BEN ASHAARI

Saturday, March 31, 2012

ASAM PEDAS KELADI SARAWAK

asam pedas keladi sarawak
Asam pedas lagi...kata dan mesti jemu punya kan. Tapi kali ni sediki lain..Mat masak asam pedas dengan keladi Sarawak..alaa tadi nak juga ambik gambar pokok keladi tu, tapi hujan. Keladi Sarawak ni pokok dia agak besar dan keladi dia kurang berkanji dan sesuai juga dibuat kerepek. Kalau takde, anda boleh guna keladi biasa. Kalau guna keladi biasa, dalam 1 ketul saiz sederhana pun sudah memadai. Keladi Sarawak atau juga ada yang gelor keladi telur, saiz dia tak berapa besar, jadi mat guna dalam 2 biji. Mula2 mat nak guna ikan masin saja, tapi tengok2 ada baki ikan pari, elok habiskan. Kalau anda tak suka masak asam pedas, boleh juga dimasak lemak cili padi dengan ikan bilis tamban, letak serai dan daun kunyit, perghh...melelehh okeh. Kalau ikutkan resipi sama saja macam asam pedas biasa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 -6 keratan ikan pari
2 biji keladi sarawak
1 genggam daun kesom
3/4 cawan jus asam jawa
2 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keladi, dikupas, cuci dan potong berbaji, kemudian rebus hingga empuk, toskan. Ikan pari diperap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci bersih dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api perlahan dan kacau selalu.
  3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari dan daun kesom, tuang jus asam jawa dan masukkan keladi tadi. Kacau dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

BUBUR AYAM..

bubur ayam
Jommm bubur pulak, hujan2 ni kan, asyik kebuluran manjang...erkk. Sebenarnya tadi anak2 buah mat ada kat rumah, jadi saja2 lah masakkan bubur ayam.. Ni tengah tunggu anak buah terbaru tak lama lagi, sama2 lah yea doakan ia selamat dilahirkan dalam masa terdekat ni, tak gitu Ben Ashaari. Bubur ni masak senang, main rebus je semua, dan mat tambah sekeping dada ayam yang dikerat kecil. Satu lagi bubur nasi selalunya menggunakan beras wangi yang tinggi kandungan kanji (erkk..tak berapa bagus bagi mereka2 yang bacaan gula tinggi dalam darah...).Untuk bubur ni mat guna beras siam. Budak2 pun suka, mat masukkan juga beberapa titik minyak bijan, nak bagi dia lagi wangi, tapi kalau banyak2 nanti jadi tengik pulak, jadi agak2 lah yea. Kalau suka, sebelum hidang, tabur dengan hirisan daun bawang, bawang goreng dan sedikit serbuk lada hitam..tu kalau kita yang nak makan, kalau anak2, tak payah pun takpe..Resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam (boleh juga guna beras wangi)
Air secukupnya (dalam 1500 ml atau secukupnya)
1 inci halia, hiris
2 ulas bawang putih, dititik
1 keping dada ayam, kerat pada beberapa bahagian, cuci dan toskan
1 cawan mix vege (karot, kacang pis dan jagung)
1 camca besar bawang goreng
1 sup bunjut Adabi
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kentang, kupas dan dadu, rendam
Garam secukup rasa
4 - 5 titik minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam (optional)
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci beras dan masukkan ke dalam periuk bersama air, sup bunjut, halia, bawang putih dan daun pandan. Masak hingga beras kembang. Masukkan ayam, bawang goreng, mix vege dan kentang. Renih hingga pekat dan kentang empuk.
  2. Tambah minyak bijan dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap, jika suka cair, tambah sedikit air lagi. Pastikan beras betul2 kembang dan bubur kelihatan berkanji. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, sedikit bawang goreng dan juga lada hitam serbuk sebelum dihidangkan...

LEMAK TAUGEH KASAR BERKUCAI

lemak taugeh
Salam semua, dari pagi tadi Sedenak hujan sampai sekarang. Hujan tak lebat tapi merenyeh, selalunya kalau hujan macam tu, lambat nak berhenti, langit pun tiada tanda mentari nenampak kan sinarnya. Takpe lah syukur alhamdulillah, hujan itu rahmat. Hari ni mat masak lemak taugeh kasar dengan kucai, sebab cuaca hujan, big boss kata ok lah masak lemak, kira ngam lah, ada ikan masin dan sambal belacan kira dah beres. Tapi mat ada masak satu lagi masakan yang teramat biasa di DTS ni, yang tu nanti2 lah mat masukkan dalam blog. Selain kucai mat letak juga tempe dan tauhu. Kalau anda tak gemar taugeh kasar, boleh ganti dengan taugeh biasa. Masak lemak kalau kami di Johor akan asingkan santan cair dan pekat, macam mat pernah cerita dalam entri2 terdahulu, santan pekat akan diletak kemudian dan dididihkan sebentar sahaja menggunakan api kecil sambil dikacau selalu. Jadi bila masak lemak siap, ia akan kelihatan pekat. Mungkin tempat2 lain juga punya teknik yang sama.. Kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram taugeh kasar @ taugeh soya, buang akarnya, cuci dan toskan
1 cekak kucai, kerat pendek2
2 keping tauhu, potong 4 setiap satu
2 keping tempe berbungkus daun, dadu besar2
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tempe, tauhu, udang kering tumbuk, hirisan bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk. Tuang santan cair. Masak hingga mendidih, kacau sekali sekala. Masukkan taugeh kasar, masak sekejap. Jika kurang kuah, tambah sedikit air.
  2. Tuang santan pekat dan masukkan juga kucai. Kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan secubit gula. Biar mendidih perlahan dan kacau selalu. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng @ ikan masin......Nak cerita pun malas lepas tu.....

Friday, March 30, 2012

GRILL CHICKEN SANDWICH...

rsz_dsc_1213
Malam semua, entri terakhir Jumaat saja nak share benda2 ringkas dan mudah. Bila mat letak n3 macam ni pada waktu malam, sekurang2nya sampai esok pagi ia masih releven, boleh juga buat untuk sarapan pagi. Untuk resipi mudah ini mat guna roti arab...erkk arab lagi..hehe, dan mat guna daging ayam bahagian dada yang di hiris sederhana tebal, tanpa tulang, diperap 1 - 2 jam dan dipanggang dalam kuali ajaib, kalau guna kuali tu cepat, 10 minit dah siap, daging ayam tu pun moist dan lemmmbuttt jee...awww...hahaha. Seperti biasa, sandwich mar guna sayur2 mentah tapi cuma timun habis, dah guna buat pencok pagi tadi. Takpe, mat ada stok jeruk gherkin, pun sedap. Untuk sos, mat guna sos seribu pulau. Yang tu terpulang pada anda nak guna apa2 saja sos kegemaran. Sebiji ni boleh makan dua orang, tapi kan kata lah anda lapar tahap naga tasik chini, sorang pun boleh habisss beb!!...penggsann (>__<).

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji roti arab
1 keping dada ayam, dikelar2
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca teh lada hitam*
1/2 camca teh herba rosemary kering*(*ditumbuk hingga halus)
Sedikit madu
Garam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
Sos kegemaran (mat guna sos seribu pulau @ thousand island)

BAHAN-BAHAN SAYUR :-)
4 - 5 kelopak salad (mat guna salad butterhead)
5 keping hirisan tomato
Sedikit hirisan bawang besar
3 keping hirisan capsicum merah
3 keping hirisan capsicum kuning
2 biji jeruk gherkin, hiris nipis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sapu sedikit minyak zaitun pada roti, kemudian panggang dalam kuali hingga perang, angkat dan ketepikan. Dada ayam digaul bersama bahan tumbuk halus, madu dan sedikit garam atau secukup rasa. Perap 1 - 2 jam.
  2. Panaskan non-stick pan, panggang ayam tadi hingga masak, sapu jus2 bahan perapan masa memanggang. Bila masak, sejukkan.
  3. Ambil sekeping roti (bahagian bawah), susun daun salad, hirisan bawang, hirisan tomato, capsicum merah dan kuning dan juga hirisan jeruk gherkin. Susun kepingan daging ayam yang telah dipanggang tadi. Paipkan sos, tutup dengan bahagian atas roti dan boleh hidangkan....Selamat mencuba!

AYAM LAKSAMANA.....BUKAN DERHAKA.

rsz_dsc_1148
Tadi nasi hujan panas dan mesti ada yang tanya, ayam laksamana dia mana? Ok ni mat share resipi ayam laksamana, alah resipi biasa2 je, main cempak2..oter sana sikit, sini sikit. Tambah ini, tambah itu, jadi lah ayam laksamana. Kalau tanya mat, mana dapat nama tu?..Mat pun tak pasti, bila makan tadi, rasanya agak klasik dan bila klasik ni, terus idea2 klasik keluar, maklumlah orang kolek barang antik. Dari gaya nampak macam masak merah, tapi ada rempah ratus. Mat guna juga sedikit gula melaka. Tidak gunakan santan. Jika anda suka berkuah, boleh tambah sedikit air, kalau suka kering boleh masak hingga pekat. Ayam tu mat goreng dulu embal2. Selain makan dengan nasi, sedap juga dimakan bersama roti atau lempeng...Resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 camca besar gula melaka
1/2 cawan sos tomato
3 camca besar sos cili
1 senduk nasi cili kisar
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
1 genggam kismis
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar, potong kasar2
Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 biji pala, diparut (nutmeg)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap2 saja. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, tambah sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan kismis, gaul rata2 dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan...

NASI HUJAN PANAS....RIBUT TAUFAN!!

rsz_dsc_0983
Kata orang2 tua zaman dahulu kala, jika hujan panas ada orang mati berbunuh, erkk, tu semua dongengan dengar boleh percaya jangan. Kalau zaman sekarang hujan panas dah jadi nama nasi. Dah koman sangat orang buat, kalau tengok kat blog masak2, melambak dah yang cuba. Mat baru ni hari teragak nak mencuba, tapi biasalah, ikut style mat gebu, kira paling ringkas dan senang puny gaya. Buat dia sama macam nasi minyak, cuma kita letak pewarna. Secara amnya 3 warna sudah memadai, kalau lebih, nanti jadi nasi pelangi. Buat dia senang dan semestinya beras basmathi menjadi pilihan tepat untuk nasi2 seperti ini. Kalau nak guna beras biasa pun boleh, tapi tang sukatan air tu kena pandailah sesuaikan.

rsz_dsc_1117
Mat buat dalam 4 cawan dan seperti biasa dihidangkan bersama lauk2 pilihan. Tapi hari ni mat malas nak masak yang bukan2 sangat, cuma buat pencok nenas dan ayam laksamana, yang tu resipi petang nanti ok. Kalau nak ok lagi ada dalca, paceri nenas dan acar timun atau acar tahun...baru nak lengkap. Tapi nasi macam ni, ada satu lauk dan pencok nenas pun dah ok banget. Kalau banyak pun bukan tak ok, tapi nanti hilang dah rasa nasi hujan panas, jadi nasi puting beliung bila lauk pauk dah berlonggok atas nasi. Mat masak guna rice cooker, dan bila masak terus mat off kan suis periuk tu. Kalau anda nak kukus pun boleh, bila cecair dalam nasi terserap dan kelihatan kering, alihkan nasi dalam pengukus dan kukus hingga masak. Nak bess, alas dasar pengukus dengan daun pisang, cucuk2 sikit daun pisang tadi untuk lepas kan wap. Sebelum kita semak resipi, jomm lihat entri pilihan DTS di sini...Terima kasih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi (mat guna basmathi Monghul)
5 cawan air (mat guna air rebusan ayam)
1 cawan susu sejat IDEAL
1 helai daun pandan
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang besar, hiris
2 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 camca besar penuh minyak sapi (nak guna mentega pun ok)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna makanan merah, hijau dan kuning (dibancuh dengan 1/2 camca teh untuk setiap warna)

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Gajus yang digoreng
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga harum. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan, tumis hingga layu dan wangi. Masukkan beras dan kacau rata. Goreng beras tadi selama 1 minit. Matikan api.
  2. Alih beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuang air (atau air rebusan ayam) dan juga susu sejat, tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, buat beberapa lubang pada nasi tadi dan setiap lubang tuangkan warna2 berbeza. Biar sekejap bila nasi masak, matikan suis.
  3. Tabur kismis dan gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan), gunakan chopstick, gemburkan nasi tadi, hingga nasi jadi bewarna-warni. Berhati2 agak nasi tidak patah. Biar sekejap. Taburkan baki kismis, gajus dan juga hirisan daun bawang/daun sup, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran anda...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk pencuk nenas tu senang saja, nenas di potong kecil campur dengan timun, juga dihiris nipis, hirisan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Tambah sedikit cuka makan, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biar sekejap, sesuaikan rasa dan jika ok boleh hidangkan.... (^__*)


Thursday, March 29, 2012

PIZZA ROTI ARAB..

rsz_dsc_0920
Salam....tak masak apa sangat hari ni, petang tadi saja lah membz kan diri, cuaca pun mendung macam nak hujan, tapi tak hujan, nak buat kerja2 kat luar pun terbantut. Pagi tadi ke Tesco dan masa beli roti, ternampak ada jual roti arab, satu bungkus ada 4 keping, agak tebal juga. Saja lah mat beli, kot2 boleh buat sesuatu, dan boleh juga letak kat blog sebagai entri. Hmm, ada kala agak memeningkan juga. Tapi orang dapur harus kreatif dalam menyusuaikan bahan2 yang ada untuk dijadikan sesuatu yang boleh di makan, lagi lah kalau anak2 kita yang agak cerewet untuk menjamah makanan. Mat check dalam peti sejuk, ada traffilight capsicum, cendawan butang dan baki mozarella cheese. Kalau kita buat pizza ok gak kan, tapi ini jenis pizza cepat buat punya, takde doh2 bagai cuma guna roti arab saja....

rsz_dsc_0960
Cara membuatnya amat mudah, tak banyak kerja. Kalau tanya rasa dia macam mana, ok tadi mat makan 1/4 bahagian ( itu je had untuk mat gebu rasa...huhu...) dan rasa dia kan..kan...kan...sedapppp, dengan base roti arab tu yang rangup bahagian luar tapi lembut ditengah dan bahan2 atasannya, sayur2an segar. Mat cuma sapu dengan sos tomato. Mat guna juga sedikit fresh thyme, yang tu optional, kalau tak nak, tak payah guna. Keju pulak mat tak berapa suka parut, tapi mat lebih suka, ia dihiris nipis kemudian susun atas bahan sayuran tadi, bila bakar ia akan mencair rata jee, itu mat lah, kalau anda terpulang samada nak parut dan tabur, atau hiris dan susun. Ok lah, sebelum kita lihat resipi, nak ajak lah anda yang mana sudi membaca satu entri mengenai kanak berusia 12 tahun bertarung nyawa melawan penyakit luekemia, di sini...Terima kasih.. (^__^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping roti arab, dibelah dua
4 camca besar sos tomato
Hirisan keju mozarella secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
3 camca besar ikan tuna dalam tin, ditoskan
Herba thyme segar (optional)
Sos kegemaran anda untuk mencicah

BAHAN-BAHAN SAYURAN :-)
1/4 biji trafficlight capsicum, didadu kecil
1/2 biji bawang besar, didadu
4 biji buah zaitun hijau, hiris
4 biji buah zaitun hitam, hiris
2 kuntum cendawan butang segar, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, roti arab dibelah dua dan susun dalam loyang pembakar. Sapu setiap permukaan roti arab tadi dengan 2 camca besar sos tomato, rata dan ketepikan.
  2. Keju mozarella dihiris nipis2, ketepikan. Bahan2 sayur dibahagi kepada 2 bahagian. Ambik satu bahagian roti yang telah disapu sos tomato tadi. Susun cendawan dan juga traffic light capsicum, buah zaitun hijau dan hitam. Rata kan 1 1/2 camca besar ikan tuna, tabur sedikit dengan herba thyme (jika suka) dan serbuk lada hitam, kemudian tutup permukaannya dengan keju mozarella yang dihiris tadi. Buat kaedah sama untuk baki bahan dan juga roti arab tadi.
  3. Bakar selama 20 - 25 minit atau keju mencair dan sedikit keperangan. Keluarkan dan boleh dihidang, sedap dimakan kala panas bersama sos kegemaran anda....Selamat mencuba!!!..

ASAM KARI IKAN PARI...TU JE YANG SEMPAT.

rsz_dsc_0828
Salam Khamis, hari ni masak yang biasa2...Ntah lah blurr, sampai tatau nak masak apa dah. Jadi mat masak ikut apa yang tekak nak makan. Pagi tadi pun bila mat tanya big boss, nak masak apa, semua kata masak jelah apa2.. Erkk, masak apa2, paling senang telur goreng jee lahh. Tapi ai kan pantang okeh, jadi nak juga masak yang masam2 maka mat masak asam kari, guna ikan pari. Asam kari ni typical lauk peranakan baba nyonya. Ia gabungan antara masakan asam pedas dan kari, tapi tak guna santan. Cuma mat ada kekurangan bahan, iaitu bunga kantan bahan penting pulak tu....hmm, dah kurang ke"nyonya"an nya. Masakan ni tak semua orang suka, tapi mat suka. Rasanya mesti ada sedikit masam dan bahan seperti serai, daun kesom, bunga kantan antara herba utama. Satu lagi, kalau ada perbezaan resipi, anda jangan salah faham, kadang kala keluarga orang2 peranakan ni memiliki resipi warisan dari orang2 tua terdahulu, jadi tu pasal ada yang tak sama. Kalau tak resipi pun ok, tapi nampak tak cun pulak kan... (^__^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari
1 biji terung biru
1 biji tomato
1 genggam daun kesom
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 senduk nasi cili kisar
1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
1 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dicuci bersih, toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah dua dan potong serong sederhana tebal, rendam. Tomato dibelah enam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus hingga wangi, tambah cili kisar dan tumis sekejap. Masukkan rempah kari dan gaul rata. Tambah sedikit air, kacau dan masak hingga rempah dan cili garing.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari dan terung (toskan), tambah jus asam jawa, daun kesom dan bunga kantan. Biar mendidih perlahan.
  4. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

Wednesday, March 28, 2012

SAMBAL TEMPOYAK UDANG BERPETAI

rsz_dsc_0703
Malam semua, entri akhir untuk hari Rabu ni, mat share satu masakan tapi sungguh besssss, cuma tak sesuai bagi mereka yang tak makan tempoyak dan petai...maaf yea. Hmm, nak sentuh sikit pasal idea untuk berblog. Jangan fikir menulis entri itu mudah. Bila kita nampak blog diupdate maka kita pun ingat mereka2 itu punya idea mencurah2....tak selalu macam tu. Sama seperti blog masakkan, kadang kala idea buntu, dan nak masukkan satu2 entri ulang tayang akan timbul rasa serba salah (itu dulu, sekarang tidak...). Begitu juga dengan blog penulisan, ada masa idea datang bak air, ada masa beku bak ais. Jadi kita sebagai blogger, sebagai pembaca blog harus lah faham, kita semua ni manusia, bukan robot yang diprogramkan. Jadi elakkan rasa keterpaksaan, OK!. Bercerita pasal resipi yang mat buat ni, ia agak pedas, mat guna kurang lebih 1/2 cawan cili padi dan 3 biji cili merah. Jadi bagi anda yang tak tahan pedas dan jika ingin mencuba, sila adjust cili padi tu ikut tahap kepedasan yang anda inginkan, boleh kannnn?...Sebelum kita lihat resipi, singgah kejap di blog pilihan DTS di sini...Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan isi udang, cuci dan toskan
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 keping asam gelugor
2 camca besar tempoyak
2 papan petai, ambil isinya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung
3 biji cili merah
5 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan tempoyak dan kacau hingga rata. Tambah asam gelugor dan air, kacau dan biar mendidih. Tambah petai dan masak sekejap.
  2. Masukkan udang, gaul rata dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....serius boleh pengsan >__<

KUIH CARA BERLAUK....UNTUK MINUM PETANG

rsz_dsc_0581
Jom kuih cara berlauk..Lama juga tak buat, last buat bila ntah..tak ingat, tapi ada lah sekali dua macam tu. Semalam mat tiba2 plan nak buat cara berlauk. Buat dia takdelah susah mana, cuma perlu sedikit kesabaran dan berhati2. Kuih cara berlauk ni amat sesuai untuk majlis2 rasmi, sebab kecomelannya, tapi itu terpulang pada saiz acuan yang anda guna, kalau pakai saiz besar, maka hasilnya besar lah, kalau pakai yang comey lote, jadi leer kiut - miut macam mat gebu buat tu..comel kann?...(perghh, puji diri sendiri lagi...tak menghagak!!). Satu lagi kalau buat comel2 ni, bila nak makan boleh terus masukkan dalam mulut, tu kalau orang takde, kalau majlis2 fomal kenalah gigit sekali dua. Bayangkan kalau saiz dia besar, mau menggigit tak sudah, letak dalam piring kuih pun nampak tak molek...tetonggok semacam jee....

rsz_dsc_0639
Mat rasa ada kurang sikit, sebab kehabisan bawang goreng, kalau anda buat, jangan lupa letak bawang goreng ok. Bila nak buat satu2 kuih tradisi ni biarlah sempurna. Tapi kalau dah nak makan sangat, buat sajalah ikut apa2 bahan yang ada. Untuk kali ini mat guna santan segar (mat asingkan santan dari masak pucuk ubi tadi tu). Santan kotak juga boleh digunakan, tak salah. Tambah setitik dua warna kuning untuk kasi nampak lagi menarik. Kali ni mat guna inti daging ayam yang dicincang, kalau kebiasaan orang guna daging kisar. Oh yea lupa nak cerita, mat guna acuan kuih boulu tembaga zaman dulu kala punya. Kalau takde, guna acuan kuih boulu aluminium pun ok, acuan perlu dipanaskan dulu dengan api kecil, mat tenggekkan atas dapur gas dan guna api paling kecil, sapu dengan sedikit minyak. Mungkin masa pertama kali buat ia agak melekat, tapi lepas tu insya Allah, akan jadi ok. Sebelum kita semak resipi, lihat dulu entri pilihan DTS di sini....Terima kasih...

BAHAN UNTUK INTI :-)
100 gram daging ayam, cincang halus
1/2 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar sos tomato
1camca teh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2
Hirisan daun bawang secukupnya

BAHAN KUIH CARA :-)
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
165 ml santan
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sebahagian cili merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  3. UNTUK KUIH CARA BERLAUK :- Panaskan acuan kuih boulu bunga ceremai atas dapur gas, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (mat guna daun pandan yang dipotong pendek, ikat dan carik2kan bahagian hujungnya). Masukkan adunan kuih cara dalam bekas bermuncung (guna jug plastik pun ok), tuang 3/4 penuh seperti dalam gambar.
  4. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 28 - 30 biji kuih cara berlauk, bergantung pada saiz acuan anda guna. Selamat mencuba!! (^__^)

GULAI PUCUK UBI DENGAN UDANG

rsz_dsc_0790
Salam semua, sibuk ke?.. Hari ni mat share satu masakan ringkas dan kira mudah dimasak. Walaupun ia agak berprofile tinggi, namun atas perintah mat masak juga. Cuma tang udang tu, mat letak. Permintaan awal suruh masak lemak putih, tapi mat pinda resipi tu dan aku derhakakan dengan masak lemak dengan udang. Kebiasaannya, kalau masak lemak yang kita letak samada udang, tulang ikan kurau atau daging, bahan2 rencah adalah sedikit berbeza dengan masak lemak putih biasa. Itu yang mat tau dan mat nampak mak-mak tua kami masak sejak dulu. Tatau lah orang lain. Sebab pekara asas yang kita pelajari dalam hal2 masakkan ni, ialah dengan bonda atau nenda, juga orang2 terdahulu. Kemudian baru lah menimba ilmu sedikit sebanyak dengan sumber2 lain. Selain udang, mat tambah juga tempe. Kalau di kampung2 pucuk ubi boleh petik di belakang kawasan rumah. Satu lagi, cara orang2 terdahulu petik, mereka hanya memetik pucuk ubi yang berada 3 peringkat ke atas, maksudnya bahagian pucuk, daun no 2 dan 3...Manakala segelintir membuang pucuk ubi yang paling kecil, dikatakan untuk mengelakkan sakit kepala..Wallahhualam.... Resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi muda
8 ekor udang bersaiz besar (apa2 jenis udang pun ok), dibersihkan
2 keping tempe berbungkus daun, dadu besar2
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci, tos dan celur hingga pucuk ubi lembut, tos dan cuci, perah sedikit. Hiris kasar dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan serai titik. Kacau rata.
  2. Tuang santan dan didih kan atas api sederhana. Masukkan tempe dan masak hingga tempe lembut. Masukkan udang dan juga asam gelugor. Kacau dan bila udang berubah warna, tuang pati santan. Kacau rata.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih perlahan dengan api sederhana. Kacau selalu. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin..

Tuesday, March 27, 2012

BENDI UDANG KERING...OTER RESIPI KAK JEE..

rsz_dsc_0415
Salam malam semua, rasa2 ini entri akhir untuk hari Selasa. Insya Allah jika dipanjangkan usia, mat gebu akan bersiaran semula esok. Dunia masakan ini luas, dan setiap masa akan ada ilmu baru yang akan kita pelajari. Tak kira dari chef terkenal, tukang2 masak ternama, atau pun makcik2 dan nenek2 yang duduk di kampung, masing2 punya cara tersendiri dan gaya memasak. Bila kita diberi pendidikan formal dalam dunia masakan, kita belajar dan patuhi teknik2 dan cara2 memasak dengan lebih teratur, tapi itu semua telah diatur oleh institusi2 pendidikan barat. Kita orang melayu, kadang kala terpinggir dengan teknik2 memasak secara tradisi. Tapi itu tidak boleh dipersalahkan,sebab pendekatan pendidikan yang telah diiktiraf oleh pihak antarabangsa memerlukan ia berlaku sedemikian. Cuma perlu ada sedikit kesedaran dalam diri untuk memelihara serba sedikit tradisi orang2 kita memasak, walaupun anda generasi modern. Berbalik pada entri malam ni, idea resipi asal dari Kak Jee, di sini, tapi mat oter sikit, apa2 pun terima kasih Kak Jee, mintak halal yea atas penderhakaan resipi ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 - 15 batang bendi kontot, cuci dan toskan
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
3 biji cili merah*
10 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*(*ditumbuk hancur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air, letak sedikit garam dan beberapa titik minyak masak, kemudian celur bendi sekejap dalam 1 minit, toskan dan rendam dalam air sejuk yang diletak air batu. Tujuan untuk memberhentikan proses memasak. Toskan dan lap kering bendi tadi, susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Udang kering diperah sedikit, kemudian goreng tanpa minyak hingga wangi, sejukkan dan tumbuk hingga hancur, tapi jangan halus sangat (kalau guna udang kering kecil, tak payah tumbuk). Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum dan garing. Masukkan sos ikan secukup rasa, gula dan akhir sekali jus limau kasturi. Kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Tuang no. 3 atas bendi, ratakan, tabur juga udang kering tumbuk dan akhir sekali sedikit hirisan daun bawang. Hidangkan dengan nasi panas...

KEK MENTEGA "CIDA"...

rsz_dsc_0526
Petang semua, mat gebu membaking ni hari, godaan...apa nak buat, aku ni satu je masalahnya, tak tahan godaan. Mat mula2 takde lah nak baking sangat, tapi semalam saja lah merayap ke blog yang tak kurang hebat resipi2nya. Kira Kek Batik Aurora di sini, tu hasil cetusan idea dia lah hingga menjadi buah mulut di kalangan blogger2 masakan. Sampai yang ada dah jadi buah tangan. Sepanjang Jalan Kenangan, itu lah nama blog nya dan puan punya blog lebih dikenali dengan nama Cida. Mat ternampak kek mentega di blog beliau, gebu dan lembap jeee. Teringin pulak nak membuatnya, walaupun mat pantang makan2 kek ni semua, tapi takpe, dapat baking pun jadi lahh....

rsz_dsc_0545
Resipi ini boleh dikatakan senang dan tak banyak karenah. Mat buat 1/2 dari resipi asal (resipi bawah seperti yang mat buat). Rasa dia sedap, manis pun tahap sederhana (termakan sudah..hehe). Bau dia harum dan makin lama, anda biarkan kek tu, makin lembap dan lunak. Mat guna acuan silicone berbentuk bundt-pan, kalau takde, anda boleh lah guna tin bulat berukuran 7 inci (untuk kuantiti macam mat buat), kalau resipi asal rasanya kena tin besar sikit. Kalau ikut teknik Cida membakar, dia gunakan api bawah sahaja dan 15 minit terakhir, guna api atas dan bawah untuk memerangkan permukaan kek. Sesuai untuk minum petang dan juga jamuan2 kecil. Kalau anda nak buat ala2 marble pun boleh, bagi kepada 2 atau 3 bahagian, letak pewarna yang anda suka atau nak lebih seksi, letak juga sedikit perasa, contoh, kalau hijau = pandan, pink = strawberry dan plain = vanilla. Lepas tu sudukan secara berselang seli, lorekkan sedikit dan bakar seperti yang disyorkan....Dahh jadi kek marble....resipi seperti di bawah dan terima kasih Cida.. (^___^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Anchor)
90 gram gula kastor
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla (mat guna "butter vanilla")
2 camca besar susu cair
Badam keping untuk hiasan
Dusting powder @ gula aising, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C (api bawah sahaja), lenser tin bulat berukuran 7 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga gula hancur dan bancuhan menjadi putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang. Jarak masa sebelum dimasukkan telur dalam adunan ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar rata. Akhir sekali tambah esen vanilla. Gaul rata dengan spatula.
  4. Tuang dalam tin, ratakan dan tabur kepingan badam dan bakar selama 1 jam (sebab mat guna acuan berlubang tengah, masa membakar kurang lebih 50 minit), lepas 45 minit, bakar kek tadi dengan api atas dan bawah, guna suhu yang sama. Bila kek masak, sejukkan sekejap dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk sebelum dihidangkan untuk minum petang....

TOMYAM SARDINE...JANGAN TAK CAYA!

rsz_dsc_0431
Assalammualaikum, selamat tengah hari. Hari ni mat masak Tomyam Sardine...ha ahh sardine dalam tin tuu. Semalam kat FB, tiba2 berbangkit kesah sardine, bila mana Sunah cerita pasal Sardine, dan Kak Yatie pulak kebetulan nak up entri pasal sardine diblog dia. Dan mat memang plan nak masak sardine hari ni, Puan Azila pun merancang nak masak sardine juga...Dah macam hari sardine sedunia....betul tak. Dalam banyak2 yang beri cadangan tu, mat terbekenan lah dengan cadangan sorang teman FB, nama dia Salmie Yana Mat Nor yang bagi komen kata kawan dia orang siam pernah buat tomyam guna ikan sardine dalam tin. Menarik tu, mat pun memang suka yang pedas2, masam2, dan beraroma. Maka dengan gigihnya pagi ni mat buat dan sungguh tidak menghampakan. Sedapppp, nak2 ada cili padi yang diketuk. Untuk resipi ni mat guna dalam 3 camca besar sos sardine, tak ambik semua. Resipi macam ni boleh lah dianggap salah satu cara kita mempelbagaikan cara memasak sardine. Kalau dah bersedia, kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (kurang lebih 4 ekor ikan)
2 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
3 helai daun lima purut
10 biji cili padi thai, belah dua setiap satu
2 biji jus limau kasturi, perah jusnya
1 kiub ikan bilis (optional)
1 pokok daun ketumbar (cuci dengan akarnya sekali)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Sos ikan secukup rasa
Secubit gula

BAHAN-BAHAN SAYURAN :-)
Sebesar penumbuk, bunga kobis, potong sekuntum2
3 biji cendawan butang segar, hiris
1 batang saderi, hiris sederhana tebal
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, potong ikut suka
10 tangkai sweet pea
1 biji bawang besar, belah 6
1 biji tomato, dadu besar2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi hingga harum. Masukkan pes tomyam, dan masak sekejap.Tuang air secukupnya (dalam 3 cawan). Kacau dan masukkan kiub ikan bilis, jika guna. Biar mendidih.
  2. Tambah lobak merah, saderi, bawang besar dan bunga kobis. Bila lembut sedikit, masukkan daun limau purut, pokok ketumbar dan juga ikan sardine. Tambah juga 3 camca besar sos sardine tadi. Kacau perlahan. Biar mendidih dengan api sederhana. Jika kurang kuah, boleh tambah air.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa (jika perlu), sedikit gula dan jus limau kasturi. Akhir sekali masukkan tomato, cendawan dan sweet pea. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..

Monday, March 26, 2012

SAMBAL SOTONG KACANG TUMBUK

rsz_dsc_0380
Ok, entri akhir malam ni, yang biasa2 juga. Yang mudah dimasak. Tapi yang ni mat tak boleh makan, cuma masakkan sahaja....hmm tak pelah, janji boleh masak dan boleh buat entri blog.
Sambal sotong mat pasti ramai yang tau buat. Cuma gaya memasak dan bahan2 ada tu tak sama. Jadi apa salah berkongsi. Betul tak, waima sambal belacan sekali pun, tidak salah berkongsi di blog. Jangan pandang rendah, masih ada lagi orang yang kurang arif menumbuk sambal belacan!. Jadi apa2 yang kita masak, walaupun nampak cikai, nampak biasa2..mungkin tidak bagi orang lain. Itu cuma pandangan mat gebu. Dulu mat selalu fikir, nak masukkan sesuatu kat blog masak2, kena lah yang bess, yang sumthing different from others, ha kan dah aku sepiking...Lama2 fikir balik, kenapa perlu macam tu, blog kita punya, jadi letak saja lah apa2 yang kita masak, sekurang2nya boleh bagi idea pada mereka2 yang buntu. Jadi tak perlu risau lah....Jangan sebabkan berblog, jiwa kita jadi kacau...Jomm lihat entri pilihan DTS kali ini di sini. Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram sotong, kerat dan cuci, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar kacang tumbuk
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur sekejap sotong tadi selama 30 saat. Angkat dan toskan. Panaskn minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tambah sos cili dan masak sekejap. Tuang jus asam jawa. Kacau dan biar pekat sedikit. Masukkan bawang besar dan kacang tanah. Gaul rata.
  3. Tambah sotong, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh angkat. Hidangkan dan kalau suka boleh tabur sedikit kacang tumbuk atas sambal tadi...

CAPATI...OH....CAPATI....

rsz_dsc_0322
Petang semua. Jomm capati pulak. Ini menu sarapan pagi tadi sebenarnya, cuma mat tak sempat nak masukkan dalam blog, jadi mat letak petang. Kira boleh juga untuk minum petang. Biasanya capati kita cicah dengan kuah dhal, bahana ada kuah gulai ketam semalam, kira ok jee lah, ngam juga. Capati satu makanan orang2 India dan telah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia sekarang ni. Diperbuat dari tepung atta, iaitu sejenis tepung gandum yang kaya dengan protein dan serat. Ia agak kuat dan ringan, oleh demikian doh tepung atta boleh dicanai nipis. Untuk resipi ni mat guna 2 cawan tepung atta. Dan boleh dapat kurang lebih 10 - 12 keping bersaiz sederhana. Ok jomm kita lihat resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau hingga garam larut)
2 camca besar minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh digunakan)
Kuah dhal atau kari atau apa2 sahaja yang anda fikir sesuai untuk dicIcah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
  2. Tambah minyak zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan dok pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (mat tutup mangkuk tadi dengan plastik cling).
  3. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta). Letak atas loyang. Canai hingga siap baki doh. Dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat.
  4. Panaskan non-stick pan (mat guna saiz 10 inci). Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dhal atau gulai yang anda gemari....

LILY BUD GORENG TOMYAM..

rsz_dsc_0346
Salam semua, hari ini Isnin kan, selamat bekerja bagi mereka2 yang bekerja. Dan jangan ingat bila duduk rumah, kerja kurang. Tidak sekali. Apa2 pun yang kita buat selagi tidak menyusahkan orang lain, itu sudah cukup bagus. Ok entri pertama hari ini mat masak lilly bud goreng tomyam. Anda tau apa itu lily bud?, Kang ada yang ingat pokok bunga lily. Yang ini lily bud jenis boleh dimakan ok, bukan lily bud ragut kat tepi2 taman bunga punya . Lily buds yang segar ni kalau dikeringkan jadi lah kimcam, sebut betul2 kimcam, bukan kim chi. Kim cham yang selalu orang guna untuk masak tumis air kentang. Tu hari mat pi Tesco, masa belek2 segala maknikam sayur2 esotik, sekali ternampak lily bud ni, dan apa lagi, rembat lah 1 paket (sepeket dalam 200 gm). Bila dah beli terus plan nak goreng dengan udang tapi takmo rasa biasa2, nak rasa yang agak pedas, masam dan beraroma, jadi mat letaklah pes tomyam dalam dia dan memang kenalah dengan tekak yang tak berapa nak ok ni...Masak dia pun sekejap, balik2 saja dah siap, cepat dan mudah...

Ok, untuk nak nampak lebih jelas rupa "Lily Bud" segar, rupa seperti dalam gambar di atas...comel2 kan.. (^__*).. Ok resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram Lily Bud
1 genggam isi udang, cuci dan tos
10 biji cili padi merah, dititik
1/2 camca besar sos tiram
3/4 camca besar pes tomyam (jenama apa, terpulang pada anda)
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris halus
Sos ikan secukup rasa
1/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci lilly bud dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili padi titik hingga harum, masukkan sos tiram, pes tomyam dan udang, kacau rata dan masak hingga udang bertukar warna.
  2. Tuang air dan masukkan sedikit sos ikan. Kacau rata dan tambah lily bud, kacau rata, guna api besar. Masak hingga lily bud lembut sedikit tapi masih rangup. Rasa dan jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi sos ikan. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain...

Sunday, March 25, 2012

GULAI KETAM DENGAN TIMUN

rsz_dsc_0209
Ketam lagi, dah musim ketam pulak di DTS. Kalau sebelum ni entri Singapore Chili Crab, kali ni kita berbalik ke alam melayunya masakan pulak. Atas permintaan tuan yang terutama, mat masak gulai ketam dengan timun, atau masak lemak. Sebab tuan terutama tak tahan pedas, mat hanya guna cili hidup saja. Kalau pedas lagi bess....tambah cili padi..perghh!, berasap beb lubang telinga semua. Masak gulai ni senang, ada beberpa aspek yang menjadikan masakan anda sedap, selain makanan laut kena segar, santan juga memainkan peranan penting, kalau boleh gunakan yang segar. Selain herba2 seperti serai dan daun kunyit. Bahan2 rempah juga amat penting selain bahan perasa seperti garam dan gula (atau ada yang guna serbuk perasa, yang ini terpulang tapi mat tak galakkan). Gulai macam ini juga sesuai dicampur dengan sayuran2 terpilih, antaranya timun, belimbing, rebung, kacang panjang atau pun umbut kelapa. Resipi seperti di bawah..

BAHAN - BAHANNYA :-)
5 ekor ketam bersaiz sederhana
2 biji timun
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pari santan
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulit keras. Kaki2 kecil dikerat, penyepitnya diketuk sedikit. Jika ketam besar, kerat dua. Cuci bersih dan toskan. Timun dibuang kulit, kerat 3 setiap satu, kemudian belah 4 setiap keratan. Jika biji2 timun agak besar, buang sedikit. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan ketam, serai titik dan bahan kisar halus, gaul rata dan didihkan hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair dan biar mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor. Tuang pati santan dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masuk daun kunyit dan akhir sekali timun tadi. Didihkan sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain..

KUEH BINGKA KRAKER.

rsz_dsc_0247
Petang semua, hari ni tergerak nak buat kueh bingka biskut. Bunyinya agak menarik juga kan dan rasanya pun sedap. Mat pun akak kurangkan baking sekarang ni, bukan apa, atas sebab kesihatan juga, kita ni makin tua dah...tua sikit..erkk boleh macam tu?. Tapi insya Allah akan baking juga kalau dah gian, tak makan takpe, janji dapat baking. Kali ni cuba satu resipi bingka yang mat dapat dari blog Kak Yatie, di sini. Buat dia mudah, dan tak banyak karenah, main kisar, lepas tu gaul rata dan bakar, tunggu hingga masak. Tapi seperti biasalah mat ada buat sedikit penyesuaian bahan2 ikut apa yang ada kat rumah.

rsz_dsc_0275
Resipi asal guna biskut krim kraker, tapi mat kehabisan stok, jadi mat ganti dengan biskut Osbone yang dikisar halus. Menurut Kak Yatie, kalau anda guna biskut krim kraker, kisar biksut tu bersama tepung yang ada dalam resipi. Ini kerana kalau kisar biskut tu sesaja, dia seakan2 berminyak. Sebab mat guna biskut Osborne iaitu sejenis biskut kering, jadi tiada minyak dan mat kisar hingga halus, dan gaul dengan tepung. Untuk kali ini mat guna paste pandan, tapi kalau anda nak guna pandan segar pun boleh, kisar pandan tadi bersama santan dan tapis, atau jika guna kelapa parut, kisar pandan dan tuang dalam parutan kelapa, ramas dan perah santannya. Tambah sedikit pewarna hijau. Pada Kak Yatie, terima kasih sudi share resipi dan juga terima kasih pada pemberi resipi asal....Resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
140 gram biksut cream crackers (mat guna biskut osborne)
85 gram tepung gandum
1 cawan gula (mat luakkan 1/2 camca besar)
3 biji telur gred A
710 ml santan
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih, tujuan untuk memudahan kuih dialih nanti. Ketepikan.
  2. Kisar biskut krim kraker tadi bersama dengan tepung (kalau biskut osborne, hanya perlu kisar biskut sahaja, kemudian baru disatukan bersama tepung, gaul rata). Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga larut. Tambah santan dan pes pandan. Kacau rata.
  3. Masukkan mentega cair, secubit garam dan juga tepung + kisaran biskut tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Tuang dalam tin dan tabur permukaannya rata2 dengan bijan. Bakar 1 jam atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan kuih yang perang, tukar api oven pada fungsi "grill" dan bakar 5 minit. Sejukkan dan boleh dipotong.

SINGAPORE CHILI CRAB.....MY STYLE

rsz_dsc_0093
Assalammualaikum, selamat tengah hari. Dah makan? Hujung minggu macam ni mesti ada yang bersantai di rumah dan makan bersama keluarga. Hari ini mat masak ketam. Ada dua resipi ketam, tapi untuk yang pertama ni, mat share resipi Singapore Chili Crab, kata orang2 Ang Mo, kalau bahasa melayunya digelor, ketam bercili Singapura. Mat buat tak banyak dalam 3 ekor macam tu, baki ketam mat masak lain, yang tu nanti kita cerita. Ada banyak cara2 memasak chili crab, jadi yang ini kita mat olah dari beberapa resipi yang mat jumpa di internet, majalah dan juga buku2 masakan. Ada orang suka ketam bangkang yang penyepit dia besar, tapi mat lebih suka guna ketam sepit biru atau ketam bunga. Apa jenis ketam anda nak guna terpulang. Satu lagi, chili crab selain sedap dimakan bersama nasi putih, ia juga sesuai dicicah roti...seriuss melelehh beb!!... Ok jom kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 ekor ketam bersaiz sederhana (jenis ketam ikut kesukaan anda)
3/4 cawan air
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
3 camca besar sos tomato
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
2 camca besar kacang tanah tumbuk (disangrai dulu)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
2 biji cili merah
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci belacan, dipanggang dahulu

CARA MEMUATNYA :-)
  1. Ketam diasingkan kulit kerasnya, cuci bersih dan ketepikan (kalau nak guna untuk hiasan pun ok, macam mat buat tu, kalau takmo, boleh buang). Kaki2 ketam yang kecil, dikerat, penyepitnya diketuk sedikit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan bahan tumbuk halus dan cili kisar, tumis hingga harum dan cili garing. Tambah sos tiram dan sos tomato. Kacau rata.
  3. Masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ketam, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan gula. Akhir sekali tambah kacang tumbuk. Gaul dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau roti....

Saturday, March 24, 2012

BRUSSELS SPROUT WIF HONEY MUSTARD

rsz_dsc_9964 (1)
Brussels sprout?...Ape benda pulak tu, si mat ni pelik2 belaka benda dia masak. Ha ah kan, tak madan dok kampung cerok... Ehem, biasa lah. dunia sekarang ni dok ceruk mana sekali pun kalau dapat kemudahan internet, jangan temberang lah kata tatau, betul tak?, kalau zaman kolonial dulu boleh lah nak auta. Brussels sprout ni sejenis sayuran dalam keluarga kobis. Dulu masa mula2 jumpa mati2 mat ingat kobis bantut, dan pesal mereka dah petik. Bila baca dalam satu artikel di majalah masak2, baru tau brussels sprout ni memang sejenis kobis cuma cara kejadian dia agak berbeza. Mengikut kata wikipedia, Brussels sprout mengandungi "sulforaphane" satu bahan anti-cancer. Kalau tanya mat, apa rasanya, kalau mentah rasanya ada sedikit kelat, tapi kalau anda masak macam resipi yang mat buat ni, insya Allah sedap, boleh dimakan dengan nasi atau macam tu sahaja..Ok kita lihat resipi mudah ini....Jommm..

(Rupa Brussels Sprout yang belum dipetik pada batangnya...Gambar ehsan Google)

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram Brussels Sprout
2 ulas bawang putih, cicang halus
3/4 camca teh biji sawi (mustard seeds)
1 camca besar madu
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca teh chili flakes

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kerat sedikit bahagian bawahnya, kemudian asingkan jika ada daun2 yang kelihatan kekuningan. Cuci bersih dan toskan. Buat belahan bersilang pada bawah brussels sprout seperti gambar kanan. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Kukus brussels sprout tadi atas air mendidih selama 15 minit, angkat dan rendam dalam air berisi air batu, tujuan untuk membantutkan proses memasak. Biar berendam sekejap, boleh toskan.
  3. Panaskan kuali atau non-stick pan. Panaskan mentega, tumis bawang putih, biji sawi dan chili flakes hingga harum, masukkan madu dan juga secubit garam. Kacau rata dan bila kelihatan pekat, masukkan brussles sprout tadi, gaul rata dan masak sekejap hingga bahan2 bersalut. Boleh matikan api. Hidangkan segera selagi hangat..

ASAM PEDAS IKAN BAWAL BERNENAS.

rsz_dsc_0018
Salam Sabtu, hari ni masak lewat. Pagi tadi ada temujanji dengan Doktor, biasa lah rutin, kang tak peka, takut gol awal, dah tinggal semua...ada pulak yang rindu, nanges2 bagai...erkk...ada ke macam tu? ..haha. Ok seperti biasa masakan ulang tayang menjadi kegemaran mat gebu, dan sebab apa dia masak ulang tayang, sebab ada permintaan. Asam pedas tak boleh lari dari menu orang2 Johor. Teringat mat sorang blogger masakan Kak Yatie, dia pun penggemar asam pedas. Atas arahan Bonda, mat masak asam pedas ikan bawal dan dicampur dengan nenas serta daun kesom. Ikan bawal ini saiz dia besar. Bila dikerat2 boleh dapat 6 kepingan (mat guna 4 bahagian), dan bahagian kepala pula mat belah 2 sebab keadaannya yang agak tebal dan berdaging. Ada banyak versi asam pedas, ada gaya nyonya, style Melaka dan juga Johore. Yang mat masak ni, gaya campur2 je agaknya, tak kesah lah janji ia boleh dimakan dan tidak memudaratkan. Oh yea sebelum kita lihat resipi mat nak minta jasa baik anda klik "sini"..takperlu apa2 cuma klik saja...Terima kasih pada yang sudi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan bawal saiz besar, kerat 4 (kalau saiz sederhana guna 2 ekor)
1 biji nenas madu saiz sederhana
2 senduk makan penuh cili kisar
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3/4 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal dicuci, perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit, kemudian cuci dan toskan. Nenas dihiris sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum dan perang. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, tambah cili kisar dan terus memasak hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan nenas dan daun kesom, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan ikan bawal dan jus asam jawa. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  4. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk-pauk lain.

Friday, March 23, 2012

IKAN KEMBONG SUMBAT KELAPA..

rsz_dsc_9853
Ikan kembong sumbat kelapa, kejap lagi ada yang kata, CM, ai guna ikan cencaru kalau buat resipi ni. Kalau guna ikan cencaru, tukar je nama ikan tu, jadi lah Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, selesai masalah dah. Lepas tu tanya lagi, ikan kembong sedap ke buat macam ni?...Sedappp..sebab ikan kembong daging dia banyak dan berperisa, nak2 guna ikan kembong yang bontak2 tu, ada orang gelor ikan mabong. Ikan perlu dibelah belakang dia dan isi perut perlu dikeluarkan berhati2, ini untuk mengelakkan perut dia terbocor. Kalau anda guna ikan segar, insya Allah takde masalah. Selalunya ikan akan dibakar tapi ada juga yang digoreng. Tang bakar tu terpulang, atas api bara boleh, atas kuali boleh (dah semestinya kuali ajaib..ehem ehem), dalam oven boleh, pendek kata buat je lah apa2 pun janji ikan tu masak. Di sini mat letak resipi untuk 3 ekor ikan, rasa2nya untuk 4 ekor ikan pun boleh.. Ok dah faham semua, kalau dah kita lihat resipi tapi sebelum tu entri pilihan DTS malam ni, di sini.. Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 ekor ikan kembong saiz sederhana besar
Benang untuk mengikat ikan (kalau dapat guna benang cotton)
Sedikit minyak zaitun (atau minyak biasa)
1 biji telur, pukul sedikit (guna 1/2 sahaja)
2 camca besar cili kisar (yang ni ikut suka)
1 camca besar jus asam jawa
1 helai daun kunyit, mayang halus
3 camca besar kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
1 batang serai, hiris halus
1/2 cm lengkuas
1/2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibelah belakang, gunting pada bahagian antara 2 insang ikan hingga putus, perlahan2 tarik keluar perutnya, cuci bersih (cuci dari bahagian atas ikan yan telah dibelah dengan berhati supaya perut ikan tak terpecah). Toskan.
  2. Gaul kelapa parut dengan bahan tumbuk lumat, tambah cili kisar, asam jawa, daun kunyit yang dimayang halus, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tuang 1/2 bahagiann telur, kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian (kalau ikan anda 4 ekor, bagi pada 4 bahagian).
  3. Ambil seekor ikan, sumbatkan 1 bahagian kelapa tadi sehingga penuh, kemaskan. Kemudian ikat ikan tadi, tapi jangan ketat sangat, agak2lah yea (seperti dalam gambar). Buat kaedah sama pada baki ikan dan kelapa.
  4. Sapu sedikit minyak pada kuali dan bakar ikan tadi (kalau tak nak sapu pun takpe, terutama yang guna kuali non-stick) atau bakar dalam oven. Untuk 10 minit pada setiap bahagian. Boleh hidangkan bila siap dibakar, tapi pastikan anda buang ikatan pada ikan sebelum dimakan...

TUMIS TAUGEH SOTONG

rsz_dsc_9941
Sedapnya sotong, tapi apa nak buat hanya mampu memasakkan, melihat dan menghidu bau..makan cannot lahh, nanti jadi gatal's dan seakan2 itu beruk..tak rela. Ini masak untuk big boss, dia suka masak2 macam ni dan taugeh lagi. Macam musim taugeh pulak dah. Takpe makan sayur banyak bagus, sekali lagi minta maaf, resipi ini bukan untuk anda2 yang tidak makan taugeh, yang mat ingat kekanda Kak Ct Delima tak makan taugeh. Masakkan macam ni kena dihidangkan segera lepas dimasak. Kalau lama, nanti taugeh tu dah lembut, jadi kurang rangup. Sotong tu dah semestinya menjadikan masakan anda lebih manis..kann...lepas tu gatal2 juga...kannn, bagi mereka yang alahan lah. Bila masak macam ni, nak cerita banyak pun tak guna, sebab modal takde, cuma satu saja, sotong tu jangan masak lama2 nanti liat...dan bila masukkan taugeh, besarkan api, gaul dan balik2kan sekejap, rasa dan jika ok, terus matikan api. Senang kan... Ok resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 genggam taughe, cuci dan toskan
Sotong secukupnya (yang ni ikut budget lah yea)
1 keping tauhu, dadu dan goreng, toskan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
Sedikit air
Garam jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili merah dan hijau, kacau dan tambah sos tiram. Masak sekejap. Tambah sotong dan tauhu goreng.
  2. Tambah sos ikan dan juga sedikit air. Bila mendidih, masukkan taugeh dan soo hoon (toskan), gaul rata, gunakan api besar, rasa dan jika perlu, tambah sedikit garam. Masak sekejap, matikan api dan hidangkan panas...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.