi, eh sebelum tu undi dulu yea kat sini, kalau sudi....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula halus
1/3 camca teh garam
1/3 camca teh instat yeast (mauripan)
150 ml air
70 ml air suam
Kuah kari, sambal tumis sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan instant yeast dengan 1/2 camca besar gula dan air suam, kacau rata dan biar hingga berbuih. Sementara itu satukan tepung gandum, garam dan baki gula halus. Kacau rata. Bila yeast sudah berbuih, masukkan ke dalam tepung dan kacau rata. Tuang 150 ml air biasa dan kacau hingga sebati dan tidak berbintil2. Perap 1 jam atau lebih sedikit.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, letak sedikit minyak, ratakan. Seduk adunan apam tadi kurang lebih 1/3 cawan ke dalam pan. Ratakan dan tutup permukaannya dengan tudung periuk kecil dan masak dengan api kecil hingga apam naik dan permukaannya kelihatan sedikit berlubang2.
  3. Terbalikkan dan sambung memasak hingga kuning keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Boleh hidangkan untuk sarapan atau minum petang....
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda nak campur sekali instant yeast tu dalam tepung tanpa membancuh dengan air suam pun boleh, cuma adunan akan lambat sedikit naik dan anda lebihkan masa memerap...Selamat mencuba (^_____*)


Friday, April 27, 2012

KARI IKAN TENGGIRI....SENANG DIMASAK

rsz_dsc_5615

Malam semua, eh malam2 entri kari?.. Ha ah, tapi masak siang tadi. Saja lah dari takde apa2, baik mat letak entri kari ikan. Jemu kan, tu lah, tapi takpe, jemu itu normal. Dalam kitaran hidup seorang manusia mesti ada istilah jemu. Kalau orang tanya mat, eh u tak jemu ke masak, blogging dan bla..bla..bla.., jadi jawapan pasti mat cuma satu je.."biasa2 jeerr".. Jemu untuk melihat entri ulang tayang yang dah berapa puluh kali pasti ada juga kann. Hmmm, sebab itu saja yang mampu dan berblog masakkan ni bukan hari2 ada masakan yang berbeza. Mat kan senang jee, dari dulu mat dah kata, blog DTS bukan tempat menu bertaraf 5 bintang, pada mat DTS ni lebih pada yang ringkas dan memudahkan, disamping berkongsi idea. Biasa pada kita, mungkin tidak pada orang lain. Jadi secara tak langsung resipi biasa kita menjadi pencetus ilham buat mereka2 yang kemungkinan buntu pada masa itu. Apa2 pun berblog memang memerlukan komitmen dan konsistensi yang mantap untuk mengekalkan kestabilan blog anda. Sibuk2 sangat ni. blog DTS tu ok keeee?.. Hmm, setakat ni alhamdulillah masih ok dan masih diterima orang ramai. Pada anda semua, jika DTS ini masih menyalurkan ilmu yang berguna, terimalah... Ehhhh! hari ni mat belum VOTE lagi, jomm kita sama2 mengundi di sini.... (^____*) terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan tenggiri, kerat, cuci bersih dan toskan
1 biji terung biru, kerat serong dan rendam
2 biji tomato, dibelah
1 keping asam gelugor
1 camca besar cili kisar
Air secukupnya
1/4 cawan pati santan
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DISATUKAN :-)
3 camca besar penuh rempah kari ikan
1 inci halia, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar

BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 camca teh halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan bahan2 yang disatukan tadi, terus menumis hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya, tambah kiub ikan bilis (kalau guna) dan kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan, terung (toskan) dan asam gelugor. Biar mendidih perlahan hingga terung lembut.
  3. Tuang santan pekat, kacau perlahan2. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

TALAM KELADI.....RESIPI WARISAN.

rsz_dsc_5560

Assalammualaikum, selamat petang. Lewat bersiaran hari ni. Pagi tadi mat macam biasalah bereskan kerja2 yang sepatutnya, kemudian baru masak2. Lepas masak2 tu nampak pulak ada seketul keladi tergolek malang. Mat belek dan terus idea datang nak buat talam keladi. Dalam resipi kuih2 talam yang ada, mat pernah cuma satu kuih talam dari geng masak2 dari Singapura, kami panggil Kak Nis, tapi lama dah dia berhenti berblog, mungkin atas hambatan masa dan kerjaya. Resipi dia mudah dan sedap. Ni mat gebu yang kata. Aku kalau cakap sedap, sedap lah....tapi kan, tekak manusia ni kan tak sama, orang lain rasa mungkin so-so sahaja, atau ada juga yang kata....sedapp ke?...Kalau yang kata macam tu, bukan aku nak kata lah...sah buta tekak...sori terkasar bahasa pulak... Sejak2 kes geram tu hari, aku hot jee..tah2 darah pun naik sama...huhu..

rsz_dsc_5569
Untuk resipi ni mat buat dalam acuan bulat bersaiz 8 inci. Alas plastik bersih pada acuan dan sapu sedikit minyak masak. Kalau anda perhatikan, talam keladi ni kepala dia (yang warna ungu tu) nipis je kan, tapi pada mat tebal macam tu pun sudah memadai, nampak seimbang. Resipi ni cuma menggunakan 100 gram keladi yang direbus, kemudian dilecek, tapi tak perlu lecek halus sangat biar dia sedikit kasar, nanti bila makan ada lah tergigit ketulan2 kecil keladi rebus itu. Eh!, baru perasan, set lama yang mat guna tu warna bunga dia senada dengan talam keladi ku itu, soooo sweeettttt....hahaha. Ok lah kita semak resipi mudah ni yea, tapi siapa2 yang belum vote untuk hari ini, boleh lah berbuat demikian di sini, terima kasih atas kesudian anda, mat pun sekadar membantu...

BAHAN-BAHAN A :-)
300 ml santan kelapa
65 gram tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 gram keladi, kupas, rebus hingga empuk dan lecek, tapi jgn hancur sangat
55 gram gula halus
1/4 camca teh garam

BAHAN-BAHAN B :-)
100 ml santan kelapa
65 gram gula halus
2 camca besar tepung beras
20 gram tepung jagung
1 biji telur, dipukul sedikit
Secubit garam
1/2 camca teh perisa keladi
Sedikit pewarna ungu @ violet

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, alas acuan bulat 8 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 A, kecuali keladi lecek. Kacau rata dan tapis. Masukkan keladi dan kacau rata. Tuang dalam tin dan kukus 20 minit, tutup tin dengan alumunium foil atau tudung periuk.
  3. Satukan semua bahan2 B, kacau rata dan tapis. Kemudian tuang perlahan2 atas bahagian putih tadi, sambung kukus untuk 20 minit lagi. Tutup juga dengan tudung periuk. Sejukkan sebelum dipotong, Hidangkan untuk minum petang... Selamat mencuba!!..

Thursday, April 26, 2012

PUFF PASTRY BAKE SANDWICH

rsz_dsc_5467

Malam semua, malam ni malam Jumaat kan. Ishh nak tidur awal lah, segan nak tengok TV, tau jelah kalau malam Jumaat cerita pun semua yang ehem ehem, biasalah mat gebu tu kan ada time penyegan gitu. Ok malam ni nak share satu resipi mudah banget, guna apa yang ada dalam stok sahaja. Tadi letak status kat wall FB, kata kalau fillet ikan mat balut dengan puff pastry, ok tak eks? Terima kasih lah pada mereka2 yang sudi komen dan bagi pendapat. Jadi dengan daya usaha (bukan copy paste dari mana2 blog yeaa...sila baca betul2...) mat cuba buat sesuatu...dan.........

rsz_dsc_5480
Jadi lah seperti yang anda lihat. Mat tak sempat nak ambik gambar cara2 nak buat, tapi anda pun boleh bayangkan, sebab mudah sahaja. Untuk isi dia mat  guna fillet ikan tempura pacific west macam mat guna di sini. Terlebih dahulu mat panggang fillet tu hingga masak, dan kerat dua, sebab saiz dia agak besar. Selain tu mat guna cendawan, bawang, cili merah dan juga sedikit cream cheese. Untuk penutupnya mat guna sejenis alat untuk membentuk corak seakan2 jaringan, tapi anda boleh kelar2 sahaja. Pastry sebelum tu kena dicanai biar lebar sedikit. Pstt!! anda dah mengundi?..kalau belum sudi2kan lah yea di sini.. terima kasih. Dan moh kita semak resipi ni, oh yea tang isi ikan tu kalau anda nak guna daging burger pun boleh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
1 keping fillet ikan tempura jenama Pacific West
2 camca besar cream cheese
Sedikit hirisan bawang besar
1 biji cendawan butang segar, hiris nipis
1/2 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
Sedikit sos thousand island
Telur untuk disapu
Lada hitam kisar untuk ditabur..

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Fillet ikan dipanggang hingga masak, atau anda boleh goreng. Sejuk dan kerat dua, ketepikan. Puff pastry dicanai biar lebar sedikit. Tabur tepung sebelum dicanai untuk mengelakkan ia melekat. Ketepikan.
  2. Ambil satu puff pastry yang telah dicanai tadi, sapu 1 camca besar cream cheese, susun 1/2 bahagian hirisan cendawan diikuti bawang besar, cili merah yang didadu dan paipkan dengan sos thousand island. Letakkan 1 bahagian fillet ikan tadi.
  3. Tutup dengan sekeping puff pastry, tapi sebelum tu anda buat lah corak atas dia, ikut kreativiti masing2. Kemaskan dan tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama dengan baki bahan tadi.
  4. Letak atas dulang pembakar, sapu telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam. Bakar 25 minit pada suhu 190C atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan, dan boleh dihidangkan...

BUTTER PRAWN....SEHINGGA MENJILAT JARI!

rsz_dsc_5377
Ohh...sebab tak tahan godaan, aku makan juga sekor...huhu, takpe nanti makan satu lagi..ok. Cobaan, benda kolestrol tinggi ni kan sedap2 belaka. Cuma tak sedap bila kita buat medical check-up. Lepas tu kena menghadap muka doktor, kalau yang ok tu, sweet je, kalau tak tak berapa nak ok tu...sweet and sour jeee....terus macam nak demam. Tapi sebab godaan, aku masak juga, sambil2 tu boleh lah letak kat blog.  Sebenarnya tu hari (ke semalam eks?..hmmm), ada sorang kat FB tanya mat, macam mana nak buat telur yang tabur atas udang tu. Mat pun tak berapa nak pasti, tapi dulu mat ada buat guna acuan roti jala, cuma kena cepat kacau. Cuma satu jelah, minyak akan berbuih, sebab kita goreng telur. Mat cuma curah perlahan telur tadi dalam kuali, pastikan dari tepi, sambil tu guna senduk, kita kacau satu arah sahaja dalam kuali yang mengandungi minyak. Bila perang, terus toskan, kalau dapat guna tapis stainless steel. Bila mintak kering, letak atas beberapa helai paper towel. Untuk resipi ini mat guna 12 ekor udang bersaiz besar. Jomm semak resipi dan bagi yang belum VOTE hari ini, sudi2kan lah di sini... Terima kasih sekali lagi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar, bersihkan, cuci dan toskan
Sedikit garam dan lada sulah
1 biji telur, dipukul sedikit
1 tangkai daun kari, diasingkan dari tangkainya
5-6 biji cili padi, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mentega
1 camca besar susu sejat

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/2 cawan), sediakan senduk (guna senduk stainless steel yang bertangkai panjang), kacau perlahan minyak tadi dan tuang telur perlahan sambil terus mengacau hingga telur perang. Guna api kecil, toskan dan letak telur tadi atas paper towel. Ketepikan.
  2. Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah, kemudian goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi, kemudian masukkan mentega dan biar cair. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi. Tambah susu cair dan kacau rata.
  3. Masukkan udang, gaul dan masak hingga kering (mat tak letak garam lagi, sebab rasa dah ok). Alih dalam bekas sesuai, tabur dengan telur tadi dan hidangkan.......malas nak cerita sudahh...pengsann >___<

IKAN SELAR BERSOS PLUM..

rsz_dsc_5446
Salam petang semua, baru ni dapat bersiaran, pagi tadi pun bersiaran sekejap sementara menunggu masa untuk berjumpa dengan tuan Doktor. Hari ni mat ada blood check-up, bukan apa hanya rutin, maklumlah ai kan gebu, kot2 ada yang serius, boleh lah awal2 buat surat wasiat, sapa nak gherta aku?...Tapi tin2 kek dengan teko2 buruk jee..nak ke?..Wahh. jeling terus, takmo lah tu maknanya...hahhaa, releks, gurau je. Jadi atas sebab keadaan yang kurang mengizinkan, mat pun masak agak lewat. Dan masak yang sempoi2. Ada baki lauk semalam, jadi boleh saja lah makan. Untuk entri ni mat masak ikan selar bersos plum, ni macam sweet sour lah kurang lebih. Ikan selar ni jenis besar, kurang lebih 300+ gram seekor, kalau yang kecil2 ada line kuning, tu kita gelor selar kuning. Maklumlah ada masa konpius juga dengan nama2 ikan ni. Masak dia mudah dan kalau anda nak cepat, buat kuah dia dulu, kemudian ikan kita goreng, dan curah kuah atas ikan dan hidangkan. Selain ikan selar, ikan bawal pun sedap dimasak macam ni. Baiklah mat tulis resipi dia, tapi sebelum tu kalau yang mana belum VOTE, boleh lah berbuat demikian di sini...Terima kasih yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan selar bersaiz besar atau ikan bawal
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit bunga kobis, dipotong kecil
Traffic light capsicum secukupnya, didadu kecil (merah, hujau, kuning)
1/2 batang leek, kereta pendek, rendam
1 biji bawang besar bersaiz sederhana, hiris kasar
2 ulas bawang putih, hiris halus
3 camca besar sos plum (mat guna jenama LIFE)
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
Garam dan sedikit gula
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian dibersihkan. Kelar2 sedikit dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Biar sekejap, kemudian goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat, toskan dan alih ke dalam pinggan sesuai. Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos cili dan sos plum, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih dan masukkan bunga kobis dan leek (toskan), masak sekejap dan tambah traffic light capsicum. 
  3. Biar hingga pekat sedikit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kemudian tuang atas ikan tadi. Tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera bersama nasi putih panas...

Wednesday, April 25, 2012

JANGAN DIGANGGU AIR YANG TENANG...

(Gambar ihsan dari sini...)

Hmmmm... 1 - 2 hari lepas di FB, aku marah....geram, malas nak fikir pekara2 remeh, bila aku layan, ibarat melayan budak2 yang tak cukup akal fikiran. Tapi cuma aku kurang selesa bila segelintir manusia tidak mahu mengaku tentang kesilapan mereka. Aku sebenarnya masak dah dengan pekara2 macam ni, isu gambar kena curi adalah masalah utama kami blogger2 masakan. Bukan lah aku dan rakan2 blog masakan manusia yang kedekut, cuma kejadian berulang2 kali berlaku, walaupun penerangan, entri dan macam2 lagi telah puas kami buat. Tapi masih ada lagi yang ambil jalan mudah, dengan alasan... "takde undang2 pun"...dan ada yang kata...kalau salah, lama dah penuh penjara. Itu tak termasuk isu amal jariah turut diselitkan sekali. Betul amal jariah tapi dalam apa jua keadaan sekali pun, mengambil hak orang lain, tanpa meminta izin ada lah salah, mencuri namanya. 

Bukan aku nak serang habis-habisan sampai orang2 yang bertanggungjawab bertindak menutup blog, page dan wall FB mereka, cuma nak mereka sedar. Sapa tak marah, kalau gambar masakan anda diambil, dah lah tu, watermark dicrop, penghargaan pada pemilik asal langsung tak diberi. Dalam hal ini elakkan kesalahan yang kita lakukan dengan mengaitkan orang lain, dengan kata, orang lain tu ada juga tag, paste dan macam2 lagi...bukan aku sorang jee yang buat. Satu lagi, kami blogger masak2 tulen ni jarang paste2 gambar orang lain, kalau ada pun dengan izin pemilik asal, atau sekurang2nya kami bagi backlink. Resipi ada tu kami berkongsi antara satu sama lain dan juga  pada mereka yang sudi. Masa yang kami ambil untuk menyediakan satu2 resipi hingga ke produk akhir bukan sikit. Jadi jangan mudah berkata2 sedemikian rupa jika anda tidak pasti kesahihannya. Kalau setakat tulis resipi, lepas tu gambar main rembat orang lain punya....semua orang boleh buat blog, page dan sebagainya....fikirlah sendiri...

Minta maaflah kalau bahasa aku agak kasar. Bukanlah aku ni bagus sangat, cuma aku nak beri pesanan ikhlas, kalau nak buat apa2, gunakan saluran yang lebih berilmiah, ambil pengajaran dari pekara2 yang lepas. Apa2 dalam dunia ni, kalau hak orang lain, dan kita memerlukannya, harus minta izin (2 juta kali dah ulang ni). Bila hal2 macam ni berlaku, kami blogger2 masakan rasa kecewa. Bukan nama yang kami kejar, bukan glamer yang kami cari, cuma berilah sedikit penghargaan atas penat lelah kami...tu saja, tak susah kan....Jadi aku harap lepas ni berfikirlah dengan cara yang lebih matang, buat sesuatu biarlah disenangi oleh semua pihak....Ok....tu saja...Sekian terima kasih.. Assalammualaikum....

SAWI BOK CHOY IKAN MASIN

rsz_dsc_5123
Malam semua, aik menguap2 nampak. Takpe, sebelum tidur tu dan kalau anda rasa nak VOTE boleh klik sini (sehari sekali je boleh vote)...haha, jemu ke, alahh, releks, kalau orang tanya mat, eh CM kenapa lah u bersusah payah, hmm buka macam tu, cuma membantu mana yang termampu, orang dah berbudi dengan kita, apa lah sangat setakat tolong serba sedikit, betul tak. Entri malam ni hanya satu entri biasa saja, kalau nampak mat masak tu memang sempoi kan, sapa2 saja boleh masak. Sawi bok choy tu mat masak dengan sos tiram, kemudian isi ikan masin kurau yang dah mat rendam, dihiris kecil, dan goreng hingga garing, lepas tu tabur atas sawi bok choy. Selain sawi bok choy, kailan pun sesuai juga. Cuma masak macam ni kena hidangkan segera. Makan dengan nasi putih panas, hadoi memang meletop dahh...macam malasssss jee nak tulis resipi, kena tulis juga eks?.. Ok lahhhh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 pokok sawi bok choy
1 keping isi ikan kurau (kurang lebih 2 inci x 2 inci), rendam 20 minit
1 camca besar sos tiram
Beberapa titik minyak bijan
Sedikit sos ikan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, hiris
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci sawi bok choy, asingkan batang dan daunnya. Siang berasingan dan ketepikan. Isi ikan masin kurau ditoskan, hiris kecil, kemudian goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga layu. Masukkan sos tiram, kacau rata. Tuang sedikit air dan tambah batang sawi, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan pula daun sawi dan gaul rata. Masukkan beberapa titik minyak bijan dan sedikit sos ikan. Masak sekejap dengan api besar, rasa dan jika ok matikan api (biar kurang masin sebab naj tabur isi ikan masin nanti). Alihkan ke dalam bekas sesuai, tabur dengan isi ikan masin yang telah digoreng tadi. Hidangkan segera....

MIX FRUIT POUND CAKE

rsz_dsc_5229

Salam semua, dah minum petang...erkk tak berapa nak petang dah rupanya. Seperti mat tulis dalam entri lepas, mat ada buat kek tadi. Bila kita dah terbiasa membuat kek, tangan tu akan gatal je nak baking, tak makan pun takpa, janji boleh baking. Cuma mat bukan lah jenis boleh dipaksa untuk membuat sesuatu kecuali keadaan menginginkannya ia begitu. Resipi kek ini asalnya dari sini, tapi mat telah oter sedikit mengikut kesesuaian bahan2. Kek ini kalau anda buat boleh guna acuan berlubang tengah atau bundt pan, kalau tin bulat boleh guna tin berukuran 8 inci. Tadi mat konon guna tin yang mat rasa sesuai, sekali kan, kan masa bakar, dia over the limit, terus melimpah keluar..huhu, tu pasal kek ada kesan2 bedah plastik dibahagian tepinya. Tapi yang meleleh atas loyang tu jadi garing dah macam biskut pulak....sedapp!!..

rsz_dsc_5316

Kek ni tak manis sangat, sebab mat ganti gula kastor dengan gula perang atau soft brown sugar. Sebab dah ada mix fruit, jadi ok lah ganti dengan gula perang. Mat tambah juga 1/2 camca teh soda bicarbonate, ini sebagai pemangkin, memandangkan kita ada letak mix fruit. Kalau anda nak tambah sedikit esen oren juga sesuai. Mat guna esen vanilla saja. Satu petua untuk mengelakkan buah2an mendap bila dibakar, buah2 kering atau mix fruit tadi anda gaul dengan tepung yang ada dalam resipi. Mat pun kehabisan mix fruit, tu yang nampak tak berapa nak meriah sangat. Apa2 pun kek ni sedap dan senang dibuat. Kita lihat resipi tapi sebelum tu, bagi siapa2 yang belum VOTE, minta jasa baik anda klik sini, terima kasih....mat pun sekadar membantu mana yang boleh tu saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega
140 gram gula perang @ soft brown sugar
2 biji telur gred A
220 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
120 gram mix fruit
100 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla (atau boleh guna esen orange)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Atau jika guna bunt pan, lenser dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung, biar tinggal lapisan nipis yang melekat pada bahagian dalam tin. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga pucat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Jarak waktu antara sebiji telur ialah satu minit. Sementara itu, gaul mix fruit dengan tepung yang telah diayak, gaul rata.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan mix fruit + tepung tadi berselang seli dengan susu segar, hingga habis, tambah esen vanilla dah gaul rata. Tuang dalam tin dan bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan...

ASAM TUMIS KELADI.....

rsz_dsc_5174
Assalammualaikum, selamat petang...Ketat sikit masa hari ni, baru dapat menulis entri. Hari ni masak yang mudah dan senang2 belaka. Main lempar2 dan kacau2 saja. Tapi kan lepas masak tadi, sempat gak kacau kek sebiji, walaupun tak boleh sangat makan kek sekarag ni, janji boleh buat ok dah, tak makan pun takpe. Hari ni atas permintaan bonda mat masak asam tumis keladi dengan ikan masin kurau, panjang sungguh nama, kalau nama anak, tak muat surat beranak sudah. Masak asam macam ni, pada mat, penggunaan asam keping dan daun kunyit menjadi bahan utama. Tapi kalau anda nak ganti dengan daun selasih juga ok. Kali ni mat guna isi ikan kurau masin. Tapi harus direndam dahulu untuk membuang rasa masin.Tapi pastikan bila masak menggunakan ikan masin, garam harus berhati2. Letak sikit dahulu. Kemungkinan masakan anda sudah terasa garamnya dari ikan masin tadi. Masakan macam ni sesuai untuk2 semua golongan, lagi2 warga berusia (macam mat gebu...mat gebu dan mat gebu), kalau tak caya, cuba masak bagi mak/pak mertua anda, sah dia suka. Tapi kalau jenis tak suka, hmmm tatau nak kata apa lah kan. Ok sebelum kita lihat resipi, sudi2 kan lah VOTE di sini...sekadar membantu apa yang boleh, terima kasih yea... (^_________^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku ubi keladi, saiz sederhana
4 -5 keping hirisan isi ikan kurau masin, rendam
2 helai daun kunyit, disiat
2 - 3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
8 biji cili padi merah thai
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar penuh ikan bilis, rendam dan toskan
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi keladi dikupas kulitnya, potong dadu besar2, cuci dan rebus hingga empuk, toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk kunyit, kacau dan masak sekejap.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan asam gelugor, keladi dan ikan masin (toskan), kacau perlahan dan tambah daun kunyit. Perasakan dengan sedikit sahaja garam dan gula. Biar mendidih perlahan.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Kalau tak suka daun kunyit, anda boleh ganti dengan daun selasih atau daun kesom. Selamat mencuba!!..

Tuesday, April 24, 2012

JELLY BUAH CIKU....SEBUT BETUL-BETUL...

rsz_dsc_5015
Sebut betul2, jangan silap nanti dosa...marah cikgu2 nanti. Hmmm, tatau lah macam mana boleh terfikir nak buat jelly buah ciku. Tu hari Bak beli buah ciku, jadi tak habis2 dan berbaki dalam 3 biji macam tu. Tadi petang mat fikir2 apa nak buat dengan buah ciku ni, nak try buat jelly lah. Lepas tu nampak resipi terdahulu yang mat selalu derhaka (resipi asal dari blog Kak Nor Secubitgaram di sini), dan agak2 sesuai dengan buah ciku. Belek2 semua bahan2 mencukupi, jadi projek pun berjalan dengan lancar. Selain buah ciku, itu sendiri, mat tambah sedikit coklat emulco, sedikit esen vanilla dan mat guna santan untuk resipi ini, kalau anda nak ganti susu pun ok, mat guna santan sebab Bak tak minum susu. Buat dia mudah, cuma kata Bak, masa potong buah ciku tu, bahagian tengah dia yang bewarna putih, harus dibuang, kalau tak ciku akan rasa bergetah. Hmm serius mat tatau pun, aku main kisar semua, dan bila dan jadi jelly ni, masa mat makan, hujung2 dia ada rasa lekit2 sikit kat bibir, tapi dari segi rasa sedap dan seakan jelly gula melaka. Jadi pasal jelly buah ciku ni mat tak paksa sapa2 buat, cuma bagi idea sahaja. Ok, sebelum semak resipi, mana yang belum VOTE dan jika sudi boleh lah berbuat demikian di sini dan di sini juga...Terima kasih!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly Konnyaku
2 1/2 cawan air
6 camca besar gula
200 ml santan (mat guna 100 ml santan kotak + 100 ml air)
2 biji buah ciku yang masak ranum
125 ml air
1 camca teh coklat emulco
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Sedikit hirisan buah ciku segar untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan gula dan serbuk jelly konnyaku dalam periuk, kacau hingga rata. Tuang air dan kacau hingga sebati. Masak atas api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Sementara itu kupas buah ciku, buang bijinya dan sedikit bahagian putih di tengah2 buah ciku tadi. Kisar bersama 125 air dan santan hingga hancur.
  2. Bila bancuhan jelly mendidih, masukkan kisaran buah ciku tadi. Tambah secubit garam, esen vanilla dan coklat emulco. Kacau rata dan biar ia mendidih perlahan. Matikan api dan tuang dalam bekas pilihan anda.
  3. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Bila beku boleh dikeluarkan. Hias dengan buah ciku segar dan daun pudina sebelum dihidangkan. Sedap dimakan sejuk....

IKAN PARI MASAK LADA GAYA CHEF ISMAIL.

rsz_dsc_4903

Bertemu kembali dengan siapa...alahh dia tu...mat gebu lah sapa lagi. Bukan ada pembantu pun, semua mat gebu buat sesorang. Ok entri kali ni nampak macam asam pedas tapi rasa berbeza sedikit. Sebenarnya mat tertarik dengan resipi dari Chef Ismail pemilik restorn Rebung tuu..Opsss...dia "Datuk" dah sekarang. Dan Chef Ismail ni geng baik dengan Muna...Siapa tu Muna?.Kalau nak tau boleh baca entri ini dan blog beliau di sini. Resipi asal guna ikan tenggiri tapi sebab dah tak tahan godaan, dan hanya ada stok ikan pari, kira halal sajalah kan. Kalau ikut resipi guna 1 kg ikan, tapi mat cuma ada kurang lebih 1 kati atau 600 gram sahaja. Boleh lahh. Dalam gambar mat letak terung, dan Chef Ismail masak pun letak terung, manyak ngamm woo. Chef Ismail ni orang Chengkau Negeri Sembilan, kalau bab2 masak tradisi ni, hmmm serah kat dia, mesti menjadi punya lah. Apa2 pun terima kasih sudi share resipi yang sedap ni dan sumber mat dapat dari majalah SAJI bulan Mei 2012. Dan sebelum tu jangan lupa VOTE di sini, undian anda amat diperlukan.... Terima kasih semua..Kita lihat resipi pulak (mat tulis untuk kuantiti ikan 1 kg, jadi anda pandai2 adjust ok)...Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (mat guna ikan pari)
2 camca besar kerisik
80 gram asam jawa
500 ml air
2 senduk nasi cili kisar
1 biji terung biru, belah 2 dan hiris serong besar2
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR KERING :-)
1 camca teh lada hitam
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih
1 camca teh ketumbar biji

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm belacan
4 cm halia
4 cm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga wangi, tambah bahan kisar kering dan tumis sekejap. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus asam jawa dan juga kerisik, kacau dan masak sekejap. Tambah ikan, kacau perlahan dan renihkan hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Jika nak kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air. Hidangkan bersama nasi putih dan ulam2..

LEMAK PEGAGA IKAN MASIN....JOMM UNDI!!

rsz_dsc_4917

Salam siang semua, dah makan tengah hari?.. Patutnya hari ini mat ada appointment dengan En Doktor, tapi atas sebab2 (biarlah rahsia) ia ditunda ke hari Khamis...huhu, takpe lah Khamis pun Khamis lahhhh. Ok atas permintaan Bak (gelaran abah untuk orang Johor), mat masak lemak pegaga ikan masin. Pegaga tu kutip kat kebun. Masak lemak macam ni sinonimkan dengan orang2 Johor. Tapi negeri lain pun ada juga rasanya. Resipi ni mat guna tulang masin ikan sebagai rencah, tulang ikan kurau tu bukan lah tulang semata2, tapi ada isi2 ikan yang melekat sedikit. Selain ikan kurau, anda boleh guna apa juga ikan masin yang anda suka, ikan sepat boleh, ikan talang boleh, ikan kembong pun boleh. Takde masalah punya. Cuma bila masakan ada ikan masin, garam kita perlu berhati2. Sebab walaupun kita dah rendam ikan masin tadi, lama kelamaan garam akan keluar juga dan gulai kita akan jadi masin. Psttt....minta bantuan boleh, kalau sudi lah, klik sini sat....lepas tu jangan lupa VOTE.....mat tak dapat nak tolong apa2 cuma ni saja. dan untuk yang lain, anda boleh lihat entri ini. ...Terima kasih pada yang sudi ok. Jom resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram pegaga yang telah dibersihkan, kerat jika pegaga agak besar
5 - 6 keratan tulang ikan kurau masin, rendam
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1.2 liter santan cair
400 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan toskan
Secubit belacan
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci isi cekur

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Toskan tulang ikan masin kurau, masukkan ke dalam periuk bersama2 bahan kisar halus, asam gelugor dan serai titik. Kacau dan masak sekejap. Biar mendidih dan tuang santan cair, kacau dan masak sekejap.
  2. Masukkan daun pegaga dan tambah santan pekat, perasakan dengan sedikit garam dan gula, kacau. Biar mendidih dengan api perlahan dan dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Monday, April 23, 2012

MUSIM ITU DATANG LAGI....MOGA BERJAYA!

(Gambar Ihsan Dari Sini....)

Assalammualaikum, bukan entri masakkan tapi entri untuk teman dan sahabat handai. Musim itu datang lagi..Musim apa?..Musim Digi WWWOW Award. Bila mat tulis ni mesti ada yang tanya, CM tak join ke?.. Cukup lah tahun lepas tu. walaupun tak menang tapi berada antara yang terbaik pun syukur alhamdulillah. Mat berblog pun bukan ini yang mat cari, tapi jika sudah ketentuan Allah, kita tak boleh menidakkannya, betul tak?, tapi pada mat yang lepas tu sudah memadai. Untuk tahun 2012 ni Jiran mat Ben Ashaari turut tercalon, tak lupa juga Blogger Eqbal Z dan beberpa orang lagi untuk kategori Blogger Of The Year. Dan Kak Ida dari blog 1001 Resipi turut serta dalam kategori Fave Makan2 Expert. Moga mereka semua berjaya. Kita sama2 memberi sokongan ok...

Dan dalam masa yang sama, teman2 blogger masakan mula menghiasi dada2 majalah tersohor Malaysia, terbaru Puan Azlita Aziz yang begitu sinonim dengan blog Masam Manis beliau tersiar dalam majalah SAJi bulan Mei 2012. Secara jujur mat pelanggan tetap majalah ni dulu, ingat lagi keluaran pertama SAJI dengan modelnya aktress Sofea Jane. Tapi atas sebab2 yang buat mat tak puas hati, mat terus boikot SAJI, kisahnya di sini (walaupun pemohonan maaf telah dibuat.). Namun sebab ada teman blogger yang hebat di dapur menghiasi majalah tersebut, mat mengalahlah dan beli sebagai tanda kenang-kenangan. Terima kasih pada pihak2 media cetak yang mula sedar kewujudan kami blogger2 masakan.....

Oh yea sebelum mat akhiri entri ini, dan jika anda sudi untuk mengundi teman2 yang seperti mat sebut tadi, anda boleh lah berbuat demikian...

BEN ASHAARI ------- DI SINI

EQBAL Z --------------DI SINI

KAK IDA 1001 RESIPI-- DI SINI

Dan pada semua yang menyertai....moga anda semua berjaya!!... (^_____*) sama2 berdoa ok..

RENDANG PEDAS ITIK.....KEDEK - KEDEK

rsz_dsc_4675
Salam semua, rendang pedas itik ni bukan baru mat masak, tapi Sabtu lepas. Sepatutnya dah masuk dalam entri tapi atas sebab2 yang tidak boleh dielakkan, ianya terpaksa ku tunda. Seumur hidup mat ni lah pestime masak itik, kalau makan tu pernah lah sekali dulu, tu pun seketul, sebab nak rasa. Ada orang tak makan itik, sebab berbau hamis katanya. Tapi yang ni pada mat ok saja. Itik yang siap disembelih (opkos HALAL) mat beli di MyDin, sekor dalam RM 21+. Dan yang menyiangnya dah pasti bonda ku. Siap buang kulit lagi. Kena ingat itik tak sama macam ayam dari segi cutting body dia, bahagian belakang itik agak kurang berdaging, tapi bahagian kanan dan kiri dia, yep, berdaging. Peha pun pendek dan dempak, takde lah macam peha ayam. Selepas disiang, cuci bersih dengan limau nipis dan tepung, mat cucuk2 daging itik tadi dengan garfu dan perap dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus selama 1-2 jam, sebelum memasak. Itik ni agak cepat empuknya. Mat guna kurang lebih 1200 ml santan dan bila kering, sedang elok sahaja empuk.Ok kita semak resipi, bagi yang tak makan itik, anda bleh ganti dengan ayam atau daging...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor itik yang telah siap dibersihkan
11/2 inci halia tua*
4 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1200 ml santan
Air jika perlu (air panas)
2 keping asam gelugor
5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit, disiat
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 camca besar penuh rempah kari daging
2 1/2 camca besar penuh kerisik
Garam dan gula melaka secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
3/4 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
8 batang serai, hiris halus
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Itik dipotong ikut suka, buang kulit, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit tepung gandum selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Cucuk daging itik tadi dan lumur dengan halia dan bawang putih tumbuk, gaul rata2 dan perap 1-2 jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Sementara itu satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata2 dan masukkan ke dalam kuali, tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan itik, daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul rata dan biar hingga daging itik sedikit mengecut. Tuang santan dan kacau rata. Biar mendidih. Sederhanakan api, dan biar merenih hingga pekat. 
  4. Masukkan kerisik dan asam gelugor. Tambah garam, tapi awas jangan banyak2, rasa lemak2 sudah cukup, kalau garam dia terasa, nanti rendang kering akan jadi masin. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering, jika daging itik masih keras boleh tambah sedikit air panas dan terus memasak hingga itik lembut.
  5. Tambah gula melaka (anggaran 1 camca besar) dan hirisan halus daun kunyit, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau pulut kuning...

Sunday, April 22, 2012

STRAWBERRY JAM

rsz_dsc_4799
Salam semua, entri akhir pekan ini mat letak satu resipi jam stoberi, tapi ini mat buat pun main hentam saja, tu pun sebab tadi perasan strawberry yang mat beli 2 hari lepas dah mula tak berapa nak segar, nampak kecut je. Jadi dari tumbuh pokok stoberi, bior leer teman nukarkannya jadi Jam. Kalau sebut jam ni mesti lah padan dengan roti, yea dak?. Tapi kalau makan dengan english scone pun sedap you!. Cuma macam mat gebu tu tak boleh leer nak melantak manis2 ni semua, hagak2lah kan. Takpe kita buat dan biar orang yang boleh makan , memakankannya. Mat pulak jenis mata "kagumes", pantang nampak benda lawa, seksi, gebu2, mulalah ngambik tak beringat. Last2 dah tatau apa nak buat. Bukan apa, benda2 ni ada masa kita nak guna, takde, bila masa kurang nak guna tu jam, kus smangat, bersepah2 dijualnya, segenap ceruk rantau ada.... Tak nak pun jadi nak....huhu... Sila jangan tiru perangai buruk mat gebu tu yea...

rsz_dsc_4883
Buah strawberry dari Korea ini agak manis juga kalau nak dibandingkan dengan CH (Cameron Highland). Satu lagi yang mat suka stoberi Korea, saiz dia sekata, nampak comey je, merah pun menawan. Bukan yang CH tu tak lawa, ok juga, cuma masam dan cutting dia tak cun sangat. Yang mat guna ni kurang lebih 250 gram beratnya (1 kotak) dan mat tambah 1/2 cawan gula pasir, serta jus dari 3 biji limau kasturi. Mat letak juga secubit garam, jangan banyak2 secubitttttttttt sahaja. Nak bagi rasa lemak2 sikit . Kebanyakkan buah2an ni secara semulajadi mengandungi pectin, dan akan pekat bila dimasak. Untuk jam stoberi ni, mat tambah 1/2 camca teh tepung jagung. Masa memasak tu tak berapa lama, gunakan api kecil. Buah stoberi pun mat tak kisar, cuma potong kasar2, jadi bila sapu kat roti atau scone, akan ada cebisan2 buah stoberi melekat, kan nampak lagi sedap... Ok kalau dah ready jomm kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram buah strawberry segar
1/2 cawan gula pasir
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca teh tepung jagung
1 camca besar air
Secubit garam

CARA MEMBUANYA :-)

  1. Cuci buah stoberi tadi, buang tampoknya, kemudian potong kasar. Masukkan ke dalam periuk. Masak hingga stoberi sedikit layu. Tambah gula pasir, kacau dan biar hingga gula cair bersama2 jus dari buah stoberi tadi. Guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  2. Masukkan secubit garam dan kacau. Masak hingga mendidih dan kelihatan pekat. Bancuh tepung jagung dengan 1 camca besar air, kacau rata dan tuang ke dalam periuk, kacau hingga rata. Tambah jus limau kasturi, kacau lagi dan terus masak dengan api kecil hingga jam pekat dan kelihatan jernih. 
  3. Angkat senduk dan jika jam jatuh pekat dan bertali, itu tanda jam hampir siap. Masak lagi untuk 5 - 6 minit. Boleh matikan api. Sediakan botol bertutup yang bersih. Terlebih dahulu, rebus botol dan penutup dalam air panas, angkat dan toskan hingga kering. Boleh diisi dengan jam dan tutup rapat. Biar jam sejuk dalam botol dengan sendirinya. Lepas dibuka, simpan jam dalam peti sejuk.

LAKSA AYAM DI KALA AKU GERAMM!!..

rsz_dsc_4787
Assalammualaikum. Selamat bertemu kembali di hari Ahad. Dah makan?. Hari ni mat malas nak masak, tapikan...kan...kan sebenarnya 2-3 hari teringin nak makan laksa, cuma tak nak laksa2 biasa, nak cuba bikin laksa ayam. Dalam freezer ada 2 keping ayam, satu bahagian peha dan satu lagi dada, tapi yang dada tu pun 1/2 je, sebab mat dah guna tu hari buat masak kue teow. Takpa lah, bukan nak buat banyak mana pun. Perasan tak semalam takde apa2 entri dan mat pun tak bersiaran semalam. Ni semua gara2 ada masalah teknikal dengan perkhidmatan Streamyx, tak boleh nak on9 dari semalam, masa mat tulis ni baru je dia ok. Geramm juga lah, sepatutnya semalam nak up entri rendang itik, tapi dah terbantut, mood semua hilang dah..huhu. Nanti2lah baru mat masukkan entri rendang itik, kalau tak ni hari, mungkin esok. 

rsz_dsc_4694
Bercerita pasal laksa ayam ni, sebenarnya ia tidak cukup bahan, tapi apa nak buat, dah nak makan sangat, overall sedap lah laksa ni, tapi kalau bahan2 dia cukup, lagi lah sedap. Perasan tak, taugeh takde, bunga kantan pun takde, hmm benda2 penting pulak tu. Satu lagi kalau anda nak letak telur rebus pun ok, tapi mat rasa tak perlulah sebab dah cukup dari segi bahan2 hiasannya. Cuma pada mat laksa ayam ni sedap dihidangkan panas. Selain guna mi laksa, anda boleh ganti dengan mi hoon atau spaghetti, juga sesuai. Paling penting sambal belacan tu wajib ada. Kuah laksa ni sedikit pekat, dan untuk resipi ini boleh dimakan 3 - 4 orang, bergantung pada keadaan anda masa tu, kalau lapar sangat mungkin 2 orang. Sebelum tu mat ucapkan terima kasih pada anda, walaupun semalam DTS takde apa2 entri, anda masih sudi singgah.... Resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Mi Laksa secukupnya, jika guna yang kering, rendam hingga lembut, rebus dan toskan
1 keping fishcake, hiris
1 kiub pati ayam (optional)
1 liter santan
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan (belah dua)
Air secukupnya, jika perlu
2 keping asam gelugor
2 keping ayam, potong kecil, cuci dan toskan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
3/4 inci halia
2 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
1 batang serai, hiris halus

BAHAN SAMPINGAN :-)
Timun, dihiris halus
Bawang besar, dihiris halus
Sambal belacan
Hirisan halus daun kesom
Belahan limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan (tak letak sebab takde)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum dan terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata, biar ayam kecut. Tuang santan, kacau rata dan biar mendidih. Masak dengan api kecil hingga ayam empuk. Masukkan daun kesom, hirisan fishcake dan bunga kantan. Tambah juga asam gelugor dan kiub ayam (jika guna). Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  2. UNTUK LAKSA AYAM :- Letak mi laksa dalam mangkuk sesuai, isikan dengan timun, bawang, dan taugeh, tuang kuah laksa bersama isi2nya sekali. Tabur hirisan daun kesom, letakkan sedikit sambal belacan dan juga belahan limau kasturi. Hidangkan segera. 
  3. UNTUK SAMBAL BELACAN :- Dua biji cili merah + 10 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar hingga wangi + secubit garam = tumbuk dengan lesung batu hingga halus. Boleh hidangkan bersama laksa ayam tadi...

Friday, April 20, 2012

KUE TEOW PEDAS DENGAN CILI PADI JERUK..

rsz_dsc_4489
Malam semua, jomm kue teow pulak...Hehehe, pening ke pala. Releks, ingat tak semalam ada entri kue teow hailam. Jadi yang ni baki dia lah, mat kan masak sikit, kue teow yang 500 gram tu pun sampai 3 - 4 kali masak baru habis. Jadi last batch mat goreng saja. Letak kan hirisan daging ayam dan fishcake. Ikut apa yang ada dalam peti sejuk. Dah kita yang buat dia, jadi pandai2 lah adjust apa yang patut. Mat pulak memang ada beli kucai, kira memang ngam lah. Oh, yea mesti ada yang tanya, eh CM, macam mana pulak boleh tahan kue teow u eks?. Selalunya mat akan simpan dalan freezer, bila nak guna panaskan dalam mickrowave lepas tu boleh lah guna, tapi masa simpan tu pastikan anda ikat plastik kue teow tadi. Mi kuning juga boleh kita buat macam tu. Untuk resipi ini mat guna bahan2 yang ada, cili dia pun guna cili kisar biasa, selalukan mat guna sambal yang mat buat awal dan simpan dalam botol. Tapi habis dah dan agak tak berapa nak rajin pulak untuk membuatnya. Belasah lah apa yang ada....tak jadi masalah pun. Lepas tu nak tambah ke power an dia kena lah makan dengan cili jeruk, tapi bukan cili jeruk biasa yea, cili padi jeruk okeh..berasappp wooo!!!...

rsz_dsc_4537
Ini lah dia jeruk cili padi tu. Kebetulan stok cili padi agak menimbun juga kat rumah ni, tu hari abah mat petik dari beberapa pokok cili padi, dapat kurang lebih 500 gram. Banyak gileerr...tatau nak buat apa dah, lepas tu mat ambik lah dalam 100 gram macam tu dan buat jeruk. Cara dia sama saja macam jeruk cili hijau. Mat guna cuka jenama Jalen, sebab pada mat cuka Jalen rasa dia sedap dan tidak menggigit sangat kemasaman dia. Cuma botol yang kita guna untuk mengisi cili jeruk ni harus direndam dalam air panas, termasuk tutup botol juga. Keringkan dan baru isi dengan cili dan cuka. Biar 2 - 3 hari dan boleh dimakan. Ok kita lihat resipi kue teow dan cili jeruk...

KUE TEOW PEDAS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram kue teow
1/2 keping fishcake, hiris nipis
1 cawan hirisan daging ayam
4 - 5 pokok kucai, kerat pendek
Taugeh secukupnya, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris halus
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
2 camca besar kicap manis
1/2 camca besar kicap pekat
1 biji telur, pukul sedikit
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar san sos tiram, kacau dan tumis hingga wangi. Masuk ayam dan fishcake serta sedikit sos ikan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga pekat, guna api kecil.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras, hancurkan. Gaul rata dan tuang kicap manis dan kicap pekat. Kacau dan masukkan kue teow, gaul hingga rata. Tambah kucai dan taugeh, gaul lagi.
  3. Masukkan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cili padi jeruk....

CILI PADI JERUK....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram cili padi kampung yang hijau
200 ml cuka makan (mat guna jenama Jalen)
50 ml air
Garam dan gula secukup rasa
Botol kosong yang telah direndam dalam air panas mendidih dan dikeringkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci cili padi dan toskan. Didihkan air kemudian masukkan cili padi. Biar 10 saat, kemudian toskan dan biar sejuk. Isi dalam botol. Ketepikan sebentar.
  2. Bancuh cuka makan bersama air, tambah garam dan gula (yang ni agak2 lah yea), kacau hingga semua larut. Tuang dalam botol berisi cili padi tadi. Simpan 2 - 3 hari ditempat terlindung dan boleh dimakan sebagai ulam. Selamat mencuba!!...

IKAN PANGGANG SAMBAL ALA THAI.

rsz_dsc_4371
Petang semua, ok tadi dalam entri lepas mat ada kata, mat ada masak satu menu lagi kan. Sebenarnya bukanlah apa, cuma ikan panggang tapi mat oles dengan sambal yang dimasak ala2 thai. Memasak ni perlu juga kreatif, cuma kreatif tu biarlah boleh dimakan. Pada mat memasak lauk pauk lebih mudah dari membuat kek atau manisan. Kalau kek kita kreatif tak kena gaya, kang rasa tak sedap, kek bantat dan macam2 karenah lagi lah. Lauk pauk lain, contoh kalau dalam rempah, ada bahan asas macam bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, ketumbar dan jintan...dah rasa ala2 satay atau tambah kunyit dan masak guna santan, dah seakan2 kari atau masak lemak yang kaya dengan rasa rempah ratus. Untuk resipi ni mat guna 2 ekor ikan kembong saiz besar, anda boleh juga ganti dengan ikan ayam, ikan cencaru atau ikan pari....Hmm, ikan pari masak apa sedap selain bakar dan asam pedas?...Jomm lah kita lihat resipi ciken dodol sangat....

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kembong atau ikan pilihan anda
1 kuntum bunga kantan
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa
Gula secukup rasa
1 camca besar sos tiram
1 helai daun limau purut, mayang halus, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Daun salad, untuk hiasan
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
5 biji cili padi
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 batang serai, hiris halus
Secubit belacan
2 helai daun limau purut, dikerat2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah sos tiram dan juga bunga kantan, terus memasak hingga sambal pekat dan terbit minyak, guna api kecil. Tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  2. UNTUK IKAN PANGGANG :- Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Panaskan non-stick pan. Letak ikan tadi dan biar sekejap, tutup permukaan pan dengan tudung periuk, kalau guna kuali ajaib macam mat guna tu, tutup kuali. Biar dalam 1-2 minit.
  3. Kemudian oles sambal tadi atas ikan hingga rata, seperti dalam gambar. Tutup kuali dan biar sekejap. Berhati2 terbalikkan ikan tadi dan oles lagi dengan sambal pada bahagian satu lagi. Bakar hingga ikan masak. Tinggalkan sedikit sambal untuk hiasan.
  4. Bila ikan masak, alih ikan dalam bekas sesuai yang dialas dengan daun salad. Lebihan sambal tadi dilumur pada ikan. Tabur hirisan daun limau purut dan letak juga belahan limau kasturi. Hidangkan panas.....